CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Fannul muqaddasah. Show all posts
Showing posts with label Fannul muqaddasah. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

....Episod 261.... - Mungkin ini yang namanya perjuangan -


Malam semakin memekat . Aku atur pantas langkahku untuk keluar ke mustasyfa sayyid galal . Aku cuba ingat semula lorong demi lorong yang perlu aku lalui untuk sampai ke sana . Aku hanya meneka2 sendiri . Aku memang tidak pandai melihat jalan , tapi kali ini , aku cuba paksa ingatan aku semampu yang boleh . " rasanya lorong ni tadi yang kak nani tunjuk " aku teragak2 memilih lorong mana yang betul . Akhirnya aku berdiri bertentangan dengan mustasyfa sayyid galal babusy sya'riah . " Ya Allah , dah gelap sangat , macamana nak nampak bas ni " dalam bisikan aku itu ada sedikit doa untuk menenangkan hati yang takut , kerana bersendiri . Waktu ke sini tadi aku menaiki bas 700 dari depan kuliah banat hayyu sadis. Aku diturunkan betul2 dihadapan hospital . Aku hanya ditunjukkan jalan untuk pergi tapi bukan untuk pulang . "kak nani balik dulu ye , nanti nak balik rasanya ada ust2 nanti balik dengan diorang " Kak nani menitipkan aku pada Allah dengan harapan kalau ada yang akan membantu aku pulang dan terus melangkah pergi . Aku hanya mampu mengangguk , mengiyakan kata2 kak nani .


Musim sejuk di bumi mesir , anginnya sangat tajam . berbisa . Lebih2 lagi bila malam datang .Sejuk Angin malam seolah2 mampu untuk melenyapkan riuh suara manusia . Jalan2 menjadi lebih sepi dari selalu . Dan aku berdiri sendiri di situ . Bersama beberapa orang mesir yang semakin lama semakin tidak kelihatan kelibat mereka . Ust2 yang kak nani sebutkan tadi tidak datang ke kelas , jadi malam ini , entah di mana , entah bagaimana , entah mengapa ... aku sendiri . Aku masih sabar menunggu bas yang masih tak kunjung tiba . 40 minit berlalu . Hari semakin gelap . Aku tak tahu dari mana datang keberanian aku waktu tu . Seperti ada bisikan dalam hati ini yang menenangkan aku , kalau aku tidak akan apa2 .


Aku mengeluh sebentar . Bukan kerana letih , tapi kerana tidak tahu sampai bila aku perlu menunggu . " sabaar..sabaar " itu yang aku ulang2 .Terlintas juga dalam fikiran ini untuk menaiki teksi , tapi aku takut sendirian . tak tahu jalan . tak tahu ada di mana . Aku menoleh ke kiri semula , mencari2 lampu kenderaan kalau ada bas yang akan datang . Waktu itu tiba2 ada susuk tubuh memakai kemeja putih berdiri di sebelahku , rambutnya yang sudah hampir putih beruban sama seperti yang aku lihat di madrasah tadi . Aku cuba mengingat namanya .Waktu dia melihat aku , aku masih tercari2 namanya bila tiba2 dia menghampiri " kau budak yang baru masuk tadi kan ? dari singapura ? " " saya ust , ust... aus ? " " ye , kau nak balik mana ni ?" " Aku nak balik rabaah ust . tapi dari tadi bas tak ada . bas 700 kat sini kan ust ?" Tanya aku bertubi2 . " Bukan , bukan kat sini , aku nak balik asyir , aku naik bas kat sana " sambil menunjuk ke arah hadapan yang gelap , aku tak tahupun mana yang ditunjuk ust . " Kau jangan takut , ikut aku , nanti aku tunjukkan macamana "


Hampir 10 min kami berjalan , setelah melintas jalan besar , atas bantuan ust aus , akhirnya kami sampai di mahattah yang sepatutnya . Ust tanya lagi ," kau nak balik rabaah kan ? kau kene tukar bas , aku tk naik sama dengan kau " . " Ust .... aku nak balik dengan kau ust , aku nak ikut kau " spontan aku menjawab . waktu itu mata aku dah pun bergenang dengan airmata . Sejam menanti bas sendirian terasa sangat lama , ketakutan yang cuba aku sembunyikan terzahir ketika merasa ada yang boleh aku percaya . Seperti seorang anak kecil yang cuba tidak menangis ketika mencari dimana ibunya dan ketika dia hampir mau menangis ibunya datang entah dari mana . Pasti dia serik , tidak mahu ditinggalkan lagi . Ust terdiam sebentar dan terus menahan bas . Ust duduk di sebelah aku . di situ mula sesi taaruf kami . Setiap kali ust diam , aku akan menoleh ke tingkap dan menangis . Aku cuba seka airmata aku supaya ust tak nampak . Ust kata " Fathiah , kau jangan takut , kau dah macam anak aku sendiri , nanti kau akan sampai rumah , tapi bas ni tak ke rabaah , turun di sabie bole ? " Aku hanya mengangguk . Menoleh semula ke tingkap dan benar2 menangis .

Aku genggam erat tasbih di tangan . Ya Allah ... ust datang tiba2 . saat aku benar2 buntu di mana mahu mencari pertolongan . Terima kasih tuhan .... terima kasih tuhan ....terima kasih tuhan ...Waktu tu aku masih tak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk aku , yang aku tahu , dari mula aku nak bercinta dengan khat ni , jalannya tak pernah mudah , tak pernah , tapi aku tak pernah menyangka kalau aku akan diuji dengan bersendiri .Meletakkan sepenuh tawakkal dan keyakinan pada DIA . Tasbih yang ada di tangan bergerak pantas .... waktu itu hati aku berbisik sepi...keletihan .... mungkin inikah yang namanya perjuangan .....  walau letih , walau sendiri , walau berat , walau merasa tidak mampu , Allah letakkan kita dalam situasi yang kita sendiri tak pernah terfikir kalau kita akan berjaya atasi . dan aku sanggup sebenarnya .... kerana yang aku ingin hanya redhaNYA .

Tiga tahun dah berlalu , kalau dulu aku rasa aku sendiri , dan sering menangis kerana sendiri , sehingga dipujuk ust zainuddin " mbak , jadikan tulisan2 kita itu teman kita mbak , mereka teman baik kita " ... sekarang... sendirian itu bukan lagi satu kalimah yang perlu aku fikirkan . kerana ia sudah hampir menjadi sebahagian dari diri aku . sendiri bukan lagi satu beban .Sendiri itu adalah perjuangan  :')

"duhai tuhanku... jatuh bangun ku menghambamu kadang cinta kadang ku melupa tegaku menyiksa hidup sendiri .. duhai tuhanku , untuk yang kesekian kali , ku bersujud meminta kembali hati yang dipijar indah cintamu . Tuhan biarkan kini aku dalam rahmatmu ... meski jatuh dan terbangun ... ku tetap bertahan " 

Saturday, December 3, 2011

....Episod 253 ..... - Semoga gerakan itu dari Allah -


Dah hampir sebulan saya tak update blog ni . Macam biasa lah kan . Sebabnya , Kesibukan yang keterlaluan . Harini , saya rasa saya perlu luahkan sesuatu kerana kalau tak mungkin hati saya akan meletup ! saya rasa untuk nangis pun seolah2 saya tiada masa . Saya paksa diri saya untuk tersenyum atau mengerutkan dahi sambil memikirkan baki tenaga yang saya ada untuk hari itu. Kalau battery saya dah ada signal merah , bermakna tenaga yang saya ada cuma untuk membentang tilam dan saratoga dan juga menyusun teddy bear2 yg sy ada.. kalau signal nya kuning , saya masih mampu untuk kemas territory buku2 saya . Tapi kalau masih ok , saya akan cuba buka buku atau cuba tulis khat . Al-muhim , saya tiada masa utk menonton apa2 cerita kecuali 2,3 jam dalam seminggu . Buat masa sekarang, cukup la tu :) .

kemaren , sewaktu saya sedang rehat seketika dari mengajar khat , ada seorang adik tahun 1 tanya , ' kak fatya awk ada apa lepas ni ? ' ' Kita ada tahfiz , sebab tu hari ni kita kelam kabut sikit , sori eh ' ' Kak fatya camna kak fatya bagi2kan time , khat lagi , tahfiz , kuliah , baca buku ' ' Haha... macamana kita bagikan masa tu jangan tanya , yang penting , yang kita tau kita kena gerak jek . Apa yang jadi kita taknak tau . Al-muhim gerak, sebab kita dah tak boleh nak fikir lagi dah ... kita pun mabok ' . Saya sendiri tidak percaya dengan jadual yang saya ada . Belum termasuk waktu sakit dan terpaksa menunda semua kegiatan ke hari lain yang akan mengetatkan lagi jadual saya . Yang saya nak cakap kat sini adalah .... saya letih sebenarnya ... sumpah saya penat . Banyak yang saya fikirkan sebenarnya . Takut teroverlook persiapan untuk imtihan.

Saya risau sangat sebenarnya . Saya tak tau kemampuan saya untuk hadapi imtihan yang akan berlaku tiga kali seminggu tu sekuat mana . Memikirkannya saja sangat menggerunkan saya apatah lagi kalau masa yang sebenar2nya tiba nanti . Ini imtihan terakhir saya insya Allah . Sebenarnya saya rasa plan saya tu ok dah , kecuali apa yang ditukarkan Allah nanti , itu saya redha kerana saya tau itu yang terbaik untuk saya . Daripada saya tidak merancang apa2 , merancang tetapi tidak mampu mengikut rancangan dengan sebaik2nya itu lebih baik kan ? . Sekurang2nya saya mampu untuk merancang , atau berusaha untuk merancang sesuatu walaupun saya tahu sebaik2 perancang adalah DIA. ok saya dah pening . point dah tak tersusun dah . susah kan sebenarnya menulis blog ni . nak meluah rasa pun nak kena sediakan point .

Berbalik kepada topik hari ni , saya tak sempat nak cakap pada adik tu , gerak saya bukan gerak tanpa tujuan , gerak saya ada matlamat yang ingin saya capai . sebab tu sekarang ni saya hanya bertukar2 gear sahaja , dari dua ke tiga dari tiga ke empat , kalau saya letih saya akan rehat dalam kenderaan saya , al-muhim saya tak akan keluar dari kenderaan yang saya bawa tu , selagi tempat yang saya nak tuju belum lagi sampai . Saya tak akan keluar dari kenderaan tu walaupun untuk membeli sebotol air soya bean sejuk yang sangat enak diminum sepanjang masa . dan sepanjang saya drive tu saya akan tertoleh2 untuk melihat air itu diminum oleh orang lain , saya tetap akan gerak dan gerak . Aduyai... saya rasa malam ni saya tak mampu untuk tidak menggunakan kinayah dalam kata2 saya .

Gerakan tangan saya cantik menyusun jadual itu adalah gerakan hati saya . gerakan kaki saya yang tak berhenti ke tempat2 belajar juga adalah gerakan hati saya . Gerakan setiap anggota badan saya untuk perjuangan saya yang semakin hari semakin mendekati masa2 akhir saya di sini juga adalah gerakan hati saya ... yang saya harapkan hanya satu , semoga gerakan hati saya ini adalah gerakan dariNYA . Rabbul 'ula . Kerana yang saya harapkan hanya satu RedhaNYA .

Saya ke kuliah untuk redhaNYA , saya mengajar teman2 yang memerlukan khidmat saya berkongsi ilmu juga untuk redhaNYA , saya masih memperbaiki tulisan memperjuangkan seni untuk kalamNYA juga untuk redhaNYA , saya sedang cuba menjadi seorang tolibul ilm yang bertanggungjawab juga kerana redhaNYA . Mungkin saya masih tak layak untuk menjadi hambanya yang bersyukur , kerana saya sentiasa lupa untuk bersyukur , tapi saya tahu , kalau rahmatNYA luas , pengampunanNYA juga menggunung tinggi , Kasih sayangNYA tak bertepi .... kerana itu , saya tahu DIA melihat apa yang sedang saya buat , DIA tahu saya tak ada apa2 ... DIA tahu saya sedang cuba , cuma mungkin usaha saya masih di paras yang terendah ... tapi saya tahu kalau DIA tahu saya letih , saya dah cuba ... tak apa .. saya akan cuba lagi dan lagi dan lagi untuk jadi lebih baik ... :(

Mudah2an gerakan2 ini semuanya dari DIA . " Rabbana la tuzigh quluubana ba'da izh hadaitana wahab lana min ladunka rahmah , Innaka antal wahhab " :'(

Wednesday, November 9, 2011

....Episod 252..... - Dalam hati ada cinta -


Kalau lah mesir ada tempat ni ... mungkin setiap petang lepas kuliah atau setiap ada masa terluang saya akan sentiasa ada disini ... menghirup udara segar yang ada sambil menikmati kejadian tuhan termasuk diri saya sendiri .

Dah nak hampir sebulan dah tak update blog ni . Nak update tapi kesibukan yang keterlaluan membuatkan saya tak ada masa langsung nak menatap laptop untuk menceritakan hari2 saya di mesir ni selepas kepulangan habib umar al hafidz .

Tadi , saya sempat ke gami' azhar untuk pembacaan musnad imam syafi'ie dengan syeikh Isom. Talaqqi riwayatan . Memang teringat kembali kenangan talaqqi riwayatan dengan syeikh faisal .Tak kiralah riwayatan atau dirayatan , kalau ada peluang saya pasti akan ada di situ . Apa pun aktiviti yang saya ada akan saya berhentikan semata2 untuk talaqqi , walaupun khat . Tapi sekarang ni , keadaan dah berubah . Saya tak punya banyak waktu di Mesir ni . saya perlu fokus dan susun prioriti saya . Dan prioriti saya adalah khat dan tahfiz dan juga talaqqi kitab2 fiqh .

Setiap kali saya perlu korbankan talaqqi untuk khat , hati saya rasa sakit ... tapi itu dulu ... sekarang ni saya dah lali .... dah lali dengan kata2 " Afwan tak dapat pegi ada khat " . Semua benda perlukan pengorbanan apa lagi ilmu . khat juga ilmu . khat juga syiar islam . khat juga satu perjuangan . dan ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar . Pengorbanan waktu dan fokus .

Saya dah tahun akhir dah sekarang ni . Saya tak pernah termimpi pun apa yang akan saya lakukan bila dah tahun akhir nanti . dan Alhamdulillah masanya dah pun sampai . sensitiviti saya terhadap gami' azhar dan talaqqi2 terpaksa saya letak tepi . Tapi saya tak nafikan saya tak boleh hidup tersenyum di mesir ni kalau saya tak ke kelas masyayikh . Kerana merekalah punca senyuman saya di sini . Walau banyak yang terpaksa saya lepaskan .... pengajian muwatto' syeikh yusri saya cuba untuk terus gagah istiqamah , begitu juga dengan pengajian hasyiyah baijuri syeikh ahmad hajin yang kedua2nya dah hampir 3 tahun saya hadiri . Saya hanya mampu doa , doa dan doa kalau saya akan terus tersenyum dengan mereka . Masyayikh2 saya :) .

Lebih kurang 50% masa yang saya ada sekarang tertumpu pada khat . Jangan tanya kenapa , tapi itu adalah sebahagian daripada usaha saya untuk khat saya . Nampak macam banyak , tapi sebenarnya itu masih dikira terlalu sedikit untuk khat , salah satu cabang seni yang memerlukan separuh dari usia kita untuk mahir dan sebati dengannya . masa saya selebihnya saya bahagi2kan untuk kuliah , murajaah , dars , tahfiz dan ajar tuition . Macam banyak kan ? tapi sekarang ni saya tak pernah fikir banyak atau sikit . Yang saya ada dengan saya adalah planner kecil yang dibahagikan kepada 3 bahagian sehari . pagi , petang dan malam . Alhamdulillah sekarang ni hari2 saya dah pun terpenuh ketiga2 bahagian tu . Saya tak akan fikir banyak atau sikit , yang penting saya ikut perancangan yang dah saya susun dan terus bergerak bergerak dan bergerak sehingga Mesir memberi saya kucupannya yang terakhir ... Mungkin waktu itu nanti , saya mampu untuk membalas kucupan itu dengan lambaian puas dan redha dengan kepulangan saya nanti . InsyaAllah .

Waktu pengajian tadi , perkara yang sama terdetik lagi . Saya sebenarnya tak suka pergi kelas talaqqi waktu saya sibuk atau kalau saya tahu saya tak akan mampu menyelesaikan pengajian tu sepenuhnya , kerana perasaan kesal akan selalu bertandang . Dars dan talaqqi itu addictive . sekali pergi akan sentiasa nak lagi . Once u start u cannot stop ! .

Perjuangan memerlukan pengorbanan kan ? dan untuk terus terusan berkorban .... dalam hati ini perlu ada cinta ..... perlu ada cinta.... perlu ada...

Wednesday, September 7, 2011

....Episod 249..... - Mereka akan pulang -




Waktu saya rasa harapan saya hampir jatuh , mereka senyum pada saya .
Waktu saya cuba seka airmata saya , mereka menghampiri saya , mereka kata , " kami ada "
Waktu gerakan tangan saya lambat , mereka kata " sabar , terus nyalakan cinta tu "
Waktu saya bingung , mereka mendekat , mereka tak akan biarkan saya termangu seorang diri , tak tau apa nak buat
waktu saya ingin letakkan titik noktah pada perjalanan saya , mereka pujuk saya , tiupkan angin semangat... mereka kata " kami juga pernah melaluinya ... kau pun akan laluinya "
Waktu aku rasa , mereka antara sebab besar aku masih bertahan , akhirnya... mereka akan pulang.. dan yang tinggal hanya aku .... yang ada di sini cuma aku dan cerita aku .....

dan mereka kata.... dah sampai masanya aku pula mula menyeka tangisan orang lain ... memberikan senyuman pada orang lain ... meniupkan semangat pada orang lain ....

Aku kata... aku belum bersedia... mampukah aku....

Ust nasrullah , ust zainuddin , ust irham dan ust alim .... kepulangan mereka pasti akan menjadi kepulangan yang paling berat utk aku hadapi .... :'(

Hari ni saya betul2 tak boleh nak seka airmata saya lagi ... saya tak mampu ... hari ini airmata saya hanya tahu yang ia akan teros mengalir ... dan tangan saya akan kata biarkan ... biarkan dia ..~

Ust nasr kata , tajdid niat , khat is not only about writing , its about understanding our role as an extension of katib or writer of Rasulullah s.a.w . :'( , sy tetap nak nangis jugak !

Wednesday, August 24, 2011

.....Episod 248...... - Memendam rasa -




Lepas sorang , sorang kawan aku yang balik ke singapura . Hati aku semakin terpanggil untuk pulang . Kekuatan aku sekarang tak seperti waktu mula2 aku sampai sini dulu . Pulang sebulan setengah juga bukan masaalah utk aku waktu tu . Tapi sekarang , sebulan setengah bukan waktu yang cukup . Kenapa perlu sebulan setengah ? kerana aku ada kelas2 wajib yang perlu aku hadir selepas hari raya nanti .


Macam2 benda jadi , sampai rasanya nak biarkan saja blog ni terbengkalai begitu saja ... Aku rasa seolah2 wadah untuk aku meluah rasa tiada lagi . Entah kenapa , semakin kerap aku hubungi keluarga , semakin membuat aku lemas dengan perasaan yang bernama rindu .


perbualan sebulan lalu .....


" Mak , kakak nak balik la makk , nak gi geylang , nak belikan mak langsir.. " aku tau , itu bukan alasan terbaik untuk buat mak kasi aku balik , tapi ... itu rancangannya .... tahun ni tak balik , tahun depan baru balik . " kak , mak tak kesah kalau kakak nak balik , tapi kakak fikir sendiri laa , kalau kakak nak stay sane nak blaja mak tak kesahh " .. ayat ni seperti satu perangkap utk aku . Ya , aku nak balik .... aku letih .... persiapan imtihan dan proses mengambil periksa tu terlalu meletihkan .... sehingga aku rasa hanya pertemuan dengan keluarga sahaja mampu utk hilangkan kepenatan ni .... tapi , yang aku pilih .. " takpelah mak , kakak stay , ade kelas khat lepas dua minggu raya nanti . kalau tak dtg , takut kena ulang " .


Sekarang ni soalan aku .... kenapa aku kuat sangat untuk khat ni .?! .. kenapa ... kenapa ...kenapa yee .... Sampai kadang2 aku lupa kenapa aku ambil khat .... kenapa aku blaja khat... kenapa aku perlu tempuh semua ni untuk khat.. kenapa pengorbanan demi pengorbanan perlu aku lakukan untuk khat ... dari tahun pertama aku jejakkan kaki ke sini .... semuanya khat... sampai aku tertanya sendiri ... apa faedah nyaa ? penting ke pengorbanan ni semua ?! ..


Adakala aku rasa bosan.... ada masa aku rasa rimas... ada waktu yang aku nak tinggalkan semuanya ..... tapi letih adalah letih dan cinta adalah cinta.... aku tau letih macamana pun aku ... itu cinta aku ..... aku perlu kuat utk dia.... hmm yeke ??


Yang penting ..... aku cuma ada beberapa saat saja lagi kat mesir ni .... satu pun impian yang ingin dicapai belum terlaksana ... syabas fathiah .... tahniah .... teruskn buang masa... dan aku akan pulang ke tanahair menjadi manusia yg penuh dgn sesalan ... :'(

Saturday, October 30, 2010

....Episod 225.... - wa fi fana'i -




Kelas khat di hussin dah pun bermula.... babusya'riah pun sama , cuma aku saja yang tak sempat nak melangkah naik bas 134 tu ... letih kuliah masih lagi terasa .

Sekarang ni aku buat keputusan untuk ke babusya'riah setiap hari ahad dan selasa sahaja , memenuhi keperluan maddah zakhrafah yang ada setiap hari itu , isnin dn rabu akan aku penuhkan di markaz afanin di wisma indonesia . Keputusan ni bukan aku buat sehari dua , tapi selama aku di singapura , tawaran ust zainuddin untuk menjadi murid di markaz afanin sering aku fikir2kan .

Semalam adalah pertemuan kedua aku dan dia . Puas . Faham . Bersyukur . berkali2 ust zain mengulang , afwan kalau aku merasa letih kerana perlu mula dari bawah .. perlu mula dari titik , sangkanya aku keletihan .. ya , memang aku letih .. tapi dalam letih itu ada senyuman . Biar lambat tapi kekal dalam ingatan . setiap kali aku disuruh ulang huruf yang salah ditulis , walaupun kesalahannya basith , aku rasa gembira , kerana akhirnya aku belajar . Min jahlina nukhti' wa minkhata'ina nata'allam .

Kata ust zain , dia menghargai usaha aku untuk belajar dari bawah sekali lagi , hakikatnya aku lebih lagi menghargai kesabaran dan usahanya yang sanggup mengambil aku sebagai murid . Memikirkan kata2 dan cara penerangan yg terbaik untuk membuat aku faham setiap lorek huruf . Katanya : fahmul khatti nushi ta'allumihi . :D

Kalau dulu , sendirian di meja khat mampu membuat semangat aku luntur , tapi sekarang ni teman tak lagi jadi satu musykilah . Kata ust zain satu ketika dahulu , tak apa kalau takde kawan , jadikan khat kita tu teman kita .. :) , walaupun memang kalau ada kawan lagi best , boleh kongsi cerita2 khat sama2... tapi .. ketiadaan kawan tak bermakna perjuangan tu tak akan berakhir dengan kemenangan .

Orang kata cinta tu buta .... Aku kata cinta tu tak buta kalau ianya lillahi walirrasul ... ada cahaya yang menerangi jalan orang yang bercinta tu sehingga akhirnya bertemu dengan yang dicintai .. ~ Pejuang cinta

Tuesday, August 10, 2010

....Episod 219..... - A trip i will never forget - *blessed :D*

( Congratulations to all 5 yg ada dalam pic ni~ .. API sngporean grads ~ :D )


UM

Penat berjalan malam khamis blom lagi habis , i was thinking of having a rest dalam bilik hotel the whole friday tp entah la what makes me wanna join masyitah in receiving her award for best student ke hapa ntah laa~ ... so Off we go to UM on Friday morning . hmm ... UM is a lot more nicer and bigger than what i imagined uh tapi rasanya UIA lagi cantik la... maklumlaa UM kan dah 105 tahun~ hihii ... - Masyitah mesti bangga xp

KONVO

Honestly this is my first time attending a convocation in a University and also the first time i have the opprtnty to see how excited graduates are upon receiving their respective scroll - cert . The smiles are really enchanting . They make u feel like u want to have a graduation the next morning . It was nice . The feeling + the families + the bouquet of flowers + graduation teddies - the waiting.. heeee ~

RESTU

My main purpose of going to KL is of course yayasan restu la kan n masyitah nye convo . Tak sempat nak cakap tima kasih betol2 kat aunty jaja , abg hanif , ija n nisa yang susah2 hantarkan pegi shah alam dr subang ... Thx alot la kat dorg ni~ .. without them mungkin aku akan kena naik taxi jee kot heeeeeee~ ...

Datang2 jek kena masuk seminar... tak sangka tapi it was a blessing to be part of the seminar Masya Allah . Lunch break aku tros jumpa ust baki n jumpa ust yusuf . Sembang2 dengan ust yusuf ~ Ust kata " saya tertarik dengan tulisan diwani ust ghazlan , tp saya lagi tertarik dengan tulisan ust ghazal~ " ust suh carik notes ni , lepas ni kene jumpa sorg pelajar nama fathy utk dapatkan kurasah tu .

The most important thing is i had a very satisfying conversation with ust baki abu bakar.. Malaysia first khattat who is responsible for the production of mushaf malaysia . I know i am a nobody compared to him and because of that i am not going to waste any of my time while i have the chance to ask him every single unsettled questions that i have in my mind~..

In a nutshell (waaa rindu gp ) , My mind is now very settled on what i am going to do when i return to egypt nanti ... haiz... lega... im more confident with my calligraphy skrg ni ... Perjuangan untuk Islam .... Memartabatkan kesenian yang hampir dilupakan kehebatannya ~ :)

Whats more important for me is to notice that i left yayasan restu with a smile k :) . I am sooooooooooooooooooooooooo happy~! ...

THE FAMILY

The smile didnt stop there . After masyitahs' convocation , i lived with a family who my parents knew since years ago but i failed to remember then .They were sooo cool , soo funny , so lively and soo everything. 2 hari kat sana rasa cm dah 20 hari xp. Aunty suka sangat cerita2 sal the family , i find their stories interesting ah... it makes me smile lah actually ... aunty herself is a very jovial person.. funny .. considerate.. soo mak . Whenever im with aunty , i will miss mak more .. coz she resembles her in alot of ways ... Bila tgk huda manja2 , it makes me smile too .... she is soo cute and adorable kay ~ .. loving her ~ ... and to her sisters who has been a very nice company ... im loving them oso kay~ ... waa rasa rindu plak kat dorg~

Seriously , i will never forget this trip , a trip where i get to meet new people , new personalities , new conversations and a new resolution for my new semester that will start very soon ~ .. a very exciting experience indeed :) ..



Smile smile smile smile smile smile ..... Smile~ and the world will smile with you~

Friday, July 2, 2010

....Episod 212.... - Pagi yang gelap -





Ust TITO. Pelik kan bila dgr nama tu ? Aku pun pelik mula2. Ingatkan ust main2 rupanya betul tu nama dia .. heh . Ust Tito ni kira guru tetap aku di Madrasah muassasah hussein tempat kedua aku belajar khat selain babusya'riah . Cam tamak plak aku ehk ada dua kelas khat . hmm ... Aku ada alasan aku snirik kenapaa aku masuk dua2tempat skali harung k :D .

