CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 31, 2009

....Episod 170.... - Jahil -




Bismillahil waduudur rahiim
Allahumma Solli 'ala sayyidinal habiib

Semalam , ada pertemuan antara aku dengan beberapa pelajar yang mengambil kuliah lughah . Ada perkara yang perlu kami bincangkan bersama . Ada sesuatu yang perlu kami fikirkan bersama . Sesuatu yang mungkin hanya kami yang memahami . Aku rasa seronok sekali , kerana sudah hampir setahun lebih kami tidak pernah bertemu untuk sama2 berkongsi rasa , berkongsi cita2 dan duduk semeja meraikan persamaan yang ada pada diri kita .

Semalam juga, kelas syarh ibn 'aqil syeikh muhammad hassan othman sudah pun bermula , setelah setahun berhenti kerana syeikh musafir ke saudi . Sepanjang pengajian ada sesuatu yang membuat aku tak puas duduk berfikir... lemahnya penguasaan nahu yang ada pada aku . Ya , aku tau tak mesti seorang pelajar kuliah lughah tu perlu menguasai seratus peratus ilmu nahu sehingga kecacatan kecil yang ada padanya boleh dikira aib . Ya , aku tau aku bukan sibawaih . Antara ulama ' yang terhebat di zamannya . Tapi .. menginginkan sesuatu itu sempurna dari semua segi , bukankah itu fitrah manusia ? ....Kalau aku dah mulakan sesuatu , biarlah aku habiskan sepenuhnya dengan sempurna ....

Menginginkan kesempurnaan setiap perkara sentiasa membuatkan aku resah . Sentiasa rasa tk cukup . Kalau untuk ilmu , mungkin ia sesuatu yang sehat ... tapi kalau untuk dunia dan isinya ... boleh tak kalau aku kata aku kurang sifat qanaah tu ... haiz ..

Semakin aku belajar, semakin aku rasa kejahilanku tak dapat nak disembunyikan lagi .. semakin aku rasa masa tak akan pernah menunggu diri ini .. semakin aku rasa aku semakin banyak membuang masa suka2 sahaja... macam seronok pulak ehk buang masa ni~ huhu ...

Dan setiap hari... aku bukan semakin pandai dan berilmu .. tapi semakin jahil dan buta ... cahaya yang ada di depan mata , aku gelapkan dengan membutakan mata ini ... Dan semakin hari .... semakin hilang semangat dan cinta ini pada lughah ...~ entah ke mana hilangnya .... aku sendiri tak tau.... aku buntu~.... ada sekelumit penyakit dalam hati ini .... Jahil ... mungkin itu jawapannya...



Monday, July 27, 2009

....Episod 169.... - Disturbed -




Memikirkan segala yang terjadi sekarang ini .... Memikirkan segala keinginan yang tak tertunaikan .... Memikirkan kehendak nafsu yang semakin hari semakin kuat meminta itu dan ini ... Membuat aku runsing dengan diri sendiri ..... kenapa perlu ada perasaan ini ? seolah-olah aku menginginkan kekayaan dunia berada di dalam genggamanku ... seluruh cinta ummat manusia ada dalam hatiku ... entahlah .... gelisah aku dibuatnya ...


" Fathiah.. id'i lii ya habibti " ( Fathiah.. doakan aku la ) .. Begitulah selalu permintaan teman2 arab . Bila disuruh barulah bibir ini bergerak2 mendoakan mereka .. Entah lah , setiap kali diminta untuk mendoakan ... aku rasa terhina ... kenapa perlu mereka meminta doa daripada orang yang hina ... adakah mereka sengaja mahu menguji aku ..? haiz.. entahlah ..


Terkadang aku rasa tak layak langsung untuk berdoa ... lebih2 lagi mendoakan orang lain ... Terkadang aku rasa tak layak untuk didengari ... kerana terlalu banyak mengadu ... terlalu tidak mensyukuri .... Sungguh terkadang aku terlalu sekali.... terlalu itu dan ini ....


Kalau dunia ini untuk orang2 yang akhirnya akan menang melawan nafsu .... Izinkan aku untuk meninggalkannya ... kerana merasa diri tak mampu menjadi sekuat itu ...


Ilahi... kaifa ad'uka wa ana 'aashin ... wa kaifa la ad'uka wa anta kareem ~ Allahummaghfirlii~..

Sunday, July 19, 2009

...Episod 168... Merindukan seorang murabbi ( 8 ) - Aku kehilangan seorang Ayah

HARI INI.. 18 JULY 2009 ... SYEIKH REDHA SALIM MENINGGALKAN KITA SEMUA UNTUK PERGI BERTEMU ' DIA ' ...

Antara isi surat yang aku titipkan untuk ibu .. " Mak .. kalau ikutkan hati kakak penat dah nak duduk mesir ni ... tapi mungkin sebab berkat doa mak abah , doa masyayikh kuatkan kakak... lagi2 syeikh redha yang tak pernah berhenti doakan "

' Fakya nak tau something tak.. kalau ada orang khatam kan mesti syeikh doakan kau tau ' kata seorang adik sewaktu baru sampai mesir tahun lepas benar2 membuat hati aku terpanah ... Terima kasih syeikh ...

Ikutkan hati memang letih nak ke dars2 lepas ziarah rumah syeikh redha tadi~.. tapi aku pasti.. kalau syeikh tau kami skip dars semata2 kerana terganggu dengan ketiadaan dia.. mesti dia sedih.. jadi aku gagahkan diri juga~

' Kau marah kat aku ke fathiah ' Tanya amirah tadi , seorang teman arab yang selalu temankan pi kelas syeikh ahmad . 'Taklah , aku penat sikit , sebab tadi pi syubra ziarah keluarga syeikh aku yang baru meninggal .. ' ' Yeke ? Takpe sabar jangan sedih .. ' Airmata ini terus mengalir ... aku dah tk mampu nak hiraukan orang ramai kat kiri kanan ... ' Kenapa kau nangis ? takpe.. semua orang akan mati... kau pun akan mati nanti fathiah ' .. ' Tak.. aku sedih sebab syeikh dah mcm ayah aku ... aku takde mak bapak kat sini amirah... syeikh2 ni gantikan diorang... kalau diorang dah tak ada siapa nak doakan aku kat sini .. ' Sekali lagi aku kalah dengan airmata...

Terngiang2 kata2 syeikh... " entu banatii zai umaimah wa asma " ....

Sampai jumpa lagi syeikh ~ :'( , Anta hayyun ya maulana .. Anta hayyun fi quluubina ...

Saturday, July 18, 2009

....Episod 167.... - Mak… I know ur prayers are with me :’)



8 july adalah antara hari yang paling bermakna untuk kami sekeluarga . Kerana hari itu adalah hari lahir seorang insan yang saya panggil ibu .. Aminah Bte Mawi.. … Seorang insan yang telah "menginsankan" ketiga2 anaknya insya Allah … 8 july 2008, tarikh keramat dalam hidup saya . Hari saya menerima berita kegagalan saya . Entah macamana saya terlupa hari itu hari lahir mak … dengan selambanya saya call mak … " Mak.. kakak tak lulus .. " Setahun saya tahan airmata saya … pada tarikh itu , airmata saya mengallir seperti air terjun yang entah di mana penamatnya …


Setahun dah pun berlalu .. hari ini .. pada tarikh yang sama … 8 july 2009 , saya menerima berita bahawa saya lulus . orang pertama yang saya kongsi tentu sekali mak … Cuma sekarang ni cukup sms sebagai pengantara… saya dah tak mampu nak menangis… airmata ni dah kering selepas setahun saya biarkan ia mengalir puas mencari hikmah disebalik apa yang terjadi … kata syeikh yusri … " A sa'adah hiya sa'adatur redha wal yaqiin " … jadi saya cuba.. cuba dan cuba untuk redha dan yaqin dengan apa yang terjadi dan akan terjad


Kepada semua yang mendoakan.. Alfu syukran.. kepada adik2 masya Allah yang menemani saya dalam perjuangan setahun ni… Adik halimah n dada… Syukran kerana berkongsi semangat.. dan mabruk atas kejayaan antuma jugak~ ..


