CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 25, 2010

.....Episod 209..... - Aku dan perjuangan ini -


" Sudahlah kakak , pegi je UIA tu amek quran sunnah , ramai ust2 sini yg minat quran amek quran sunnah kat sana " Aku hanya mampu jawab kata2 mak waktu tu dengan satu helaian nafas yang panjang . Tak pasti macammana nak terangkan kat mak apa yang aku fikirkan . Khadim quran tu dah lama menjadi satu impian . Waktu itu , aku cuma berikan diri aku dua pilihan , darul quran selangor atau al azhar . Al-quran bukan lagi perlu kepada minat saat itu, kerana Dia telah terlanjur menjadi satu tanggungjawab .... dah berjuzu' yang perlu dimurajaah ~ ..

Waktu itu aku pasti mak kecewa , kerana aku pilih untuk mendalami lughah dan bukan Quran . Mungkin itu pada sangkaan mak , tapi aku punya rencanaku sendiri . Aku tahu aku memilih jalan yang jauh , tapi aku yakin ianya satu keputusan yang akan aku akhirkan dengan sempurna .

Kadang2 aku takut dengan rencana yang sudah rapi aku susun ... rencana rehlah ku untuk mencari sinar cahaya yang selama ini pernah menerangi dunia ni . Kerana aku tak pasti apa yang telah direncanakan Ar-Rahman untuk aku . Terlalu banyak yang dah terjadi dalam rentetan perjalanan ni .... berhadapan dengan apa yang terlah berlaku , Aku lebih banyak kalah dengan airmata dari menerima dengan senyuman .

Kalau aku seorang Mahasiswi Usuluddin , pasti tafsir yang akan aku pilih ....kerana merasa tenang membuka helaian kisah2 yang ada di dalam Al-Kitab ....

Sudah cukup sinar yang ada didepan mata ini ... Tapi aku merasa tak puas dengan cahaya yang ada yang hanya tinggal aku nikmati kehadirannya .... Aku ingin mencari dari mana datang cahaya itu ... aku ingin tau apa yang membuatnya terlalu indah ... kenapa keindahannya mampu membuat mata buta dengan dunia dan isinya ...

Kalaupun ia cuma boleh menjadi satu mimpi .... tolong biarkan saya lena dalam mimpi ni boleh ?? tima kasih ~~


Aku terpaksa pulang lewat kerana perlu i'adah satu maddah khat.... Diwani ..~ Seperti yg tertera di atas . Aku keliru . Keliru dengan diwani turki dan misriy... Entah kenapa untuk imtihan diwani aku tergerak untuk muzakarah nota diwani turki ... hmm takpela... ada hikmahnya .... ni natijah orang yang dah lama tinggalkan diwani ... heee ...

Entah kenapa suatu ketika dahulu aku memilih untuk mulakan langkah bercinta dengan khat . Kini langkah itu aku jadikan satu tanggungjawab . Tanggungjawab untuk terus menghidupkan seni islam . Berejam dengan khat setiap hari .... membuat aku semakin khayal dengan cintanya~ .... ( eceh.. dan mcm step jalaluddin ar-rumi plaakz ) Tapi perasaan ni memang susah nak luahkan ... nak terangkan .... susah .... susah ..... cintaku pada khat ... mcmana ya nak gambarkan .... mungkin macam ni kot~ ...



" Along...awk kan hafizah kalau ada org taqdim awk , lepastu die bukan hafiz awk rasa keberatan tak nak terima ?? " .. Sambil menunggu along yang sangat lama berfikir untuk memberi jawapan ( mmg keberatan la tu kan ) Aku pun potong~ " Kalau ada org taqdim dan org tu bukan orang yang memahami perjuangan dan cinta kita pada khat... kita sanggup tolak ... boleh ke along ? " ... hmmm boleh ke ? Keterlaluan kah aku??

" Yelah fakya , tapi sampai mana limit nye ? Perjuangan khat sampai apa. apa yg awk nak capai ... ? " ".. hmm.. Along... sampai kita dapat tulis satu mushaf~ boleh ? " :) ...


Inna hayaati wa nusuki wa mahyaayaa wa mamaati lillahi rabbil alaamin

0 comments: