CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 30, 2010

....Episod 225.... - wa fi fana'i -




Kelas khat di hussin dah pun bermula.... babusya'riah pun sama , cuma aku saja yang tak sempat nak melangkah naik bas 134 tu ... letih kuliah masih lagi terasa .

Sekarang ni aku buat keputusan untuk ke babusya'riah setiap hari ahad dan selasa sahaja , memenuhi keperluan maddah zakhrafah yang ada setiap hari itu , isnin dn rabu akan aku penuhkan di markaz afanin di wisma indonesia . Keputusan ni bukan aku buat sehari dua , tapi selama aku di singapura , tawaran ust zainuddin untuk menjadi murid di markaz afanin sering aku fikir2kan .

Semalam adalah pertemuan kedua aku dan dia . Puas . Faham . Bersyukur . berkali2 ust zain mengulang , afwan kalau aku merasa letih kerana perlu mula dari bawah .. perlu mula dari titik , sangkanya aku keletihan .. ya , memang aku letih .. tapi dalam letih itu ada senyuman . Biar lambat tapi kekal dalam ingatan . setiap kali aku disuruh ulang huruf yang salah ditulis , walaupun kesalahannya basith , aku rasa gembira , kerana akhirnya aku belajar . Min jahlina nukhti' wa minkhata'ina nata'allam .

Kata ust zain , dia menghargai usaha aku untuk belajar dari bawah sekali lagi , hakikatnya aku lebih lagi menghargai kesabaran dan usahanya yang sanggup mengambil aku sebagai murid . Memikirkan kata2 dan cara penerangan yg terbaik untuk membuat aku faham setiap lorek huruf . Katanya : fahmul khatti nushi ta'allumihi . :D

Kalau dulu , sendirian di meja khat mampu membuat semangat aku luntur , tapi sekarang ni teman tak lagi jadi satu musykilah . Kata ust zain satu ketika dahulu , tak apa kalau takde kawan , jadikan khat kita tu teman kita .. :) , walaupun memang kalau ada kawan lagi best , boleh kongsi cerita2 khat sama2... tapi .. ketiadaan kawan tak bermakna perjuangan tu tak akan berakhir dengan kemenangan .

Orang kata cinta tu buta .... Aku kata cinta tu tak buta kalau ianya lillahi walirrasul ... ada cahaya yang menerangi jalan orang yang bercinta tu sehingga akhirnya bertemu dengan yang dicintai .. ~ Pejuang cinta

0 comments: