CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 27, 2008

.... Sambungan....

Kata Syeikh : " Ittaqillah , Ingat Allah selalu dalam Solat dalam bacaan Al-Quran . Jangan Tinggalkan Al-Quran . Sentiasa buat muzakarah . Jangan Takut dengan imtihan . Kerana takutkan imtihan seolah menyia-nyiakan separuh daripada jawapan . Laa takhaf , innallaha maakum " . Kata Syeikh lagi : " Laa takhaf wa laa tahzan , Wallahu ma'akum . " ( banyak lagi wasiat beliau cuma tak mampu nak dilafazkan skrg ) -

" Aku selalu sakit kepala sekarang ni " " Semenjak bila syeikh " " Semenjak sebulan setengah yang lepas " " Allah Yashfiika ya syeikh , Shuda' syeikh ni sebab sejuk ke? " " Shuda' aku ni kaffarah dosa dari Allah , Alhamdulillah . Banyak sangat obat yang aku kene makan . Semua ini obat aku ( sambil menunjuk kepada berplastik2 obat ) . " " Yaaa ra'sii .. Yaa ra'sii ... Yaa ra'sii .. " Ketika syeikh mengaduh kesakitan , sebak sangat rasa hati ni . " Ya Allah berilah kesembuhan kepadanya " . Tapi yang terlafaz pada lidahnya hanya alhamdulillah .. alhamdulillah ... alhamdulillah ...

Melihatkan keredhaan syeikh menerima apa yang terjadi kepadanya sebagai satu kaffarah dosa membuat kami insaf . Lidah yang sering mengadu , mengeluh kerana sentiasa tertimpa musibah , mengenang nasib yang kononnya paling malang sinonim dengan kami . Redha redha dan redha . Adalah perbuatan yang perlu ditanam dalam diri kami . Kalau syeikh yang ah uzur dan sentiasa sakit masih boleh teruskan perjuangannya mempertahankan al-Quran , kenapa kita yang masih gagah dan baru hendak melangkah kalah dengan kelemahan jasad yang hanya bertandang sekali sekala .

Kami keluar melangkah pergi dari rumah syeikh membawa satu azam dan semangat yang baru . Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha . " Wallahu 'alamu wa antum laa ta'lamun " . Biarlah urusan2 masa depan kita tinggalkan kepada Allah kerana kita sendiri tak tahu apa yang telah Allah sediakan untuk kita :)

Allahumaj'alna minas saabiriin , Allahumaj'alna minal mutawakkiliin , Allahumaj'alna minal muhsiniin ... Allahumma aameenn

Friday, December 26, 2008

....Episod 124..... - Kerana Syubra -

Kali terakhir aku ke syubra merupakan hari aku khatamkan qiraat hafs pertengahan july yang lalu . Hampir lima bulan aku tidak menziarahi tempat yang memang dekat di hati semenjak pertama kali menjejakkan kaki ke mesir .

Sekali lagi , perjalanan ke syubra membuka mata dan minda yang telah lama dibiarkan terperuk dalam empat penjuru dinding rumah . Terasa perjalanan kali ini cukup bermakna . Satu perjalanan khas untuk bertemu dengan syeikh yang telah banyak menyentuh hati ku .

" Entum tadrusu el-qiraat ?? " " Hafiztil quran ?? " " kam juzu' tahfadzin?? " " Ma'a men tadrusin? " . Ini merupakan soalan - soalan biasa yang ditanyakan oleh pemandu2 taxi dan orang sekeliling yang kadangkala heran dan terpegun bila kami katakan kami sering ke syubra . ( sebab rabaah tu kira jauh la jugak ) Syubra memang terkenal dengan pelajar wafidin/wafidat yang belajar Al-Quran . Di situlah terletaknya ma'ahad al-quran wal qiraat . Bila tiba-tiba disapa begitu sekali sekala , aku sering tersenyum sendiri ." Wah .. budak qiraat lagik . Hafalan pun tak khatam lagik " . Takpelah ... Allahumma Ameen mudah - mudah an akan tiba juga satu hari nanti waktu khataman hafalan tuh ^_^" .

Syari' dansyawaya membuat aku khayal seketika dengan kejadian yang pernah terjadi di situ suatu ketika dahulu . Teringat bait2 syi'ir pertama yang kami hafal di sekolah ... " Marartu bi danshawaya fahaajani ... " Suatu kisah yang pada aku sangat-sangat sedih untuk diceritakan . Aku hanya mampu menarik lafas lega , melihat keadaan syubra sekarang ini , dengan apa yang satu ketika dahulu pernah aku bayangkan sewaktu menangis mendengar cerita ust tentang sejarah syari' tersebut .

" tok tok tok " .. Ketukan pintu agak pelan kedengaran kerana ketebalan sarung tanganku . " Ish syeikh ada ke tak ni ? ni kalau dah ketok tiga kali dah kasi salam pun tak bukak jugak , kena balik ni idah " . " Takpe2 kita tunggu kejap " . Pintu pun terbuka akhirnya . Kehadiran kami disambut dengan senyuman syeikh dan mama . Gelagat hanaa juga cukup menceriakan suasana . Sewaktu kami sedang enak menjamu baqsumat yang dicecah dengan shay billaban yang dibuat oleh mama ( sgt3 sedap ) , kami pun meminta wasiat dari beliau .

Mengalir airmata sewaktu kalimah2 nush dan wa'dz keluar dari bibir syeikh . Kami semua tertunduk bisu. " Ittaqillah , ...

Bersambung...

Tuesday, December 23, 2008

....Episod 123.... - Secebis ingatan -




Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada


Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan


Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?


Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu


Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?


Kemana hilangnya kemanusiaan?
Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Bilakan damai akan menjelang?


Soalan yang masih tiada jawapan


Semalam , tiba-tiba saya dapat panggilan daripada komiti map palestin . Maklumlah , dah lama sangat tak join program kesedaran palestin ni . The last one was bergelap 5 min memperingati penduduk palestin . So , tiba-tiba jugak saya tergerak nak dengar lagu ni . Bilakan damai - hafiz hamidun . Memang tak semua orang sedar betapa hebatnya palestin dihina oleh israel , memang tak semua orang rasa kepentingan untuk duduk sejenak mengingati perjuangan mangsa-mangsa bedilan bom seperti syeikh ahmad yassin dan pejuang2nya . Tapi , kalau kita masih rasa diri kita seorang Islam , yang masih ada lagi rasa brotherhood n sisterhood in Islam ... Tolonglah , kalau tak sanggup jasad bersama mereka , sekurang-kurangnya , biarlah hati dan fikiran kita mengiring perjuangan sahabat2 kita di sana .


Allahummansur ikhwananal mustadh'afiina fi falestin wa fi kulli makaan~ ..

Saturday, December 13, 2008

....Episod 122.... - Kau kekasih awal dan akhir -


Masih segar lagi ingatan waktu pertama kali menatap Dia . Aku tersenyum simpul sendiri . Memang dia lah yang akan menemani aku mulai dari hari ini . Aku pilih Dia . Tak sabar nak memilikinya . Terasa boleh saja kucupan ini singgah di kulitnya bila-bila masa saja . Mengalir airmata ini bila aku mula mengenali diriNya dari mula ku singkap kisah - kisah cinta yang ada padanya .

Mushaf Al-Quran yang berwarna merah dihiasi bunga biru . Bersamanya bermulalah hafalan Al-Quran . Dari safhah pertama sehingga hampir suku daripanya cuba ku ingati dan dakapi . Dia bersamaku di waktu aku tersenyum kerana mudahnya mengingat kalam Allah . Dia juga bersamaku ketika aku cuba sedaya upaya menyempurnakan ayat-ayat yang mencabar , dia juga ada bersamaku ketika airmata ini tak henti mengalir bila diriku diuji dengan lemahnya ingatan , dan susahnya menangkap hebatnya kalimah kalimah surah Al-An'am.

Warna-warna kuning , jingga , hijau , merah jambu , biru dan ungu menghiasi kepala2 ayat dan kepala2 maqra' dalam mushaf itu . Surah Al-baqarah yang paling seronok diulang , surah an-nisa' yang paling bermakna perjalan tasmi' bersama ustazh , surah ali imran antara yang mudah diingati , Surah Al-An'am paling banyak meninggalkan memori2 yang tidak dapat dilupakan . Pernah sekali helaian mushaf basah dengan airmata ketika surah an'am cuba diulang. Semenjak dari hari itu , dia lah pemangkin semangat . Dialah sahabat yang tak pernah sekali pun meninggalkan ku.

Sebenarnya dia bukan yang pertama , tapi dia yang termanis . Dan kini , entah kenapa aku meninggalkannya di Singapura . Tiba-tiba keresahan melanda. Kerana dirinya telah berbulan tiada di depan mata. Rindu . Ya , aku rindu . Rindu nak menatapnya lagi . Walaupun mushaf baru dah dibeli untuk mengganti dirinya yang telah dhaif kulit dan warnanya , ia tetap tidak sama . .

Aku tak pernah melupakannya . Aku tak pernah berniat hendak meminggirkannya . Kenangan 4 tahun bersamanya . Kemana - mana sahaja ianya ku bawa . Bila sedih datang bertandang , dirinya ku dakap penuh harapan . Hanya dia yang ada di sisi untuk menenangkan fikiran yang sering kacau . Hanya Allah yang tahu betapa rindunya aku pada Dia . Dia bukan yang pertama , bukan juga yang terakhir . Tetapi Dia yang paling ISTIMEWA .

اللهم اجعلنا من اهل القرآن

Monday, December 1, 2008

....Episod 121.... - Cerita baru -


Bismillahil waduudur rahiim

Allahumma Solli Wasallim Wabarik 'alaihi wa 'ala aaliih

Semenjak dua menjak ni , fikiran saya agak tegang . Tempiasnya terkena pada blog ni . Pada mereka yang membaca , dan terasa bahang emosi saya , afwan sangat2 . Mungkin situasi dan keadaan yang ada didepan mata saya sekarang ini membuatkan akal saya sibuk memikir , mengkritik dan cuba mencari jawapan pasa sebuah ketidakpastian yang saya hadapi .

Macam-macam dah jadi kat mesir ni . Agm baru lepas ( pemilihan exco perkemas ) . niat di hati tak nak pergi , tapi kena pilih jadi tukang kira undi . haiz , sabar jek . lepas ni program raya korban pulak . lepas raya korban , ada lawatan dr dr. Abdullah tarmugi . Fikirnya , nak pi . Malangnya , perjumpaan tu malam , waktu kurang sesuai pulak . takut merisikokan kesihatan. wlaupun macam rasa rugi tak dapat pi tp takpe jekla . kene awla kan mana yg patut .

Minggu lepas saya dapat panggilan daripada ayaat . Kawan Mesir . Katanya ada masaalah dengan si dia. Nak jumpa dengan saya . Mungkin nak bercerita . Saya pun layankan . Walaupun waktu tu terasa letih sangat . Oleh kerana ayaat baru sahaja keluar dari hospital , lepastu dah dua minggu tak jumpa , tak sampai hati pulak nak tolak permintaannya . Perbualan yang awalnya dimulakan dengan cerita2 tntg si dia , akhirnya berjaya saya alihkan . Sementara menanti kedatangannya , saya sempat singgah di sebuah kedai buku untuk menghilangkan dahaga saya pada bahan bacaan sejarah . Akhirnya , saya sanggup keluarkan 90 LE untuk mendapatkan dua buah buku . 1 ) Tarikh mesir , min 'asril fara'inah ila 'asril hadir 2) Tarikh Quraisy .

