CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 19, 2008

....Episod 82.... - Berakhirnya satu penantian -

Bismillahil waduudul ghafuur
Allahumma Solli 'ala Sayyidina muhammad


Majlis Penutup yang diadakan oleh Lajnah Ta'lim dua hari yang lepas benar-benar melegakan . Hanya senyuman yang dapat ku berikan sebagai balasan . Satu penantian yang telah lama aku nantikan kehadirannya , kerana hari itu , ia bukan sahaja menutup semua aktiviti - aktiviti unit dan lajnah , tetapi ia juga telah menutup pelbagai cerita dan masaalah yang berlaku kepada orang-orang yang berada di sekelilingku .

Malam itu , sepanjang program berlangsung , tiba-tiba aku rasa hiba . Jumlah mereka yang hadir membuat aku terasa kuat untuk teruskan perjuangan di bumi Mesir ini. Merekalah kakak2ku merekalah abg2ku , merekalah sahabat2ku , merekalah..... keluargaku . Beban mereka beban aku juga, penat mereka penat aku juga , malah aku rasa mereka lebih penat , Kerisauan mereka terhadap cabaran hidup akan datang adalah kerisauanku juga . Kita berkongsi hampir segalanya :) .

Tangisan yang selama ini aku tahan untuk mereka yang berada di tahun akhir , ku relakan ia mengalir sepuas yang mungkin pada slot perpisahan untuk pelajar2 tahun 4 . Puas . Hanya itu yang mampu ku ungkapkan . Puas dengan kata2 semangat yang diberikan oleh mereka . ' Adik kena kuat! akak tau adik kuat! adik ganti tempat kita ye dik~! ... ' :') , entahlah .... aku sendiri tak yakin dengan kekuatan semangat yang aku ada... aku sendiri ragu dengan kebolehanku ... ' Husnuz zon dengan Allah , selagi belum jejak dewan imtihan , jangan pernah mengalah ' ...

Kelu lidahku bila berpelukan dengan Roomate yang selama ini banyak membantu aku , yang memainkan peranan besar dalam hidupku . Hanya sedu sedan yang mengiyakan kata2nya ... hanya suara tangisan yang menjawab soalan2nya . Kerinduanku pada roommate ku membuatkan pelukan kami susah kuleraikan . :'( Terlalu banyak kenangan manis yang dilalui bersama , lebih2 lagi bila bersama dengan ahli beit :) .

Selesai majlis , rakan2 yang lain memanggil aku ke bilik , ada hal yang ingin dibincangkan bersama kata mereka , Pandangan pertama ku lemparkan pada dua sahabatku yang sedang berpelukan, mengalirkan air jernih dari mata mereka yang menjernihkan kembali ukhuwah mereka . Ya Rab! Hanya Allah yang tahu betapa leganya hati kami semua . Satu penantian yang membuatkan kami terasa lumpuh sepanjang ukhuwah ini terjalin . Lumpuh kerana kami sentiasa kekurangan bila berkumpul bersama . Ilahi~ Peliharalah Ukhuwwah ini . Ukhuwwah yang terjalin kerana cinta mu .


Kepada semua Azhariy , All the best untuk imtihan akan datang ni . Ad-dua' bid dua' ye ;)

Ya Rasulallah .... Khuz Biaidiina

Thursday, April 17, 2008

.... Episod 81 .... - Demi Ibu -

Bismillahirrahmanirrahiim


" Aku hanya menduga , tidak mampu merasa sebenar-benar perasaanmu , pengorbanan yang kau lakukan untuk mendewasakanku , hanya bisa ditanggung hati ibu "

Setiap manusia pasti ada idola dalam hidup mereka . Tak kiralah individu tu ganas seganas hitler , atau lembut selembut mahatma ghandi . Untuk diriku sendiri , idola ku dulu , kini dan selamanya adalah ibuku :) .

Boleh dikatakan kebanyakan keputusan yang aku buat dalam hidup dipengaruhi oleh ibu. Kalau bukan peribadinya , kata-katanya , kalau bukan kata2nya , cerita2 yang selalu beliau kongsi bersama , kisah para sahabt,rasulullah , dan cerita2 tentang keluarga . Ibu lah yang selalu mengingatkan . Ibu lah yang selalu memberi nasihat . Ibu lah yang selalu ada di belakang ketika aku perlukan pertolongan untuk buat keputusan . Pokoknya , samaada aku sedari atau tidak , apa yang aku lakukan kini , adalah untuk ibu .

Setiap kali aku terasa penat dengan keadaan yang aku lalui sekarang ini , aku akan sentiasa teringat ibu . Kalau aku terasa penat setiap pagi ke kuliah , kemudian aku perlu membasuh baju selepas itu masak , dan belajar semula dan kadangkala aku perlu sentiasa ke markaz kerana ada meeting yang tak sudah2 , aku akan teringat ibu . Hanya itulah yang dapat menguatkan langkahku . Kenapa ? kerana ibu juga setiap pagi harus pergi bekerja seawal 8 pagi dan pulang selewat 5-6 petang . bandingkan dengan aku yang mula kuliah jam 9 dan pulat paling lewat 3 ptg , itupun tak tentu , selalunya lebih awal . Pulang dari kerja ibu perlu masak untuk kami semua . Malamnya pula ibu akan membasuh baju . Kemudian mengemas rumah . Dan waktu tidurnya adalah lewat malam , kerana perlu menghabiskan kerja2 yang perlu diselesaikan .

Hebatkan ibu??... aku pasti , begitulah kebiasaan setiap ibu . Tak pernah kenal erti penat lelah . Biarpun beliau perlu berkorban setinggi gunung tapi demi kebahagiaan dan keselesaan anak serta keluarga , akan beliau gagahkan langkahnya.

Kadangkala bila aku hampir rasa putus asa dengan keadaanku di sini , aku akan terfikirkan ibu . Betapa beruntungnya aku dapat menuntut ilmu sejauh ini sedangkan ibu , tak pernah mendapat peluang ini kerana kesempitan hidup keluarga. Biarlah lorong ilmu yang aku lalui sekarang ini menggantikan tempat ibu yang tak kesampaian suatu ketika dahulu .

' Dan raut tuamu , memberkas jiwaku , meredakan rindu , mendamaikan kalbu , tak mungkin kutemu.. iras sentuhanmu .. biarpun ku redah seluruh dunia.. mencari gantimu ..'

Terlalu banyak yang telah ibu lakukan untuk kami dan aku secara peribadi , tak terungkap setiap gerak gerinya yang penuh hikmah .... kata orang , hati ibu ... hanya dia dan Allah sahaja yang mengerti . .....

"betapa sukarnya menyusun bicara meluahkan rasa menuturkan sayang kasih yang terlimpah hanyalah sekedar tingkah , cumalah ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahasia.."
Memang susah , susah nak luahkan . Aku terpaksa sembunyikan kata-kata rindu dan sayang untuk ibu setiap kali aku mendengar suaranya... Sengaja , ya aku sengaja ... kerana aku tak ingin beliau tahu , betapa lemah semangat anaknya ini. Aku tak ingin ibu tahu , aku tidak sekuat yang pernah beliau lihat dahulu . Hanya satu yang aku ingin ibu tahu , tapi aku sendiri tak pasti mengapa sukar sekali ingin aku tuturkan segala2nya pada ibu .... aku ingin ibu tahu ... aku masih bertahan di sini kerana ibu dan abah ...

' Apakah yang hilang, andai dilisankan , bait penghargaan penuh kejujuran , tak mungkin terlihat cinta yang merona , jika hanya renungan mata yang bersuara... bukan atur kata ' :'(

Akhir kalam , bila balik nanti ( entah bila ) ... pelukan dari ibu tentunya akan menjadi penawar kerinduan yang selama ini kutahan ...
' di saat kita berjauhan , rasa ingin ku berlari ... mendakapimu penuh girang.. bak si kecil kehilangan ... '

Tuesday, April 15, 2008

....Episod 80.... - Nilai Sekuntum Bunga -



Semalam malam , Kak izzah dan kak rai datang bersama ke helwani untuk bertemu dengan saya ( ada kerja sikit nak kene buat dgn kak rai ) . Tanpa saya sangka dan saya duga , mereka datang membawa sekuntum bunga ros merah baldu . Terharu lah jugak sebenarnya waktu tu . Rasa gembira sangat2 . TERIMA KASIH YE KAK RAI & KAK IZZAH . Saya suka Bunga lagi2 bunga ros . Berbunga-bunga hati saya bila lihat bunga tu . Saya tak boleh lepas dari senyuman bila berpandangan dengan bunga .


Mesti ramai yang heran kan . Saya tak taulah benda ni pelik ke tak , tapi saya sendiri tak tau kenapa bunga main peranan dalam hidup saya ( mood saya ) . Bila saya tk boleh nak blaja , saya akan beli bunga dan selalu tengok bunga tu . Kalau saya rasa nak marah , saya akan cuba untuk tengok bunga2 yang ada di mana2 . Kalau saya rasa sedih , saya akan cari bunga jugak . kalau saya rasa lemah,tak semangat.. bunga jugak yang ada dalam benak saya.


Sekarang ni pun , bila saya teringat ( tgh pandang bunga yg kak izzah n kak rai beri )tentang bunga , saya tersenyum sendiri . Apa sebenarnya yang ada pada bunga sehinggakan saya anggap sebagai benda penting dalam hidup saya . Saya rasa hidup tanpa bunga macam dunia tanpa warna , bahagia tanpa senyuman , gurauan tanpa hilai tawa . J


Setiap kali saya berjalan di sepanjang jalan raya thariq nasr , saya rasa happy sangat . Maklumlah kedai bunga berderet. Saya rasa macam ada kat taman . saya nak senyum jek. Lebih2 lagi bila balik kuliah , dalam keadaan penat dan stress , bila melihat bunga2 warna kuning dan oren saya rasa fresh sangat . Langkah saya yang seterusnya seolah-olah hampir bertenaga . Yang penting, setiap bentuk bunga dan setiap warna yang ada padanya , menyentuh perasaan saya , perasaan yang berbagai2 .

Bunga adalah antara ciptaan terindah Rabbul Jaliil yang saya nikmati keindahannya untuk merehatkan fikiran , menenangkan jiwa dan untuk menghirup udara baru juga semangat baru untuk teruskan perjuangan di bumi kinanah ini :)

Memang , kata orang , cintakan bunga - bungakan layu .... tapi kelayuan bunga itu tadi tak akan melayukan aku , semangatku , perjuanganku , langkahku dan hidupku . Kerana cintakan bunga kerana keindahannya hanya satu wasilah dan satu peringatan bahawa yang menciptakannya lebih indah dan lebih berhak memiliki cinta ini :)

Wednesday, April 2, 2008

.... Episod 79 .... - Penatnya otak -

بسم الله الرحمن الرحيم
"ربنا لا تحملنا ما لا طاقة لنا به "
Pejam celik pejam celik , dah pun masuk bulan april . Haiz , penat ye , lepas dah sibuk dengan segala macam aktiviti ( ni pun blum habis2 lagi ) exam pulak menanti . Dengar khabar oral awal may, takutnyeee . Oral quran tu mafhum la kan , tapi oral balaghah dengan nahu ??! tak tau macammana nak bayangkan.... tahriri pulak mula pertengahan may ... tarikh tetap masih belum diketahui ... tapi susunan maddah dah pun dapat :S .

Exam Tahriri akan dimulakan dengan 1 - Al-Quran 2- Balaghah 3- Nusus adabiy 4- nahu 5- saraf 6- tafsir 7- 'ilmul aswat 8- fiqh .

Sekarang ni kepalaku rasa sakit sangat... penat sangat... nak habiskan baca satu buku memang satu cabaran ... lebih2 lagi buku balaghah dan juga nahu ( maklumlah buku turath ) . Ilmul Aswat aku belum pegang pun, Tafsir pulak macam dah lama tinggalkan ... fiqh jangan cakap lah , subjek ni memnag liat sikit nak baca.. haiz , susah tol nak faham . Yang penting , by this week , dah nak kene tamamkan nahu and balaghah... Insya Allah :D

hmm ...di saat kengkawan yang lain tengah sibuk book flight , confirmkan flight, survey2 barang untuk dibeli nak dibawa balik ke singapura nanti ... aku cuma mampu layankan saja.. sebab aku tak tau bila nak balik ... ada hal yang perlu diselesaikan dan aku tak pasti bila . Tawakkal ajelah . Paling lambat aku akan sampai Singapura mungkin august.. ish, entahlah.. mungkin awal lagi atau... aku pun tak tau. tsk....tsk...

Banyak betol nak kene fikir.... penatnye otak~