Teruskan mendoakan ye semua … Biar doa menjadi penghubung hati2 kita.. Di mana pun kita berada ..~


" Kalau engkau rindu .. sujudlah padanya … kerana rindumu akan sampai padaku…"


" Dunia itu sendiri adalah hikmah … apa yang terjadi dan yang akan terjadi terlindung hikmah … hanya orang yang 'melihat' yang akan melihat hikmah " – Ust rohim


Kepada adik2 yang diuji dengan kegagalan … gagal sekali tak bererti gagal selamanya … kejayaan yang sebenar adalah bila kita mampu untuk bangkit dari kegagalan … " awk.. pujuklaa die balik sini .. sikit jek lagi … berapa maddah jek tu … " " Insya Allah dia kata dia nak balik sini … dia kata , kak fatya pun tahun lepas mcm tu jugak , kak fatya boleh , jadi dia pun sama .. insya Allah " :D … Saya tak kesah kalau adik2 nak jadikan saya kayu pengukur untuk kembalikan semula semangat adik2 yang mungkin hancur seketika bila mendapat berita kegagalan mereka… YANG PENTING… balik sini semula… teruskan perjuangan k …


Kalau dah mulakan make sure habiskan… kalau rasa tak boleh nak habiskan perjuangan ni.. jangan mulakan langsung – Ust Ilyas


entry ni dah ditulis 10 hari yg lalu... tp baru nak post huhu~

Sunday, July 12, 2009

Taking a deep breath (2)


Cinta terakhir - Ost murabbi

Taking a deep breath (1)

Menanti Solehah

Thursday, July 9, 2009

....Episod 166.... Merindukan seorang murabbi ( 7 ) - Rindu




Bismillahil waduudul haliim

Saya sangat rindukan mak dan abah sekarang ni. Saya sangat rindukan kelas ust rohim. Saya sangat rindukan masa2 belajar bersama syeikh nur . Duduk belajar bersama ust rohim benar2 mengingatkan saya pada abah . Belajar tentang tasawwuf dan hakikatnya ... membuatkan saya tak sabar nak berkongsi ilmu dan informasi dengan abah . Kalau dulu , saya hanya mampu mendengar dan duduk diam bila abah terangkan tentang tasawwuf . Saya tak dapat nak cakap apa2 kerana kurang ilmu dan tak faham . Penerangan ust rohim selalu buat saya tersenyum . Cerita2 ust rohim juga selalu buat saya ketawa .. teringat cerita2 abah tentang indonesia .. Ramai yang pelik hatta ust rohim sendiri kalau saya sebenarnya dari singapura , kerana fasihnya bahasa indonesia saya .... jawapan saya simple jek .. keluarga saya berasal dari indonesia .. jadi mudah untuk saya tuturkan bahasa tu .. :)


Saya sangat rindukan kelas syeikh nur . Satu satunya kelas yang boleh membuat saya terlupa seketika.. sesungguhnya saya jauh dari keluarga ... Kalau ada yang bertanya siapa orang yang saya rasa paling senang nak dengar kata2nya .. jawapan saya adalah syeikh nuruddin ... Saya sangat sangat rindukan kelas syeikh nur .. dan saya sangat2 tak sabar nak bertemu dengan ramadhan...


Kelmaren , sewaktu sepupu saya pulang ke singapura , saya titipkan surat untuk mak dan abah ... kalam akhir saya pada mereka " Mak dan abah jangan sedih ok ? kakak kheir je kat sini.. Allah ada untuk jaga kakak .. " " Mak n abah... walaupun mak ngan abah tak ada , tapi ada masyayikh yang ganti tempat mak ngan abah kat sini .. Insya Allah ... "


Pemergianku jangan ditangisi ... Kepulanganku jangan dinanti ... kerana syahid itu yang ku nanti :')

Tuesday, July 7, 2009

Salamun salamun




Saturday, July 4, 2009

....Episod 165...- Missing them ~ :') -



Beberapa minggu yang lalu , kesibukan ke pengajian sana sini membuatkan aku lupa nak update blog ni . Banyak gileee benda yang dah terjadi yang tak sempat nak aku rakamkan lam blog ni . Takpe jeklaa . dah ada peluang ni , aku ringkaskan jek ...

Kat mesir sekarang ni , rumah masya Allah dah tinggal aku sorang jek ... featuring ida yang kebetulan nak pi dars , jadi dia stay la ngan aku . Budak2 singapore plak , lagik sedih ... tak sampai 50 pun rasanya .... akhawat jek 20 pun tak sampai ... haiz... tiba2 sunyi sepi plak mesir ni jadinya :p .

