CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 12, 2007

.... Episod 67 .... - Imtihan oh~~ imtihan -


ImTiHaN... ImTiHaN ... iMtIhAn ..... ImTiHaN ..... iMtIhaN ....
Berikut adalah jadual imtihan Fasl Awwal :s ...

6/1/2008 : Al - Arudh Wal Qafiah

8/1/2008 : Qaah Bahats

13/1/2008 : Tarikh Adab Jahiliy

15/1/2008 : English

17/1/2008 : Fannul Maqaal

20/1/2008 : 'ilmu Lughah

Sunday, December 9, 2007

.... Episod 66 .... - Debaran -

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي على سيدنا محمد و على آله و صحبه و سلم

Debaran ini.....
semakin hari ......
makin kuat ku rasakan..
kerna masanya kan tiba...
iman dan akalku...
akan terus diuji..
untuk pertama kalinya...
di bumi mesir ini...
sebagai seorang azhariy...

-

Cintaku jadi igauan....
harapan ibu dan ayah jadi taruhan...
tenagaku perlu diperah habis habisan...
untuk bertemu dengan imtihan yang akan dtg...
5 januari... aku tungu hadirmu nanti ..
-

Thursday, December 6, 2007

.... يا رب ! إغفر لي :'( .....

Tuesday, December 4, 2007

.... Soo sweet :) ....

Wednesday, November 28, 2007

.... Yang Dicari ....


Yang dicari , walau bukan putera raja...
Tapi biarlah putera agama..


Yang diimpi biarlah tak punya rupa..
Asal sedap dpandang mata..


Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani..
Asal sihat rohani sempurna hati..


Yang diharap bukan jihad pada semangat
Asal perjuangannya ada matlamat..


Yang datang tak perlu mujahid dengan silam yg gemilang
Kerana hamba imraah dengan silam yang kelam


Dan yang terjadi,andai tak sama kehendak hati
Hamba redha ketetapan ilahi ..

Friday, November 23, 2007

.... Episod 65 .... - Antara Dua Darjat -



" whoosh ! " , bunyi angin yang menderu kuat menyelak sedikit niqab yang sudah terletak di wajah. Angin menderu kuat , menandakan cuaca agak sejuk malam ini . Musim sejuk sudah hampir bermula . Aku melihat jam yang ada di tangan .. Tepat pukul 4.30 ptg. Setengah jam lagi masuk waktu maghrib . Aku pun mempercepatkan langkahku untuk ke mat'am shabrawi . Lorong-lorong di haiyu sabie' agak sibuk , perhentian bas agak sesak dengan orang-orang yang menunggu bas dan teksi . Ketika itu jalan raya agak Zahmah. mudah sedikit untuk aku melintas.

" 'aiza khamsa tashar shish tawook kibr wa khamsatashar shawirma kibr ! " Jelas kedengaran temanku memesan makanan yang ingin kami beli . Malam ini Markaz perkemas ada tetamu dari TPJC . Aku dan temanku ditugaskan untuk membeli makanan kerana hanya kami yang " tak bekerja " .Keadaan Mat'am shabrawi juga sama seperti keadaan jalan raya . Zahmah. Rimas menunggu di dalam , aku pun mengatur langkah menunggu di luar sambil menikmati angin senja .

Di depan mat'am ,ada satu tong sampah besar . Di situ aku terlihat dua kelibat anak kecil , seorang perempuan dan seorang lelaki , umur mereka ... mungkin 3 dan 4 tahun . Aku terdiam melihat mereka. Mataku tajam tertumpu pada apa yang sedang mereka lakukan . Nafasku seolah-olah terhenti . " Ya rab... Ya rab.. " lidahku tak henti menyebut kalimah itu . Rambut yang kusut masai ... comot .. pakaian yang hitam kotor ... mengusung kereta sorong ' bekyak ' ( karang guni ) mencari sisa-sisa makanan dari dalam tong sampah . Ku lihat bibir mereka terukir senyuman . Anak lelaki yang lebih kecil dengan segenap upaya cuba menolak kereta sorong itu , ingin keluar dari kawasan itu , tapi tak mampu . Bergenang kelopak mata ku dengan air jernih ..

Tiba-tiba datang seorang lelaki , dengan suara yang tinggi menghalau mereka pergi . Ku palingkan wajahku ke tempat lain , ku lihat sepasang anak lelaki dan perempuan yang mungkin sebaya dengan mereka , sedang berjalan ke mat'am shabrawi ... dengan ibu dan ayah , dengan pakaian indah , dengan wajah ceria dan bersinar . Aku lantas palingkan wajahku , untuk mencari anak lelaki yang dihalau pergi ... tapi mereka telah jauh hilang dari pandangan ... Aku terdiam lagi.. Kini ku cuba menahan esakan tangisku .. " kenapa begitu sekali nasib mereka , itu bukan tempat mereka , itu bukan apa yang mereka harus lakukan " hatiku menjerit " Tolong.. tolong mereka ... hentikan episod duka dari hidup mereka.. " ...

sayangnya.. itulah yang kita namakan kehidupan... Antara Dua Darjat , Miskin dan Kaya . Yang kaya punya segala kesenangan dan kuasa .... yang Miskin hanya mampu melihat dan tersenyum , walau nanti mereka yang ditindas ,dihina,mungkin,mereka tlh lama terima..ini adalah satu ketetapan ... mungkin , pada mereka , lahir dalam kemiskinan adalah satu ketetapan, yang tak boleh diubah , mungkin mereka fikir mereka tak mampu mengubah apa-apa kerana ini adalah satu Ketetapan .

hakikatnya,ANTARA DUA DARJAT hanya wujud tika kita ada di depan Rabbul Jaliil,pada hari ketetapan nanti." Innallaha laa yughaiyiru maa biqaumin , hatta yughaiyiru maa bianfusihim "

Thursday, November 22, 2007

.... Muhasabah ....


Wednesday, November 21, 2007

.... HAPPY BIRTHDAY ....


To my dearest sis :
Nur Rafiqah
HAPPY 17TH BIRTHDAY!!
...........
Moga dipanjangkan umur...
( so we can meet again )
dimurahkan rezeki...
( so ley blanja ku shopping ;> )
Dapat habiskan blaja kat ITE asap..
( so ley cepat2 pi ma'ahad tahfiz ) k!


Juz want u to know that i love u so much
i may not show it to you...
but the truth is, u r my sister..
my only 'blood' sister...
if i ever wanna protect someone..
it will be you .. my lil sis...
i'll give anything to you...
anything within my reach...
coz... I LOVE YOU !! :)


jangan lupa mimpi aku k! hehe



Saturday, November 17, 2007

.... Permaisuri Hatiku....


" Di saat kita berjauhan....
Rasa ingin ku berlari..
mendakapimu penuh girang...
bak si kecil kehilangan...
kau insan penyayang ..
betapa ku merinduimu..
lembutnya belaian ibu..
membuatku terlena.. "

Andai dapat ku luah kata...
pasti hanya tangisan yang mengisi ruang..
hanya esakan membuka bicara...
ia tak dapat nak ku terjemah dengan lisan...
Biar Doa jadi pengirim rinduku ini... buat Permaisuri hati..

Thursday, November 15, 2007

....Episod 64.... - Masih ada cinta -

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله و صحبه أجمعين
"While faith makes all things possible , LOVE makes all things easy "

Tika dan saat ini ... diwaktu aku perlukan segunung kekuatan untuk melangkah... ketika aku perlukan selautan semangat untuk teruskan perjuangan ... aku rupanya ada di pinggir kelemahan...kekalahan... aku kalah dengan angan2 siang hari... aku lemah dengan kata2 sendiri ....

" eh, tahun 1 ke?? amek kuliah apa? " .. " a'ah tahun 1 , amek kuliah lughah " ... " wah , lughah kee? masya Allah... tu kuliah paling susah tuu.. payah nk lepas , bagusnya anti... mesti sibawaih nii.. nahu mesti power kan ?!" .....!!

Ni lah conversation 'aadi yang ana selalu terperangkap dan diperangkap dalam perbualan ana dengan beberapa org yg ana jumpa baik kat singapore atau kat mesir ni sendiri.... Jawapan yang dapat ana berikan ... " ish, takdelah ... mana ada sibawaih nya.. nahu pun bkan bagus mana... " ... mesti ana akan ditanya balik.. " kenapa amek kuliah ni... susah tau! betol ke nk amek? " ... Jawapan ana " yee, betol ana nak amek .. amek kuliah ni sebab minat... dan adalah sebab2 laen ... " ( Teringat pesan ust firdaus yahya... belajar lughah bukan untuk kerja... belajar lughah untuk quran ... )

Bila ana ade kat sini... ana runsing... runsing macamana nak belajar... runsing fikirkan harapan mak ayah yang sanggup lepaskan ana dtg sini.. ( sebab mula2 mereka tk kasi.. yelah risau .. ) Runsing fikirkan tekanan sekeliling yang tak sudah mengingatkan cerita2 kegagalan asssaabiquunal awwaluun .

Soalnya kini.... ini pilihan ana.. ana pilih untuk lalui jalan yang pada ramai orang satu cabaran besar... bukan kerana inginkan cabaran... tapi kerana rasa cinta yang terlalu dalam untuk ilmu 2 yang ada di dalamnya... " kalau pada korg lughah tu susah.. pada ana syariah tu susah... ana pernah fail fiqh serendah yg mungkin... kalau pass pun border line jek " itu antara jawapan yang mampu aku luahkan..

Ana dah pun buat keputusan untuk pilih lughah... dah pun buat keputusan untuk ke mesir... dah masuk kuliah pun... ana dah tak mampu untuk buat keputusan berhenti separuh jalan.... Teringat kata seorang senior " Kalau korg dah start make sure korg habiskan... kalau rasa tanak habiskan... jangan start langsung " .. Jadi ? aku dah pun mulakan langkah pertama... aku perlu selesaikannya.... Kata seorang teman : Begin with the End in mind :)

" Create history in lughah faculty k ! " - pesan seorang senior... hmmm , nak melangkah setapak lagi pun masih berat rasanya apatah lg nk create history... perjalanan ni masih dalam keraguan... ana masih lagi dalam fatrah termangu termenung terkedu dengan apa yang ana tgh lakukan sekarang ni... kadang2 ana terfikir sendiri... betol ke keputusan aku ni? Rasanya dah thabit dah hati ni waktu buat keputusan tuu.. ya Rab.. entahlah...

Rasanya yang penting sekarang ni adalah teruskan perjalanan... Buat perancangan.. dan istiqamah ( benda paling senang nak sebut tp paling susah nak buat ) fathiah... kena ingat " It does not matter how slowly you go.. as long as you do not stop "

Kata seorang teman " Nak buat keputusan dalam kehidupan , sama je macam nak bina rumah , sia-sia kalau kita dah setahun bina , then nak kena runtuh balik .. n bina balik .. So , Begin with the End in mind " ....

Selagi dalam hati ini masih ada cinta .... selama hidup dan mati ini untuk Ilahi Rabbul 'alamin... Jangan pernah mimpi untuk berhenti berjuang.. biarpun aku perlu merangkak... !

Monday, November 12, 2007

.... Lafaz Yang Tersimpan....


Luluh hatiku yang sayu...
menatap wajahmu..tenang dalam lena..
Kasih zahirkan laku..
sedangkan bibirku...jauh dari lafaznya..

Dan raut tuamu..membekas jiwaku..
meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu ...
iras sentuhanmu....
Biarpun ku redah.. seluruh dunia..
Mencari gantimu..

Betapa sukarnya menyusun bicara..
Meluahkan rasa.. menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah..
hanyalah sekedar tingkah...
Cuma ungkapan kebisuan
yang melindungkan..Kalimah rahsia...

Masih ku biarkan waktu..
melarikan lafaz .. kasihku padamu

Apakah yang hilang... andai dilisankan
Bait penghargaan..penuh kejujuran..
Tak mungkin terlihat cinta yang merona..
Jika hanya renungan mata
yang bersuara...
Bukan tutur kata...

Tiada lagi ertinya pengucapan..
Andai akhir nafas dihujung helaan..
Sebelum mata rapat terpejam..
Usah Biar kehilangan..
Menggantikan lafaz yang tersimpan..

:'( .. rindu makkk

Saturday, November 10, 2007

....Episod 63.... - Tolong sampaikan pada si dia -




Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..



Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..



Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..



Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia.
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Sunday, November 4, 2007

.... Antara Adam dan Hawa....

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi

- Cara berfikir

- Tahap kepekaan dan perasaan

- Tanggapan

- Tindakan dan perbuatan

- Kaedah mempamerkan kasih sayang

- Kehendak mempamerkan kasih sayang

- Kehendak dan pengharapan

- Cara mempamerkan penghargaan

- Cara dan tahap pengorbanan

- Cara dan daya khayalan

- Daya pengamatan dan konsentrasi

- Cara dan pengisian doa


- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Monday, October 29, 2007

....Episod 62....- Segenap rinduku pada Hamlatul Quran -

Generasi pelapis hamilul qur'an :)


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله و أصحابه أجمعين



Rasanya.. dah hampir 4 bulan ana tinggalkan pusat tahfiz.. Ya rab! rindunya.. Rindu nak jumpa ust huda.. rindu nk jumpa ust firdaus.. rindu nak jumpa ust amirullah.. rindu nak jumpa ust azmi!! Rindu dengan semua benda yang ada sangkut paut dengan pusat tahfiz mks n mokm.


Masih terbayang lagi dalam fikiran ana .. zaman2 ana pi tahfiz everytime balik skola dengan kawan2.. Masya Allah.. kadang2 ana tertanya sendiri.. kenapa perpisahan ni mesti terjadi.. boleh tk kalau ana taknak berpisah dengan mereka semua... Teringat lagi kenangan naik bus setiap hari dari sekolah ke pusat tahfiz dengan 3 bestfren seperjuangan ana, hida,mardhiyah n atiqah.. masih segar lagi setiap perbualan kita dalam bus.. cerita2 tentang hafalan , masing2 ada hadf nak khatamkan hafalan bila.. :) cerita2 tentang masa depan.. dan perjuangan thalabul'ilm..


Macam2 benda ana dapat di Mks , teman2 seperjuangan yang Masya Allah...guru2 tasmi' yang Masya Allah , tak pernah letih beri kami semangat untuk terus dan terus berjuang khatamkan hafalan... hatta sampai ana nak ke mesir pun , kata2 mereka lah yang paling menyentuh hati ana.. :'(


Pesan ust azmi " Yang penting , sebelum nak pegi nanti bilang ustaz ... jangan lupa mintak doa guru2 semua tau " Pesan ust huda " Jangan risau , insya Allah anti boleh.. lughah tu miftahul 'ilm , yang penting jgn lupa i'adah hafalan " Pesan Ust Firdaus " Kalau takut amek lughah sorg2 , ingat , dulu ust pun amek sorg , tapi boleh .. anti pun boleh..." Pesan ust firdaus lagi .. "Jangan sekali-kali patah hati atau hilang semangat untuk belajar lughah . Ingat sentiasa , belajar lughah untuk nikmati keindahan dan mukjizat bahasa Al-Quran. Bukan untuk kerja, apa saja maddah , belajar sungguh2 dengan ikhlas.Insya Allah akan diberi taufiq . Semua ilmu ada manfaatnya. Al-Qur'an teruskan hafalan . Jangan setengah jalan . Ust lihat anti ada potensi dan kekuatan dalaman.Bit taufiq wannajah wattafawwuq. Balik cuti jenguk kita kat mks ye "- Insya Allah ust.. ana takkan lupa :')


Aku tak pernah terbayang akan dipertemukan dengan orang-orang yang dekat dengan Al-Quran.. yang bersahabat dengan Al-Quran , dan yang bercinta dengan Al-Quran seperti mereka..


Aku mulakan tasmi' hafalan dengan ust huda .. Dan akhiri dengan ust Amirullah... Pesan ust Amir " Insya Allah, ust redhakan segala ilmu yang dicurahkan , Ust doakan fathiah selamat pergi dan kembali , semoga mendapat ilmu yang bermanfaat di sana dan juga menyempurnakan hafalan Al-Quran , semoga menjadi hamba Allah yang solehah dan diredhai Allah ."


Ya rab! Rahmatilah mereka.. insan2 yang pernah mengajarku walau satu kalimah..dan insan2 yang telah mengikat diriku dan kitabmu dengan tali hubb ! Bilakah kerinduan ini akan berakhir... Bilakah kt akan bertemu kembali..~ :'(

Ukhuwwah itu dihati ..
Andai bersendirian pasti ia menemani..
Setiap yang manis mampu dikenangi,
walau tiada dimata kini,ia hadir bila diingati ,
kerana selamanya ia kekal di dasar hati ...




Saturday, October 27, 2007

.... Episod 61.... - جئنا للإصلاح -


Sejak kebelakangan ini.. kesihatan ku sering diuji … entahlah .. tak taulah kenapa badan ini sering terasa lemah.. sehingga dua hari aku tidak ke kuliah… Runsing aku dibuatnya… Aku tak mampu untuk tidak ke kuliah lagi.. aku takut ketinggalan segala maudhu' dan maddah yang perlu dihadiri .. :'(

Aku tak biasa manjakan diri dengan rehat.. tapi di sini.. aku tak mampu untuk memaksa jasad ini melangkah lebih dari yang ia mampu.. Kerna natijahnya : kesihatanku akan teruji .. Aku sering terlupa .. ibu dan ayah sudah jauh di mata..
Tiada siapa yang akan ada di kanan dan kiriku , jika nanti aku terluka lagi .. :'(

Kini aku terasa betapa hebat nikmatnya kesihatan .. Aku ke sini untuk menjadi lebih baik….Bukan membatu tak berganjak dari sifat lama.. Perjuangan ku sudah bermula …


aku tak mampu untuk lemah di tengah medan… Aku tak mampu untuk menangis menahan kesakitan ketika dalam pertempuran… Aku perlu maju .. maju dan terus maju… Akan aku pastikan.. Kesakitan dan kelemahan tak akan pernah ada dalam kamus perjuanganku.. :'(





إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

Thursday, October 25, 2007

.... Episod 60 .... - Pentingnya tidur~ -

TIDUR secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Ajaran Islam melihat tidur sebagai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :

"Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur".

Menurut perspektif Islam, persoalan mengenai tidur boleh dibahaskan meliputi perkara-perkara seperti berikut :

- Berapakah jumlah jam patut kita tidur dalam sehari ?

Ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Namun sebenarnya, tidur bagi tujuan istirahat ini bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu.

- Bilakah waktu yang sesuai untuk tidur ?

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur berdasarkan fitrah alamiah kejadian manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba': 9 - 11).

Perlakuan tidur di luar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan keadaan yang tidak sihat. Sebagai buktinya, kita dapat melihat pelajar yang terlalu berjaga malam dengan pelbagai aktiviti akan gagal ke kuliah pada awal pagi atau berasa mengantuk pada siang hari.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin,waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

- Bagaimana patut kita tidur ?

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan.Oleh yang demikian, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.

Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan. Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.

Dipetik daripada karya Imam an-Nawawi, Riyadhus Salihin dalam Kitab Kesopanan Tidur, contoh tidur yang terbaik adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya pergi tidur tidak terlalu malam, kemudian bangun beberapa saat setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang Tahajud dan berehat menunggu fajar menyingsing untuk bersembahyang Subuh berjemaah.

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.

Daripada Aisyah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersembahyang pada sebahagian waktu malam sebanyak sebelas rakaat. Kemudian apabila fajar menyingsing, baginda bersembahyang dua rakaat yang ringan sekali, kemudian baginda berbaring atas bahagian tubuhnya yang sebelah kanan, sehingga muazzin datang lalu memberitahukannya - tentang sudah berkumpulnya orang ramai yang hendak bersembahyang Subuh secara berjemaah. (Muttafaq `alaih )

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir, sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. (Az-Zariat : 15-18 )

Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi cara dan posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.

Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.

Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

Abu Bakar Jabir al-Jaza'iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.

3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra' Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.

4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat.... hingga akhir dan sebagainya.

tidur itu sebagai satu nikmat daripada Allah dan Islam juga turut mengaitkannya dengan prinsip-prinsip kesihatan yang bersifat alami.

Oleh Mohd Nizam Sahad

Sumber: Utusan Online (21/07/04)

Friday, October 19, 2007

....Episod 59.... - Dia ke orangnya ? -



Kadangkala kita sibuk mencari siapakah pasangan kita...

Hakikatnya... dia ada di depan mata kita.. ^_^

Persoalannya... bukanlah kita perlu berhenti mencari.. kerana bukan semua akan ada di depan mata... tapi selagi kita belum bersedia.. jangan mulakan kembara ...

" awk.. awk faham tak.. kita nak kahwin .. kita kena kawin.. kan kahwin tu sunnah.... dot dot dot.. " Faham.. faham sangat-sangat kahwin tu sunnah.. kalau dah sunnah tu mesti banyak fawaid nye kan... tapi ... dah sedia ke?

" awk.. kita kalau kahwin , kita nak suami kita buatkan kita benda ni.. benda tu.. lepastu kita tinggal kat rumah sendiri.. lepas tu lepas tu.. dot dot dot " Ye , memanglah kita akan mula berfikir itu dan ini tentang perkahwinan.. tapi.. langit tak selalu cerah ... hanya yang indah di benak kita.. tapi yang buruk??? ...

'Ala kulli hal.. untuk teman2 ana sendiri khususan.. ana tau ada diantara kita yang dah pun selamat bernikah... Semoga berkekalan hingga ke syurga.. bahagia hendaknya utk mula hidup berkeluarga.. Allahumma aameen.. tapi untuk yang masih perlu ke kuliah setiap hari.. yang perlu menelaah muzakirah2 tebal setiap malam.. yang masih perlu bersengkang mata sibuk beraktiviti... dah sedia ke?? betol ke dah bersedia??

" Dari sekarang ni lah kita perlu carik .. jadi agak2 dah habis belajar kan dah boleh teros kahwin .... kita selalu doa mudah2an dia suka kita.... agak2 die suka kita tak? " Persoalannya.. kita belum pun bercinta.. belum pun mula nak berumahtangga. tapi kita dah buang berminit2 masa kita fikirkan benda yang tak pasti ni.. agak2 kalau da bercinta nanti.. berapa jam sehari kita buang masa fikirkan benda mcm ni?

" awk.. kita nak belikan 'kawan' kita tu benda ni laa.. mesti dia suka kan?.. hari tu kita da belikan die benda tu , mintak2 dia pakai " ... Jawapanku " apa kata awak belanja kita makan ke.. awak belikan kita hadiah ? Insya Allah kita kan kawan... kita akan hargai apa yang awk bagi kita.. kalau awak tak bagi pun takpe.. kita tetap akan hargai awak sbgi kawan kita.. tak perlu berhadiah2 , kesian awk , belikan 'dia' itu dan ini.. tapi tak pasti apa yang ada dalam hati dia .. suka ke tak ke.. tu pun awk nk kena fikirkan ... " :s

" awk.. kita dengan die dah tkde pape lagi.. kita dah tk contact pun.. kita rasa die takde ciri2 suami yang kita nak .. dia tak faham kita n apa yang kt nak ... kita rasa kawan yang sorang lagi tu lebih baik and lebih faham kita ... " Dah bersedia ke belom ni? rasanya belum la kan.. jadi sebaiknya hentikan kembara ni... Mulakan ia bila benar2 bersedia.. Tanya hati sendiri.. sebenarnya dah sedia ke.. ?

Apa yang tertera di atas hanya satu perkongsian semata.. dan satu peringatan untuk diri sendiri juga.. kadang2 kita sibuk fikirkan perkara jauh yang tak munasabah difikirkan sehingga terlupa siapa ada di sebelah kita... sibuk fikir apa yang si 'dia' suka.. sehingga terlupa apa yang teman kita suka.. sibuk fikirkan hadiah apa sesuai utk si 'dia' tapi tak pernah fikir utk memberi hadiah pada teman kita yang selama ini menjadi tempat kita meluah rasa.. membina semangat bersama... atas satu lantai perjuangan yang sama.. kenapa fikirkan yang jauh.. tapi yg dekat diabaikan begitu rupa...

Bila hati dah bersedia.. kita tak perlu keliling kampung mencari siapakah 'dia' yang akan menjadi raja di hati kita.. Dia akan hadir di depan mata kita ... kerna DIA yang mendengar keluhan hati kita akan berikan jawapannya... ' Doa tu senjata orang mukmin kan ;) '

Akhir Kalam... untuk kengkawan yang lain ... sesiapa yang dah nak naik pelamin tu harap bilang ye! mentang2 lah kita jauh di perantauan ni...~ takkan tak nk bilang kot~ berita gembira ni.. share laa bersama ye..


"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu "

( masih menyusun kata.... )

Monday, October 15, 2007

- Salam Aidilfitri -


Suara takbir..

berkumandang membisik di hati..

sebak terasa di dada..

ku teringat kampung halaman...



di pagi indah

aidilfitri yang mulia ini..

sayu jauh di ingatan..

ayah bonda.. sanak dan saudara...



jangan sedih..

usahlah kau berduka..

melayan gundah di hati..

gema takbir..

menambat di jiwa..



Aidilfitri.. disambut..

penuh gembira..

walaupun di perantauan ..

bersyukurlah kepada ilahi..



ku terharu..

merindukan gurauan..

lambaian di desa...

ayah bonda sanak dan saudara..

ampun maaf ku pohonkan..di angin lalu..

ampuni anak mu.. dari segala keheningan dosa..



ayah dan ibu.. dengarilah rintihanku..

di hari yang mulia . aidilfitri..penuh syahdu



Untuk Mak, abah, abg n fiqah..

Selamat hari raya aidilfitri...

entah bila kita akan jumpa lagi...

Moga Doa yang diutus sampai ke hati semua.. :'(

RINDU !

Friday, October 12, 2007

.... Episod 58.... - Fashabrun jamiiil -

Ya Rab!! tambahkanlah kesabaran yang ada dalam diriku ini!... Aku sedang diuji.. teruji.. dan masih menguji! ...... Ash-shabru miftahun maa yurja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, October 6, 2007

....Episod 57....- Sujudku -


بسم الله الرحمن الرحيم

يا رسول الله... خذ بيدي...
.Pesan seorang kakak " Ya Rabb, jagalah adikku di rantauan .. Kukuhkanlah imannya.. Bantulah Dia.. Jikalau kau sedih Ngadu padanya…Kerana sedihmu akan sampai kepadaku.. Jikalau kau gembira.. Kau sujud padanya.. Kerana aku bisa merasakan nikmatnya.." :')


Kini dan saat ini … aku terlalu rindu.. rindu pada mereka yang berada jauh di mata…. Tak pernah aku terbayangkan rasa rindu yang begini dahsyat akan berlaku padaku.. Kenapa..? rasanya tak terkawal perasaan ini .. cukuplah rinduku pada keluarga… kini aku diusung rindu pada mereka yang baru hadir dalam hidup.. tapi kehadiran mereka hanya untuk seketika.. kerana kini kami telah dipisahkan oleh Rabbul izzati…


'Bertemu dan berpisah kerana Allah'.. aku tak pernah kenal erti ukhuwwah fillah sehingga aku hadir di bumi kinanah ini.. bumi ini mengajarku untuk bersyukur… bumi ini mengajarku untuk lihat sekeliling dan hargai setiap apa yang aku ada…


Kini baru aku sedar.. betapa cantiknya aturan Allah.. Allah pisahkan aku dengan keluarga.. untuk temukan aku dengan sebuah lg keluarga yang indah … keluarga yang bukan diikat dengan pertalian darah .. tapi dengan pertalian ukhuwwah fillah…


Ya, memang mereka abang2 dan kakak2… tapi merekalah penjaga.. merekalah pelindung.. di saat aku jatuh tersungkur merekalah yang memapahku pulang mencari kekuatan… ketika aku terluka.. mereka membalut lukaku dengan kata-kata indah… ketika aku ketakutan.. mereka datang menyelimutiku dengan selimut ketenangan… mereka seolah2 pengganti ibu dan ayah …


Mungkin… mereka tak rasa apa yang kami rasa.. mungkin.. pada mereka itu satu tanggungjawab.. memimpin adik2.. tapi padaku… kenangan yang mereka tinggalkan satu azimat.. tika aku rasa aku keseorangan… tiada siapa di belakang kiri dan kananku… kenangan bersama mereka jadi penawar…


Kita bertemu untuk sebuah perjuangan… kita berpisah juga demi sebuah perjuangan…


Benar kata seorang teman " Hargailah setiap orang yang hadir dalam hidup kita walaupun untuk seketika.. kerana.. sesungguhnya mereka hadir membawa pengajaran untuk kita … "


Sujudku … dan solatku… adalah wasilah kerinduanku.. pada tuhanku.. pada keluargaku… dan pada mereka.. yang berharga di dalam hidupku..



Salam rindu ,
Kak shefa..kak yan.. kak aton.. kak hudha …
kak ne'maat..Kak aamal , Ust ibrahim n ust ilyas ^_^


الحب في الله .. ينبغ من القلب .. لا ينتهي بالوداع .. لا يقطعه أي داع...
يزيد بالإيمان ... يقود إلى الجنان.. التلاقي به نعمة...والفراق عليه رحمة
...

Thursday, September 20, 2007

....Episod 56.... - Satu Keinsafan -





Wa makaruu wa makarAllah.. WAllahu khairul maakiriin..

Memang benar kata mereka..hidup di bumi Mesir ini kita akan berdepan dengan berbagai pilihan... pilihan untuk menjadi manusia yang bermanfaat atau manusia yang hanya hidup mementingkan diri sendiri.. pilihan untuk jadi pengikut Fir'aun.. atau pengikut Nabi Musa Alaihissalam..

Sehingga hari ini , setiap langkah yang ku atur , seolah - olah tersembunyi hikmah yang menginsafkan . Insaf aku dengan setiap perkara yang berlaku di depan mata.. Insaf dengan apa yang aku ada.. Insaf dengan apa yang aku miliki... Insaf dengan segala yang ada di tanganku ini..

Tak pernah aku terbayang akan menjadi saksi ... saksi kepada sebuah kefakiran.. saksi kepada satu tangisan kerana menahan kesakitan.. saksi kepada satu tangisan kerana mengenang nasib yang tak tentu arah tujuan.. saksi kepada satu tangisan yang redha dengan kemiskinan kerna mengharap redha Ar-Rahman .. :'(


Hiba.. setiap kali aku menyusuri jalan2 yang ada di bumi mesir ini.. persoalan yang ku fikirkan tetap sama! kenapa?! kenapa?! kenapa?! kenapa jadi begini... kenapa mereka perlu sengsara.. apa yang harus aku lakukan? adakah simpati itu mencukupi? Sungguh aku tidak sanggup... tidak sanggup untuk menjadi saksi lagi...


Bila aku fikirkan kembali.. sesungguhnya menjadi saksi kepada sebuah kemiskinan yang zahir di mata.. lebih baik dari menjadi saksi kepada kemiskinan yang jauh melibatkan hati.. Ada apa pada baju yang cantik.. kalau akhlak nya buruk.. Apa guna makanan yang enak dan lazat, kalau lidahnya sentiasa dicemari kata2 nista... Apa ada pada kehidupan yang mewah kalau hatinya mati ! ...

Berpijak di bumi ini membuatkan aku sering berfikir... Memang..dunia ini hanya satu pelabuhan.. hidup di dalamnya adalah satu pengembaraan... yang seolah-olah tiada penghujungnya.. Hakikatnya.. kematian itu satu kebebasan... kematian itu satu kemenangan.. bagi mereka yang tetap teguh beriman ..


Bumi ini banyak mengajar ku untuk bersyukur... dan setiap insan yang aku lihat memberiku seribu pengajaran ... anak2 kecil yang terpaksa bekerja.. orang2 tua yang lemah berjualan di tepi2 lorong.. Ya Rab! .. terlalu sayu pandanganku pada mereka.. kesayuan yang tak terlafaz ...

Kadang2 kita terlupa.. indah dunia yang mempesona ini... bagai dian terang menyala.. sehingga terlupa kan padam akhirnya.. Dunia ini hanyalah pinjaman.. untuk menguji keimanan.. Akhirat yang menentukan balasan syurga ataupun neraka...

Dan aku... tetap di sini...masih memerhati dan akan terus memerhati.. menjadi saksi ... segala yang terjadi.. :'(

Wednesday, September 19, 2007

.... Ramadhan Kareem ....


Sunday, September 16, 2007

....Episod 55.... - Cinta Itu Bukan Milik Kita -


Telah menjadi fitrah manusia... untuk bercinta..mencintai dan dicintai.. Tapi ramai yang kabur dengan apa yang kita dakwa sebagai cinta ... Kerna cinta itu.... Bukan Milik Kita ..

Manusia sering diperdaya dengan apa yang namanya cinta... cinta Adam dan Hawa.. sehingga nyawa sanggup digadai .. bila lautan api sanggup direnang ... kerna mereka lupa... Cinta itu Bukan Milik kita...

Bila hati sudah dimiliki oleh seorang insan yang bernama pencinta, hati akan rasa dirinya sudah berkuasa dan menguasai ... waktu itu dialah raja.. dialah yang memegaang takhta.. hakikatnya.. Cinta Itu Bukan Milik Kita...

Memang.. telah menjadi hukum Alam.. manusia dikurnia rasa cinta.. Manusia dikurnia rasa ingin bercinta dan dicinta..Apa itu cinta? Kata orang.. cinta itu sesuatu yang indah .. yang lahir dari jia paling dalam.. yang tak tercapai dek akal manusia untuk merasa.. Cinta juga hadir diiringi dengan manis tutur bicara.. senyuman yang memikat jiwa..

Inikah cinta yang sebenarnya?Yang akhirnya.. bila putus di tengah jalan.. separuh gila manusia itu dibuatnya ... hingga sanggup mengorbankan nyawa.. demi bukti sebuah cinta ..?! Cintakah ini? Bila akhirnya jiwa diperkosa.. jiwa merana... sehingga hati dibiar terluka.. kononnya hanya si raja dapat mengubat segala duka dan lara..

Kenapa cinta dilayan sebegitu sekali.. zalimnya mereka yang mempergunakan cinta demi untuk kepentingan hawa nafsu semata.. seolah-olah mereka berkuasa atas cinta.. sungguh mereka alpa.. bahawa Cinta Itu Bukan Milik mereka..Lalu cinta itu milik siapa??kalau ia bukan milik aku engkau dan dia ....!

Manusia ... akan selamanya menjadi manusia.. kerna cinta iitu hadir kerana manusia.. tapi yang mengotorkannya juga manusia...

Hakikatnya cinta itu putih... yang datang dari nurani suci..Cinta iitu sumber kebahagiaan..sumber keamanan ... sumber kekuatan rohani.. tapi ia dicemari oleh makhluk yang bernama manusia...

Cinta Adalah satu kurnia paling indah... dan segala yang indah bermula dengan cinta.. Ciptaan terindah adalah nur insani ...Tapii yang paling indah tak terkalahkan adalah pemilik cinta yang hakiki... Ilahi Rabbi.. Tolong kembalikan cinta itu kepada pemiliknya...!! kerna hanya dia yang berhak untuk dicintai.......

Tuesday, September 11, 2007

....Seruan Bersama....

Untuk semua teman - teman
yang masih bergelar remaja...
mungkin kita tak sedar...
apa harapan ayah dan ibu kita..
hakikatnya kita sering terlupa
tanggungjawab yang perlu
kita pikul bersama...
Mungkin kata 2 di bawah ...
dapat mengingatkan kita.. :')


Engkau bagaikan mutiara berharga...
dalam sepi kau penyeri...
dalam duka kau penawar..
hadirmu menyinari rumahtangga..

Mengapa harus derita yang kau cari..
maruah kau pertaruhkan...
masa depan kau gadaikan..
mengalir airmata ayah bonda...

Oh remaja...
harapan keluarga..
putra putri negara
pewaris nusa bangsa dan agama..
kembalikanlah nilai harga dirimu..
agar sempat kau tau..
sejuk hati ibu
yang melahirkan mendidikmu...

Bangkitlah oh putraku...
dari lena yang panjang..
berjuang bagai perwira yang berjasa..

bangunlah oh putriku...
dari mimpi yang palsu..
pelihara maruah dan agamamu..

mengapa harus derita yang kau cari..
maruah kau pertaruhkan..
masa depan kau gadaikan..
mengalir airmata ayah bonda..

Padamu tuhan..
doa kami panjatkan..
teguhkanlah keimanan
tetapkanlah pendirian.
putra putri harapan masa depan..

Friday, September 7, 2007

....Episod 54.... - Cintaku dan Dia..Tuhanku -



hati hitam..mengenangkan
dosa2 yang ku lakukan..
oh tuhan maha kuasa...
terima taubat hamba berdoa..


ku akui kelemahan diri...
ku insafi kekurangan ini..
ku kesali kejahilan ini..
terimalah... terimalah..
taubatku ini...


telah aku.. merasakan..
derita jiwa dan perasaan...
kerna hilang dari jalan..
menuju redha mu ya tuhan..


di hamparan ini ku meminta..
moga taubatku diterima..


ku akui kelemahan diri..
ku insafi .. kekurangan ini
ku kesali.. kejahilan ini..
terimalah..terimalah...
taujbatku ini..

Thursday, September 6, 2007

....Episod 53.... - Aku Bercinta Lagi !! -

Bismillahil waduudurrahiim...

Salams to alll..... hee , gue udah tukar tema lagik nih... hmm sebenarnya nak mintak pendapat kawan2 semua , theme mana best?? tema cinta ke tema yang sebelum ni korg tgk?? pink or green.. heh,dearest frens yg di syria madinah singapore n msia!!!!kita nak sangat pendapat awk2 semua k k k?? ^_^ dan utk semua laaa.. ehk.

Aku bercinta lagi!!!.. heehee .. mesti sume terkejut kan.. insya Allah ni bukan cinta yang cm post2 terdahulu.. bukan pada mana2 novel.. dan bukan pada mana2 org.. tetapi pada hidup yang sedang aku jalani sekarang ini.. tersenyum sendiri aku mengingatkan setiap episod yang terjadi setiap hari di sini... tuition ku dengan ust I ( hehe ) , jiranku yang masya Allah..( sentiasa berbalas lauk pauk nampaknya ) dan tak dapat dilupakan aktiviti2 perkemas yang sentiasa memeranjatkan dan mengisi segala masa kosong yang aku ada.. haiz..~

Antara sebab aku kembali bertemakan cinta adalah aku memang sedang bercinta.. :) , tak tau kenapa.. tiba2 rasa hati ini berbunga-bunga.. tiba2 rasa senyuman ini sentiasa ada.. tiba2 rasa segala yang ada di depan mata indah2 belaka... setiap kata2 yang dilafaz penuh rasa cinta... diiringi harapan yang manis bergula.. setiap yang ku dengar adalah halwa telinga...

Kalaupun itu sebenarnya hanya perasaan yang sementara , aku perlu bercinta lagi! untuk hidupkan semangat yang hampir mati ..

Hanya dengan cinta... dapat ku luah segala lafaz yang tersimpan dalam jiwa yang semakin tak terduga kekebalannya.. Hanya dengan cinta , dapat ku jalani setiap saat hidup ini.. tanpa kesal dan hiba.. ~ Hanya dengan cinta!! aku adalah aku yang sebenarnya...~~~

Mengapakah Sukar menyusun bicara.. meluahkan rasa.. menuturkan sayang.. kasih yang terlimpah hanyalah sekedar tingkah.. cuma ungkapan kebisuan yang terlindungkan kalimah rahsia..

Sunday, August 26, 2007

.... Episod 52 ....- Sebulan ku disini -

Bismillahirrahmaanirrahiim ..
Allahumma Solli 'ala sayyidina muhammad


Salamullahi'alaikum....

Entah apa yang hendak ku luah... aku sendiri bingung tk terkata. Hidupku di bumi Mesir ini mengundang berbagai soalan kepada diri ini.. soalan yang seolah-olah tidak ku temui jawapannya.. Saat ini , aku rasa letih... aku rasa aku ingin pulang.. aku tak sanggup meneruskan langkah... Langkah yang pada asalnya belum pun bermula... tapi aku sudah ingin menyerah.. :'(

Ziarah ku ke rumah syekh Redha pagi tadi wallahi menyemarakkan semangat juang ku untuk mulakan perjuangan dengan hamasah yang tinggi... Dars lughah bersama syekh Fathi juga membuat kakiku gagah berdiri .. Tapi... hanya Allah yang tahu apa ada dalam hati..

Aku hanya insan biasa , yang Allah kurniakan rasa rindu dan cinta.. Aku rindu dengan semua yang telah ku lalui suatu ketika dahulu.. guru2 teman2.. negeri sendiri.. dan lebih penting sekali keluarga... pada ibu.. yang suatu ketika dahulu menjadi teman perbualan setiap hari .. setiap saat.. kini hanya kedengaran suaranya sebulan 1 atau 2 kali . Zalim lah aku kalau aku kata hidup ini tidak adil.. sedangkan hakikatnya aku yang menzalimi diri sendiri... 'ajiib aku dengan kakak2 dan abg2 yang telah melalui kehidupan di sini... Wallahil'azim..

Manusia berubah.. hidup kita berubah .. pemikiran kita berubah.. cara kita berubah.. Tetapi kenapa kadangkala aku rasa perubahan ini menyakitkan..memenatkan .. Aku tau aku harus mesti dan wajib kuat.... kuat melalui saat2 getir di sini ... kuat melawan perasaan sendiri ... tapi aku bukan manusia kebal .. yang mampu berjalan atas kaca berduri.. yang mampu menghadapi tusukan pedang ujian yang tajam berkilau ... Aku insan lemah yang akan mengaduh bila dipukul apatah lagi dicubit .. aku akan menangis walau tertusuk jarum halus. Aku manusia lemah.. yang payah menjadi kuat..

Walaubagaimanapun.. aku rasa beruntung, dapat melangkahkan kaki ke sini .. Aku terasa seperti insan kerdil , setiap kali menghadiri dars2 yang ada .. Terasa kekerdilan diri ini bila aku sedar, apa yang aku pelajari 12 tahun di Singapura ... hanya setitik dari lautan ilmu yang ada di bumi Kinanah ini . Benar kata seorang teman " maju tak gentar , mundur tak mungkin " . Aku telah jejakkan kaki di sini .. di sinilah tempat aku mencari mutiara ilmu .. Di sinilah tempat di mana Allah telah tetapkan kaki ku. Aku tak akan pernah memandang ke belakang. Sesungguhnya kadangkala kita merasa perkara itu baik untuk kita , tetapi sebenarnya tidak , dan kadangkala kita rasa itu keburukan buat kita sedangkan hakikatnya itulah kebaikan.. wa makaru wa makarallah.. Wallahu khairul maakiriin... Aku yakin ini yang terbaik buatku ... Aku hanya diberi masa yang sangat sedikit.. beberapa tahun saja lagi .. untuk mengutip sebanyak mutiara yang ada di bumi ini ... walau ia jauh di dasar.. akan aku cari selagi ia berada dalam redha tuhanku ! .

YA RABBI KAIFA AD'UKA WA ANA 'ASHIN WA KAIFA LA AD'UKA WA ANTA KAREEM ..... Ya Rasulallah ya sanadi.. anta babullahi mu'tamadi..


Salam Rindu untuk semua..
dhuha ainunnur

Tuesday, August 14, 2007

....Episod 51.... - Dakaplah aku wahai bumi kinanah -

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad..
( Ya Rasulallahi Ya Sanadi.. Anta babullahi mu'tamadi )


Kini aku mengorak langkah..
di atas bumi mesir penuh barakah..
aku masih mencari ...
apa yang ada dalam hati...

Setiap kali aku terasa diuji..
ada saja suara2 mujahidah..
yang gagah memberi semangat ..

Setiap kali aku terfikir...
di sini bukan tempatku...
aku tak mampu menjadi pejuang ..
suara itu keras menentang..

katanya aku mampu..
kerana aku orang pilihan..
dipilih ALLAH untuk diuji ...

katanya aku mampu..
kerana ALLAH tak akan bebankan aku..
" laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha "

Walau aku masih mencari arah..
mencari pegangan hidup
masih belajar untuk hidup ...
aku perlu tegas melaungkan kata..
aku mampu...
aku mampu...
aku mampu...
walau bertali arus ujian mendatang..

Aku diuji....
masih diuji...
sedang diuji...
oleh Rabbul 'alamin..

Katanya aku tidak perlu takut..
dengan ujian..
kerna.. walau dimanapun aku..
Allah ada bersamaku..
" laa takhaf wa laa tahzan, innallah ma'ana "

Perjalananku akan bermula..
sesaat lagi...
langit tak selalu cerah..
laut tak selalu bergelora...
terkadang Allah ambil matahari kita...
untuk beri kita pelangi.. :)

Ya Rasulallah khuz biyadii

Dhuha ainunnur 14 aug 2007

Thursday, July 26, 2007

...Episod 50.... - Walau jauh di mata , Tetap dekat di hati -

Khas buat teman - teman syria,madinah,m'sia dan singapura
( Walau jauh di mata tapi tetap dekat di hati ...
membawa panji2 yang sama... atas lantai perjuangan yang sama :'> )

Malam siang berlalu...
gerhana kesayuan..tiada berkesudahan
detik masa berlalu...
tiada berhenti... oh syahdunya..

Sejenak ku terkenang..
hakikat perjuangan .. penuh onak dan cabaran
bersama teman - teman...
harungi kehidupan.. oh indahnya

Berat rasanya... di dalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan semua ....
kasih dan cinta.. yang terbina
ia kan selamanya ...

Selamat berjuang sahabatku...
semoga Allah berkatimu..
kenangan indah , bersamamu...
takkan ku biar ia berlalu ..
berjuanglah..
hingga.. ke akhirnya...
dan ingatlah..semua ikrar kita..

Hati ini sayu.. mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan..
jiwa ku merana dan meronta mengharapkan..
kedamaian..dan juga ketenangan

Tetapi ku akur pada hakikat..
suka dan duka dalam perjuangan..
perlu ketabahan dan kekuatan..
keteguhan hati berlandaskan iman

...Episod 49.... - Kita kan Bersama -

Khas buat teman - teman azhariy
( bersama kaki melangkah.. bersama hidup mujahadah )

Kesekian kali... kini ku berdiri
tulus hati dihadapanmu
masih terus merayu
dengarkan aku

jalan yang berliku
sepanjang hayatmu
aku juga merasaiinya...
lantas aku mengerti dan memahami..

lihatlah ke dalam hatimu
percikan cahaya
yang akan membara
menjadi penerang
segala yang ada
di depanmu

lihatlah jua ke hatiku
aku lah temanmu
terimalah aku..
kitakan bersama mengharung
dunia fanaa ini..

Kesekian kali..
ku ulangi lagi
tidakkan pudar keyakinanku
yang kau akan berdiri..
atas kemuncak tinggi .. :')

( Susah senang bersama ... deritamu deritaku jua )

....Episod 48.... - Sambutlah langkahku wahai Bumi Kinanah -

Bumi Kinanah....
Bumi Anbiya'...
Bumi Barakah... :')

Bismillahil 'aliyyil 'adzim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad


(Al jihaad fi sabiilillahii sabilunaa
al mautu fisabilillahi aamaalunaa)

Tika dan saat ini..
bibirku seolah - olah terkunci
tiada kata dapat ku lafaz
tiada kalimah dapat ku ungkap
tiada suara dapat ku dengar



Hanya jari menghitung hari
hanya hati berkata-kata sendiri
hanya fikiran sibuk mencari
apa perasaan dalam hati

Kenapa dan mengapa ini terjadi
belum sempat meluah rindu
belum puas menatap haru
aku dipanggil....
di undang.. menjejakkan kaki..
atas bumi penuh barakah...

Tika dan saat ini...
Kelemahan bukan satu alasan
kegagalan bukan satu ketakutan
yang ada kini..
hanya kekuatan dan semangat juang
hanya keberanian dan keteguhan iman
hanya jihad dan mujahadah ...

Tika dan saat ini ...
ku cuba gagahkan kaki ..
untuk kuat berdiri menahan duri
biar nanti jika disambar belati
akan tetap teguh bertahan
walau darah mengalir membasahi bumi
walau airmata meluncur deras bak hujan dinihari
aku yakin...
akan tiba waktu..
mentari akan tersenyum..
dan memberi aku pelangi...

Sambutlah langkahku wahai bumi kinanah
hanya doa dan harapan mengiringku
hanya dalam tangan Ilah keselamatanku
biar hati merintih ...
biar jiwa meraung...
izinkan aku jejakkan kakiku ...
ke tempat itu
SAMBUTLAH LANGKAHKU ...
WAHAI BUMI KINANAH :')

Ya Rasulallah.... Khuz biyadiii

Perjuangan ku akan bermula 1 hari lagi...
( Allahu rabbuna.. Allahu ghaayatunaa )
<>
Dhuha ainunnur 26 july 2007

Wednesday, July 18, 2007

.... Ilahi! gagahkan langkahku - Jangan tinggalkan aku!....


Saturday, July 14, 2007

....Motivasi.... - Jangan pernah melatah selagi nama anda pelajar -


Monday, July 9, 2007

....Episod 47... - Kenapa itu yang aku pilih ! -



Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad .


Lughah wal adab - Al - Quraan - Tarikh


Satu ketika dahulu , ketika hatiku telah tetap dan yakin akan memilih Jami'ah azhar dan kuliyah lughah sebagai satu tujuan , aku dihujani dengan soalan ... mengapa dan mengapa perkara itu jadi pilihan... Dan waktu itu , yang mampu aku berikan adalah " Imam syafi'ie dulu , sebelum die pergi dalami ilmu fiqh die blaja lughah , n ilmu die dalam lughah ni luas , die pernah kata , tapi kita tak ingat apa nama bukunya ' kalau lah bukan kerana fiqh itu satu kewajipan , akan aku teruskan dengan pembelajaran lughah ' .. ( lebih kurang mcm tu la..)


Sebagai seorang thalibul 'ilm yang jahil dan kurang serba serbi , tentu sekali aku perlukan semangat-semangat mujahid2 Islam yang agung.. yang disegani.. dan yang telah dimuliakan oleh Allah darjatnya . Imam syafi'ie Rahimahullah adalah antara hujjatul Islam yang sangat ingin aku contohi dalam perjalanan hidupnya yang hanya untuk ilmu dan mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. Teringat lagi tazkirah jumaat oleh ust Fathurrahman di sekolah dahulu , antara kata-katanya ' antum ni semua thalibul 'ilm , rajin2 kanlah diri tu baca sejarah para sahabiyah.. tabi'in dan tabi' tabi'in.. hayati pengembaraan ilmu mereka... macamana mereka hidup sebagai thalibul 'ilm, ambik faedah daripada semangat mereka , keimanan mereka dan kekuatan rohani yang mereka ' . Masya Allah.. segala yang ada dalam sirah mereka dapat menjadi api pembakar ruuh jihad untuk mereka yang ingin bergelar manusia yang diredhai Allah s.w.t .


Bila kelmaren aku membaca kisah Pahlawan islam yang terkenal dengan gelaran Pahlawan Lidah Api , Tariq Bin Ziyad.. kagum dan terharu aku mengenang perjuangannya menakluk andalusia.. bila membaca kisah Ikrimah ibn Abu Jahal ... terkedu aku mengingatkan betapa gagahnya jiwa beliau menahan segala tohmah rakan2 baiknya yang telah Islam terhadap dirinya hanya kerana keenganannya memeluk Islam dalam satu peristiwa... Ketabahan.. kesabaran menanti pertolongan dari Allah.. Istiqamah memohon doa ... keimanan yang teguh.. keyakinan yang utuh... tahajjud yang tak pernah terlalai .. Hati yang hanya ada perkataan jihad dan dakwah.. juga Zahir yang diserahkan hanya untuk sang Khalik.. Hebatnya hidup mereka.. entah aku termampu atau tidak untuk ku ikuti jejak langkah mereka..


Berbalik kepada ilmu lughah, dari kitab : asy-syafi'ie-malaamih wa atsar fi dzikra wafaatih katanya :

" Imam asy-Syafi’i amat senang dengan syair dan ilmu bahasa, terlebih lagi ketika ia mengambilnya dari suku Hudzail yang dikenal sebagai suku Arab paling fasih. Banyak bait-bait syair yang dihafalnya dari orang-orang Hudzail selama interaksinya bersama mereka. "


Bagi mereka yang mengikuti perjalanan blog ini daripada awwal, pasti mengerti dan merasai betapa suka dan cintanya aku pada sy'ir2 dan mawad lughah... perasaan yang aku ada waktu belajar lughah sungguh tak dapat nak dibayangkan.. terlalu indah ... dan kadangkala amat menyentuh hati.. tak tau kenapa semua ini kurasakan.. tapi aku pasti.. lughah memang pilihanku... laa syakka.. wa laa dayyarah.. wa laa raiba fiihh :)

bersambung....

Saturday, July 7, 2007

....Episod 46.... - Khas buatmu yang tersayang -


Bismillahil waduudul ghafuur..


Membaca post seorang adik membuatkan aku rasa sangat terharu . Kami saling menyayangi.. tapi tak pernah meluah kata.. hanya sms jadi pengantara.. kenapa? kerana masing2 terpisah.. demi mengejar sebuah cita.. tapi perpisahan kami bukan perpisahan abadi.. Perpisahan yang diiringi doa suci.. perpisahan yang ditemani ukhuwwah dan cinta suci.. perpisahan yang tidak berakhir dengan kata selamat tinggal.. tapi dengan kata moga bertemu di taman firdausi :') ....
" hal turana naltaqi .. am annahaa.. la la taqulu wadaa'an bal quluu ilalliqa' .. in lam takun fawqathara... fabijannati rabbissamaa"

....Episod 45..... - Busyra ? -



( post 2 tentang wisata terpaksa ditunda - sori yek ahmarul faatih )


Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad


5 haribulan july yang lalu , aku dan rakan-rakan seperjuangan yang akan ke mesir dipanggil oleh pihak perkemas untuk satu mesyuarat permulaan untuk kami.Alhamdulillah ... kini , segala apa yang perlu kami siapkan sudah nampak lebih jelas lagi. Namun, berita tentang tarikh pemergian kami amat amat memeranjatkan aku dan keluarga... Kami dikehendaki untuk sampai ke Mesir paling tidak 3 haribulan august..


