CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 31, 2008

.... Sambungan.... - Thank You Allah -

Hijrah - Satu perubahan .. Satu pembaharuan

Kalau di Singapura , perubahan yang paling ketara adalah bertambahnya kedai2 makan di sana sini . Di Msia pula , tak banyak perbezaan dengan apa yang pernah saya lihat setahun dahulu . Saya rasa kalau disuruh berjalan di Singapura lagi payah dari Msia . Di sana semuanya sama . Alhamdulillah . Mudah sikit kerja2 membeli belah untuk orang2 yang dah lama tak jejakkan kaki ke sana seperti saya . Satu perubahan memang susah nak diterima orang pada awalnya , tapi perubahan sebenarnya kalau direnungkan membawa banyak kebaikan jika kita bijak memanfaatkannya . Pada saya perubahan itu satu keperluan . Kalau ianya membawa kebaikan . Tajdid . Mungkin lebih tepat digunakan dari hijrah . ... keee sama jek ? hehe ..

Bila Azan Tidak Kedengaran

Hari2 pertama di Singapura , saya terpinga-pinga menanti suara Azan berkumandang . ' Kenapa tak azan-azan lagik nih ? ' ' mak.. dah azan ke belum ni.. ? ' Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 : 30 . ' mesti dah azan nii ' saya berkata2 sendiri . ' laa.. bukak la radio tu , tak pun cuba tengok suratkhabar ' ... hehe.. paisey la pulak . Antara Sini dan Sana , bezanya waktu solat tak dapat nak dirai bersama . Kalau di sana , panggilan menuju kejayaan itu cukup kuat kedengaran .. Di sini suasana agak sunyi tak terkata . Rindu .. ya saya rindu . Rindu pada suara2 Azan dari Masjid 'Abir di belakang rumah dan Masjid Raba'ah di depan rumah yang sentiasa menjadi 'alarm clock' saya untuk solat subuh dan peringatan ahli beit untuk berjamaah di awal waktu setiap kali dipanggil bertemu Yang Esa :) .

Tapi keadaan taklah seteruk yang saya gambarkan . hehe . Masih ada radio untuk sentiasa dengar azan cuma saja kena selalu 'alert' dengan masa2 solat .

Singapura Oh Singapura

Ramai yang bertanya , ' amacam dah balik , best tak singapore ? ' . Jawapan saya , best sangat2 sebab dapat jumpa keluarga . Cuaca yang selalu mendung dan hujan pun boleh kata best jugak lah sebab mesir sekarang tengah panas :D . Hujan tu kan rahmat dari Allah :) . Udara yang lebih bersih dari mesir juga membuatkan Singapura best cuma yang tak best nya adalah .. tiada dars nak mengisi jiwa . Tiada kitab2 nak mengisi masa kosong yang ada ( hehe sebab semua nya kene tinggal kat mesir ) . Kalau di Mesir , yang ada dalam kepala cuma belajar belajar dan belajar sahaja selagi masih bernafas , tapi di Singapura ni macam2 kene fikir kan . Sekarang ni baru rasa betapa nikmatnya belajar tu .

Kepulangan saya hari ini selepas setahun berpisah dengan negeri sangat membuka mata. Hal ehwal masyarakat bukan sahaja dapat saya fikirkan dengan membaca akhbar online , tapi saya dapat lihat sendiri segala masaalah yang berlaku di depan mata. Saya dapat lihat sendiri .. bagaimana para asatizah muda cuba sedaya upaya mengislahkan belia dengan pelbagai cara . Masa saya tentunya akan tiba juga satu hari nanti .. entah waktu itu saya tak pasti samaada saya sudah bersedia untuk menghadapi semua ini dengan fikiran dan hati yang terbuka .

Marhaban Ya Ramadhan

Esok , Ramadhan bermula . Setahun yang lalu , saya benar2 inginkan ramadhan tahun ini dapat saya nikmati di bumi Kinanah . Tapi , manusia merancang tuhan menentukan . Ramadhan dan eidul fitri akan saya sambut bersama keluarga tercinta di tanahair sendiri . Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 yang sudah . Moga-moga Ramadhan kali ini akan lebih saya hargai dari tahun2 yang sudah .

Allahumma barik lana fi rajab wa sha'ban wa ballighna ramadhan ....~

Thank You Allah .. Thank You Allah ... Thank You Allah ..
Ilahi anta maqshudiy wa redhaka mathlubiy

Saturday, August 30, 2008

Episod 112 - Thank You Allah -

Seminggu di Sg


' Kak.. amir rasa lain la kak , macam pelik gitu nak balik singapore ni ' . ' Yeke amir.. akak pun rasa lain gak , macam janggal kan? macam kelakar nak tinggalkan mesir ' . ' Ah tu la kak , amir pun macam tu gak , kawan2 semua kat sini , hidup semua kat sini , balik singapore ni tengok family jek ' . Begitulah perbualan antara ana dan seorang adik yg sudah 4 tahun berada di Mesir sebelum kami menaiki kapalterbang. Ana masih ingat lagi perasaan ana waktu itu . Kosong . Ana cuma rasa resah gelisah . Takut nak naik kapalterbang. hehe .

Selepas 10 jam ana cuba menahan mata dari terlelap kerana perasaan gelisah yang melanda , alhamdulillah .. akhirnya ana dengan selamatnya mendarat di lapangan terbang changi .

Pandangan Pertama

Keluar sahaja dari kapalterbang , ana terpegun sekali dengan lapangan terbang singapura. Keluasannya , bersihnya , tertibnya .. semua lah . Waktu itu , ana masih lagi dalam fatrah bingung . Masih lagi belum bersedia nak pulang ke tanahair. Masih lagi belum bersedia nak bertemu dengan mak dan abah . Tak tau macamana nak luahkan segala yang ingin diluahkan suatu ketika dahulu . Beg2 kami dah pun selesa di atas trolley . Lambaian keluarga dah pun kelihatan . Niqab masih lagi kemas di muka . Tak tau bila nak buka. Malu . Nampak sahaja keluarga di depan mata , pantas niqab ana tanggalkan . Pelukan Mak dan Abah mengundang rasa haru yang teramat sangat . Tangisan yang hadir waktu itu meminta supaya pelukan jangan dileraikan . Ana tercengang kembali .

"Hebatnya Singapura ni , cantiknya .. canggihnya .. warna warni sungguh ! " . Bisik hati ana seorang diri . Berada kembali di Singapura , memberi satu keinsafan yang pasti . 18 tahun ana hidup di tempat yang cukup mewah serba serbi ini . Tak pernah ana merasa betapa beruntungnya ana dibandingkan dengan mereka yang tak pernah ada apa yang ana ada , tapi jiwa ini masih lagi mengeluh , masih lagi meminta dicukupkan apa yang dah sedia ada walaupun hakikatnya , yang diberi lebih dari yang diperlukan . Terasa hina sekali .Teringat mereka yang dhaif sekali di bumi mesir yang baru ditinggalkan tadi . و قليل من عبادي الشكور . Terngiang2 ayat ini di telinga , seolah - olah menyindir diri ana yang baru nak sedar diri .

Yok Makan !

Baru hari pertama sampai , malamnya keluarga yang terdekat berkumpul di rumah untuk berjumpa dan makan bersama . Tak tau kenapa , selera ana mati . Ana tak selera nak makan apa - apa . Tetapi , bila ana dah mulakan makan , tak boleh nak berhenti pula . Ana dan sepupu yang baru pulang dari kuwait merupakan antara yang terawal duduk dan yang terakhir untuk bangun hehehe . Sehari sebelum pulang .. ana kata kat mak ana ' mak .. masak lah lauk celok ikan .. dah lama tak makan , mak masaklah yang simple2 jek tapi lauk kampung ' . Tiba masa yang dinantikan , ikannya tak ada , yang disediakan adalah .. siput , udang, ayam dan macam2 lah lagi makanan laut . Mula2 rasa terkejut sebab banyak sangat makanan . Tapi selalunya kalau gathering memang macam tu la kan . Esoknya , mak belikan fishball noodle ( dah setahun tak makan fishball hihi .. ) Esoknya lagi , makan Nasi ayam penyet . Hakikatnya , ana dah penat makan ayam .. tapi sebab nak rasa sambalnya , ana pilih yang itu . ( last2 sambal tak habis sebab terlalu pedas untuk ana ) . Petangnya pulak adik belikan laksa . ( itupun sebab nak rasa paru hehe ) . Semalam pula , mak ajak ke bugis untuk makan briyani ayam madu. Sekali lagi , ana tak habiskan kerana dah penat nak kunyah ayam .

Banyak sungguh makanan yang ada kat singapura ni . Sampaikan ana rasa bingung sangat2 setiap kali diminta memilih makanan . Dalam diam ... ana sebenarnya .. rindukan kibdah di kantin sekolah .. haiz لإن شكرتم لأزيدنكم و لإن كفرتم إن عذابي لشديد . Juadah2 yang ada sepatutnya menambahkan lagi rasa syukur yang ada bukan membuat diri semakin manjakan nafsu untuk terus meminta tanpa memikirkan ni'mat yang ada .

Home Sweet Home

Ayat pertama yang terkeluar dari bibir ana bila jejak sahaja kaki di rumah adalah .. ' mak .. lawa nye rumah ! besarnya mak rumah ni .. banyak nye barang.. ' hehe .. antara kata2 ana pada adik ' Ya Allah , mewahnya ko ni .. macam2 jenis barang ada ' . Over . Memang over remarks yang ana berikan . Merepek pun ada . Rumah sekarang dan yang dulu ana tinggalkan tak banyak beza sebenarnya . entah kenapa tiba2 ana jadi jakon sikit. Mungkin kerana ana dah selesa dengan rumah di Mesir sampaikan anatak ingat rumah yang di Sg .

' Sudahlah.. pegi rehat ' itulah kata2 mak pada ana . Nak kata ana kerja keras angka batu kat mesir tu takdelah .. cuma bila mak dah lihat sendiri keadaan ana bila sakit , macam2 benda mak siapkan untuk melegakan sakit ana ni . Ya , memang ana sedang rehat ni ... rehatt secukupnya . Ada tilam empuk yang mengalas tidur , ada sofa empuk untuk duduk . Semuanya tersedia di depan mata . إن متاع الدنيا لعب و لهو وزينة Ya ana tahu , rehat seorang mukmin itu adalah waktu mati itu menjemputnya , rehat yang berlebihan akan membuat kan kita malas dan ini akan menghambat perjuangan kita atas bumi Allah ini. Allahummagh firlana.


-----------------------------------------------------------------------------

Bersambung

Tuesday, August 26, 2008

- Dowrah syeikh Nuruddin kembali di mesir -


Pengajian LIVE dari Cairo , MESIR .

- Maklumat dowrah -

bila ?

Mulai dari 22 ogos ...

Waktu ?

8.30 am ( Mesir ) - 1.30 pm ( SG )

5.00 pm ( Mesir ) - 10.00 pm ( SG)

9.30 pm ( Mesir ) - 2.30 am ( SG )

Ikuti secara online @ http://www.mymkkk.tv/live.php





Saturday, August 23, 2008

Belajar berfikir ( Satu perkongsian )

Learning without thinking is uselessThinking without learning is dangerous- Confucius

Benar sekali kata-kata Confucius itu.

Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!

Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari pembaca yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir!

Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan.
Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru tiada faedah pelajar lulus peperiksaan tetapi tidak menyertai latihan berfikir di sepanjang pembelajaran itu. Beliau lulus dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Tanda kelulusan dengan hafalan dan bukan kefahaman, ialah apabila hafalannya tidak dapat menguruskan realiti. Tafsirannya di awangan, terjemahannya berterbangan. Ideanya sangat tekstual, hingga teks berpisah dari konteks.

“Agama tidak tertegak dengan logik akal”, tegasnya.

“Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal”, itu jawabnya.

Lalu agama dibentangkan secara yang sungguh tidak masuk akal, demi memenangkan teks yang tidak diprosesnya melalui disiplin fikir.

Muktazilah yang meletakkan akal mengatasi naqal (nas periwayatan), telah diuruskan nasib mereka oleh sejarah. Tetapi membuang Muktazilah, tidak harus sampai membuang akal. Proses berfikir harus diteruskan, kerana tanpa berfikir, taqlid jadi parah, perjuangan membunuh taqlid juga menghasilkan taqlid yang kedua.
Terimalah teguran-teguran Allah, kepada manusia yang enggan berfikir. Hakikatnya kemalasan berfikir adalah suatu dosa.

BERFIKIR TANPA BELAJAR

Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir mesti segera bertemu bekal, agar jangan sudahnya bebal.

Banyak sungguh soalan yang mahu ditanya. Tetapi sedikit sekali usaha untuk menjawabnya.

Bersoal jawab adalah proses belajar yang penting. Tetapi tasawwur sukar dibina hanya dengan soal jawab. Bertanya kepada google.com atau Ustaz Haji Google.Com, kedua-duanya akan membekalkan kita dengan jawapan, tetapi tidak membantu membina gambaran.

Kita menyoal dan bertanya…

" Kenapa Islam menegah homoseksualiti? Sedangkan 1/10 penguin adalah gay!”, tanya satu soalan.

“Kenapa Allah berkata bahawa bumi dicipta selama enam hari sedangkan Sains membuktikan sebaliknya?”, tanya soalan kedua.

Soalan ini boleh berterusan dan tidak berkesudahan. Tetapi memperolehi jawapan secara pasang siap, tanpa diketahui proses untuk menghasilkan jawapan itu, akan menyebabkan soalan yang dijawab bersambung dengan soalan yang seterusnya. Dan selepas siri soalan itu terjawab, banyak soalan sudah selesai tetapi lebih banyak lagi soalan lain yang datang.
Ia adalah kepingan-kepingan puzzle yang tidak bercantum.

Justeru orang yang banyak bertanya, kerana banyak berfikir, harus banyak belajar. Belajar dalam erti kata bukan setakat bergantung kepada jawapan hasil soalan, tetapi harus belajar mengenal proses menghasilkan jawapan itu.

Misalnya, sebutan 6 hari, adalah sebutan yang bergantung kepada terjemahan al-Quran. Sedangkan di dalam bahasa asal al-Quran, sebutannya ialah sittah ayyaam. Perkataan ayyaam di dalam Bahasa Arab, tidak terikat hanya kepada apa yang diterjemahkan sebagai HARI iaitu himpunan satu unit masa yang terbentuk dari 24 jam. Kalimah ayyaam boleh diertikan sebagai peringkat atau marhalah… justeru keterangan al-Quran tentang cara Allah mencipta bumi, tidak harus difahami dengan hanya bergantung kepada terjemahan, sebaliknya harus kembali kepada Bahasa Arab.

Adakah sittah ayyam itu enam hari, enam marhalah (stages) atau enam apa?
Sudikah anda belajar Bahasa Arab?

Kata Confucius, “berfikir tanpa belajar itu merbahaya”. Merbahayanya ia adalah pada terjun ke laut tanpa pelampung, berenang di lautan tanpa diketahui pantainya. Selepas segala maklumat diperolehi dari capaian internet di hujung jari, apa yang terus menjadi beban ke atas golongan ini, adalah kegagalannya melihat rupa bentuk agama.

Mana hujung, mana pangkalnya.

Mana pintu, mana tingkapnya.

Menyoal pelbagai isu tentang al-Quran tetapi tiada kesudian untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas untuk berinteraksi dengan al-Quran. Bahasa Arabnya, asbab al-nuzul, ghara’ib lafaznya, nasakh mansukhnya, sudikah manusia yang banyak berfikir ini belajar?

Atau banyak berfikir dan banyak bertanya, tetapi apa yang diinginkan hanya keputusan akhir semata. Boleh atau tidak, halal atau haram… tetapi enggan berusaha memahami prosesnya.

Pelajar bukan pemikir sia-sia.Pemikir bukan pelajar merbahaya.

Wednesday, August 20, 2008

.... Episod 111.... - 5 hari lagi -



Salamullahi 'alaykum ,


Tak tahan. Itu sahaja yang mampu saya ungkapkan sekarang ini . Tak tahan dengan batuk kuat yang sedang saya alami . Sakit sangat . 5 hari lagi kaki ini dengan izin Allah akan jejak semula ke kota singa . Ke kampung halaman yang telah setahun lebih saya tinggalkan . Saya belum siapkan apa2 barang untuk pulang . Badan saya tak kuat untuk tempuh panas tengahari bazar Sayyidina Hussein ataupun angin malamnya . Jadi .. macammana ye??


Alhamdulillah , semalam kak hufai dah pun selamat sampai ke mesir dari Yaman . Masya Allah , misk dan telekung yang dibawanya membuat kan aku senyap sunyi terbayangkan bagaimana keadaan negeri tersebut . Tersimpan rasa tidak sabar hendak ke sana . Mudah-mudah an satu hari nanti , rasa rindu ini terubat juga . Semalam juga , mak kol . Kesian mak , terpaksa menanti dengan penuh harap kehadiran saya yang selalu menunda tarikh kepulangan . ' Mak , tahun depan kakak taknak balik tau .. boleh? ' ' betol ke taknak balik .. ? ' ' betol mak.. boleh eh?? ' , ' Ah yelah , kalau macam tu . ' - Dalam hati saya waktu itu , hanya Allah sahaja yang tahu . Mudah-mudahan mak tak panggil saya balik tahun depan . Banyak lagi yang perlu saya teroka di bumi Mesir ni . Kembara penerokaan ilmu masih belum dimulakan dengan sempurna .


Semalam juga , saya mendapat berita tentang keputusan seorang teman yang sama-sama mengambil syu'bah lughah . Hanya saja beliau senior 2 tahun dari saya . Allah bukan sahaja menguji cinta saya pada ulumul lughah , tapi beliau juga . Seseorang yang suatu ketika pernah meniup semangat cinta saya pada ilmu ini , di saat api semangat saya hampir padam . Seseorang yang kata-katanya pernah membuat airmata saya terhenti kerana akhirnya saya tidak merasa keseorangan dalam medan perjuangan ini .


Kata orang , saya kuat . Kenapa? kerana saya tak sedih dengan keputusan saya walaupun ia bukan satu busyra . Tapi sekarang , saya rasa dia lebih kuat . Kerana dia menganggap perkara tersebut satu berita gembira . Hebat . Memang hebat . Saya kagum dengan beliau . Kekuatannya akan menjadi satu inspirasi .


Orientasi dah pun selesai .. beban dalam fikiran saya pun sebahagiannya sudah pun bebas . Dari hari pertama kedatangan mereka .. Doa saya untuk mereka .. moga-moga orang2 pilihan Allah yang baru hadir ini akan menjadi generasi yang hebat , akal , hati dan jasmani . Moga-moga mereka akan sama-sama mengangkat panji-panji tullab islami untuk menaikkan ruuh islam yang telah lama mati dengan tersungkurnya khilafah terakhir islam hampir 100 tahun yang lalu .


Saya masih lagi terbatuk2 . Kalau ini kaffarah dosa , saya redha . Mudah-mudah an Allah kuatkan dan tabahkan saya . Tapi , sakit yang teramat sangat . Emosi saya agak terganggu kerana sakit yang tak sudah . Kepada semua , kalau saya ada tersalah bicara , terkasar bahasa , terkecikkan hati sesiapa .. terbuat dosa yang tak sengaja kepada antum semua , harap maafkan ye . Doakan Allah berikan kesembuhan kepada saya . Jazakumullahu khairal jaza' .


Allah yahdiina , waj'alna sababan limanih tada . Madaad ya Rasulallah .

Thursday, August 14, 2008

....Episod 102... - On your mark.. Get set ... Go! -

Sudah menjadi adat di mana-mana pun , belajar , bekerja , bermain hatta berbincang sekalipun , sifat daya saing pasti ada . Saya ingin memberi tumpuan yang lebih kepada saingan dalam belajar . Saingan itu satu keperluan samaada kita bersaing bersama teman atau bersaing dengan markah yang pernah kita perolehi sebelum itu . Saingan yang sihat akan membuahkan satu hasil yang produktif dan pro aktif .

Perbualan bersama seorang senior tentang sifat daya saing yang perlu ada membuat aku terkesima seketika. Katanya - katanya jelas . " Daya saing yang sihat perlu ada. Dia membantu kita untuk lebih maju ". Soalan yang timbul : lebih maju dari segi apa ? mental fizikal atau idea ?


Di mana - mana pun , kalau kita cuba perhatikan ,diskusi yang membincangkan tentang daya saing pasti akan cuba menegaskan peri pentingnya daya saing yang sehat untuk diterapkan dalam diri seorang pelajar . Kenapa perlu ada penegasan ? adakah ramai yang mengaplikasikan saingan yang salah dalam belajar sehingga perlu ada peringatan dan penegasan ? pada saya , begitulah nampaknya . Untuk mewujudkan paradigma yang tepat tentang persaingan yang sehat ,perlu kepada follow-up yang konsisten . Tanpa tajdid niyyah yang terhasil daripada follow up tadi ,ramai yang pastinya akan terpesong daripada had persaingan sihat yang ingin diterapkan dalam diri seorang pelajar .

Sistem persaingan ini mungkin sangat relevan untuk pelajar sekolah rendah , menengah , pos menengah hatta Universiti sendiri . Tetapi pada saya , sebagai seorang yang mendalami ilmu agama , persaingan boleh ada , tapi untuk menjadikan ia sebagai satu landasan yang mesti , kemungkinan untuk ia terpesong masih 50 - 50 . Kalau ia dapat diluruskan , alhamdulillah , tapi kalau ia dikaburi dengan niat hanya untuk lulus mengalahkan yang lain dengan wasilah persaingan tadi , maka , lebih baik padam erti persaingan itu dalam diri kita .

Mungkin kata-kata saya seolah-olah hendak menidakkan wujudnya keperluan sifat daya saing itu tadi . Tidak . Bukan itu maksud saya . Kalau pun ada perkara tersebut dalam diri thalibul ilm , biarlah daya saing itu hanya untuk Allah . Bersaing dan berlumba2 untuk mendapat redha Allah dan Rasulullah S.A.W .

Imtihan dunia tak akan membawa kita ke mana 2 . Rezeki dan barakah itu datang dari Allah . Kita berjuang lillahi walir rasul , kita hidup lillahi walir rasul , kita mati juga lillahi walirrasul . Jangan jadikan diri kita mangsa sistem peradaban dunia , yang semakin hari semakin kurang adabnya . Adab pada ilmu , adab pada akal dan adab pada hati . Semoga perjuangan kita hanya untuk Allah dan bukan untuk satu kertas yang hanya diisi dengan markah dan taqdir . Tajdid niyyah . Perkara paling utama yang harus diutamakan kita , thalibul ilm .

Ilahi .. anta maqshudi .. wa redhaka mathlubiy :)

Monday, August 11, 2008

....Episod 110.... - Di situ ada cahaya -

Bismillahir rahmaanir rahiim
Allahumma Solli Wasallim 'ala Sayyidina muhammad

Gami' Al-Azhar . Satu nama yang cukup menggetarkan hati ana dan sesiapa yang terasa keberkatan hidup sebagai thalibul 'ilm di bumi Mesir ini . Dua minggu lagi , ana akan tinggalkan bumi mesir ni . Walaupun hanya untuk dua bulan , hati ini terasa berat sekali . Dars - dars yang sentiasa mengisi ruang-ruang kosong gami' sering menjadi penenang hati ini bila terasa diri kosong sekali .

Baru-baru ni , macam2 dah terjadi . Semenjak dua menjak ni , airmata seolah-olah jadi peneman ana siang dan malam . Ikutkan hati waktu tu , ana rasa nak balik jek singapore terus , segala keindahan dan kehebatan bumi mesir yang selama ni ana laungkan sekelip mata hilang dari fikiran ana . Entah kenapa . Jangan tanya ana kenapa . Ana dah tak mampu nak cerita . Macam-macam perasaan ana cuba nak pendam , marah , geram , sedih .

' Fakya , awk sibuk ngan orientation ke? temankan kita gi gami' nak? ' ajakan seorang senior seperti menyuntik satu semangat yang telah lama hilang . Walaupun waktu itu , badan terasa letih sangat , ana paksa langkah ini untuk terus kuat . Jam 6 petang . Kami berada di akhir mahattah menunggu taxi . Kerana sibuk memikirkan emosi yang agak terganggu tak sedar yang sehari suntuk kami tak sempat nak menjamah apa2 pun . Sepanjang perjalanan , ana cuba isi kan masa bercerita dengan senior tersebut , untuk mengelakkan perasaan menguasai diri .

Jejak sahaja pintu gami' al-azhar , terasa ada kuasa yang melindung . Ana rasa terpisah dari dunia luar . Terharu . ya , ana terharu kerana tak sedar selama setahun yang lalu , ana sebahagian dari universiti tertua di dunia . Ana tak sedar keberadaan ana di sini sepatutnya dah cukup untuk buat ana rasa bersyukur dengan apa yang ada . Terpilih untuk ke al-azhar sepatutnya menjadi sebab ana harus mesti dan wajib terus tersenyum selagi kaki masih di atas bumi kinanah ini .

Di situ ada cahaya ....... yang dapat membuat diri tersenyum ... mensyukuri hadirnya diri di bumi ini :)

Wednesday, August 6, 2008

.... Episod 109.... - Kuat ke ? -

Bismillahil ghafuurur rahiim

" Adik.. adik kuat ye , adik kene kuat , benda ni terjadi sebab adik kuat .Allah nak kuatkan adik lagik . Mungkin ini kaffarah dosa , tapi Allah tak akan beri adik sesuatu yang adik tak mampu nak atasi " Satu demi satu kucupan singgah di dahi . Kucupan tanda sokongan supaya diri ini tidak kalah dengan ujian yang datang bertimpa .

Aku hanya mampu menangis .. yang aku mampu ungkapkan waktu itu adalah...
" maak... abah... nak mak dengan abah ... nak mak dengan abah kat sini .. kakak dah tak kuat lagi mak ... banyak sangat yang dah jadi .. dah penat mak .. :'( "