Dah dua minggu aku tak hadirkan diri untuk bertemu dengan syeikh abdullah . Setiap kali nak bertemu dengan dia ... macam2 perasaan ada lam hati aku ni ... kadang rasa nak termuntah sbb nervous sgt.. kadang rasa cam nak semput sebab nafas dah tak cukup2 dah ... kadang langkah nak pi masuk pejabat imam tu terketar2 jek.. padahal syeikh takdelah marah ..cuma wajah syeikh yang agak bengis tu ... sentiasa terbayang2 lam otak aku ni ... dahlah tu syeikh ni tak kasi chance langsung aku nak meraba2 sekejap nak mengingat ayat time nak sambung hafalan ... kata ida " syeikh2 kat mesir ni memang macam tu, kalau kita lambat sambung pada diorang kita tak lancar" ... pulak dah~~... semakin haru biru laa perasaan aku bila nak jumpa syeikh nanti..

Sekarang ni aku kat mansoura.. membawa hati lagi lepas adik2 dan kawan2 semua dah balik negeri... ecehh .. lepas ni barulah jadual baru pengajian boleh dibuat n dah boleh jumpa syeikh abdullah selalu huhu~...

Kepada semua yang dah pulang... doakan saya... bila makan makanan kat tmpt best2 tu ingt2 laa org yg jauh di mata ni.. hee~

To angah halimah : Hadirkan diri ku di setiap rowhah habib umar yang ada ... semoga pulang nanti menjadi yg lebih baik lagi~... doakan aku juga akan jejakkan kaki ke sana tak lama lagi ...

To Adik halimah : Teruskan bercinta dengan lughah ...~ teruskan sebarkan cinta tu pada mereka2 yang baru nak mengenal cinta tu ..~ terus menjadi halimah yang kuat fizikal n mental ok? :D .. doakan alang juga akan terus bercinta dengan kuliah ni~

To Along Fatimah : Rindu gilee nak tido ngan along.. ~ rindu saat2 along mintak resepi macam2... sori laa along tak sempat nak buatkan epok2 utk along.... Along.. make sure balik sini dah tebal dah kitab resepi tu... hihi ... Along.. doakan azam untuk tuntut ilmu yang along ada tu pun alang ada jugak k....tenkiu

To Iman : Doakan kak fatya k...~ Doakan kak fatya yang idil kenal dulu kat sekolah sama dengan yang sekarang... kalau berubah pun biar lah yg lebih baik lagi k...

To Dada : u r the best cuzzy ever~~~ !! tenkiu for the flowers that u gave me on my birthday .... sekarang dah takde org nak layan kasi bunga kat aku ida!! huhu :'( .. sedih giler wei .. Anw.... im proud of u ... sebilik dengan mu .. ku rasa macam nampak ko membesar dan mematang depan aku huhu ( ade ke word mematang tuu ? ) ... tak sesia aku sabar ngan kerenah korg dulu.. haiz.. heh

To farah , kak ecah n mif : U r the best jiran i could ever asked for .... Thank you for everything... everything ... and everything...and i really mean EVERYTHING hehe.. banyak sangat nak sebut... Doakan fatya k korang~ ..

To kamma zee aisyah su odah ina n nadiah ... : Korang.... rindu gile2 kat korang.... sori sebab tak spend time sesama macam dulu .... doakan kt... kalau free2 kol k korg~ :D

To mizi : Terima kasih krn selalu layan fatya time tengah mengong... terima kasih krn selalu ada untuk buat fatya ketawa.. terima kasih krn buatkan fatya lebih ceria dari fatya yang dulu .... Terima kasih sangat2 ~ ...

To Pak teh Amzar yang akan balik nanti : Terima kasih sebab kongsi qasidah ... Terima kasih sebab bagi gambar amzar tu :) .. Teruskan perjuangan akhi~.. and i see strength in you .. doakan ana najah ... doakan ana sehat.. n sampaikan salam peluk cium ana pada amzar... budak paling cuuuuute lam dunia.. huhu ..


Ilahi ... rahmatilah mereka... teman2 yang pulang bertemu keluarga.... untuk mencari kekuatan bagi meneruskan kehidupan mereka di bumi barakah ini~ ...


Ilahi... jangan pernah tinggalkan aku~..