CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 9, 2011

....Episod 252..... - Dalam hati ada cinta -


Kalau lah mesir ada tempat ni ... mungkin setiap petang lepas kuliah atau setiap ada masa terluang saya akan sentiasa ada disini ... menghirup udara segar yang ada sambil menikmati kejadian tuhan termasuk diri saya sendiri .

Dah nak hampir sebulan dah tak update blog ni . Nak update tapi kesibukan yang keterlaluan membuatkan saya tak ada masa langsung nak menatap laptop untuk menceritakan hari2 saya di mesir ni selepas kepulangan habib umar al hafidz .

Tadi , saya sempat ke gami' azhar untuk pembacaan musnad imam syafi'ie dengan syeikh Isom. Talaqqi riwayatan . Memang teringat kembali kenangan talaqqi riwayatan dengan syeikh faisal .Tak kiralah riwayatan atau dirayatan , kalau ada peluang saya pasti akan ada di situ . Apa pun aktiviti yang saya ada akan saya berhentikan semata2 untuk talaqqi , walaupun khat . Tapi sekarang ni , keadaan dah berubah . Saya tak punya banyak waktu di Mesir ni . saya perlu fokus dan susun prioriti saya . Dan prioriti saya adalah khat dan tahfiz dan juga talaqqi kitab2 fiqh .

Setiap kali saya perlu korbankan talaqqi untuk khat , hati saya rasa sakit ... tapi itu dulu ... sekarang ni saya dah lali .... dah lali dengan kata2 " Afwan tak dapat pegi ada khat " . Semua benda perlukan pengorbanan apa lagi ilmu . khat juga ilmu . khat juga syiar islam . khat juga satu perjuangan . dan ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar . Pengorbanan waktu dan fokus .

Saya dah tahun akhir dah sekarang ni . Saya tak pernah termimpi pun apa yang akan saya lakukan bila dah tahun akhir nanti . dan Alhamdulillah masanya dah pun sampai . sensitiviti saya terhadap gami' azhar dan talaqqi2 terpaksa saya letak tepi . Tapi saya tak nafikan saya tak boleh hidup tersenyum di mesir ni kalau saya tak ke kelas masyayikh . Kerana merekalah punca senyuman saya di sini . Walau banyak yang terpaksa saya lepaskan .... pengajian muwatto' syeikh yusri saya cuba untuk terus gagah istiqamah , begitu juga dengan pengajian hasyiyah baijuri syeikh ahmad hajin yang kedua2nya dah hampir 3 tahun saya hadiri . Saya hanya mampu doa , doa dan doa kalau saya akan terus tersenyum dengan mereka . Masyayikh2 saya :) .

Lebih kurang 50% masa yang saya ada sekarang tertumpu pada khat . Jangan tanya kenapa , tapi itu adalah sebahagian daripada usaha saya untuk khat saya . Nampak macam banyak , tapi sebenarnya itu masih dikira terlalu sedikit untuk khat , salah satu cabang seni yang memerlukan separuh dari usia kita untuk mahir dan sebati dengannya . masa saya selebihnya saya bahagi2kan untuk kuliah , murajaah , dars , tahfiz dan ajar tuition . Macam banyak kan ? tapi sekarang ni saya tak pernah fikir banyak atau sikit . Yang saya ada dengan saya adalah planner kecil yang dibahagikan kepada 3 bahagian sehari . pagi , petang dan malam . Alhamdulillah sekarang ni hari2 saya dah pun terpenuh ketiga2 bahagian tu . Saya tak akan fikir banyak atau sikit , yang penting saya ikut perancangan yang dah saya susun dan terus bergerak bergerak dan bergerak sehingga Mesir memberi saya kucupannya yang terakhir ... Mungkin waktu itu nanti , saya mampu untuk membalas kucupan itu dengan lambaian puas dan redha dengan kepulangan saya nanti . InsyaAllah .

Waktu pengajian tadi , perkara yang sama terdetik lagi . Saya sebenarnya tak suka pergi kelas talaqqi waktu saya sibuk atau kalau saya tahu saya tak akan mampu menyelesaikan pengajian tu sepenuhnya , kerana perasaan kesal akan selalu bertandang . Dars dan talaqqi itu addictive . sekali pergi akan sentiasa nak lagi . Once u start u cannot stop ! .

Perjuangan memerlukan pengorbanan kan ? dan untuk terus terusan berkorban .... dalam hati ini perlu ada cinta ..... perlu ada cinta.... perlu ada...

0 comments: