Waktu : 10 . 30
Tempat : Akhir mahattah
Panas pagi tadi membuat mata terasa pedih . Warna hitam jilbab dan niqab semakin menambah denyutan perit di kepala . ' Ya rab! panasnya ' Bisik hati ku . Kelam kabut aku menelefon kak nani bila pakcik teksi bertanya arah jalan . ' kak .. akhir mahattah tu bila masuk hayyu sabi'e jalan terus jek kan?? ' . Entah kenapa tiba - tiba aku terlupa jalan nak ke akhir mahattah . Teksi yang ku naiki laju memecut kereta di depan . Aku dah tak kuasa nak hiraukan kerenah pemandu2 teksi yang pelbagai . Pandanganku ku lemparkan jauh ke luar tingkap . Hari ini , hari pertama aku akan bertemu dengan kak nani . Orang yang akan menolongku menguruskan kemasukan ku di madrasah tahsinul khutut .
Setelah lebih kurang 10 minit menunggu kedatangan kak nani , aku mengalah dengan panas mentari . Ku atur langkah untuk mencari tempat berteduh .
Setelah selesa dengan keadaan yang ada , aku pun kembali menyambung bahan bacaan yang telah sekian lama cuba ku habiskan . Gerakan freemasonry , kristianisasi dan orientalisma . Karangan dua ustaz khirrij Al-Azhar . Kajian mereka tentang 3 gerakan ini memang masya Allah . Lebih - lebih lagi bila diceritakan sedikit sebanyak tentang khilafah uthmaniyyah . Aku tenggelam dalam sejarah suka duka khilafah terakhir islam itu . Sehingga tak sedar kak nani dah pun sedia berdiri di sebelah .
Selesai sesi ta'aruf antara kita , aku pun terus memberi soalan bertubi2 pada kak nani . Kesian kak nani , kena layankan . ' Adik jangan takut ye , insya Allah dapat masuk , syaratnya hadir muqabalah jek k ' . Jelas kak nani memujuk aku yang takut tak sudah dengan imtihan muqabalah yang terpaksa aku jalani nanti . Ada beberapa perkara yang menarik minatku sepanjang perbualan kami tentang kelas khat ini .
1 , Tahun pertama dan kedua , kami mempunyai 8 mawad . 5 daripadanya madah khusus untuk setiap tulisan , farsi , riq'ah , diwani , thuluth dan nasakh . Maddah keenam lughah arabiah . ketujuh , Lukisan . kelapan , thuruq tadris .
2 , Kufi hanya akan diajar untuk pelajar yang mengambil takhassus @ tahun kelima dan keenam .
3 , ikhwah msia dan kak nani sendiri sebenarnya tidak begitu menggalakkan pengambilan kursus ini kerana , musim sejuk , klass akan habis jam 6 petang . Waktu maghrib pada musim sejuk adalah 5+ ( jadi paham2 la ye , cuaca da gelap . perlu ada musyrif . Jadiii siapa eh nak layan?? hmm ) .
4 , enam tahun pengajian sama dengan degree . Kalau nak sambung MA perlu ke turki :D ( kalau dapat pi boleh tengok tempat2 yang selalu ust hasrizal cerita kan :> )
5 , Pesan kak nani , kalau nak buat latihan , buat lah latihan sikit2 dari sekarang . heheheh ...
Lebih kurang jam 11.30 , aku pun melangkah pergi . Waktu tu , terasa runsing sangat. Tak tau kenapa . Aku tak ada raghbah nak pulang ke rumah . Akhirnya , aku ambil keputusan untuk ke markaz. Entah kenapa semenjak dua menjak ini , aku lebih selesa bersendiri . Berjalan sendiri . Kemana mana pun sendiri . Dah lama aku tak manfaatkan masa bersendiri . Selalunya , aku sibuk ke sana ke mari dengan aktiviti . Terasa indah hidup di bumi kinanah ini bila difikir fikirkan kembali . Sampai sahaja di markaz , aku tenang kembali . Meneruskan kembara bacaan kejatuhan dan kegemilangan khilafah uthmaniyah . Cukup memberi insprasi . Perjuangan demi Islam . Perjuangan demi Ummah . Akhirnya kalah dengan kebodohan dan tipu daya iblis yang bertopengkan manusia . ' Wa makaruu wa makarallah.. Wallahu khairul maakirin ' . Perjuangan Sultan muhammad al-fatih yang berakhir di zaman sultan abdul hamid II akan sentiasa menjadi pedoman buat mereka yang inginkan kekhilafahan islam kembali gemilang :) .
" Lupakah engkau .. Islam itu ditangan tuhannya "
' Ilahi .. panjangkanlah umurku , izinkan aku menjadi pejuangmu ... berilah aku peluang melihat islam gemilang sebelum aku menutup mata '
Papan Tanda Surau
3 days ago
0 comments:
Post a Comment