Bila aku bagitau ust yang aku fail satu maddah kat babusya'riah , ust cuma mampu senyum jek . Ust kata alhudhur tu penting ukhti . ni mesti ko tak dtg kelas . Tapi Ala kuli hal , markah kau tak teruk . Diorang boleh jek kasi ko pass... Tapi diorang nak kau belajar lagi . Kegagalan tu adalah proses belajar . hmm... kata2 ust ni memang buat aku sangat2 tertarik . Kegagalan tu adalah proses belajar. Aku betul2 rasa banyak terhutang motivasi ngan ust tito ni . Dari first aku masuk , tiap2 kali kena marah ngan mudir sebab lambat ke tk dtg , mesti ust akan backing . Bila nak minta cuti kengkadang sebab ada talaqqi kitab pun ust sangat memahami :') .

Babusya'riah dan madrasah muassasah memang berbeza . Motivasinya . guru2nya . Cara belajarnya . Cara mengajarnya . Maddahnya . Kalau di Babusya'riah aku nak kena belajar 6 jenis khat sekaligus dan untuk setiap khat ada gurunya sendiri + setiap hari ada muqarrar yang berbeza. Kalau aku tak dtg sehari kiranya aku rugi la.. sebab ust takkan ulang lagi .

Berbeza dengan madrasah muassasah kat hussein ni . overall ada 3 ust yang mengajar kat situ . Lead by ust bal'eid humaidi . asal maghribi . Dan dah 6 kali tulis mushaf. Manhaj yang digunakan berbeza. Selagi tangan kita belum mampu untuk mantap dalam tulisan riq'ah selagi tu kita tak akan diberikan green light untuk ke tulisan lain . Apa yang kita akan belajar selepas riq'ah terpulang kepada ust yang mengajar. Ust yang akan guidekan kita tu takkan tukar2. Seorang ust akan mengajar apa2 jenis khat yang dia nak kita belajar. Waktu aku masuk tu , aku diberikan pada ust tito . Masya Allah . Blessed k. Ust Tito pun keluaran babsya'riah jugak . Jadi kalau aku ada dificulties nak faham benda kat sana , aku akan refer ust . Dan ust as usual akan sentiasa dengan kata2 semangatnya . Ust Tito nak dibandingkan dengan ust ahamd dan ust bel'aid rasanya die paling pendiam. Tapi setiap kali bercakap yang keluar adalah tawsiyah semata. Tawsiyah yang berbentuk kalam hikmah .

Perbualan dengan ust zainuddin , ketua afanin - markaz khat di wisma indonesia membuat aku tersenyum sendiri .... " Doakan bisa tulis mushaf ya mbak " " Insya Allah ust ~ Antum akan jadi penulis mushaf " " Mbak juga, semoga bisa menulis mushaf " ... tak pernah ada orang doakan aku dapat tulis mushaf.. sebuah doa yang mampu menjadi satu semangat untuk aku terus tersenyum.... mengingati kembali asal wujudnya perjuangan ni~....

Wa lau janna hazal lailu wamtadda sarmada , faman ghairallahi yarji'us subhu thaniya~

Tuesday, May 25, 2010

.....Episod 209..... - Aku dan perjuangan ini -


" Sudahlah kakak , pegi je UIA tu amek quran sunnah , ramai ust2 sini yg minat quran amek quran sunnah kat sana " Aku hanya mampu jawab kata2 mak waktu tu dengan satu helaian nafas yang panjang . Tak pasti macammana nak terangkan kat mak apa yang aku fikirkan . Khadim quran tu dah lama menjadi satu impian . Waktu itu , aku cuma berikan diri aku dua pilihan , darul quran selangor atau al azhar . Al-quran bukan lagi perlu kepada minat saat itu, kerana Dia telah terlanjur menjadi satu tanggungjawab .... dah berjuzu' yang perlu dimurajaah ~ ..

Waktu itu aku pasti mak kecewa , kerana aku pilih untuk mendalami lughah dan bukan Quran . Mungkin itu pada sangkaan mak , tapi aku punya rencanaku sendiri . Aku tahu aku memilih jalan yang jauh , tapi aku yakin ianya satu keputusan yang akan aku akhirkan dengan sempurna .

Kadang2 aku takut dengan rencana yang sudah rapi aku susun ... rencana rehlah ku untuk mencari sinar cahaya yang selama ini pernah menerangi dunia ni . Kerana aku tak pasti apa yang telah direncanakan Ar-Rahman untuk aku . Terlalu banyak yang dah terjadi dalam rentetan perjalanan ni .... berhadapan dengan apa yang terlah berlaku , Aku lebih banyak kalah dengan airmata dari menerima dengan senyuman .

Kalau aku seorang Mahasiswi Usuluddin , pasti tafsir yang akan aku pilih ....kerana merasa tenang membuka helaian kisah2 yang ada di dalam Al-Kitab ....

Sudah cukup sinar yang ada didepan mata ini ... Tapi aku merasa tak puas dengan cahaya yang ada yang hanya tinggal aku nikmati kehadirannya .... Aku ingin mencari dari mana datang cahaya itu ... aku ingin tau apa yang membuatnya terlalu indah ... kenapa keindahannya mampu membuat mata buta dengan dunia dan isinya ...

Kalaupun ia cuma boleh menjadi satu mimpi .... tolong biarkan saya lena dalam mimpi ni boleh ?? tima kasih ~~


Aku terpaksa pulang lewat kerana perlu i'adah satu maddah khat.... Diwani ..~ Seperti yg tertera di atas . Aku keliru . Keliru dengan diwani turki dan misriy... Entah kenapa untuk imtihan diwani aku tergerak untuk muzakarah nota diwani turki ... hmm takpela... ada hikmahnya .... ni natijah orang yang dah lama tinggalkan diwani ... heee ...

Entah kenapa suatu ketika dahulu aku memilih untuk mulakan langkah bercinta dengan khat . Kini langkah itu aku jadikan satu tanggungjawab . Tanggungjawab untuk terus menghidupkan seni islam . Berejam dengan khat setiap hari .... membuat aku semakin khayal dengan cintanya~ .... ( eceh.. dan mcm step jalaluddin ar-rumi plaakz ) Tapi perasaan ni memang susah nak luahkan ... nak terangkan .... susah .... susah ..... cintaku pada khat ... mcmana ya nak gambarkan .... mungkin macam ni kot~ ...



" Along...awk kan hafizah kalau ada org taqdim awk , lepastu die bukan hafiz awk rasa keberatan tak nak terima ?? " .. Sambil menunggu along yang sangat lama berfikir untuk memberi jawapan ( mmg keberatan la tu kan ) Aku pun potong~ " Kalau ada org taqdim dan org tu bukan orang yang memahami perjuangan dan cinta kita pada khat... kita sanggup tolak ... boleh ke along ? " ... hmmm boleh ke ? Keterlaluan kah aku??

" Yelah fakya , tapi sampai mana limit nye ? Perjuangan khat sampai apa. apa yg awk nak capai ... ? " ".. hmm.. Along... sampai kita dapat tulis satu mushaf~ boleh ? " :) ...


Inna hayaati wa nusuki wa mahyaayaa wa mamaati lillahi rabbil alaamin

Saturday, May 8, 2010

....Episod 205.... - Relaku pujuk -


Saya risau sangat ni ... puas saya pujuk ... tapi masih tak ok lagi..... nak kene tunggu dua tiga hari lagi kee?~ .. hmm ... mintak2 tak drag sampai exam .... sangat tak tenang... tidur tak lena ... nak blaja pun susah.... haiz ... ni semua salah saya .... memang salah saya~ .. aduyai~ ^_^"

Semua ni bermula dari hari khamis yang lalu ... balik jek khat kat hussin lam kol 8.30 malam tu trooos je gi hayyu sabie' .. .... beli barang2 pasar yang memakan belanja beratus2 ... ditemani ust2 tukang bawak brg yang tk brapa tepat waktu kedatangan mrk tuh hmmph ^_^" .. lepastu teros ke naurah , esoknya ada gathering rumah merah..pastu sapa ntah suh saya masak lauk lemak ayam ...sabaq jek ... padahal tulah lauk yg saya paling tk suka skali .. bila sy dtg mesir ni sy rasa pelik sesangat... boleh pulak lauk2 yg sy tk suka makan tu laa yg sy pandai masak~ . haiz ... k , smbung cite~ saya pun tak tido malam tu sbb kene rewang.... oleh kerana kekurangan kaki tangan (yg nk makan ramai , yg tolong alat2 jek huhu )saya terpaksa bersengkang mata untuk habiskan masakan untuk besok malam ..... kol 6 pagi saya habis masak .... Hari jumaat pagi tu teros balik rumah ... sampai rumah kol 8 pagi.... tido 3 jam ... lepastu teros siap untuk ke muqattam ... masjid asyraf untuk klas syeikh yusri .

Kelas syeikh yusri habis kol 3 petang .... balik sabie' kejap makan , lepastu teros pgi tuition balaghah kat asyir ... dari kol 5.30 sampai ke 8.30 . Kol 9 saya sampai naurah ... haiz ... mubasyarah saya mainkan peranan mak pengantin ,ahakz.... dengan itu berdirilah saya berejam2 melayan tetamu....

Sampai rumah kol 1 pagi . Hari sabtu pagi saya habiskan waktu melepak kejap dan cuba untuk habiskan kitab tarikh alam yang mana telah pun selesai dibaca alhamdulillah pada tarikh 7 may 2010 :D , tengaharinya saya buatla keje2 yang patut~ ... lepas maghrib saya pun mula mencari2 bahan untuk melantak di dapur untuk bekalan belajar malam nanti ... esoknya saya ada exam khat naskh dan thuluth . Kalut. Saya memang kalut untuk exam ni sebab sepanjang saya di babusya'riah , saya tak pernah berpeluang nak menulis khat naskh... Nasib baik ust tito , ust yang mengajar di khat husin banyak membantu . Entah macamana teringin lah pulak nak minum kopi untuk menahan diri dari terlena .. (cerita selanjutnya tntg kopi tlh diberitahu di episod 204 :p ).. dari jam 9 malam ... sehingga jam 3 pagi , saya cuba untuk tulis setiap huruf yang ada lam kitab rujukan sekolah ..... Akhirnya jam 3.30 pagi saya terlena ..... bangun balik jam 5 dan tertidur lagi lepas subuh sampai kol 11. Pastu sy dah tk larat sangat2 nak tulis.... namun sy gagahkan diri jugak menghapal segala selok belok huruf dan nuktah2nya ...~

Kol 2.45 hari ahad tu saya keluar untuk exam , sampai babusya'riah kol 4 . Genap2 time untuk masuk imtihan . Habis exam kol 6.30 , teros kelam kabut keluar untuk ke khat hussein . Sampaaailaa~ kol 9 . 9.30 sampai rumah . Kol 11 , saya cuba sekali lagi untuk tidak tidur~ .. tapi kol 1 pagi saya dah bersedia untuk drama alam mimpi saya heeeheee ..

Hari isnin jam 8 pagi saya dah ready untuk mula menulis .... diwani dan riq'ah ... diwani ni memang khat yang mencabar sket ... mcm nak terseliuh tgn sy dibuatnya~ saya pun tulis mcm tk ingt dunia sampai kol 1 . Pastu rehat jap .... kol 2.45 kluar lagi untuk exam , sampai rumah lepas tu lam kol 7.30 malam~ flaaat ok . Esoknya selasa saya ada maddah farisiy , walaupun 1 maddah sahaja , sya paling tk suka khat ni ... sebab~ kena lukis2 snirik... jadinya kekalutan saytk habis lagi~..

Pagi selasa selepas subuh saya masih lagi menulis~ ... tapi taklah pressure sangat... sy sempat lagi masak apa2 haga yang ada kat dapur walaupun hari tu bukan daur sy .Habis jek exam farisiy lam kol 5 . Balik ngan kak hafsah n farna ... kawan perak yang masya Allah la jugak semangat khatnya tuh .. dan bnyk membantu... pastu balik troos pegi rumah firdaus untuk amek cenderahati ust muzammil yang nak kena kasi malam tu . Pukul 6.30 sampai firdaus . On the way nak kua road kfc tu singgah kejap maktabah 'ilam untuk beli barang2 tabadul hadaya untuk prog ta'lim last ni . Sampai markaz dah nak kol 8. Buat kerja ngan ketua sampai laa kol 10 . Jamu semua orang makan .... pastu majlis penutup... amek2 gambar .... pastu meeting last ngan ta'lim . Cuba teka kol brapa sampai rumah ? haaa... 2 pagi k . 2 pagi baru tido ...~~ ... esok nya ada exam zakhrafah~ lalalal~

Sy mulakan murajaah zakhrafah pagi rabu kol 9 ... sambil2 tu sy sempat masak lagi~ amek daur org lagi~ ... mesti korg terharu kan ahli beit... sbb korg tkyah masak :p huahuahua ... pastu sambung cuci baju semua laaah~ ... Tanpa memikirkan badan sy yang sebenarnya dah separuh mati dah sy kerjakan ...ya Allah... sy pun tak tau nak kata apa dah time tu ...waktu tgh aktif buat kerja tu tiba2 kepala sy berpinar2 jek .... Menyedari keadaan sy yang dah mcm nak terbang dah tu ... sy pun capai la apa2 y boleh digenggam untuk mengelakkan daripada terjatuh atau terpitam lam posisi yang tak berapa cantik ...huuhuhuhuhu.....sy cuba nak membetulkan pandangan sy tu lam setengah jam kot ... baru la dinding2 rumah sy semua sy nampak terletak di tempat yg sepatutnya ... memang dah mereng dah sy rasa ... Niat tok tanak gi exam tu mmg ada , tp syg plak dah separuh jalan ... tima kasih la kat ahli beit yg teman sy ke babus ya'riah pegi balik sbb takot plak apa2 jadi tgh jalan ~heee ...

Esoknya khamis , sy ada exam khat lagi , last . Sy mula dah selesema n flu ... puas dah macam2 obat sy telan ..... yang sy harapkan adalah tidur lena berejam2 lamanya ... tp opposite k . Sy tk leh tido . Badan Sy makin active. habis dah rumah Sy sapu .. habis dah dua tiga maudhu' sy cover... sy tetap tak boleh nak rehat... sehingga sekarang ni~ ...

Sy tau dah banyak kali sy buat badan sy merajuk kat sy macam ni , selalu tak beri air yang cukup bila diperlukan ... tapi sekarang saya dah super rajin dah bagi air...~ ...saya dah makan vitamin dah semua .... kenapa masih tak makan pujuk lagi ?? pleaaseee badan pleasssee.... dah nak exam ni.... sy janji sy tk buat lagi .... :(

Allahummasy fina min kulli daa' wa 'aafina minal balaa' ...

Aku mencintaimu dengan cintamu , agar matamu menjadi mataku , telingamu telingaku , tanganmu tanganku , kakimu kakiku , dan ruhmu ruhku - Ust Rohim

Tuesday, May 4, 2010

......Episod 204..... - Indah Lelapku -



Tapi lepas aku minum ni dah tk brapa indah dah lelap aku tuh~ ^_^"


Ntah sapa la yang kata minum kopi ni boleh relax.. memang aku rasa cm nak cubiiiiit jek org2 yg cakap mcm tuh .... *tumbuk kang~* :p . Lepas satu program satu program datang.... semua cakap last prog last prog ... layan layan .... yelah aku layan la ni ... sampai aku rasa cam nak marah org dah ni~ ... sib baik la aku memang terkenal gak ngan tahap kesabaran aku yang agak maha ni .... jadi kena jaga imej ... ahakz ..hahaha... gile la ko ftya~ .. Aku rasa cm nak nangis gile2.. tapi tak boleh nak nangis.... kena fight3 till the end k .... farah kata , fight all the way~ ... anggap balik singapore as a reward.. :') , noted senpai~ :p .

1 may memang date yang aku tak boleh nak lupa . Malam tu aku minum kopi ... bun yamani punya... aku buat sepekat yang aku mampu nak telan .... sampai terasa mcm nak demam dah....Badan aku rasa macam kena pukul , tapi mata memang masih segar lagi... kenapa aku buat semua ni~ ?????!!! ... sebab esoknya aku ada exam khat naskh n thuluth .... lepas minum kopi tu memang aku duduk 6 jam atas kursi tak berenti2 tulis .... thx jugak la kat kopi tu ada juga jasa die ~ cuma~ ... aku dapat rasa idop seperti zombie kejap~ to ida : sori ye ida~huhu .. kau terseksa kerana kopi ku huhu ... akibat tergoda dengan bau kopi yang aku buat ida pun tumpang sekaki tangan untuk buat kopi yang sama yang akhirnya menyebabkan ida muntah2+sakit kepala+tak boleh tido+tak boleh belajar+nak demam . Syafakillah ye ida :s .

Dah hampir seminggu dah, rehat aku cuma tidur yang memakan masa 4-5 jam je . bangun tido jek tulis tulis tulis dan tulis . Kalau tak tulis aku hafal huruf dan nuktah2 nya . Yang penting , masa tidur aku dah sangat2 lari..... koraaang~~~ dah lari k time tidur aku~ ... jadi in advance aku nak minta maaf kalau aku ade termarah korang lepas ni , terlupa janji2 penting .... terbuat bodoh dengan permintaan2 yang penting ... terbingit tak pasal2... tertakde mood tiba2.... ataupun tetiba aku lari rumaaa heehhehehe .....

Ya Allah ... cam manegarot jek post ni .... wateva k fatya~! .. Sebenarnya aku nak cite pasal nikmatnya katil .... Aku tk pernah rasa kenikmatan katil dan tidur mcm yang aku rasa sekarang ni~ hehe~ .... dan yang paling penting skali aku nak bagitau .. aku penat k ..... Aku cuba untuk tersenyum lagi ..... untuk tahan airmata ni dari mengalir ...... demi airmata yang sangat berharga nii~ ... Aku akan terus tersenyum k...huhu ...walaupun aku betol2 rasa nak nangis bila tulis post ni ....

2 may , exam khat naskh n thuluth , 3 may , riq'ah dan diwani , 4 may , Farisi , 5 may , zakhrafah , 6 may , b.Arab . oral azzhar 19 may ... tahriri azhar 28 may ..... ada lagi 7 buku tak baca lagi~ k byee~

Ilahi~ kun ma'i wa laa tatrukni~

Thursday, April 22, 2010

....Episod 203.... - indifferent -




It has been 3 years ... and i still and will always feel so blessed to be one of the chosen ones to find myself in ahadi buq'atil mubarakah fil'alam . The path has not been a straight one . All along , it was never a straight one. I should have known it from the beginning of the journey . unfortunately , i dont . and so 3 years... i spent my whole 3 years ... trying to find the best reason why things happened this way . No matter how much i try to straighten this journey of mine ... it will never be one . The more i try to make it straight the more it gets crooked ....

I should consider myself lucky for what im given i guess... i have everything i need ... and i even get the things i want .... so what more do i ask for ? what more is lacking in this full furnished life of mine.. hmm ...

People keep asking this : hey , what do u wanna be when u have graduated ? where do u wanna work at ..and my answer will be .. well , serve the community of course and where else do u expect im gonna be ? huh .. funny kan .. I am not trying to belittle the 'expected' job that middle east grad will be going through .... i am just not that satisfied with the stereotypes and the judgements that people gave towards us .

i called mak and ask her for her opinion . " Mak ... kemaren muis datang , beh muis cakap kena siapkan diri dgn ilmu2 yg sesuai yg masyarakat perlukan , jadi kakak macam terasa jek mak , sebab kan kakak amek khat ... , rasa mcm tak diperlukan jek~" and mak said this " Ilmu apa lagi yang masyarakat perlukan ... Yang penting sekarang ni belajar je... tuntut je ilmu tu ... jangan fikir apa orang lain perlukan dulu , fikir nak isi diri dulu dengan semua ilmu yang ada , balik nanti apply la sendiri . Mak tak kesah kakak nak blaja apa pun , semua benda kan ilmu " .. Mak shared alot more stuff in my 20 mins talk with her... I feel blessed again to have a mother as compassionate as her . Mak always shares her opinion ( that does not mean she supports everything i have in mind ) but when she do support me , she will definitely give a hardcore support .

I dont know why but i feel different from others . and because of that i kept asking myself if this is the right path , or rather if im taking the correct road to the goal that ive been dreaming of . I asked myself again and again but instead of getting a definite answer i end up doing the same thing - again .

well ,seriously , khat makes me cry alot ... it is not easy of course... and i know it will never be easy ... nobody said it was easy at the first place..... from the very first time i met my first classmate in my khat school , the first thing she said was .. " sabar ye ... jangan pernah putus asa ... kena banyak sabar .. " and when i first met my teachers the first thing they said is ... " Lazim al hudhuur ya binti " dan sampai sekarang.... my classmates , my seniors , they still repeat the same line .. " sabar ye dik... sabar " and my teachers... they still repeat that very same line " lazim al hudhuuur~ al hudhuur ijbari~ .. kitabatik gameelah ya binti ... al hudhuuuur ~ " ...

Please dont ask me why on earth i am so into this art of writing... i do not have a satisfying answer for it... i just feel that it is part of me.... and it can never be separated from me .... it is also one of the reason why im here in egypt ... maybe.. mak realise this and because of that she supported my every single steps of becoming a khattat....

dan sampai sekarang i am still finding reasons of my existence in this holy land and whatever i do here . for the time being ... i have only this to ease myself = khidmah lid deen wal quran ... and this quote i guess makes me feel indifferent from others...

Inna hayaati wa nusuki wa mamaaati... lillahi rabbil 'alamin

Tuesday, March 2, 2010

......Episod 194......- Bosan-




Kesibukan saya kali ini memang melelahkan . Kelas khat , kuliah, tuition dan dars , bila dikumpulkan semuanya , bukan mudah saya nak imbangi sebenarnya . Ditambah pula dengan program2 persatuan . Ya , saya pernah kata saya tak ingin dibelenggu dengan kerja2 persatuan . Saya juga pernah kata saya tak suka terus terusan kekal dalam kelantangan saya . Malangnya , saya rasa , keadaan tak mengizinkan . Tentang dars yang banyak terpaksa saya kensel sana sini , saya redha jek la insya Allah … Al-ilmu nurun . Mudah2an tempias nur itu saya rasakan dalam baki2 dars yang mampu saya hadiri .

Masaalahnya sekarang , saya rasa kepala otak saya cam berpinar2 ( betol ehk word ni ? ) , al wajibaaat akthar minal awqat . Tapi saya rasa perasaan nya berbeza dengan perasaan sibuk saya dulu . Walaupun rasanya wajibat sekarang ni lagi banyak dari wajibat dulu . Mungkin kerana setiap kali mesyuarat ade jek yang nak saya gelakkan ( kalau kejap tkpe , masaaalahnya ianya akan berterusan setiap kali saya nengok muka ketua sy … sampai tahap sy mesyuarat guna file untuk tutup pandangan saya dari dia ..huhu ) . jadi setiap kali saya gelak mungkin menghilangkan satu kerutan dahi di kepala saya yang timbul akibat letih memikirkan jadual sy neh~ haiz


Saya cuba untuk jadi ketua yang ‘senonoh’ lah sepanjang sesi ni , masaalahnya kredit saya memang terbang le nampaknya sana sini .. Menurut ketua saya , Kelas B.Cina yang pertama berlangsung kemaren masya Allah lah , lancar. Memang terasa nak join sangat . Sebab waktu keluarkan pendapat nak buat kelas mandarin ni , saya terlalu sangat excited nak join siap sanggup becakap tak berenti waktu jumpa exco untuk yakinkan exco supaya kelas ni dapat kami buat … masaalahnya~ saya ada kelas khat…. ^_^” ~ apa2 laa labu~

Kadang2 saya rasa saya bermasaalah .. sebab banyak sangat guna perkataan masaalah . Terima kasih kepada ketua saya kerana dia merupakan pengaruh paling besar dalam penggunaan perkataan masaalah ni . Setiap dua tiga ayat dia cakap mesti nak selitkan word ni . Entah apa ntah yang masaalah … kadang rasa bukan masaalah pun …. Favourite word kot… Suka ati dia la …


Kata Aidh Al-Qarni dalam kitab La Tahzan “ Orang yang selalu tersenyum adalah orang yang sanggup , orang yang sanggup memikul amanah yang telah diberikan padanya “ . Lepas ni memang nak kene senyum sokmo ni . Benda pending buat masa ni adalah assignment tntg palestin , pada orang yg mas’ul sy minta maaf sangat2 krn lewat menghantar asgnment tersebut …. Sy tau salah saya , tapi bulan march ni memang fatrah saya lari2 kehulu kehiliq . ( sTaTuS : Sedang cuba mencari masa utk habiskn assignment ) heeeee .
Tetiba dah masuk bulan march .
Tak lama lagi datang April , dah smpi masa nak book tiket balik …hmm.. habis bulan apr , habis majlis penutup , dah kena siap2 blaja untuk exam …. Habis jek exam…hmmm …. Malas lah nak cite… :s


Jadual sy sentiasa bertukar2 …. Bila nak tetap pun tk tau la..~ Ahad sy ada kuliah smpi kol 3 ( ingtkan gimmick jek rupanya betol k ^_^” ) lepastu sy ada khat dari kol 4 sampai 8:30~ .. senin ada kuliah sampai kol 1 , lepas tu ada khat sampai kol 6 , lepastu ada tuition nahu~ yeay ^_^” , selasa sy ada kuliah tk tau la smpi kol brpa , paling lama kol 3 kot , kalau lebih dr tu memang sy akan minta diri dengan sukarela nya … lepastu sy ada khat dr kol 4 – 8:30 Rabu ada kuliah , lepas tu ada khat sampai kol 6 , khamis sy ada kuliah lepastu khat dr kol 6.30 – 8.30 pastu ada tuition lagi pastu hari hari berbaki tu saya dah tk tau cmana nak cerita sbb sy snirik rasa runsing dengan jadul yang sy baru taip ni , rasanya cm bnyk tetinggal , tp nak masuk2kan cm malas…. So balash jek laa~ … waawaa~ …wateva la~ …

Syeikh nur dah nak balik . Saya rasa macam satu tamparan untuk saya . Sy rasa sy leka sangat dengan prog2 persatuan dan benda lain sampai tk dpt nak ke kelas syeikh betol2…. Tapi takpela … setiap tugas tu amanah kan ? kan ? kan ? … hmmm…. Mudah2an ini yang terbaik utk sy…. Yang saya minta hanya secebis keberkatan dari seorang ulama ‘ sebaris doa dari malaikat dan segunung rahmah dari sohibud dunya wa maa fiihaa setiap kali saya mampu untuk hadir ke kelas2~ … Allahummarham Dha’fana….


“ Leave thoughts and worries . May your heart be as pure as the face of the mirror on which there is no image “ – Sultanul ‘Asyiqin ( Jalaluddin Ar- Rumi )

Tuesday, December 8, 2009

.....Episod 182..... - emotionally disturbed ^_^" -



(gambar kat atas ni tkde kene mengena ngan post ni , saje letak sbb comel~ )


Aku rasa bingung sangat sekarang ni .... huru hara dah pale hotak ni .... rasa dah tkleh nak fikir lagi dah.... tapi aku tau aku ttp kene fikir jugak~... aku nak kene buat satu keputusan yang besar lam idop .... sesuatu yg akan menentukan masa depan aku ..... nak ke taknak ...... ? ... aku masih berfikir lagi nih .... entah bila nak habis fikir .... balik2 fikir benda yg sama... migraine~migraine~ ... Mak pun dah kasi jwpn mak .... tinggal aku je.... nak ikot ckp mak ke nak buat apa yang aku nak buat..... Ya rab~... ahhh lalala~~ ... yg penting.. aku dah start nak jd tk normal dah ni ....


istikharah....yes..istikharah .... skng ni aku rasa nak duuuk jeeek kat dlm mejid azhar lelama ..... belajar jek apa yg ada ..... :S pastu kuar mejid senyum sensorang... kunun2 dah ok tp hopefully aku dah ok la kan waktu tu ... pastu pi buat kerja cm biasa...~


tetiba rasa cm tknak balik sg , tp kalau tk balik aku tkt makin tk normal aku jadinya... kesimpulannya... part ni ikot ckp mak.... balik kot... ke kot tak balik..kee kot lambat sket balik...ahhh tk tau laa~ ...


sebulan lagi exam.... bittawfiq wal hidayah semua untuk exam nnti~ :D

" Seni itu bererti , dan setiap yang bererti itu berisi dan setiap yang berisi itu pasti ada ta'sir ~" - Allahumma yassir wa laa tu'assir~.. (hoping for e best to happen)

Saturday, October 24, 2009

....Episod 176......- dan DIA Maha Mendengar -




Allah sangat mendengar bisikan hati saya …

Di saat saya sangat rindukan dowrah syeikh nuruddin …

Allah beri saya peluang mengikuti dowrah bersama syeikh faisal dari Kuwait selama 4 hari … Alhamdulillah

Di saat saya berdoa selepas imtihan .. supaya Allah beri natijah yang terbaik …

Allah beri saya kegagalan … untuk merasa manisnya kejayaan yang datang selepas itu … Alhamdulillah

Di saat saya merasa letih menolong adik2 tahun satu …
Saya pujuk diri saya dengan hadis innallaha fi aunil abdi ma kanal abdu fi auni akhihi…

Allah beri saya pertolongan dari semua sudut ketika saya sangat buntu ….Alhamdulillah

Di saat saya merasa hampa dan putus asa kerana angan2 untuk menjadi pelajar khat tahun lepas tak terlaksana

Allah temukan saya dengan orang2 yang tak putus memberi semangat dan tunjuk ajar … Alhamdulillah

Di saat saya sangka , gelaran pelajar khat tak akan pernah saya dapat …

Allah berikannya kepada saya tahun ini … Alhamdulillah

3 hari yang lalu , perjuangan saya di madrasah khutut babus sya’riah bermula .
Hari pertama , saya kalut. Takut . Runsing.Bingung . Mendengar taklimat khat dari ust hisyam sobri yang sangat strict membuat saya terfikir2 , entah ingin diteruskan atau tidak . kerana…. Saya seorang diri dr singapura… yang lain semuanya misriy , entah sejauh mana istiqamah saya nanti …

Hari kedua , Saya tak dapat nak fokus. Fikiran saya melayang jauh ke muwasalat yang akan saya ambil untuk pulang nanti .
Saya tak tau di mana saya akan ambil bas . Saya pasrah . Nekad nak bertanya pada ust Malaysia yang baru selesai kelas . Ketika solat maghrib
Allah temukan saya dengan seorang kakak indon . Pelajar tahun 3 kelas khat di situ . Alhamdulillah . Kak jati menemani saya hingga ke babus sya’riah .
Lega rasanya . Cuma saja , bas yang saya naiki dari babusy sya’riah itu akan ke darasah . Dari darasah saya menaiki bas 80 untuk ke sabi’ dan kemudian
Saya perlu menaiki tremco untuk pulang ke rumah . Pesan kak jati sebelum berpisah “ Sabar ya dik , belajarnya ini perlu sabar , jangan mengalah “ .
Saya hanya mampu tersenyum .

Ketika masih di dalam bas 80 , panggilan telefon dari emak seolah2 memujuk diri saya . Keadaan sempit di dalam bas ditambah dengan letih sepanjang hari
Di kuliah membuat airmata saya terus mengalir ( kelas saya habis pukul 6 , jam 7.30 saya baru nak bertolak dari darasah )“ Kakak , tak penat ke ? kenapa
masuk sorang2 kenapa tak ajak kawan ? tak takut ke malam2 balik ? “ .” Penat mak , takut . tapi takde orang lain nak masuk, nak buat camana . Mak doakan la mak , doakan perjalanan semua mudah . Doakan perjalanan balik selamat .” “ Ya , insya Allah mak doakan . Kaak , hati2 .” Sejam selepas itu , saya selamat sampai ke bangunan 11 tariq nasr ,raba’ah adawiyah . Alhamdulillah .

Hari ketiga , saya beranikan diri untuk menunggu bas 700 atau 134 di hadapan mustasyfa sayyid galal . Hampir setengah jam saya tunggu bas, tapi masih tak nampak lagi nombor bas yang boleh saya naik . haiz . Tiba2 , ust Aus al ansari , guru khat thuluth saya berada di sebelah saya . “ Awk tak naik bas lagi ? “ “Sy masih tunggu bas lagi ust , dari tadi tak ada . Ni pertama kali sy nak naik bas dari babusy sya’riah ““ tinggal mana fathiah ? “ “ Raba’ah “ Jawab saya ringkas . “ Takpe , aku nak balik asyir , nanti aku bilang mana bas pergi rabaah “ “ Ust , saya nak balik dengan ust boleh ? “ . “ Boleh2 takde masaalah . Ikut aku , aku akan naik bas yang sama . Lain kali kalau
tak tau apa2 tanya aku ke ust2 yang lain . Ust salaah pun ada , dia tinggal dekat dengan kau “.

Dalam perjalanan pulang , sekali lagi saya tak mampu menahan airmata ini dari mengalir , saya terharu . Ketika saya fikir , malam hari ketiga akan menjadi malam yang sangat penat seperti semalam , Allah temukan saya dengan ust aus …. Alhamdulillah ….

Saya penat , tapi saya tau saya perlu kuatkan diri …

Saya takut , tapi saya tau saya perlu beranikan diri …

Saya rasa sakit , tapi saya tau saya perlu sihatkan diri … baki berapa tahun saja lagi saya di sini … Banyak lagi mutiara yang belum saya temui ….
Saya tau saya sedang berlari dengan masa …. Saya juga tahu … sebesar mana pun rancangan saya , Allah sebaik2 perancang .

Sepanjang perjalanan pulang… hati saya tak henti berbisik …. Allah maha mendengar… Allah maha mendengar…Allah maha mendengar.


Wednesday, March 11, 2009

....Episod 137.... - Kaligrafi cinta -



Islamic Arts Museum Malaysia . Satu tempat yang meninggalkan sejarah yang tersangat manis buat saya . Di tempat itulah tertanamnya benih cinta saya pada Kaligrafi .. Tahun 2003 bermula perjalanan saya melatih tangan saya untuk sentiasa lembut melakar huruf2 hija'ie pelbagai jenis . Riq'ah , Diwani , Thuluh , Nasakh dan Kufi . Yang sedihnya , ada nama guru yang saya dah tak ingat . Saya sangat sedih . Riq'ah dan thuluth yang mengajarnya Ust Syed ( Nama penuhnya saya tak ingat ) . Diwani , Ust Yusof ( YDP persatuan khat malaysia ) . Nasakah , ust Zainurrahman ( kalau tak salah) . Kufi pulak ust Asrak . Haa ust yang ni saya ingat sangat . Sebab dialah yang beri kata2 semangat untuk saya ke mesir dan ambil kursus khat kat sini :) syukran ust . Dia jugalah tenaga pengajar kelas khat advance . Pening kepala saya cuba nak menulis khat dalam bentuk2 yang ada . Ada seorang lagi ust yang mengajar illumination ,antara kelas yang paling saya suka sebabnya kena bermain dengan warna .

6 tahun dah berlalu . Semenjak tahun 2004 , saya mula berlatih tanpa guru . Hanya buku2 menjadi panduan . Olehkerana kekurangan bahan rujukan untuk bentuk2 khat , saya cuba memanfaatkan apa2 nota dan buku yang saya dapat sewaktu menghadiri kursus intensif dulu . Semakin lama saya mendampingi ilmu khat ni , semakin suka saya nak menulis . Alhamdulillah , syahidah travel memulakan langkah mengasah ketajaman ilmu khat saya dengan menjadikan saya dan beberapa teman yang lain penulis untuk certificate jemaah haji . Beratus nama perlu kami habiskan dalam masa 2 hari . Tangan saya sangat letih . Tapi , saya rasa gembira , puas kerana kursus yang saya hadiri tak sia2 .

Teringat lagi pengalaman pertama ditegur secara langsung oleh ust zainur " ust , jangan lah tengok ! " kelam kabut saya cuba menutup kertas latihan saya . " Saya nak kene tengok , kalau tak macamana saya nak tau apa yang salah . Sekejap jek , kasilah saya tengok . Saya nak tengok mcmana anti pegang batang resam tu ... " . Subjek yang paling susah bagi kami pada waktu itu adalah khat kufi murabba' . Khat kufi segi empat . Terasa macam buat maths pun ada . pening . Dahlah pening ada homework pulak tu . Sampailah hari terkahir kami di IAMM homework masih belum siap lagi . " haa , mana kerja rumah yang ust suruh buat tu " . Tegur ust Asrak bila ternampak kami cuba mengelakkan diri darinya sambil tersengih2 macam kerang busuk " Ust , saya bukan taknak buat ust , tapi bila bukak jek graph book tu ust terus tertidur . Susah betul ust . Asik tertidur jek " . " Ahh , dah agak dah , biasalah tu , ana biasa dengar ni.. "

Saya pulang ke Singapura dengan fikiran yang kosong . Tak tau nak buat apa dengan ilmu ni . Tak tau sejauh mana minat ini akan pergi . Hinggalah tahun berikutnya , ust Asrak dijemput untuk mengajar kami peringkat advance . Waktu itu bibit2 untuk belajar lebih serius dalam bidang ni sudah pun kelihatan . Saya dah mula rasa seronok setiap kali saya dapat habiskan satu karya Khat dalam bentuk canvas atau arcrylic sheet atau styrofoam atau apa2 sahaja yang boleh ditulis . Walaupun saya terpaksa duduk berjam2 , adakalanya memakan 7-8 jam sehari , saya tak terasa rugi menghabiskan masa yang banyak untuk nya . Karya pertama saya yang rasmi diberikan kepada Dr Yaacob Ibrahim , menteri alam sekitar dan sumber air merangkap menteri hal ehwal masyarakat Islam . Karya kedua saya diberikan kepada mufti singapura Sahibussahamah Ust Syed Isa Semait . ( catatan ni untuk ingatan saya sahaja . kalau tak dicatat di sini saya mungkin akan terlupa perjalanan saya ni ) .

Dua tahun kemudian , saya bertemu lagi dengan ust Asrak . " Ah Fathiah , Ust yusof ada plan nak buka Akademi khat restu , rasanya dah rasmi . " " Yeke ust , bestnya , macam nak masuk jek . Boleh tak ? Ust rasa mcmana ? " "Anti ada rancang nak ke Mesir ke ? " " Ada ust . Tapi macam nak masuk RESTU pulak bila ust dah kata macamni " . " Ah , kalau macam tu , teruskan kat Mesir . Ana dulu pun ambil kat mesir . Sampai habis takhassus . Tapi 6 tahun . Kalau anti sanggup , habiskan lah sampai 6 tahun . Setakat ni kalau akhawat ana dengar ada sorang ukhti kelantan ni die dapat habiskan takhassus . Sambung je kat sana fathiah , ust kasi contact nya " .

Akhirnya , di sinilah saya sekarang. Di bumi Kinanah . Bukan semata2 untuk jami'ah Al-Azhar dan ilmu2 masyayikh yang ada di sini . Tapi juga untuk teruskan minat saya pada Kaligrafi Islam . Tahun lepas saya cuba untuk daftar , setapak sebelum imtihan qabul , saya terpaksa pulang ke Singapura . Hanya Allah sahaja yang tau betapa kecewa nya saya waktu itu . Lepas tu saya tak pandang pun buku2 khat sampailah saya nak balik ke mesir semula . " Adik , imtihan qabul kene tangguh lagik . Akak pun tak tau mcamana ni . Tak pernah jadi macam ni . Dik, akak rasa adik balik jeklah sg , dah lama sangat ni adik tunggu . Takde rezeki kot " . Yang termampu saya ucapkan waktu itu hanyalah .. " Yelah kak , fathiah akan confirmkan tiket lepas ni " . Haiz . Waktu itu , aku hanya ingin termenung kosong . Letih . Letih menunggu sesuatu yang tak pasti .

Sekarang , fikiran saya dah kembali tenang . Saya ingin menjadi pejuang kaligrafi ni . Teringat cerita Kaligrafi cinta yang disiarkan di rtm1 sepanjang ramadhan ( macam tau2 jek org tengah tawar hati dgn khat . entah macamana boleh tertengok crite ni ) " Nyawa bangsa adalah tulisan . Hilang tulisan , matilah bangsa " . Semoga tahun ini Allah mudahkan urusan saya untuk mendalami kaligrafi di bumi kinanah ni . Allahumma Aameen .

* Psst... Mubarak kepada Lajnah Kerohanian . Program Tafaqquh fiddeen dengan jemputan syeikh usamah Al-Azhariy sangat2 best. Tetiba markaz dah jadi markazku syurgaku buat seketika. hehehe ... Good Job ppl ! buat lah banyak2 prog tafaqquh ok!

يا رسول الله أنت حي في قلوبنا .... مداد يا حبيب الله

Sunday, July 20, 2008

....Episod 105.... - Takutnye ! -

Waktu : 10 . 30
Tempat : Akhir mahattah

Panas pagi tadi membuat mata terasa pedih . Warna hitam jilbab dan niqab semakin menambah denyutan perit di kepala . ' Ya rab! panasnya ' Bisik hati ku . Kelam kabut aku menelefon kak nani bila pakcik teksi bertanya arah jalan . ' kak .. akhir mahattah tu bila masuk hayyu sabi'e jalan terus jek kan?? ' . Entah kenapa tiba - tiba aku terlupa jalan nak ke akhir mahattah . Teksi yang ku naiki laju memecut kereta di depan . Aku dah tak kuasa nak hiraukan kerenah pemandu2 teksi yang pelbagai . Pandanganku ku lemparkan jauh ke luar tingkap . Hari ini , hari pertama aku akan bertemu dengan kak nani . Orang yang akan menolongku menguruskan kemasukan ku di madrasah tahsinul khutut .

Setelah lebih kurang 10 minit menunggu kedatangan kak nani , aku mengalah dengan panas mentari . Ku atur langkah untuk mencari tempat berteduh .

Setelah selesa dengan keadaan yang ada , aku pun kembali menyambung bahan bacaan yang telah sekian lama cuba ku habiskan . Gerakan freemasonry , kristianisasi dan orientalisma . Karangan dua ustaz khirrij Al-Azhar . Kajian mereka tentang 3 gerakan ini memang masya Allah . Lebih - lebih lagi bila diceritakan sedikit sebanyak tentang khilafah uthmaniyyah . Aku tenggelam dalam sejarah suka duka khilafah terakhir islam itu . Sehingga tak sedar kak nani dah pun sedia berdiri di sebelah .

Selesai sesi ta'aruf antara kita , aku pun terus memberi soalan bertubi2 pada kak nani . Kesian kak nani , kena layankan . ' Adik jangan takut ye , insya Allah dapat masuk , syaratnya hadir muqabalah jek k ' . Jelas kak nani memujuk aku yang takut tak sudah dengan imtihan muqabalah yang terpaksa aku jalani nanti . Ada beberapa perkara yang menarik minatku sepanjang perbualan kami tentang kelas khat ini .
1 , Tahun pertama dan kedua , kami mempunyai 8 mawad . 5 daripadanya madah khusus untuk setiap tulisan , farsi , riq'ah , diwani , thuluth dan nasakh . Maddah keenam lughah arabiah . ketujuh , Lukisan . kelapan , thuruq tadris .
2 , Kufi hanya akan diajar untuk pelajar yang mengambil takhassus @ tahun kelima dan keenam .
3 , ikhwah msia dan kak nani sendiri sebenarnya tidak begitu menggalakkan pengambilan kursus ini kerana , musim sejuk , klass akan habis jam 6 petang . Waktu maghrib pada musim sejuk adalah 5+ ( jadi paham2 la ye , cuaca da gelap . perlu ada musyrif . Jadiii siapa eh nak layan?? hmm ) .
4 , enam tahun pengajian sama dengan degree . Kalau nak sambung MA perlu ke turki :D ( kalau dapat pi boleh tengok tempat2 yang selalu ust hasrizal cerita kan :> )
5 , Pesan kak nani , kalau nak buat latihan , buat lah latihan sikit2 dari sekarang . heheheh ...


Lebih kurang jam 11.30 , aku pun melangkah pergi . Waktu tu , terasa runsing sangat. Tak tau kenapa . Aku tak ada raghbah nak pulang ke rumah . Akhirnya , aku ambil keputusan untuk ke markaz. Entah kenapa semenjak dua menjak ini , aku lebih selesa bersendiri . Berjalan sendiri . Kemana mana pun sendiri . Dah lama aku tak manfaatkan masa bersendiri . Selalunya , aku sibuk ke sana ke mari dengan aktiviti . Terasa indah hidup di bumi kinanah ini bila difikir fikirkan kembali . Sampai sahaja di markaz , aku tenang kembali . Meneruskan kembara bacaan kejatuhan dan kegemilangan khilafah uthmaniyah . Cukup memberi insprasi . Perjuangan demi Islam . Perjuangan demi Ummah . Akhirnya kalah dengan kebodohan dan tipu daya iblis yang bertopengkan manusia . ' Wa makaruu wa makarallah.. Wallahu khairul maakirin ' . Perjuangan Sultan muhammad al-fatih yang berakhir di zaman sultan abdul hamid II akan sentiasa menjadi pedoman buat mereka yang inginkan kekhilafahan islam kembali gemilang :) .


" Lupakah engkau .. Islam itu ditangan tuhannya "


' Ilahi .. panjangkanlah umurku , izinkan aku menjadi pejuangmu ... berilah aku peluang melihat islam gemilang sebelum aku menutup mata '