Ust TITO. Pelik kan bila dgr nama tu ? Aku pun pelik mula2. Ingatkan ust main2 rupanya betul tu nama dia .. heh . Ust Tito ni kira guru tetap aku di Madrasah muassasah hussein tempat kedua aku belajar khat selain babusya'riah . Cam tamak plak aku ehk ada dua kelas khat . hmm ... Aku ada alasan aku snirik kenapaa aku masuk dua2tempat skali harung k :D .
Bila aku bagitau ust yang aku fail satu maddah kat babusya'riah , ust cuma mampu senyum jek . Ust kata alhudhur tu penting ukhti . ni mesti ko tak dtg kelas . Tapi Ala kuli hal , markah kau tak teruk . Diorang boleh jek kasi ko pass... Tapi diorang nak kau belajar lagi . Kegagalan tu adalah proses belajar . hmm... kata2 ust ni memang buat aku sangat2 tertarik . Kegagalan tu adalah proses belajar. Aku betul2 rasa banyak terhutang motivasi ngan ust tito ni . Dari first aku masuk , tiap2 kali kena marah ngan mudir sebab lambat ke tk dtg , mesti ust akan backing . Bila nak minta cuti kengkadang sebab ada talaqqi kitab pun ust sangat memahami :') .
Babusya'riah dan madrasah muassasah memang berbeza . Motivasinya . guru2nya . Cara belajarnya . Cara mengajarnya . Maddahnya . Kalau di Babusya'riah aku nak kena belajar 6 jenis khat sekaligus dan untuk setiap khat ada gurunya sendiri + setiap hari ada muqarrar yang berbeza. Kalau aku tak dtg sehari kiranya aku rugi la.. sebab ust takkan ulang lagi .
Berbeza dengan madrasah muassasah kat hussein ni . overall ada 3 ust yang mengajar kat situ . Lead by ust bal'eid humaidi . asal maghribi . Dan dah 6 kali tulis mushaf. Manhaj yang digunakan berbeza. Selagi tangan kita belum mampu untuk mantap dalam tulisan riq'ah selagi tu kita tak akan diberikan green light untuk ke tulisan lain . Apa yang kita akan belajar selepas riq'ah terpulang kepada ust yang mengajar. Ust yang akan guidekan kita tu takkan tukar2. Seorang ust akan mengajar apa2 jenis khat yang dia nak kita belajar. Waktu aku masuk tu , aku diberikan pada ust tito . Masya Allah . Blessed k. Ust Tito pun keluaran babsya'riah jugak . Jadi kalau aku ada dificulties nak faham benda kat sana , aku akan refer ust . Dan ust as usual akan sentiasa dengan kata2 semangatnya . Ust Tito nak dibandingkan dengan ust ahamd dan ust bel'aid rasanya die paling pendiam. Tapi setiap kali bercakap yang keluar adalah tawsiyah semata. Tawsiyah yang berbentuk kalam hikmah .
Perbualan dengan ust zainuddin , ketua afanin - markaz khat di wisma indonesia membuat aku tersenyum sendiri .... " Doakan bisa tulis mushaf ya mbak " " Insya Allah ust ~ Antum akan jadi penulis mushaf " " Mbak juga, semoga bisa menulis mushaf " ... tak pernah ada orang doakan aku dapat tulis mushaf.. sebuah doa yang mampu menjadi satu semangat untuk aku terus tersenyum.... mengingati kembali asal wujudnya perjuangan ni~....
Wa lau janna hazal lailu wamtadda sarmada , faman ghairallahi yarji'us subhu thaniya~
0 comments:
Post a Comment