CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 2, 2010

......Episod 194......- Bosan-




Kesibukan saya kali ini memang melelahkan . Kelas khat , kuliah, tuition dan dars , bila dikumpulkan semuanya , bukan mudah saya nak imbangi sebenarnya . Ditambah pula dengan program2 persatuan . Ya , saya pernah kata saya tak ingin dibelenggu dengan kerja2 persatuan . Saya juga pernah kata saya tak suka terus terusan kekal dalam kelantangan saya . Malangnya , saya rasa , keadaan tak mengizinkan . Tentang dars yang banyak terpaksa saya kensel sana sini , saya redha jek la insya Allah … Al-ilmu nurun . Mudah2an tempias nur itu saya rasakan dalam baki2 dars yang mampu saya hadiri .

Masaalahnya sekarang , saya rasa kepala otak saya cam berpinar2 ( betol ehk word ni ? ) , al wajibaaat akthar minal awqat . Tapi saya rasa perasaan nya berbeza dengan perasaan sibuk saya dulu . Walaupun rasanya wajibat sekarang ni lagi banyak dari wajibat dulu . Mungkin kerana setiap kali mesyuarat ade jek yang nak saya gelakkan ( kalau kejap tkpe , masaaalahnya ianya akan berterusan setiap kali saya nengok muka ketua sy … sampai tahap sy mesyuarat guna file untuk tutup pandangan saya dari dia ..huhu ) . jadi setiap kali saya gelak mungkin menghilangkan satu kerutan dahi di kepala saya yang timbul akibat letih memikirkan jadual sy neh~ haiz


Saya cuba untuk jadi ketua yang ‘senonoh’ lah sepanjang sesi ni , masaalahnya kredit saya memang terbang le nampaknya sana sini .. Menurut ketua saya , Kelas B.Cina yang pertama berlangsung kemaren masya Allah lah , lancar. Memang terasa nak join sangat . Sebab waktu keluarkan pendapat nak buat kelas mandarin ni , saya terlalu sangat excited nak join siap sanggup becakap tak berenti waktu jumpa exco untuk yakinkan exco supaya kelas ni dapat kami buat … masaalahnya~ saya ada kelas khat…. ^_^” ~ apa2 laa labu~

Kadang2 saya rasa saya bermasaalah .. sebab banyak sangat guna perkataan masaalah . Terima kasih kepada ketua saya kerana dia merupakan pengaruh paling besar dalam penggunaan perkataan masaalah ni . Setiap dua tiga ayat dia cakap mesti nak selitkan word ni . Entah apa ntah yang masaalah … kadang rasa bukan masaalah pun …. Favourite word kot… Suka ati dia la …


Kata Aidh Al-Qarni dalam kitab La Tahzan “ Orang yang selalu tersenyum adalah orang yang sanggup , orang yang sanggup memikul amanah yang telah diberikan padanya “ . Lepas ni memang nak kene senyum sokmo ni . Benda pending buat masa ni adalah assignment tntg palestin , pada orang yg mas’ul sy minta maaf sangat2 krn lewat menghantar asgnment tersebut …. Sy tau salah saya , tapi bulan march ni memang fatrah saya lari2 kehulu kehiliq . ( sTaTuS : Sedang cuba mencari masa utk habiskn assignment ) heeeee .
Tetiba dah masuk bulan march .
Tak lama lagi datang April , dah smpi masa nak book tiket balik …hmm.. habis bulan apr , habis majlis penutup , dah kena siap2 blaja untuk exam …. Habis jek exam…hmmm …. Malas lah nak cite… :s


Jadual sy sentiasa bertukar2 …. Bila nak tetap pun tk tau la..~ Ahad sy ada kuliah smpi kol 3 ( ingtkan gimmick jek rupanya betol k ^_^” ) lepastu sy ada khat dari kol 4 sampai 8:30~ .. senin ada kuliah sampai kol 1 , lepas tu ada khat sampai kol 6 , lepastu ada tuition nahu~ yeay ^_^” , selasa sy ada kuliah tk tau la smpi kol brpa , paling lama kol 3 kot , kalau lebih dr tu memang sy akan minta diri dengan sukarela nya … lepastu sy ada khat dr kol 4 – 8:30 Rabu ada kuliah , lepas tu ada khat sampai kol 6 , khamis sy ada kuliah lepastu khat dr kol 6.30 – 8.30 pastu ada tuition lagi pastu hari hari berbaki tu saya dah tk tau cmana nak cerita sbb sy snirik rasa runsing dengan jadul yang sy baru taip ni , rasanya cm bnyk tetinggal , tp nak masuk2kan cm malas…. So balash jek laa~ … waawaa~ …wateva la~ …

Syeikh nur dah nak balik . Saya rasa macam satu tamparan untuk saya . Sy rasa sy leka sangat dengan prog2 persatuan dan benda lain sampai tk dpt nak ke kelas syeikh betol2…. Tapi takpela … setiap tugas tu amanah kan ? kan ? kan ? … hmmm…. Mudah2an ini yang terbaik utk sy…. Yang saya minta hanya secebis keberkatan dari seorang ulama ‘ sebaris doa dari malaikat dan segunung rahmah dari sohibud dunya wa maa fiihaa setiap kali saya mampu untuk hadir ke kelas2~ … Allahummarham Dha’fana….


“ Leave thoughts and worries . May your heart be as pure as the face of the mirror on which there is no image “ – Sultanul ‘Asyiqin ( Jalaluddin Ar- Rumi )

0 comments: