Dah berbulan rasanya muhasabah diri yang selalu aku buat kat blog ni aku
biarkan ia berlalu macam tu je . tanpa catatan . tanpa kesan . Terlalu banyak
yang dah berlaku . Imtihan , Khat , Safar , walimah , natijah , perasaan . Kalaulah aku mampu untuk putarkan masa ,
mesti aku akan tulis semua kejadian yang dah berlaku , yang dah menjadi
sebahagian dari aturan Allah . Aturan terbaik untuk hidup aku .
Memori yang tersisa tu , lebih baik aku tulis sekarang , sebelum ianya
ditelan zaman , terhapus dari ingatan aku ni . Biar aku mulakan dengan imtihan
.
Imtihan tahun ni lebih mencabar dari tahun2 yang sudah . Maddah2 yang
lebih susah . perhatian yang perlu aku berikan padanya membuatkan aku takut
untuk ke kelas masyayikh , mengisi jiwa dari semangat yang pura2 aku kobarkan dengan alasan
imtihan , dengan alasan kalau jasad ini perlu dimanjakan untuk imtihan .
Hakikatnya , jiwa aku letih , jasad pun letih , fikiranpun letih . Tapi aku gembira
, sekurang2nya aku mampu untuk mengukir senyuman dan tawa , dan aku selesa
sembunyi di sebalik keceriaan aku . Biar orang tak tau takut yang aku rasa ,
biar org tak tau sedih yang aku rasa , biar orang tak Nampak tangisan yang tak
pernah berhenti sepanjang aku ada di bumi ini . Alhamdulillah , aku Berjaya gagahkan
diri untuk imtihan .. Alhamdulillah… Alhamdulillah …
Kita merancang , kita merancang dan kita terus merancang , yang tentukan
tetap DIA . Kadang2 pertanyaan yang
muncul dalam fikiran selalu tak sealiran dengan apa yang dah selama ni aku
belajar . Aku belajar untuk redha . Tapi susah aku nak elak dari bertanya ,
kenapa apa yang aku rancang tak pernah terjadi ? atau sebenarnya terjadi, Cuma kerana ianya tidak sesempurna yang aku
inginkan , aku menganggap ianya tidak pernah terjadi .
Terlalu banyak benda peribadi yang berlaku waktu fatrah imtihan . Aku
yang senang terganggu merasa diganggu . Aku selalu ada perasaan rendah diri .
tapi aku juga orang yang pandai memujuk diri . Maka… aku pujuklaa diri utk
sabar lagi redha lagi sabar lagi dan redha lagi. Kadang2 merasa lali dengan dua
perkataan tadi . Tetap aku pujuk diri.
Aku dah tak ingat apa perasaan waktu ambil imtihan kemaren selain
keletihan . Yang aku ingat adalah wajah dukturah nadiah , dukturah zaynab dan
dukturah ulfat . Aku tau aku akan rindu wajah2 ini . Aku akan rindu suara
mereka . Lebih2 lagi dukturah zaynab . Selamanya seorang inspirasi . Dukturah
Nadiah juga .
Selesai Imtihan …… aku serahkan tawakkal aku pada DIA ….. diiringi kata2
sakti pengganti ubat penenang …. Kheir insya Allah… kheyr insya Allah …. Kheyr insya
Allah … “ Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi wala hawla wa laa quwwata illa
billahil aliyyil adzim “ :’)
0 comments:
Post a Comment