Akhirnya , topik perbualan tentang cinta yang agak membosankan saya bertukar menjadi perbualan tentang sejarah dan ketamadunan . Ayaat berkongsi apa yang dia tahu tentang mesir . Alhamdulillah . Thx ayaat for enlightening me . Katanya ayahnya dulu seorang general bersama pasukan tentera perang 6 oktober yang berlaku antara mesir dan israel . Tak sabar rasanya nak habiskan bahats tentang mutanabbi dan habiskan baca buku2 kuliah . Sebabnya , dah tak tahan nak baca dua buku sejarah yang sangat2 menggugat keimanan . hehe .

Hari - hari selepas itu menjadi agak bosan . Sakit yang tak sudah ditemani dengan kitab2 rujukan tentang penyair mutanabbi yang bertimbun . Ada hampir lapan kitab semuanya . Pening jugak . Tetapi ada hikmahnya juga bahats ni ada . Saya dah pun jejakkan kaki ke maktabah al-qahirah al-akbar di Zamalek . Mungkin ianya tak sebesar national library di Singapura , tapi bahan rujukan adab yang ada alhamdulillah sangat2 memuaskan hati :) . Tempatnya yang berhawa dingin juga masya Allah selesanya .

Cerita terbaru yang ada ialah , buku qa'ah bahats akhirnya dah pun dapat . Esok pagi dah boleh habiskan ilmullughah . Petang dah boleh mula kembara kitab qaah bahats . Lebih kurang sebulan saja lagi , exam akan bermula . Pandangan saya masih lagi kabur . Apa yang Allah dah sediakan untuk saya kali ini , di luar pengetahuan saya tentunya . Teringat pesan seorang kawan arab yasmin ( kenal kat road on the way nak balik rumah dari kuliah ) , katanya , kan Allah dah kata : 'Asaa an takrahuu syai'an fahua khairul lakum .... ' - ingat k , husnuzzon dengan siPencipta .

Mudah mudahan Allah tambahkan lagi rasa cinta pada kuliah lughah dalam hati ini . - Satu perjuangan untuk mengenal DIA - .

Ya Rasulallah Khuz Biaidiina

Tuesday, November 25, 2008

....Episod 120.... - Ilmu tanpa amal -


العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر
Hampir mengalir air mata ini bila melihat seorang insan yang memikul hafalan hadith dan seolah-olah ada terlekat mohor usuluddin - HADITH di dahinya , amalnya tak seperti orang yang kenal kata-kata Rasulullah s.a.w . Hancur harapan ini bila melihat seorang insan yang fasih mengeluarkan ayat - ayat Allah dan tafsirannya dan seolah-olah ada terlekat mohor usuluddin-TAFSIR di wajahnya , amalnya tak seperti orang yang tahu dan faham tafsiran ayat-ayat Allah pada hambanya . Sesak dada ini bila meliha seorang insan yang sibuk menghafal qawaid fiqhiyyah dan menelaah qadhaya mu'asarah dan seolah-olah pada kalamnya tertanam benih syariah , amalnya tak seperti mereka yang tau apa itu agama .


Memang al-iman yazid wa yanqush . Tapi tak perlu nak jadikan ianya hujjah setiap kali kita kalah dengan hawa nafsu kita . Meremehkan satu hakikat yang kita tahu . Itu namanya ketidakadilan dalam menggunakan ilmu yang kita ada . Kita ni Tolibul Ilm , sepatutnya kita lebih keras dengan diri sendiri . Kita bukan orang awam yang masih bertatih dengan fardu ain dan fardu kifayah . Kita akan pulang satu hari nanti menjadi orang - orang yang akan menerangi hidup masyarakat kita . Kalau bukan kita yang menampar diri kita sendiri sekarang ini dengan ilmu yang bermanfaat dan amalnya , takkan nak tunggu kata-kata masyarakat menampar kita .

Rasanya , gerakan amar ma'ruf nahi mungkar tu harus bermula ,sekarang ... saat ini ... detik ini juga... dah tak boleh nak lengahkan lagi ... dah tak boleh nak lambatkan lagi ... biarlah apa pun caranya ... Ianya harus dilaksanakan secepat mungkin .....

Ilahi .. bantulah kami ... Menjadi keluaran yang terbaik untuk ummah masa ini ...

Allah yahdina waj'alna sababan limanih tada...

__________________________________________

Aku sendiri tak lepas dari kesilapan seorang hamba yang sentiasa silap ... Aku juga insan biasa yang perlukan mursyid dalam hidup .... Ilahi ... Jangan lepaskan genggaman mu .. :'(

Monday, November 24, 2008

....Episod 119.... - Keluhan -

Sampai bila..?

Sampai bila akan kau biarkan hatimu duduk membatu …

Sampai bila kau inginkan fikiranmu kusut berserabut …

Sampai bila kau sanggup memperdaya jiwa kosongmu ..

Sampai bila hawa nafsumu akan kau jadikan panduan hidup …

Sampai bila ..setiap detik denyut nadimu …

Kau biarkan syaitan berbisik …

Membuat perancangan untuk hari esokmu..

“ kita kan tolibul ilm .. kena jaga cara kita … hati kita … ilmu kita tu tak ada maknanya , kalau kita tak dapat nak amalkan “ . Tolibul ilm , satu gelaran yang sudah biasa kedengaran di telinga ini . Sebagai tolibul ilm aku perlu lakukan itu dan ini . Sebagai Tolibul ilm aku perlu tinggalkan itu dan ini . Sebagai Tolibul ilm , aku perlu ada pendirian seteguh tiang seri , kerna aku adalah pewaris nabi ( Allahumma Aameen ) . Kepada sesiapa yang selama ini ikhlas menegur setiap kekalutan dan kekhilafan tolibul ilm , Jazakumullahu khairul jaza ‘ . Antum Ahsanun naas . Amar ma’ruf memang mudah nak difi’ilkan .. tapi nahi mungkar susahnya memerlukan pengorbanan . Pengorbanan persahabatan , pengorbanan ukhuwwah , pengorbanan jiwa dan raga , pengorbanan ego dan rasa bangga .

Hidup sebagai tolibul ilm hari ini adalah fatrah hidup paling bermakna dan manis bagi setiap individu yang merasa dirinya penuntut ilmu Allah di atas muka bumi ini . Kerana hari ini , kita dapat menikmati setiap detik sebagai ‘orang yang meminta ‘ . Hari ini , kita semua adalah sama. Kita semua adalah Tolibul ilm . Kesilapan hari ini sebagai seorang penuntut ‘dihisab ‘ sesuai dengan martabat kita sebagai penuntut . Hari ini , diskusi , majlis liqa’ , masa-masa intim bersama kitab , suhbatul masyayikh , mesyuarat- mesyuarat yang penuh dengan agenda menjulang agama dan ilmu sebagai pelita hidup umat manusia mengisi ruang-ruang kosong masa yang kita ada .

Hari esok , dengan ilmu yang kita ada .. kita akan menjadi sebahagian dari golongan agamawan . Mereka yang memimpin . Masa depan masyarakat dan ummat seolah-olah tergalas atas bahu mereka . Bahu kita satu masa nanti . Hari ini , kita masih dalam kegelapan . Masih kabur dengan peranan yang perlu kita pikul . Belum jelas lagi impak yang akan kita berikan kepada masyarakat. Rosaknya masyarakat , adalah kerana rosaknya ulama’ waktu itu . Hari esok , kalau masyarakat kita masih dalam kekaburan … sebenarnya … agamawan lah yang kabur . Bukan mereka .

Memikirkan hakikat satu hari nanti , mahu atau tidak , kita semua … ,Tolibul ilm .. akan duduk semeja dengan agamawan kerana kita sebahagian dari mereka, mengundang rasa takut pada diri . Terlalu banyak kesilapan agamawan yang mengundang padah pada masyarakat . Ulama’ suu’ hanya akan menzalimi masyarakat . Mereka tidak akan sedikit pun mengislahkan jiwa-jiwa orang awam yang memerlukan pengisian.

Tetapi , Tolibul ilm hari ini , masih lagi berpijak di atas putaran waktu hari ini .
Tolonglah . Masa tak pernah kuasa menunggu kita . Kita sepatutnya termengah kerana cuba mengisi masa yang ada dengan majlis ilmu bukan termengah dengan ahwal yang melalaikan kita dari ilmu. Tolonglah , hati itu tempat kita sibuk memikirkan Allah , mati dan hari kebangkitan .
Hormatilah ia kerana ia perlu bersih dan suci . Jangan kotorkan dengan buruk sangka , ego , bangga diri dan fitnah hati yang dapat meruntuhkan aqidah .Tolonglah , jaga lah tata tertib anggota badan kita. Jagalah mata kita dari zina , Jagalah telinga kita dari zina , Jagalah mulut kita dari fitnah , jagalah kehormatan kita dari ikhtilat , Kerana ini semua akan membawa kita kepada tercemarnya maruah dengan zina .

‘ Walaa taqrabuz zina ‘…..

Baca , faham dan tadabbur . Ramai yang berhenti pada tadabbur , apabila membaca ayat-ayat cinta dari Allah . Ramai yang lupa , selepas tadabbur , proses yang paling penting menanti . Ramai yang lupa matlamat terakhir masih belum dilaksanakan . Iaitu Amal. Tak guna bacaan kita kalau kita tak faham . Tak bermakna fahaman kita kalau kita tak tadabbur . Tak berharga masa kita tadabbur dan munaqashah kan ayat-ayat Allah kalau kita tak Amalkan . Ramai yang lupa , amalan adalah penentu hidup kita .

“ Belajar tinggi-tinggi tapi tak guna . Belajar syariah , usul , tapi takde beza. Perangai sama jek . Belajar semua habis kat atas meja exam jek . Tak masuk dalam hati . Belajar semua yang penting pass . Tak nampak pun hasil ilmu tu? Mana pergi ilmu-ilmu tu semua ? tak hormat langsung kat ilmu . Biadap tu namanya . “ . Apa perasaan kita ya tolibul ilm , kalau kata-kata ini dilemparkan ke muka kita . Apakah kita akan marah pada orang yang berkata ? Kalau nak marah nak kata apa ya?..... bersambung ....


_______________________________________________________

Aku pernah terjatuh , puas aku toleh ke kiri kanan belakang dan depan , tiada teman2 tiada keluarga , tiada guru2 … aku menangis mencari siapa yang akan membantu , rupanya Allah sentiasa ada di sisi dan aku bangkit semula, kerana doa teman2 keluarga dan guru sebenarnya mengiringiku J Husnuzzon lah dengan si pencipta … kerana dia lebih mengenali diri kita dari diri kita sendiri.

Thursday, October 30, 2008

....Episod 118..... - Patah tumbuh Hilang berganti -




Salamullahi'alaykum



Kata orang , yang patah akan tumbuh lagi ,yang hilang akan ada pengganti - 24 dan 28 oktober merupakan hari yang benar2 mengundang airmata untuk terus dan terus mengalir . Tanpa sekatan apa2 . Hari yang tidak dapat kami lupakan . Hari kepulangan 4 senior yang telah banyak berkorban waktu , tenaga , fikrah dan keringat untuk kami , adik - adik yang sudah dianggap satu keluarga. Yang sudah menjadi sebahagian dari hidup masing-masing . Kak cik , kak rai , kak hufai dan Ust md Noor . Terima kasih kerana telah banyak membantu . Terima kasi kerana sudi luangkan masa . Terima kasih kerana sanggup melayan kerenah kami yang pelbagai .

Memang yang patah akan tumbuh lagi , tapi tumbuhnya tak akan sama . Mungkin bengkok , mungkin rendah , mungkin juga lebih tinggi dari yang lama . Yang hilang tentu sekali ada pengganti .. tetapi penggantinya tak akan sama . Dan tak akan pernah sama ... Kepulangan mereka berempat .. adalah satu kehilangan untuk kami semua . Belum puas kami menggarap ilmu dari mereka . Belum puas kami mendengar nasihat - nasihat berguna dari mereka , belum sempat kami membina shakhsiah yang hebat seperti mereka .

Kepulangan mereka satu keperluan . Keperluan untuk ummah . kak cik , kak rai . kak hufai n ust noor , tinggalkanlah semangat2 perjuangan pada kami , tinggalkanlah kekuatan rohani dan jasmani antum pada kami , tinggalkanlah idea-idea tajdid yang mampu mencabar akal kami , tinggalkanlah warisan org-org yang berilmu pada kami . Yang paling aham , Doakan kami .

Allahummah dina wahdi bina waj'alna sababan limanihtada

Yang hilang akan ada pengganti ... Tak perlu sibuk mencari siapa penggantinya ... mungkin aku mungkin engkau mungkin dia ..

Ya Rasulallah ... Izinkan kami menjadi pewarismu

Monday, October 20, 2008

....Episod 117.... - Kompilasi cerita :) -

Tempat : Bait syarif
( maklumlah bait masya Allah blum ada internet , tgh dgr lagu kmbara hidup dehearty , itu yang update kompilasi cerita ni , payah nak update satu2 ... jadinya cerita2 yang akan saya sampaikan di bawah ni ringkas2 jek k :D )

Bismillahil ghafuurul waduud .

Entah kenapa , hari ini saya terasa seperti ingin tersenyum sepanjang hari . Walaupun kesihatan saya diuji bertalu2 ( rasa mcm nak balik sg k bila dah tak tahan sakit ) , tapi saya rasa lega sangat , gembira , rasa syukur , rasa cukup insya Allah :) :) :) :)

12 hari yang lalu , keluar saja dari lapangan terbang kaherah , jasad saya seperti dicucuk2 dengan jarum . Bisa . Angin sejuk waktu pagi yang berligar di udara bumi mesir menyambut kehadiran kami . Angin itu juga menimbulkan kerisauan untuk saya . Bibit2 lemah dan sakit mula kelihatan sedikit demi sedikit , sehinggalah beberapa hari yang lalu , ianya mmburuk dngan batuk yang sangat kuat . Tapi hari ini , alhamdulillah , dengan sokongan orang2 sekeliling , ianya semakin lega , alhamdulillah . ( Doakan ye )

_______________________________________________________

Gambar adalah hiasan semata2 :)



Ayaat . Begitulah nama seorang teman mesir yang saya temui di gami' Al-Azhar selepas selesai dars kitab syarh ibn 'aqil bersama syeikh muhd hassan uthman . Dars yang sentiasa penuh dngan tolibul ilm itu adalah antara yang popular di gami ' .

' aiza higab zai di '( aku nak hijab macam ni ) katanya sambil memegang selendang yang kami gunakan . ' la' , dah min sangafura , mush min hina , hina ma fish zai kida ' ( tak, ni dari sg bukan dari sini , kat sini takde mcm ni ) adik2 brsuara . Kami pun diajak duduk bersama , ' no , i mean can u accompany me to buy hijab becaus my malaysian friends did not come ' ' ohhhh .. .. nak mintak teman rupanya ' . Dengan senyuman manis yang melebar sejurus selepas kami menyatakan kesudian kami untuk menemaninya , beliau memimpin tangan kami mencari kedai2 kain yang bolh dibuat hijab . Sepanjang prjalanan , beliau rancak bercerita , ...

' do u want to speak english or arabic? ' ' kilahuma mumkin ' bukan mudah untuk brjumpa sorang misri yang fasih bebual bahasa inggris . ' What's ur name ? ' ' me? Ayaat . And u ? ' ' Ana fathiah ' jawabku ringkas dengan senyuman yang terslindung di balik niqab , saya senang dngan keramahan gadis mesir yang agak kecil ini . ' ouh , i love ur name , like my grandmother .. ' Saya terus brpaling mencari huraidah , ' eh sembrang ah nama sama dengan nenek lagik hhehehe ' . Ayaat pantas mengatur langkah mncari kedai kain yang ada , ketika rancak bercrita , tiba2 terpacul soalan dari bibir ini ' enti makhtubah? ' dngan snyuman beliau mnggelengkan kepala . ' how old r u ? ' , ' this march i will b 21 n u? ' ' ouh , i will b 21 this january ' . ' Ouh should i call u sister fathiah? i should show more respect to u ' . Saya trkedu sketika. ' no , no . we are of the same age . only 2 months ?! its ok , dont call m sister ' . Kami ktawa . Entah knapa . hehe.

' U know what , Insya Allah i will b getting married next year or next 2 year . ' Gembira nampaknya ayaat swaktu mmbritahu maklumat yang pada saya agak peribadi untuk kami yang baru mngenali . ' Ouh really? Masya Allah , Masya Allah . who is he? your cousin? ' 'no' ' ur friend?' ' no ' ' ur family choose him for u ? ' Nampaknya aku tak putus asa meneka , keypo la jugak hihi . ' No ! guess! ' ' hmm... no ayaat i dont like guessing , tell me. ' ' he is my neighbour. ( dngan snyuman ) actually i dont like him at first , buat aftr that i like him . ' Lucu . Pada saya agak lucu . Prkara biasa yang berlaku kpada pasangan adalah kbencian yang dituruti dngan perasaan suka . ' but he is not misri u know ' . Alamak , rasanya macam dah banyak sangat maklumat ni , tapi mlihatkan kghairahan bliau untuk bercerita aku pun layankan . ' then who is he? a malaysian? hehe ' Soalan yang ikhlas hanya ingin brgurau . ' ( angguk ) yes he is a malaysian ' . Aku mencari huraidah dan halimah di blakang . ' Eh fakya dah macam crita ayat2 cinta pulak , cuma ni msia . style ah .. bole tulis kat blog ' haha .. begitulah reaksi kami . Terkjut sebenarnya ..... Ayaat kmudian sedikit demi sedikit menyingkap detik2 perkenalan mereka ...


BERSAMBUNG..

Wednesday, October 8, 2008

.... Episod 116..... - Taknak balik boleh tak ? -



' tik tok tik tok tik tok ' , saat bertukar minit... minit bertukar jam.. jam bertukar hari ... Akhirnya .. tarikh kepulangan dah pun pasti . Kalau ditanya hati , pasti ia tak akan menjawab soalan yang merunsingkan fikiran ini .

Taknak balik boleh tak? Tak boleh sebab perjuangan belum habis. Menghabiskan apa yang telah dimulakan tu prinsip perjuangan . Kalau tak habis , maknanya kita dah menyerah kalah . Teringat kata2 pahlawan melayu silam ' Berpantang maut sebelum ajal ' . Baru namanya pejuang . Baru namanya pahlawan . Baru namanya srikandi terbilang . kan ? :D

Taknak balik boleh tak ? Boleh , kalau jasad dah tak mampu , semangat yang menggunung tinggi hanya tunggu dilemahkan oleh kata2.. diruntuhkan oleh penyakit yang memakan kecerdasan dan kecergasan badan .

Ilahi .. Kenapa pisahkan aku dengan keluarga dan teman .. ? Ilahi .. kenapa hati tak rela terima perpisahan ni .. Ilahi .. aku akan cari hikmah disebalik ini semua... Ilahi .. redhakanlah diri ini ..

Aku dan perjuangan seperti insan kerdil di tengah lautan padang pasir.. tiada air untuk hilangkan dahaga... tiada pohon tempat berteduh ... tiada teman untuk memimpin ... hanya hati jadi taruhan , Allah sentiasa dalam ingatan .. Jasad terkujur kelemahan .. mengharapkan cinta Ar-rahman .

----------------------------------------------------------------------------------


I'll be on my own . i'll be mising the rain . i'll be missing the full airconditioned buses , i'll be missing my most beloved transport -mrt , i'll be missing the comfy comfort taxi , i'll be missing the tall nice colourful buildings .. i'll be missing the food , and last but not least , i'll be missing all those sweet memories of me n my family .. not forgetting US .. dearest pre-u friends n asatizahs esp ust Supendi .


Dear heart , forgive me for giving u loadz of feelings to handle ;') . - Tears .. are words from the heart that are not spoken -


And today .. I end my stay in my own most precious country .... to my Family ... ismahuulii bissafar . Samihiini abi wa ummi :'(

Tuesday, October 7, 2008

...... Sargoshiyan .........



I received an email a few days ago from abidis.org's admin . So for those who have been in love with hijab waali , this is another piece of great idea of dIA for his readers :) .. Let me just share with you some content of the email ... and.. here it goes ..

"Just some time back, you read “Hijaab Waali…the veiled girl”. It was indeed a sheer privilege for us to have you as our valued reader in our reader’s list. From time to time, our valued readers have been asking about if any new novel is being coming in.

It, therefore, gives us great pleasure to let you know that finally the new novel by Dr. Ikram Abidi (diA), Sargoshiyaan…whispers of love, has been launched on the website: http://www.abidis.org/work.htm

Happy reading ! :)


Saturday, October 4, 2008

....Episod 115 .... - Salam IdulFitri -



Pengalaman menyambut Idul Fitri jauh dari capaian keluarga membuat aku lebih mensyukuri kehadiran syawal kali ini . Berbeza tempat dan budaya . Berbeza bangsa dan mereka yang disayangi . Kalau disana.. teman2 @ keluarga kedua yang menemani .. tapi di sini.. mak dan abah ada di hadapan mata . Kalau tahun lepas , lagu airmata syawal agak sensitif di dengar , tapi kini lagu suatu hari di hari raya akan mengalirkan airmata dari kelopak mata yang tak pernah kering .

Syukur ... syukur ... dan syukur . Hari ini , aku masih berada di sini ... di sisi keluarga , masih bernafas.. masih tersenyum .. masih mampu ketawa dan bebas bergerak ke sana ke mari .. Syawal kali ini .... adalah syawal yang paling bermakna ... kini aku rasakan , betapa hebatnya keluarga yang aku ada .

Kepada mak dan abah , tiada kata yang dapat gambarkan perasaan kakak . Nak kata terima kasih tak cukup , nak kata minta maaf pun tak cukup . Semoga Allah tempatkan mak dan abah di kalangan mereka yang tinggi darjat di sisinya .. dan semoga kami semua , menjadi anak2 yang soleh untuk kesejahteraan mak dan abah dunia dan akhirat.

Kepada abg n adik , this year will definitely be a memorable hari raya for us . Every one of us dah pilih jalan sendiri .. untuk abg , 3 more years , dahh jadi graduan UIA , all the best k abg . doakan aku ye . untuk adik , thx alot . insya Allah , ko pun akan sambung blaja jugak k ! ..

Kepada kengkawan yang lain , Selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin , kalau ada terkasar bahasa tersilap langkah dan cara, harap maafkan ye , halalkan makan minum dan segala2nya .

Kepada mereka yg berada di mesir , Allah sahaja yang tahu betapa rindunya diri ini pada setiap satu dari antum semua , terutama sekali huraidah dan juga ahli beit yg lain , halimatus sa'diah , fatimah , adilah , kak fiza , kak izzah , kak rai . Maafkan kita ya kalau ada salah silap . Malam raya rasanya saat paling syahdu bila teringatkan antunna yang berada di sana . Masih terasa lagi perasaan sewaktu beraya jauh dari keluarga. Korg, doakan ... doakan perjuangan yang kita mulakan di bumi Anbiya akan kita tamatkan juga di situ :') .

Ive been searching for rabbanis hari raya song . And atlast , i got it from imeem .. and it will be in my blog for he whole 30 days of syawal ... :)

Ilahi~ berkatilah kami di bulan mulia ini ..

Sunday, September 28, 2008

....Episod 114.... - Selamat Tinggal -


Dua hari lagi .
Dia akan pergi meninggalkan kita ...
Selamat Tinggal Ramadhan ...
Sampai jumpa lagi ..
Moga keberkatanMu akan tetap ku rasai ..

Tuesday, September 23, 2008

..... apa apa jek lah ....

Laptop dan hp merupakan dua alat yang penting dalam hidup saya . Sebabnya? mereka adalah tempat saya menyimpan segala kerja , data , informasi , dan semua haga2 yang penting dan yang tak penting untuk segala tugasan yang perlu saya siapkan. Di saat saya benar2 memerlukan kedua2 alat ini .... yang mana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan kerana saling cukup mencukupi ... laptop saya rosak .. hard disc nye perlu diganti baru . Kerja2 penting saya semuanya terbengkalai .. dan saya benar2 maksudkan KERJA2 PENTING. Jadi... apa agaknya yang patut saya rasa sekarang ni?? Rasanya apa yang sedang saya rasa sekarang ni?... Nak nangis boleh tak ?! huhu :'(

Sunday, September 7, 2008

...... Sambungan ......

' Mereka ' selalu kata " lain orang lain caranya , lain tempat lain adatnya ". Menyambut ramadhan dan syawal berbeza dari satu negara dan bangsa ke negara dan bangsa yang lain . Begitu juga dengan Singapura .Kalau di negara2 Islam tentu sekali sambutannya akan lebih dekat dengan sambutan yang diajarkan oleh Islam . Tetapi di sini , masyarakat melayu islam yang hanya membentuk golongan minoriti tentu sekali menghadapi beberapa cabaran persekitaran yang memerlukan mereka untuk menyesuaikannya mengikut pada keadaan yang sedia ada .

Tidak adil untuk saya menilai masyarakat kita hanya kerana adanya sebilangan kecil diantara mereka yang saya lihat mencemarkan sambutan perayaan Islam yang kita nantikan kehadirannya . Malah diantara sebilangan kecil yang hadir itu , mungkin ramai diantara mereka yang sedar apa yang terjadi tidak seharusnya terjadi. Keadaan sekeliling seolah - olah memberikan satu syarat dimana mereka harus melakukan itu dan ini untuk kebaikan dan kemaslahatan semua pihak .

Ya , saya tak dapat nak menafikan betapa pentingnya sambutan sebegitu diadakan untuk berkongsi perasaan gembira bersama mereka yang tidak seagama supaya mereka lebih faham serba sedikit perayaan yang disambut oleh masyarakat melayu islam singapura , cuma saja saya takut lama kelamaan ianya menjadi satu budaya sehingga satu hari nanti generasi muda kita yang lain akan lupa ramadhan dan syawal itu sepatutnya diraikan dengan apa ? hiburan semata-mata atau dengan amal kebaikan . Takut satu hari nanti generasi muda kita hanya akan dikenali sebagai islam hanya pada nama dan bukan diri mereka ( walaupun hakikatnya wabak ini telah lama bermula ). Itukah yang kita mahukan..? Itukah yang kita inginkan .. ? Generasi muda yang kita harapkan menjadi tunjang kekuatan ummah akhirnya tenggelam dibawa arus hiburan dan dunia... Islamnya ke mana melayunya hilang begitu saja .

Ramadhan Impian... Hanya ramadhan dan syawal yang dapat kita harapkan kini , untuk mulakan misi mengenal Islam pada muda - mudi kita hari ini . Kalau ramadhan dan syawal sendiri , sambutannya dah dicemari.. nak harapkan apa lagi..~ ? Mudah2an segala usaha2 masjid2 dan institusi2 Islam untuk mendidik belia2 kita tentang hebatnya kehadiran dua bulan Islam ini diteruskan demi membina sebuah ummah yang berkualiti .Allah ma'akum wa ma'ana Jami'an . Wallahu'alam

Ya Rasulallah .. khuz biaidiinaa

Tuesday, September 2, 2008

.... Episod 113 .... - Ramadhan Impian -



Ramadhan belum lagi bermula . Tetapi , persediaan untuk menyambut hari raya sudah pun digembar gemburkan di mana - mana . Persembahan nyanyian dan tarian menjadi penyeri sambutan tersebut . Penyeri kah ? atau ia merupakan persembahan utama yang disediakan . Haiz . Entahlah saya sendiri bingung dengan sambutan perayaan di sini . Walaupun baru seminggu berada di tanahair sendiri , apa yang berlaku seolah - olah bertentangan dengan apa yang saya impikan dan harapkan . 18 tahun dahulu , ia suatu perkara yang sangat saya nantikan . Kini , setelah melihat sendiri betapa bermaknanya ramadhan di Mesir ( dan saya pasti begitu juga negeri2 islam yang lain ) , sambutan hari raya yang lebih dibesar-besarkan dari ramadhan menjadi satu sambutan yang mengundang rasa sedih pada diri .

Lagu-lagu seperti 'berserah' , ' sayang-sayang ' dan ' pilihlah aku ' didendangkan dengan penuh penghayatan dan dihayati dengan penuh perasaan oleh mereka yang hadir. Sejauh mana lagu2 tersebut dapat mengingatkan mereka terhadap kehebatan bulan yang hadir setahun sekali dalam hidup mereka ? . Sejauh mana lagu - lagu tersebut menaikkan semangat kemenangan waktu hari raya yang seharusnya dirasakan oleh mereka yang sebulan penuh berjuang melawan nafsu sepanjang ramadhan ?! ..

Bukan bazaar atau sambutannya yang ingin dipersoalkan . Tak salah . Memang tak salah menyambut kedatangan syawal atau ramadhan . Memang tak salah membeli belah untuk keperluan berbuka dan persiapan hari raya . Sambutan kedua2 bulan tersebut malah digalakkan, tetapi kenapa dicemarkan sambutannya sebegitu rupa . Ramadhan sepatutnya menjadi bulan di mana kita mengimarahkan masjid dengan terawih dan berbuka berjamaah . Bukan dengan berjalan2 di sekitar bazaar mencari juadah makan ( bagi yg tidak berpuasa ) dan juada berbuka ( bagi yang berpuasa ) sehingga ada yang tidak peduli ke mana hilangnya solat maghrib dan isya ' . Terawih jauh sekali . Kalau begitu , di mana terletaknya nilai ramadhan itu ?

Ramadhan dan syawal adalah dua bulan Islam. Jadi , sambutannya perlulah islami . Ianya bukan dua perayaan turun temurun yang dibawa oleh adat nenek moyang kita sehingga kita sesuka hati sanggup membiarkan ia tercemar . Dalam situasi ini masyarakat melayu kita rata-rata sama sahaja . Kata orang , alah bisa tegal biasa . Tidak adakah mereka yang ingin merenung sejenak kebiasaan orang2 kita yang perlu diperbetulkan dan diluruskan kembali .

Hari ini , mungkin aktiviti menyambut kedatangan syawal yang diadakan sebelum kehadiran ramadhan dihiasi dengan nyanyian , tarian , lawak jenaka dan pelbagai aktiviti yang berbentuk hiburan , esok lusa entah apa lagi yang akan disediakan .

Ramadhan , apa faedah yang boleh kita dapati dengan kehadiran ramadhan ? - Merasakan apa yang dirasakan oleh mereka yang kurang bernasib baik , lapar.. dahaga.. ,kebuluran . Berapa ramai sahabt dan saudara seislam kita yang kebuluran di merata negeri . Mereka perlu kan makanan untuk bekalan hidup dan nafas mereka hari esok , tapi kita pula makan sehingga senak seolah-olah tiada hari esok untuk kita santap lagi .

Ramadhan hadir untuk mengajar kita erti sabar , sabar kah kita ? Berpusu berasak ke bazaar mencari baju baru untuk beraya . Berjalan bertawaf berjam2 hanya untuk mendapatkan sehelai baju yang berkenan di hati , bila di suruh terawih , mengeluhnya sepanjang hari .. letihnya seperti baru mendaki bukit yang tinggi? sabarkah kita?! Tepuk dada tanya2 lah iman kita .... Moga masih ada lagi sisa kesedaran dalam diri kita semua .. Allah yahdiina waj'alna sababan limanih tada ... Bersambung

Monday, September 1, 2008

.... Loving the embodiment of mercy S.A.W ....



Langkah pertama ku bertanya pada diri
Mampukah perkataan mencerminkan hati
Memantulkan memancarkan segala isi
Tanpa ada yang masih tinggal tersembunyi

Sungguh mampunya ia tidak ku percaya
Jikalau segala isi itu hilang Faslnya
Dunia ini kan menjadi Syurga dan Neraka
Tidakkan ia menjadi cobaan sang Pencipta

Biarkan ia didalam ketidaksempurnaannya…
Tidakkah banting tulangnya si lemah itu mulia?
Tanpa lemah dari mana kan datangnya usaha?
Tanpa usaha tiada haknya manusia menerima Cinta…

Beranikan diri mu wahai jiwa yang cinta
Jika cinta itu asli benar ketulenanya
Kepayahan kesusahan kan hilang ertinya
Untuk si lemah cinta itulah kekuatannya

Mampukah hati untuk menolak kasih
Terdayakah hati untuk memendam cinta
Pada Dia yang tiap nafas yang ditariknya
Tidaklah kecuali demi kasih sayang dan cinta?

Kasihnya yang tiada mengenal sempadan
Cintanya yang merentas erti kemanusiaan
Mendakap alam yang meronta mendamba ihsan
Menyelamat jiwa yang tercungap kelemasan

Jika pengorbanan itu syarat hati untuk menyinta
Kalau khidmat dan budi itu pemarak kasihnya jiwa
Maka adakah kekurangan pada pengorbannya dia
Sehingga tiada ruang didalam hati ini untuknya?

Manikam itu masih berkilau memukau mata
Namun si Jauhari buta masih teraba-raba

Tidakkah cukup penyaksian musuh dan taulan?
Bahwa Yang Terpuji itu adalah insan luar kebiasaan?
Dimanakah had kekejaman dan bongkaknya insan?
Sehingga suapan kasih itu dibalas dengan gigitan?

Bila ditanya adakah benar cinta mu padanya
Kau menjawab Belah lah dada tanyalah ia
Kau berlagak lupa bahwa lidah boleh berdusta
Namun kau benar alpa akan si saksi kedua…
kelakuan takkan gagal mencerminkan jiwa…

Jika benar cinta mu sepenuh jiwa
Mengapa kau biar sang kekasih itu dinoda?

Kau menyusur perjalanan para pejuang
Kau menyarung pakaian perwira perang
Namun,bila dia diserang mara mu bukan ke depan
Tanpa gusar kau memerhati nun jauh dari belakang

Sedarkanlah jiwa mu, bangkitkanlah perasaanmu…
Sesungguhnya bukan dialah yang memerlukan cinta mu
Tetapi ketahuilah bahwa cinta itu seperti madu
Tanpa manis cinta hatimu bak tubuh yang sakit lesu
Lemah kekuatan penuh kekosongan tiada diperlu
Madu cintalah yang kan memberinya semangat baru

Kekasih pernah meluahkan pada sahabat2nya
Wahai sahabatku Aku sangat rindu pada ikhwan2 ku…
Mereka yang tidak pernah melihatku tapi beriman padaku
Dengan cahaya pada dahi, tangan dan kaki mereka kan datang padaku
Akan ku sambut mereka nanti dengan curahan telaga Haudku!

Ketika Izrail menarik lembut rohnya yang Suci
Kekasih berkata. “ Ya Jibril…Sakitnya mati ini..”
Ya Allah…kau timpakanlah kesakitan sakarat ummati
Semuanya padaku biar aku yang menanggungnya sendiri…
Ya Jibril…Ummati Ummati Ummati…

Wahai insan makhluk akal dan jiwa…
Adakah disana manusia yang menyinta seperti cintanya dia?
Menderita berkorban seperti deritanya dia?
Merisaukan mereka yang tiada pernah ditemuinya.. .
Mendoakan mereka yang tiada penat menyakitinya… .

Sungguh akal ini tiada dapat menggapai hakikat cintamu!
Sungguh jiwa ini meronta kerna tiada dapat membalas kasihmu!

Wahai jiwa yang alpa bergetarlah bila MUHAMMAD disebut!!
Wahai hati turutilah bila lisan dituntut untuk menyebut!!

” InnAllaha wamalaikatahu Yusalluuna alannabiy….
Yaa ayyuhal laziina aamanu sallu alaihi wasallimu tasliimaa… ”

Ya Allah…Cukuplah bagi kami kasih dan cintanya Engkau yang terpancar sempurna didalam Insan bernama (Saidina) Muhammad Sollallahu alaihi wasallam…

Karya : Ust Md Noor Bin Md Deros

Sunday, August 31, 2008

.... Sambungan.... - Thank You Allah -

Hijrah - Satu perubahan .. Satu pembaharuan

Kalau di Singapura , perubahan yang paling ketara adalah bertambahnya kedai2 makan di sana sini . Di Msia pula , tak banyak perbezaan dengan apa yang pernah saya lihat setahun dahulu . Saya rasa kalau disuruh berjalan di Singapura lagi payah dari Msia . Di sana semuanya sama . Alhamdulillah . Mudah sikit kerja2 membeli belah untuk orang2 yang dah lama tak jejakkan kaki ke sana seperti saya . Satu perubahan memang susah nak diterima orang pada awalnya , tapi perubahan sebenarnya kalau direnungkan membawa banyak kebaikan jika kita bijak memanfaatkannya . Pada saya perubahan itu satu keperluan . Kalau ianya membawa kebaikan . Tajdid . Mungkin lebih tepat digunakan dari hijrah . ... keee sama jek ? hehe ..

Bila Azan Tidak Kedengaran

Hari2 pertama di Singapura , saya terpinga-pinga menanti suara Azan berkumandang . ' Kenapa tak azan-azan lagik nih ? ' ' mak.. dah azan ke belum ni.. ? ' Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 : 30 . ' mesti dah azan nii ' saya berkata2 sendiri . ' laa.. bukak la radio tu , tak pun cuba tengok suratkhabar ' ... hehe.. paisey la pulak . Antara Sini dan Sana , bezanya waktu solat tak dapat nak dirai bersama . Kalau di sana , panggilan menuju kejayaan itu cukup kuat kedengaran .. Di sini suasana agak sunyi tak terkata . Rindu .. ya saya rindu . Rindu pada suara2 Azan dari Masjid 'Abir di belakang rumah dan Masjid Raba'ah di depan rumah yang sentiasa menjadi 'alarm clock' saya untuk solat subuh dan peringatan ahli beit untuk berjamaah di awal waktu setiap kali dipanggil bertemu Yang Esa :) .

Tapi keadaan taklah seteruk yang saya gambarkan . hehe . Masih ada radio untuk sentiasa dengar azan cuma saja kena selalu 'alert' dengan masa2 solat .

Singapura Oh Singapura

Ramai yang bertanya , ' amacam dah balik , best tak singapore ? ' . Jawapan saya , best sangat2 sebab dapat jumpa keluarga . Cuaca yang selalu mendung dan hujan pun boleh kata best jugak lah sebab mesir sekarang tengah panas :D . Hujan tu kan rahmat dari Allah :) . Udara yang lebih bersih dari mesir juga membuatkan Singapura best cuma yang tak best nya adalah .. tiada dars nak mengisi jiwa . Tiada kitab2 nak mengisi masa kosong yang ada ( hehe sebab semua nya kene tinggal kat mesir ) . Kalau di Mesir , yang ada dalam kepala cuma belajar belajar dan belajar sahaja selagi masih bernafas , tapi di Singapura ni macam2 kene fikir kan . Sekarang ni baru rasa betapa nikmatnya belajar tu .

Kepulangan saya hari ini selepas setahun berpisah dengan negeri sangat membuka mata. Hal ehwal masyarakat bukan sahaja dapat saya fikirkan dengan membaca akhbar online , tapi saya dapat lihat sendiri segala masaalah yang berlaku di depan mata. Saya dapat lihat sendiri .. bagaimana para asatizah muda cuba sedaya upaya mengislahkan belia dengan pelbagai cara . Masa saya tentunya akan tiba juga satu hari nanti .. entah waktu itu saya tak pasti samaada saya sudah bersedia untuk menghadapi semua ini dengan fikiran dan hati yang terbuka .

Marhaban Ya Ramadhan

Esok , Ramadhan bermula . Setahun yang lalu , saya benar2 inginkan ramadhan tahun ini dapat saya nikmati di bumi Kinanah . Tapi , manusia merancang tuhan menentukan . Ramadhan dan eidul fitri akan saya sambut bersama keluarga tercinta di tanahair sendiri . Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 yang sudah . Moga-moga Ramadhan kali ini akan lebih saya hargai dari tahun2 yang sudah .

Allahumma barik lana fi rajab wa sha'ban wa ballighna ramadhan ....~

Thank You Allah .. Thank You Allah ... Thank You Allah ..
Ilahi anta maqshudiy wa redhaka mathlubiy

Saturday, August 30, 2008

Episod 112 - Thank You Allah -

Seminggu di Sg


' Kak.. amir rasa lain la kak , macam pelik gitu nak balik singapore ni ' . ' Yeke amir.. akak pun rasa lain gak , macam janggal kan? macam kelakar nak tinggalkan mesir ' . ' Ah tu la kak , amir pun macam tu gak , kawan2 semua kat sini , hidup semua kat sini , balik singapore ni tengok family jek ' . Begitulah perbualan antara ana dan seorang adik yg sudah 4 tahun berada di Mesir sebelum kami menaiki kapalterbang. Ana masih ingat lagi perasaan ana waktu itu . Kosong . Ana cuma rasa resah gelisah . Takut nak naik kapalterbang. hehe .

Selepas 10 jam ana cuba menahan mata dari terlelap kerana perasaan gelisah yang melanda , alhamdulillah .. akhirnya ana dengan selamatnya mendarat di lapangan terbang changi .

Pandangan Pertama

Keluar sahaja dari kapalterbang , ana terpegun sekali dengan lapangan terbang singapura. Keluasannya , bersihnya , tertibnya .. semua lah . Waktu itu , ana masih lagi dalam fatrah bingung . Masih lagi belum bersedia nak pulang ke tanahair. Masih lagi belum bersedia nak bertemu dengan mak dan abah . Tak tau macamana nak luahkan segala yang ingin diluahkan suatu ketika dahulu . Beg2 kami dah pun selesa di atas trolley . Lambaian keluarga dah pun kelihatan . Niqab masih lagi kemas di muka . Tak tau bila nak buka. Malu . Nampak sahaja keluarga di depan mata , pantas niqab ana tanggalkan . Pelukan Mak dan Abah mengundang rasa haru yang teramat sangat . Tangisan yang hadir waktu itu meminta supaya pelukan jangan dileraikan . Ana tercengang kembali .

"Hebatnya Singapura ni , cantiknya .. canggihnya .. warna warni sungguh ! " . Bisik hati ana seorang diri . Berada kembali di Singapura , memberi satu keinsafan yang pasti . 18 tahun ana hidup di tempat yang cukup mewah serba serbi ini . Tak pernah ana merasa betapa beruntungnya ana dibandingkan dengan mereka yang tak pernah ada apa yang ana ada , tapi jiwa ini masih lagi mengeluh , masih lagi meminta dicukupkan apa yang dah sedia ada walaupun hakikatnya , yang diberi lebih dari yang diperlukan . Terasa hina sekali .Teringat mereka yang dhaif sekali di bumi mesir yang baru ditinggalkan tadi . و قليل من عبادي الشكور . Terngiang2 ayat ini di telinga , seolah - olah menyindir diri ana yang baru nak sedar diri .

Yok Makan !

Baru hari pertama sampai , malamnya keluarga yang terdekat berkumpul di rumah untuk berjumpa dan makan bersama . Tak tau kenapa , selera ana mati . Ana tak selera nak makan apa - apa . Tetapi , bila ana dah mulakan makan , tak boleh nak berhenti pula . Ana dan sepupu yang baru pulang dari kuwait merupakan antara yang terawal duduk dan yang terakhir untuk bangun hehehe . Sehari sebelum pulang .. ana kata kat mak ana ' mak .. masak lah lauk celok ikan .. dah lama tak makan , mak masaklah yang simple2 jek tapi lauk kampung ' . Tiba masa yang dinantikan , ikannya tak ada , yang disediakan adalah .. siput , udang, ayam dan macam2 lah lagi makanan laut . Mula2 rasa terkejut sebab banyak sangat makanan . Tapi selalunya kalau gathering memang macam tu la kan . Esoknya , mak belikan fishball noodle ( dah setahun tak makan fishball hihi .. ) Esoknya lagi , makan Nasi ayam penyet . Hakikatnya , ana dah penat makan ayam .. tapi sebab nak rasa sambalnya , ana pilih yang itu . ( last2 sambal tak habis sebab terlalu pedas untuk ana ) . Petangnya pulak adik belikan laksa . ( itupun sebab nak rasa paru hehe ) . Semalam pula , mak ajak ke bugis untuk makan briyani ayam madu. Sekali lagi , ana tak habiskan kerana dah penat nak kunyah ayam .

Banyak sungguh makanan yang ada kat singapura ni . Sampaikan ana rasa bingung sangat2 setiap kali diminta memilih makanan . Dalam diam ... ana sebenarnya .. rindukan kibdah di kantin sekolah .. haiz لإن شكرتم لأزيدنكم و لإن كفرتم إن عذابي لشديد . Juadah2 yang ada sepatutnya menambahkan lagi rasa syukur yang ada bukan membuat diri semakin manjakan nafsu untuk terus meminta tanpa memikirkan ni'mat yang ada .

Home Sweet Home

Ayat pertama yang terkeluar dari bibir ana bila jejak sahaja kaki di rumah adalah .. ' mak .. lawa nye rumah ! besarnya mak rumah ni .. banyak nye barang.. ' hehe .. antara kata2 ana pada adik ' Ya Allah , mewahnya ko ni .. macam2 jenis barang ada ' . Over . Memang over remarks yang ana berikan . Merepek pun ada . Rumah sekarang dan yang dulu ana tinggalkan tak banyak beza sebenarnya . entah kenapa tiba2 ana jadi jakon sikit. Mungkin kerana ana dah selesa dengan rumah di Mesir sampaikan anatak ingat rumah yang di Sg .

' Sudahlah.. pegi rehat ' itulah kata2 mak pada ana . Nak kata ana kerja keras angka batu kat mesir tu takdelah .. cuma bila mak dah lihat sendiri keadaan ana bila sakit , macam2 benda mak siapkan untuk melegakan sakit ana ni . Ya , memang ana sedang rehat ni ... rehatt secukupnya . Ada tilam empuk yang mengalas tidur , ada sofa empuk untuk duduk . Semuanya tersedia di depan mata . إن متاع الدنيا لعب و لهو وزينة Ya ana tahu , rehat seorang mukmin itu adalah waktu mati itu menjemputnya , rehat yang berlebihan akan membuat kan kita malas dan ini akan menghambat perjuangan kita atas bumi Allah ini. Allahummagh firlana.


-----------------------------------------------------------------------------

Bersambung

Tuesday, August 26, 2008

- Dowrah syeikh Nuruddin kembali di mesir -


Pengajian LIVE dari Cairo , MESIR .

- Maklumat dowrah -

bila ?

Mulai dari 22 ogos ...

Waktu ?

8.30 am ( Mesir ) - 1.30 pm ( SG )

5.00 pm ( Mesir ) - 10.00 pm ( SG)

9.30 pm ( Mesir ) - 2.30 am ( SG )

Ikuti secara online @ http://www.mymkkk.tv/live.php





Saturday, August 23, 2008

Belajar berfikir ( Satu perkongsian )

Learning without thinking is uselessThinking without learning is dangerous- Confucius

Benar sekali kata-kata Confucius itu.

Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!

Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari pembaca yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir!

Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan.
Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru tiada faedah pelajar lulus peperiksaan tetapi tidak menyertai latihan berfikir di sepanjang pembelajaran itu. Beliau lulus dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Tanda kelulusan dengan hafalan dan bukan kefahaman, ialah apabila hafalannya tidak dapat menguruskan realiti. Tafsirannya di awangan, terjemahannya berterbangan. Ideanya sangat tekstual, hingga teks berpisah dari konteks.

“Agama tidak tertegak dengan logik akal”, tegasnya.

“Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal”, itu jawabnya.

Lalu agama dibentangkan secara yang sungguh tidak masuk akal, demi memenangkan teks yang tidak diprosesnya melalui disiplin fikir.

Muktazilah yang meletakkan akal mengatasi naqal (nas periwayatan), telah diuruskan nasib mereka oleh sejarah. Tetapi membuang Muktazilah, tidak harus sampai membuang akal. Proses berfikir harus diteruskan, kerana tanpa berfikir, taqlid jadi parah, perjuangan membunuh taqlid juga menghasilkan taqlid yang kedua.
Terimalah teguran-teguran Allah, kepada manusia yang enggan berfikir. Hakikatnya kemalasan berfikir adalah suatu dosa.

BERFIKIR TANPA BELAJAR

Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir mesti segera bertemu bekal, agar jangan sudahnya bebal.

Banyak sungguh soalan yang mahu ditanya. Tetapi sedikit sekali usaha untuk menjawabnya.

Bersoal jawab adalah proses belajar yang penting. Tetapi tasawwur sukar dibina hanya dengan soal jawab. Bertanya kepada google.com atau Ustaz Haji Google.Com, kedua-duanya akan membekalkan kita dengan jawapan, tetapi tidak membantu membina gambaran.

Kita menyoal dan bertanya…

" Kenapa Islam menegah homoseksualiti? Sedangkan 1/10 penguin adalah gay!”, tanya satu soalan.

“Kenapa Allah berkata bahawa bumi dicipta selama enam hari sedangkan Sains membuktikan sebaliknya?”, tanya soalan kedua.

Soalan ini boleh berterusan dan tidak berkesudahan. Tetapi memperolehi jawapan secara pasang siap, tanpa diketahui proses untuk menghasilkan jawapan itu, akan menyebabkan soalan yang dijawab bersambung dengan soalan yang seterusnya. Dan selepas siri soalan itu terjawab, banyak soalan sudah selesai tetapi lebih banyak lagi soalan lain yang datang.
Ia adalah kepingan-kepingan puzzle yang tidak bercantum.

Justeru orang yang banyak bertanya, kerana banyak berfikir, harus banyak belajar. Belajar dalam erti kata bukan setakat bergantung kepada jawapan hasil soalan, tetapi harus belajar mengenal proses menghasilkan jawapan itu.

Misalnya, sebutan 6 hari, adalah sebutan yang bergantung kepada terjemahan al-Quran. Sedangkan di dalam bahasa asal al-Quran, sebutannya ialah sittah ayyaam. Perkataan ayyaam di dalam Bahasa Arab, tidak terikat hanya kepada apa yang diterjemahkan sebagai HARI iaitu himpunan satu unit masa yang terbentuk dari 24 jam. Kalimah ayyaam boleh diertikan sebagai peringkat atau marhalah… justeru keterangan al-Quran tentang cara Allah mencipta bumi, tidak harus difahami dengan hanya bergantung kepada terjemahan, sebaliknya harus kembali kepada Bahasa Arab.

Adakah sittah ayyam itu enam hari, enam marhalah (stages) atau enam apa?
Sudikah anda belajar Bahasa Arab?

Kata Confucius, “berfikir tanpa belajar itu merbahaya”. Merbahayanya ia adalah pada terjun ke laut tanpa pelampung, berenang di lautan tanpa diketahui pantainya. Selepas segala maklumat diperolehi dari capaian internet di hujung jari, apa yang terus menjadi beban ke atas golongan ini, adalah kegagalannya melihat rupa bentuk agama.

Mana hujung, mana pangkalnya.

Mana pintu, mana tingkapnya.

Menyoal pelbagai isu tentang al-Quran tetapi tiada kesudian untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas untuk berinteraksi dengan al-Quran. Bahasa Arabnya, asbab al-nuzul, ghara’ib lafaznya, nasakh mansukhnya, sudikah manusia yang banyak berfikir ini belajar?

Atau banyak berfikir dan banyak bertanya, tetapi apa yang diinginkan hanya keputusan akhir semata. Boleh atau tidak, halal atau haram… tetapi enggan berusaha memahami prosesnya.

Pelajar bukan pemikir sia-sia.Pemikir bukan pelajar merbahaya.

Wednesday, August 20, 2008

.... Episod 111.... - 5 hari lagi -



Salamullahi 'alaykum ,


Tak tahan. Itu sahaja yang mampu saya ungkapkan sekarang ini . Tak tahan dengan batuk kuat yang sedang saya alami . Sakit sangat . 5 hari lagi kaki ini dengan izin Allah akan jejak semula ke kota singa . Ke kampung halaman yang telah setahun lebih saya tinggalkan . Saya belum siapkan apa2 barang untuk pulang . Badan saya tak kuat untuk tempuh panas tengahari bazar Sayyidina Hussein ataupun angin malamnya . Jadi .. macammana ye??


Alhamdulillah , semalam kak hufai dah pun selamat sampai ke mesir dari Yaman . Masya Allah , misk dan telekung yang dibawanya membuat kan aku senyap sunyi terbayangkan bagaimana keadaan negeri tersebut . Tersimpan rasa tidak sabar hendak ke sana . Mudah-mudah an satu hari nanti , rasa rindu ini terubat juga . Semalam juga , mak kol . Kesian mak , terpaksa menanti dengan penuh harap kehadiran saya yang selalu menunda tarikh kepulangan . ' Mak , tahun depan kakak taknak balik tau .. boleh? ' ' betol ke taknak balik .. ? ' ' betol mak.. boleh eh?? ' , ' Ah yelah , kalau macam tu . ' - Dalam hati saya waktu itu , hanya Allah sahaja yang tahu . Mudah-mudahan mak tak panggil saya balik tahun depan . Banyak lagi yang perlu saya teroka di bumi Mesir ni . Kembara penerokaan ilmu masih belum dimulakan dengan sempurna .


Semalam juga , saya mendapat berita tentang keputusan seorang teman yang sama-sama mengambil syu'bah lughah . Hanya saja beliau senior 2 tahun dari saya . Allah bukan sahaja menguji cinta saya pada ulumul lughah , tapi beliau juga . Seseorang yang suatu ketika pernah meniup semangat cinta saya pada ilmu ini , di saat api semangat saya hampir padam . Seseorang yang kata-katanya pernah membuat airmata saya terhenti kerana akhirnya saya tidak merasa keseorangan dalam medan perjuangan ini .


Kata orang , saya kuat . Kenapa? kerana saya tak sedih dengan keputusan saya walaupun ia bukan satu busyra . Tapi sekarang , saya rasa dia lebih kuat . Kerana dia menganggap perkara tersebut satu berita gembira . Hebat . Memang hebat . Saya kagum dengan beliau . Kekuatannya akan menjadi satu inspirasi .


Orientasi dah pun selesai .. beban dalam fikiran saya pun sebahagiannya sudah pun bebas . Dari hari pertama kedatangan mereka .. Doa saya untuk mereka .. moga-moga orang2 pilihan Allah yang baru hadir ini akan menjadi generasi yang hebat , akal , hati dan jasmani . Moga-moga mereka akan sama-sama mengangkat panji-panji tullab islami untuk menaikkan ruuh islam yang telah lama mati dengan tersungkurnya khilafah terakhir islam hampir 100 tahun yang lalu .


Saya masih lagi terbatuk2 . Kalau ini kaffarah dosa , saya redha . Mudah-mudah an Allah kuatkan dan tabahkan saya . Tapi , sakit yang teramat sangat . Emosi saya agak terganggu kerana sakit yang tak sudah . Kepada semua , kalau saya ada tersalah bicara , terkasar bahasa , terkecikkan hati sesiapa .. terbuat dosa yang tak sengaja kepada antum semua , harap maafkan ye . Doakan Allah berikan kesembuhan kepada saya . Jazakumullahu khairal jaza' .


Allah yahdiina , waj'alna sababan limanih tada . Madaad ya Rasulallah .

Thursday, August 14, 2008

....Episod 102... - On your mark.. Get set ... Go! -

Sudah menjadi adat di mana-mana pun , belajar , bekerja , bermain hatta berbincang sekalipun , sifat daya saing pasti ada . Saya ingin memberi tumpuan yang lebih kepada saingan dalam belajar . Saingan itu satu keperluan samaada kita bersaing bersama teman atau bersaing dengan markah yang pernah kita perolehi sebelum itu . Saingan yang sihat akan membuahkan satu hasil yang produktif dan pro aktif .

Perbualan bersama seorang senior tentang sifat daya saing yang perlu ada membuat aku terkesima seketika. Katanya - katanya jelas . " Daya saing yang sihat perlu ada. Dia membantu kita untuk lebih maju ". Soalan yang timbul : lebih maju dari segi apa ? mental fizikal atau idea ?


Di mana - mana pun , kalau kita cuba perhatikan ,diskusi yang membincangkan tentang daya saing pasti akan cuba menegaskan peri pentingnya daya saing yang sehat untuk diterapkan dalam diri seorang pelajar . Kenapa perlu ada penegasan ? adakah ramai yang mengaplikasikan saingan yang salah dalam belajar sehingga perlu ada peringatan dan penegasan ? pada saya , begitulah nampaknya . Untuk mewujudkan paradigma yang tepat tentang persaingan yang sehat ,perlu kepada follow-up yang konsisten . Tanpa tajdid niyyah yang terhasil daripada follow up tadi ,ramai yang pastinya akan terpesong daripada had persaingan sihat yang ingin diterapkan dalam diri seorang pelajar .

Sistem persaingan ini mungkin sangat relevan untuk pelajar sekolah rendah , menengah , pos menengah hatta Universiti sendiri . Tetapi pada saya , sebagai seorang yang mendalami ilmu agama , persaingan boleh ada , tapi untuk menjadikan ia sebagai satu landasan yang mesti , kemungkinan untuk ia terpesong masih 50 - 50 . Kalau ia dapat diluruskan , alhamdulillah , tapi kalau ia dikaburi dengan niat hanya untuk lulus mengalahkan yang lain dengan wasilah persaingan tadi , maka , lebih baik padam erti persaingan itu dalam diri kita .

Mungkin kata-kata saya seolah-olah hendak menidakkan wujudnya keperluan sifat daya saing itu tadi . Tidak . Bukan itu maksud saya . Kalau pun ada perkara tersebut dalam diri thalibul ilm , biarlah daya saing itu hanya untuk Allah . Bersaing dan berlumba2 untuk mendapat redha Allah dan Rasulullah S.A.W .

Imtihan dunia tak akan membawa kita ke mana 2 . Rezeki dan barakah itu datang dari Allah . Kita berjuang lillahi walir rasul , kita hidup lillahi walir rasul , kita mati juga lillahi walirrasul . Jangan jadikan diri kita mangsa sistem peradaban dunia , yang semakin hari semakin kurang adabnya . Adab pada ilmu , adab pada akal dan adab pada hati . Semoga perjuangan kita hanya untuk Allah dan bukan untuk satu kertas yang hanya diisi dengan markah dan taqdir . Tajdid niyyah . Perkara paling utama yang harus diutamakan kita , thalibul ilm .

Ilahi .. anta maqshudi .. wa redhaka mathlubiy :)

Monday, August 11, 2008

....Episod 110.... - Di situ ada cahaya -

Bismillahir rahmaanir rahiim
Allahumma Solli Wasallim 'ala Sayyidina muhammad

Gami' Al-Azhar . Satu nama yang cukup menggetarkan hati ana dan sesiapa yang terasa keberkatan hidup sebagai thalibul 'ilm di bumi Mesir ini . Dua minggu lagi , ana akan tinggalkan bumi mesir ni . Walaupun hanya untuk dua bulan , hati ini terasa berat sekali . Dars - dars yang sentiasa mengisi ruang-ruang kosong gami' sering menjadi penenang hati ini bila terasa diri kosong sekali .

Baru-baru ni , macam2 dah terjadi . Semenjak dua menjak ni , airmata seolah-olah jadi peneman ana siang dan malam . Ikutkan hati waktu tu , ana rasa nak balik jek singapore terus , segala keindahan dan kehebatan bumi mesir yang selama ni ana laungkan sekelip mata hilang dari fikiran ana . Entah kenapa . Jangan tanya ana kenapa . Ana dah tak mampu nak cerita . Macam-macam perasaan ana cuba nak pendam , marah , geram , sedih .

' Fakya , awk sibuk ngan orientation ke? temankan kita gi gami' nak? ' ajakan seorang senior seperti menyuntik satu semangat yang telah lama hilang . Walaupun waktu itu , badan terasa letih sangat , ana paksa langkah ini untuk terus kuat . Jam 6 petang . Kami berada di akhir mahattah menunggu taxi . Kerana sibuk memikirkan emosi yang agak terganggu tak sedar yang sehari suntuk kami tak sempat nak menjamah apa2 pun . Sepanjang perjalanan , ana cuba isi kan masa bercerita dengan senior tersebut , untuk mengelakkan perasaan menguasai diri .

Jejak sahaja pintu gami' al-azhar , terasa ada kuasa yang melindung . Ana rasa terpisah dari dunia luar . Terharu . ya , ana terharu kerana tak sedar selama setahun yang lalu , ana sebahagian dari universiti tertua di dunia . Ana tak sedar keberadaan ana di sini sepatutnya dah cukup untuk buat ana rasa bersyukur dengan apa yang ada . Terpilih untuk ke al-azhar sepatutnya menjadi sebab ana harus mesti dan wajib terus tersenyum selagi kaki masih di atas bumi kinanah ini .

Di situ ada cahaya ....... yang dapat membuat diri tersenyum ... mensyukuri hadirnya diri di bumi ini :)

Wednesday, August 6, 2008

.... Episod 109.... - Kuat ke ? -

Bismillahil ghafuurur rahiim

" Adik.. adik kuat ye , adik kene kuat , benda ni terjadi sebab adik kuat .Allah nak kuatkan adik lagik . Mungkin ini kaffarah dosa , tapi Allah tak akan beri adik sesuatu yang adik tak mampu nak atasi " Satu demi satu kucupan singgah di dahi . Kucupan tanda sokongan supaya diri ini tidak kalah dengan ujian yang datang bertimpa .

Aku hanya mampu menangis .. yang aku mampu ungkapkan waktu itu adalah...
" maak... abah... nak mak dengan abah ... nak mak dengan abah kat sini .. kakak dah tak kuat lagi mak ... banyak sangat yang dah jadi .. dah penat mak .. :'( "

Tuesday, July 29, 2008

........Abundant Living........




Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there .They serve some sort of purpose . Teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become . You never know who these people may be ; your roomate,neighbour,professor,long lost friend,lover or even a complete stranger who, when you lock eyes with them , you know that very moment that they will affect your life in some profound way .

And sometimes things happen to you and at the time they may seem horrible,painful and unfair , but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would have never realized you potential , strength , will power or heart . Everything happens for a reason . Nothing happens by chance or by means of good or bad luck . Illmess , injury , love . Lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test the limits to your soul . Without these small test , if they be events , illneses or relationships , life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere . Safe and comfortable but dull and utterly pointless .

The people you meet who affect your life and the successess and downfalls you experience create who you are , and even the bad experiences can be learned from . In fact , they are probably the most poignant and important ones .

If smeone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them ,for they have helped you learned about trust and the importance of being cautious to who you open your heart to . If someone loves you , you love them back unconditionally . Not only because they love you, but because they are teaching you to love and opening your heart and eyes to things you would have never seen or felt without them .

Make every day counts . Appreciate every moment and take from it everything that you possibly can , for you may never be able to experience it again . Talk to people you have never talked to before and actually listen . Let youself break free and set your sigts high .

Hold your head up because you have every right to . Tell yourself you are a great individual and believe in yourself for if you do not believe in yourself no one else will . You can create your own life as you wish . Create it and then go out and live it .

Adapted from an article which i took from kak hufais room! hehe .. i have no idea why this entry existed hihi . Well actually i think it has many positive points that we can look and ponder upon lah kan , i guess heee :)

Monday, July 28, 2008

.... Episod 108 ..... - Letihnya -




Sebelum sampai sini , mak selalu pesan ..

jangan terlalu ikutkan sangat penat dan sakit tu .

Nanti makin manja pulak


Sekarang saya selalu paksa diri

setiap kali saya rasa sakit dan penat

bila saya sakit

saya sampai tak tau yang saya sakit

dan saya cuba buang erti penat

dari kamus hidup saya ..


Tapi saya lupa nak besederhana

akhirnya ... Penat saya bertukar kepada sakit ..

Sakit saya pula , hampir memudaratkan diri sendiri


Sekarang ni , saya letih sangat ...

letih yang teramat sangat..

letihnya tak terkata...

sampai nak berkata2 pun

seolah-olah dah tak larat ..

kerana letih sungguh...

tak tau lah letih kerana apa..

mungkin cuaca .. mungkin kerja ..

atau fikiran saya yang letih ..

mungkin .. jiwa saya yang letih..

entah lah.. yang penting

saya LETIH !



* Esok = kemas rumah masya Allah , syarif , balqis

* Esok = keluarkan duit

* Esok = Print semua document2 penting untuk orientation

* Esok = Pi sayyidina Hussein , beli buku qiraat

* Lusa = Sambut pelajar tahun 1 di mathar


( Saya letih tengok jadual ni... haiz )


tu jek saya nak cakap malam ni ...

saya dah tak mampu lagi nak celikkan mata...

arrghhh letihnya~~~~~~~~
( Sekarang ni saya tengah runsing ... ade 2 setengah juzu' lagi saya belum murajaah untuk test hafalan di Sinfapura nanti .. Ilahi~ kun ma' wa laa tatrukni )

Saturday, July 26, 2008

...... Ya tareem wa ahlaha ....... :'(



Bila masa ku akan tiba ... berdamping denganmu dan keluargamu .... Kak hufai n halim doakan kita ye ... moga satu hari nanti , tapak kaki ini akan sampai ke sana juga ... Ya tareem wa ahlaha .. Ilahi .. dekatkanlah diri ini dengan pewaris anbiya' mu :'(

Friday, July 25, 2008

.... Episod 107 .... - Tenang -




Salamullahi'alaykum

Semalam adalah hari terakhir saya ke rumah syeikh redha untuk talaqqi . Sebabnya? semalam saya dah pun khatamkan qiraat imam syu'bah . Jadinya , saya pun luangkanlah lebih masa kat syubro semalam . Seawal jam 7.15 saya dah pun siap menunggu kak zured , kak tuty dan kak fai di perhentian bas depan rumah ( Tapi tak naik bas .. naik tremco ) . Keluar dari rumah syeikh pula jam 11.15 . Sungguh memenatkan .

Aktiviti selepas itu lebih memenatkan . Mesyuarat orientasi 2008/2009 . Dari jam 2 - 8 . Letihnya tak terkata . Atas sebab2 kekurangan stamina kerana kerja2 semalam , tadi pagi adalah pagi yang paling susah saya nak bangun . Hai lahai . Celik sahaja mata , terus saya dilemma . Nak ke masjid raba'ah untuk solat jumaat atau duduk sahaja di rumah .'' Baki 2 jumaat sahaja lagi aku berada di mesir pegilah fathiah '' '' tapi letihlah , rehat pun bagus juga , nanti kalau penat2 sangat sakit nanti siapa susah ? haiz '' -'' Semalam dah satu hari tak pi masjid , rindu nak solat jemaah pulak , nanti balik sg dah tak dapat nak pi solat jumaat '' '' arrrgghhh tak tau laaa .. macammana ni '' .

Jarum jam sudah hampir ke pukul 1 . Perbualan hati yang berlangsung rancak seperti di atas benar- benar merunsingkan . Akhirnya , saya paksa kaki ini untuk bangun . Dalam lebih kurang 5 min .. ' Bismillahi tawakkaltu 'alalllahi laa hawla walaa quwwata illa billah ' . Saya pun membuka pintu rumah . Pantas saya melangkahkan kaki untuk ke gami' rabaah . Azan dah pun kedengaran . Alhamdulillah , akhirnya , saya berjaya melawan nafsu malas yang dah mula nak bersarang di hati ni .

Tiba sahaja di masjid , jemaah masih lagi ramai yang menunaikan solat sunat . Khutbah pun dah nak mula . Saya cuba hadirkan hati ini sewaktu mendengar khutbah. Hebatnya khutbah jumaat di sini berbanding di singapura , suara dan pengisian khatib sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan . Tonasi nya cukup membuat jemaah terjaga . Pengisiannya ?? sering membuat saya menitiskan air mata . Antaranya adalah tentang ibu , pengorbanan ibu , tentang Rasulullah dan banyak lagi topik2 tentang akhlak , hamasah dan tamadun yang dibawa oleh Islam . Hadith rasulullah akan sentiasa menjadi permulaan khutbah . Selalunya hadith2 itulah yang akan membuat kita begitu tertarik untuk duduk dan tekun mendengar isi selanjutnya .
Suasana yang sangat2 hening . Diringi dengan esakan halus tangisan dari beberapa jemaah yang hadir untuk solat jenazah orang-orang tersayang . Suasana solat jumaat sukar saya gambarkan .

Tenangnya tempat itu , seolah - olah dia lah pelindung . Terasa seperti hidup saya terputus dengan dunia luar . Ada sesuatu yang menarik saya untuk sentiasa ke sana . Antaranya adalah , Abla yang sangat2 sayang kepada wafidaat ( pelajar asing@asia ) . Setiap kali saya tersenyum dia akan mencium pipi saya dan tak henti mendoakan kejayaan . ' Rabbuna naggahkum jami'an ' kata2 ini diulang2 . Begitu juga perihal makcik2 arab lain yg senang dengan kehadiran kami .

Tempat itu suatu ketika dahulu mengembalikan semangat juang saya yang hampir hilang sewaktu exam fasl thani . Setelah puas menangis merasa diri sudah putus asa , entah dari mana datang kekuatan hati untuk teruskan semua yang telah saya mulakan .

Suara azan yang berkumandang terus terusan mengajak saya untuk hadir bersama , berjemaah bertemu dia yang Esa . Surah-surah yang dibaca sewaktu solat terus terusan membawa saya hanyut dalam ayat-ayat cinta dari DIA yang berkuasa . Ketenangan itu sungguh tiada tolok bandingnya .

Ilahi anta maqshudiy wa redhaka mathlubiy

.... Episod 106 ..... - Atas Nama Perjuangan -




Bismillahil ghafuurur rahiim
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Wa habibina Muhammad S.A.W


' awak , kalau quran kita dah habis hafal , kita dah lega dah . Maddah lain tak perlu nak risau ' . Ana hanya mampu tersenyum mendengarkan luahan hati seorang teman . Di sini , Maddah Al-Quran rata - rata menjadi satu maddah 'killer' bagi pelajar Azhar . Kenapa ye ? Kata orang , hafal Al-Quran ni susah . Mafhumnya adalah , murajaah hafalan tu susah . Sebabnya , nak menghafal tu mudah tapi cabarannya hadir waktu murajaah . Firman Allah S.W.T :

و لقد يسرنا القرآن للذكر فهل من مدكر

Masih segar lagi dalam ingatan pesanan dari seorang ustaz di ma'ahad tahfiz kelantan . Katanya , Allah dah janji , al-quran tu mudah nak di ingat tapi yang susah tu murajaah :) . Secara peribadi , ana rasa al-Quran ni tak patut jadi maddah killer . Ianya satu - satunya maddah , semakin banyak kita hafal , semakin terasa kurang hafalan tu . Semakin kuat kita cuba untuk ingat , semakin terasa keberkatannya . Usaha dan penat lelah kita menghafal terasa tidak sia - sia . Kalau di dunia Al-Quran jadi maddah asasi di mana2 pusat pengajian islam , di hari penetapan nanti .. dia lah yang akan memberi pertolongan pada kita . Dia lah yang akan memberi syafaat pada kita. Bukan fiqh muqaran , bukan mantiq dan bukan nahu . Jadinya , menghafal Al-Quran dan segala usaha yang diperah untuknya , akan menjadi sebab untuk kita berjaya di dunia dan juga akhirat kelak .

Post ni hanya bertujuan nak berkongsi cetusan rasa . Waktu exam al-quran , ana ingat lagi , kawan - kawan semuanya tengah stress. Sebulan sebelum exam, semua dah mula rasa tertekan . Hafal yang depan , yang belakang lupa . Hafal yang belakang yang depan lupa. Lumrah menghafal , macam tu lah kan . Ana pula , mula murajaah lambat . Ana mula seminggu sebelum imtihan . Setiap kali ana lupa , ana akan rasa stress sangat - sangat . Sebabnya ? Ana dah berkali2 hafal juzu' 1 dan 2 , bila ana terlupa walaupun satu kalimah , ana akan rasa seolah - olah ana dah gagal nak menghafal . Semakin banyak kita murajaah , ada saja yang kita rasa tak kena . Tak tepat dan tak memuaskan . Murajaah waktu itu bukan lagi kerana takut tak terjawab bila ditanya dukturah , tapi takut kalau ditanya Allah nanti , ana akan terdiam kaku .

' Bila kita dah pilih untuk hafal kalamNYA , kita sebenarnya menempuh hidup yang susah , susah di dunia senang di akhirat ' ' Hafal Al-Quran tu sunnah dik , tapi bila dah hafal , murajaah tu jadi wajib ' . 4 tahun dahulu , inilah kata- kata yang diberikan oleh seorang ukhti kepada ana . Dan hari ini , itu lah yang cuba ana pegang . Satu kewajiban menjaga kalam Allah ..

Hari ini juga , ana berada di mesir , menyelam mawad kuliah lughah semata- semata kerana cinta ana untuk Al Furqaan . Sekarang ini , ana diuji dengan satu kegagalan . Atas nama perjuangan , Al-Quran akan ana semadikan dalam hati .. moga perjuangan demi mempertahankan dan menjaga Al-Quran ini diredhaiNYA .

Madaad ya Rasulallah

Sunday, July 20, 2008

....Episod 105.... - Takutnye ! -

Waktu : 10 . 30
Tempat : Akhir mahattah

Panas pagi tadi membuat mata terasa pedih . Warna hitam jilbab dan niqab semakin menambah denyutan perit di kepala . ' Ya rab! panasnya ' Bisik hati ku . Kelam kabut aku menelefon kak nani bila pakcik teksi bertanya arah jalan . ' kak .. akhir mahattah tu bila masuk hayyu sabi'e jalan terus jek kan?? ' . Entah kenapa tiba - tiba aku terlupa jalan nak ke akhir mahattah . Teksi yang ku naiki laju memecut kereta di depan . Aku dah tak kuasa nak hiraukan kerenah pemandu2 teksi yang pelbagai . Pandanganku ku lemparkan jauh ke luar tingkap . Hari ini , hari pertama aku akan bertemu dengan kak nani . Orang yang akan menolongku menguruskan kemasukan ku di madrasah tahsinul khutut .

Setelah lebih kurang 10 minit menunggu kedatangan kak nani , aku mengalah dengan panas mentari . Ku atur langkah untuk mencari tempat berteduh .

Setelah selesa dengan keadaan yang ada , aku pun kembali menyambung bahan bacaan yang telah sekian lama cuba ku habiskan . Gerakan freemasonry , kristianisasi dan orientalisma . Karangan dua ustaz khirrij Al-Azhar . Kajian mereka tentang 3 gerakan ini memang masya Allah . Lebih - lebih lagi bila diceritakan sedikit sebanyak tentang khilafah uthmaniyyah . Aku tenggelam dalam sejarah suka duka khilafah terakhir islam itu . Sehingga tak sedar kak nani dah pun sedia berdiri di sebelah .

Selesai sesi ta'aruf antara kita , aku pun terus memberi soalan bertubi2 pada kak nani . Kesian kak nani , kena layankan . ' Adik jangan takut ye , insya Allah dapat masuk , syaratnya hadir muqabalah jek k ' . Jelas kak nani memujuk aku yang takut tak sudah dengan imtihan muqabalah yang terpaksa aku jalani nanti . Ada beberapa perkara yang menarik minatku sepanjang perbualan kami tentang kelas khat ini .
1 , Tahun pertama dan kedua , kami mempunyai 8 mawad . 5 daripadanya madah khusus untuk setiap tulisan , farsi , riq'ah , diwani , thuluth dan nasakh . Maddah keenam lughah arabiah . ketujuh , Lukisan . kelapan , thuruq tadris .
2 , Kufi hanya akan diajar untuk pelajar yang mengambil takhassus @ tahun kelima dan keenam .
3 , ikhwah msia dan kak nani sendiri sebenarnya tidak begitu menggalakkan pengambilan kursus ini kerana , musim sejuk , klass akan habis jam 6 petang . Waktu maghrib pada musim sejuk adalah 5+ ( jadi paham2 la ye , cuaca da gelap . perlu ada musyrif . Jadiii siapa eh nak layan?? hmm ) .
4 , enam tahun pengajian sama dengan degree . Kalau nak sambung MA perlu ke turki :D ( kalau dapat pi boleh tengok tempat2 yang selalu ust hasrizal cerita kan :> )
5 , Pesan kak nani , kalau nak buat latihan , buat lah latihan sikit2 dari sekarang . heheheh ...


Lebih kurang jam 11.30 , aku pun melangkah pergi . Waktu tu , terasa runsing sangat. Tak tau kenapa . Aku tak ada raghbah nak pulang ke rumah . Akhirnya , aku ambil keputusan untuk ke markaz. Entah kenapa semenjak dua menjak ini , aku lebih selesa bersendiri . Berjalan sendiri . Kemana mana pun sendiri . Dah lama aku tak manfaatkan masa bersendiri . Selalunya , aku sibuk ke sana ke mari dengan aktiviti . Terasa indah hidup di bumi kinanah ini bila difikir fikirkan kembali . Sampai sahaja di markaz , aku tenang kembali . Meneruskan kembara bacaan kejatuhan dan kegemilangan khilafah uthmaniyah . Cukup memberi insprasi . Perjuangan demi Islam . Perjuangan demi Ummah . Akhirnya kalah dengan kebodohan dan tipu daya iblis yang bertopengkan manusia . ' Wa makaruu wa makarallah.. Wallahu khairul maakirin ' . Perjuangan Sultan muhammad al-fatih yang berakhir di zaman sultan abdul hamid II akan sentiasa menjadi pedoman buat mereka yang inginkan kekhilafahan islam kembali gemilang :) .


" Lupakah engkau .. Islam itu ditangan tuhannya "


' Ilahi .. panjangkanlah umurku , izinkan aku menjadi pejuangmu ... berilah aku peluang melihat islam gemilang sebelum aku menutup mata '

Wednesday, July 16, 2008

- Sultan Abdul Hamid II : Dari istana Yildiz ke pembuangan di Salonika -

ikincihamid1.jpg

SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909)

“Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

“Kenapa?”, cikgu bertanya balik kepada saya.

“Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

“Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku”, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekat selepas itu, saya tiba di Turki.

Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.

Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.

Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?

Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.

“Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali”, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.

Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.

Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku”, begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.

Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.

Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.

“Jangan emosi sangat”, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.

Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.

“Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu”, saya menukar plan.

Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.

Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa

.yildiz.jpg

Istana Yildiz

“Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar”, saya terkumat kamit sendirian.

Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.

“Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa”, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.

Saya tunduk.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.

Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.

Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.

“Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini?”, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.

Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yıldız. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…

”Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul”, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.

diariabdulhamid.jpg

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yıldız. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Paşa, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptanî, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

“Ummah telah memecat kamu”, Esat Paşa memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

titah.gif

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Paşa menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda, Åžadiye. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Çarağan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”, azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yıldız itu.

Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.

Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

sirkeci.jpg

Stesyen Keretapi Sirkeci

Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V ReÅŸad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V ReÅŸad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan”, kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

“Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini”, saya berdiri sepi di dinding makam.

Akhirnya, petang itu saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid:

catatandibumikhilafah.jpg

[coolplayer width="480" height="380" autoplay="0" loop="0" charset="utf-8" download="1" mediatype=""]
Catatan di Bumi Khilafah - Video Clip
[/coolplayer]

CATATAN DI BUMI KHILAFAH [mp3]

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengar bisikan di pusaramu
“Ya Muslimi al-Aalam, Ittahidu!”
(Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Di sisi persemadianmu
Kuterkenang semalam

Hari-hari indah bahagia

Islam pernah gemilang

Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
Kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama
Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
Islam dan al-Quran diperhina terpenjara

Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia

Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
‘Islam Baru’ yang dicipta
Jauh dari Tuhannya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya
Langit tidak akan mendung selamanya

Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya

Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku

“Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku”, Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.