Ya ! , aku memang menanti saat-saat langkahku akan berpijak di bumi kinanah itu.. tapi.. tarikhnya... hmm.. apakah ini satu busyra ?? Wallahu'alam bissawab..


Runsing? ya , aku runsing.. macam2 ada di benakku sekarang ini... soal apa? haiz.. macam2 persoalan.. Ilahi rabbi... teguhkanlah hatiku.. gagahkanlah langkahku.. Ya ilahi! jangan tinggalkan aku....


Ya Rasulallah.. khuz bi yadii..

Friday, June 29, 2007

.... Tazkiyatun Nafs....

Wednesday, June 27, 2007

.... Bahagian 2 .... - Episod 44 -



Hari kedua : 13 june

Selepas sarapan , kami di minta mengumpulkan beg2 kami ke lobby hotel . Sebelum kami berangkat ke Ma'ahad Tahfiz Negeri Terengganu , kami diberi masa untuk rehat di belakang hotel kami , menikmati air laut yang tenang sekali. Sesekali ternampak juga ' speed boat ' melintas. Teringat lagi saat2 manis bermulanya ukhuwwah kami bersama 'nisa' dan 'fu'ad' , hehehe . Teringat lagi bila nampak bot berlalu , aku pun bertanya padanya ' fuad, what is that boat called ? ' ' ship , its a speed ship ' hehe.. itu belum termasuk hiwar fuad dengan mardhiyah lagik. Tak kering gusi kami dibuatnya dengan kerenah dua kanak2 yang baru mencecah usia 5 tahun itu .

Dalam lebih kurang jam 9 kami pun bersiap untuk berangkat ke ma'ahad.Sesampainya kami di sana, kami disambut oleh seorang akhi yang aku tak pasti samaada dia seorang tenaga pengajar atau bekas pelajar atau siapa. Kemudian kami dibawa ke dewan untuk mendengar sedikit kata2 aluan dari mereka. Mudir di ma'ahad tu.. namanya Ust wan.... ( maaf tak ingat namanya ) Allahu akbar! cara die bebual masya Allah, serupa dengan poknik. Terpegun kami seketika. ( Maklumlah dah rindu gila ni kat rebutia ), atas sebab2 yg tersebut, kami pun panggil beliau Pok Wan.. hehe .

Ma'ahad ni agak berbelit sikit, payah nak cari jalan keluar hihi.. sebabnya mereka sedang menjalankan renovasi kalau tak silap.. ke , tengah bina binaan baru.. Allahu'alam tapi yang cantiknya adalah, di mana2 kami jalan pasti ada papan tanda kecil yang mengisi kata2 semangat dan peringatan untuk para huffaz ! Masya Allah.. khair...khair...

Kami kemudian dijamu dengan sarapan yang khas yang aku tk ingat apa namanya . Nasi dan lauk kari. Sedap memang sedap. Tapi kami masih lagi kenyang dengan sarapan di hotel jadi kami cuma amek lebih kurang jek . agak2 dapat rasa ok lah kan .

Satu lagi perkara istimewa di ma'ad ini adalah. mereka ada 2 uniform. 1 warna ungu ( untuk exco ) satu lagi warna biru ( untuk pelajar ).. Bila dah penat ambil gambar dan bertanya itu dan ini kami pun naik bas dan bersedia untuk ke destinasi seterusnya..

Destinasi kami yang berikut ini sangat2 bermakna dalam hidup kami.. Ma'ahad yang kami kunjungi selepas itu benar2 meninggalkan kesan menusuk kalbu ke dalam diri kami.. Menceritakan pengalaman itu kembali sahaja sudah cukup mendebarkan.. Berdebar2 kami rasanya... Debaran itu telah bermula.. dan sehingga kini masih belum berhenti lagi....
( akan ku sambung di post yang akan datang )

Tuesday, June 19, 2007

....Episod 44.... - Episod paling bermakna dalam hidupku -



بسم الله الرحمن الرحيم
وَََلَقَدْ يَسَّرْنَا القُرآنَ للذِّكْر فَهَلْ من مُدَّكِر
Tarikh : 12 june - 15 june
Tempat : Malaysia
Hari pertama : 12 june

Tempat : MKS - Pahang - Terengganu ......

Jam 7.20 pagi . Aku dan adik ku sampai di masjid kampung siglap . Dari jauh lagi, ku lihat kelibat hida yang sudah sedia menyambut kedatangan kami.. hehe ( macam datok bandar nak ziarah masjid plak ahakz ) . Bas yang akan kami naiki dijangka bergerak jam 7.45 . Selepas hal-hal administrasi selesai, kami pun dengan sebaris senyuman .. melangkah pergi . Tak sabar rasanya waktu itu. Oleh kerana aku, adikku , mardhiyah dan hida tidak pergi orientasi wisata tahfiz ini , kami agak ' blur ' tentang perjalanan kami .


Sepanjang perjalanan kami untuk ke pahang , waktu tidur yang kami peruntukkan amatlah sedikit... hmm , jadi kami pun buatlah perbincangan agung. Banyak yang dapat kami bertiga bincangkan, terutama hal2 skolah dan hal2 pelajaran kami . Tanpa kami sangka , rupanya perbincangan kami telah menganggu waktu tidur orang2 yang ada di depan ( maklumlah kami duduk paling belakang ) . Kesian mereka. Hanya Allah yang tahu betapa bersalahnya kami.


Kami dijangkakan untuk sampai ke Ma'ahad tahfiz Negeri Pahang pada jam 2 petang. Tetapi , ' KITA MERANCANG ALLAH TENTUKAN ' . Traffic jam telah melewatkan kedatangan kami selama 3 jam . Jam 5 ptg, kami disambut dengan penuh mesra oleh huffaz di sana. Seronoknya~~ :) .. berbunga2 perasaan kami . haiz... selepas mendengar taklimat dari pihak mereka dn pihak MKS.. kami dijamu dengan makanan negeri mereka. Tak taulah apa namanya, tapi enak sangat2 .


Kesimpulan yang dapat ku berikan untuk maa'had ini adalah.. aku rasa, maa'had ni betol punya elite. Mereka hanya akan terima individu yang benar2 baik penguasaan bahasa mereka samaada inggeris arab atau melayu. Aktiviti yang mereka tawarkan juga sangat-sangat menarik antaranya adalah menunggang kuda - berenang dan memanah . Kesian seorang kawanku , kerana tertarik sangat dengan aktiviti berkuda , sehingga kemana kami pergi , kuda la yang akan dicarinya . Dan setiap kali ke ma'ahad tahfiz seterusnya , tentang kuda juga yang akan ia tanya.. hehe ... 1 perkara yang menarik perhatian kami juga adalah tempatnya yang sangat cantik. Maahad tahfiz negeri pahang agak modern padaku . Ianya tidaklah sebesar maahad tahfiz lain yang kami kunjungi ataupun darul quran selangor , tempatnya mungkin kecil , tapi luas dan cantik. Yang penting sedap mata memandang.. tenang fikiran kami melihat..

Selepas solat jama' taakhir , kami pun bersiap sedia untuk meninggalkan tempat tersebut untuk langsung menuju ke terengganu ... Malam pertama kami di Malaysia akan bermula dalam masa beberapa jam saja lagi... ( bersambung )

Monday, June 18, 2007

.... Ilahi anta maqshudiy wa redhaka mathlubiy....


Sunday, June 10, 2007

....Episod 42.... - Salam perjuangan -


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Semalam, pagi2 lagi aku sudah bersiap untuk keluar. Adikku Nadiah haron akan ke Pahang untuk menyambung pelajarannya di peringkat diploma di KIPSAS . Bas yang beliau naiki akan bertolak pada jam 9 pagi. Pada mulanya, aku sangka aku tak sempat untuk bertemu dengannya. Kanchiong lah jugak kan.. sebabnya? aku terbangun lambat hehe.. Sebelum ke sana , aku membuat temu janji dahulu dengan adikku yang satu lagi , Ramiza . Haiz, tak ku sangka, dia pun lambat juga .

Tepat jam 8:15, aku dan miza pun mulakan perjalanan kami ke Lavender menaiki MRT. Risau aku tidak sempat nak berjumpa dengan Nadiah., aku pun menghantar sms kepadanya "Adik,maaf sangat2, kalau sempat kita jumpa,sempatlah.. kalau tak, hmm.. ".. selang seminit , Nadiah menjawab sms ku " Takpe kak.. apa2 pun doakan adik k? Take care akak,selamat berjuang,doa' adik.. moga bumi anbiya'menyambut akak menimba ilmu di sana! Fii hifzillah wa ma'a nasrih ! " .. Haru benar hatiku pada waktu itu.. Air mata berkumpul di kelopak mataku .. Alhamdulillah, dapat ku tahan. Malu la kan kalau nangis kat MRT. heh.

Sesampainya kami di lavender, kelam kabut aku dan ramiza mencari taxi stand. Bila dah dapat naik taxi tu, hai.. syukur sangat2. Jam waktu tu 8:47. Pusing punya pusing, tetiba ternampak sekumpulan budak2 perempuan kat tempat bus2 tu . 'ahh dah sampai ' kataku pada ramiza. dah pukul 8:55 ! ya Allah, mudah2an dapat jumpa. Dengan pantas aku menelefon Nadiah " Adik! akak ngan Miza dah nak sampai nih! jangan naik dulu tau . Tunggu kita tau adik! jangan naik dulu! " " ok2 kak. akak cepat sikit , dah sampai bilang adik k!" . Memang agak drama sikit keadaan kami di dalam taxi pada waktu itu. Berbagai sumpah seranah yang sopan telah diucapkan, hehe...

Sejurus selepas Taxi sampai di tempat yang kami ingini, aku dan miza cepat2 berlari mencari Nadiah. Aku meluru ke arahnya dan memeluknya seerat mungkin. Bila pelukan telah terurai , Nadiah pun kelam kabut naik bus. Haiz, kesian plak adik aku ni.Kena marah dengan pakcik Bus sebab naik bus lambat. Bila bas dah nak jalan.. Nadiah pun kol aku" kak , terima kasih ye sebab datang.." " Adik!! jaga diri ye.. adik, kita dapat lambai adik ke tak ni?? ""dapat2 , nanti bus ni pusing kak.." suara Nadiah bergetar, jelas menunjukkan betapa sebaknya die dgn perpisahan ni . " Adik ! takmo letak dulu!.. kita bual sampai bas ni dah keluar dari tempat ni ye""kak..! tak kuatlah kak..!""tkpe2, adik takmo letak..!" Ketika tangan sempat melambai, lambaian perpisahan.. air mataku mengalir.. menangisi pemergiannya..

Tangisanku bukan kerana diri tak mengizinkan dirinya pergi.. Tapi tangisanku diiringi doa dan harapan, mudah2an satu hari nanti.. akan ku lihat dia berada di puncak kejayaan , saat itu nanti .. akan ku bisikkan pada diriku dengan bangga, inilah dia.. Mujahidah solehah! AAmiinn..
Ya ukhti mahbubah , liqaa'una na'iimun, wa firaaqunaa jahiimun...

( Di sebelah petangnya pula, aku mendapat berita gembira bahawasanya, kedua-dua teman baikku dapat masuk Universiti Madinah !!) Mabruk lakuma ya akhil habiib . Allah ma'akum . Salam perjuangan semua .... :)

" Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku.."

Friday, June 8, 2007

....Episod 41.... - DeMi MaSa -

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, sepatutnya aku ke rumah ustazah Wahidah untuk talaqqi sanad.Tapi, tadi ust msg , kata tak dpat nak talaqqi hari ni sebab ust ada hal. Takpe lah zah , seminggu sekali talaqqi pun dah cukup insya Allah . Hai.. bila agaknya nak khatam ye.. lambat sungguh rasanya bacaanku .. susah nak cepatkan bacaan sebab dah terbiasa sangat baca berlagu . Hmm, takpe2 .. seperti kata ustazah Wahidah , biar lambat asalkan bacaan tu teratur dan sempurna . :) , betul sangat tu zah . Syukran atas teguran dan peringatan tu. Cuma, mudah2an sempat lah ye khatam sebelum ke Mesir nanti insya Allah . Yang penting Istiqamah tu mesti ada .

Bercakap tentang Istiqamah , teringat pulak diri ini yang tak lama lagi akan tinggalkan keluarga dan rumah tercinta . Sedangkan di sini , aku masih lagi terkapai - kapai untuk istiqamah dalam menghadiri majlis ta'lim .. apakan lagi kat sana nanti ?. Risau betul aku fikirkan perkara ini . Kalau kat rumah ni selalunya ada ummi nak tegur-tegurkan.. ingat-ingatkan . Kalau kat sekolah pulak ( zaman2 sekolah dulu ) ada kawan - kawan terdekat untuk tegur . seperti .. Sahabat2 tersayang , Mardhiyah , Hida , 'Atiqah dan yang lain-lain . Sejauh ni , yang aku yakin , memang aku istiqamah adalah duduk depan laptop 2,3 jam. Ish.. buruknya perangai kamu tu fathiah.. hmm , ye memang buruk .

Dah sedar kan? hmm, macam tu lah agak2nya . Ok best. so, lepas ni kena lah pandai jaga masa tu ye , make sure diri tu istiqamah dalam setiap perkara yang dilakukan. Lebih- lebih lagi Majlis ta'lim. Kadangkala memang mudah kan kita ucapkan sesuatu kalimah tu. Seperti Istiqamah, Mujahadah .. tapi usaha yang perlu kita perah untuk menjadi seseorang yang cemerlang berkat istiqamah dan mujahadah kita tu sangat - sangat berat . Ya , memang perit .

Nak mencapai bulan dan bintang di atas langit memerlukan usaha , kita tak boleh berjalan apalagi merangkak .. kita perlu berlari berlari dan berlari dan mungkin melompat setinggi yang mungkin . Baru namanya usaha . Kalau hanya berlenggang dengan masa , melihat ia memintas jalan kita .. Nampaknya jangankan kata kejayaan , batang hidungnya pun akan hanya tinggal mimpi.

Padaku, orang yang tak mampu nak istiqamah ni orang yang tak pandai membahagikan masanya.Masa tidak berlumba dengan kita , tetapi kitalah yang perlu berlumba dengan masa . Untuk menjadi orang yang menang dan berjaya , kita perlu menepati masa.

Ok! so , betul ke apa yang aku cakap ni? hmm , rasanya, masing-masing ada pendapat sendiri kan . dan, itulah dia pendapatku yang jahil serba serbi ni. Sungguh aku tak ingin masa mentertawakan aku lantaran kekalahanku dalam mengejarnya . Aku akan cuba! cuba berusaha untuk berubah sikap!..


Usaha..usaha juga , doa jangan lupa. Ad-dua' silahul mu'min . Wassalam.

Demi masa.. sesungguhnya manusia di dalam kerugian..



Thursday, June 7, 2007

....Melankoli....

Bulan gelap
tah bagaimana terangnya
Sinar mentari
tah bagaimana gerhananya
Hati sepi
tah bagaimana raut wajahnya
Hati pedih
tah bagaimana nak mengobatinya

Rentetan hidup ini
360 hari
waktu yang sangat sulit..
sesulit mencari jalan pulang
dalam belukar hutan penuh keriangan
tercepit nadi ini dalam haru
kejutan demi kejutan

Seketika itu..
warna alam ini..
bertukar ganti..
dalam gelap ada cahaya..
dalam terang ada duka
dalam tawa tersirat seribu malapetaka..

Hentikanlah ia sementara!
hentikan segala kejutan yang ada
aku tak bisa tegak berdiri
andai kejutan menyergah lagi

Biarkan aku sunyi bersepi!
biarkan aku hilang dalam warna-warna pelangi
Biar bermandi lumpur..
dalam tangis..melankoli..


dhuha ainnur / 2004

Wednesday, June 6, 2007

.... Episod 40... - Kepulangan yang dinanti -



Bismillahirrahmaanirrahim...


Allahumma Solli wasallim 'ala Sayyidina Muhammad


Hari : Selasa

Tarikh : 5 june 2007


Jam 4 . 26 ptg . 'Hello , kak ica.. hakim dah sampai blum? ' ' blum2 .. flight die baru landing kol 4.15 gitu ' ' ok2 kita dah nak sampai nih '. Dengan segera aku menekan butang merah di hp ku. Aku pun menoleh ke belakang, untuk melihat aku kini berada di station mana . ' hmm lagi 3 jek da sampai tanah merah, berdiri sudah..penat plak duduk lama sgt ' .


Jam 4.30 ptg. ' Hello kak nur , hakim da sampai ??! ' ' blum lagik, dah nak keluar ah ni korang kat mana?? ' ' ahh kita dah nak sampai. Sekarang kat expo k ! ' . ' Satu lagi station !' bisik hatiku . Perjalanan ke changi airport terasa lambat benar . Tak tau lah kenapa. Kami yang dah tak sabar nak berjumpa dengan hakim atau ... memang MRT tu lambat. Haiz . Beberapa minit yang ada tu , macam2 ada dalam otak aku. Bayangan wajah hakim yang entah sama entahkan tidak dengan yang dulu . Wallahu'alam.


Sejurus selepas MRT membuka pintunya untuk membiarkan penumpang keluar , kami pun kelam kabut mencari arah . Apabila kelibat keluarga Hakim semakin mendekat, tiba-tiba langkah jadi lambat pula .. ( cey , konon slow motion ah ) . Bila kami lihat Hakim ada bersama .. whoa! gembira tak terhingga , walaupun wajah kami tak menunjukkan perasaan sebenar , Hanya Allah yang tahu apa yang berligar di benak kami.


' Ya Allah hakim! dah macam kak ica ! sama sey muka ' itulah ayat pertama yang keluar dari mulut aku. Ish..ish.. Sama beno . Macam kembar. Cuma.... kak ica mungkin tinggi sikit jek lagik. tkpe2, next year mesti Hakim paling tinggi antara korang. Yang penting , semalam merupakan hari yang ditunggu - tunggu oleh kami semua lebih2 lagi ayah jumat, bek yah , kak nur , kak ica dan ida ( walaupun hang takde kat sg , takpelah ,mesti excited kan nak jumpa adek hang ) dan semalam juga merupakan hari yang menggembirakan kami semua yang menyaksikan kepulangan seorang Adik yang dinanti ... ( walaupun kepulangnnya hanya untuk 3 bulan... )



Demi masa.. sesungguhnya manusia di dalam kerugian..


Monday, June 4, 2007

....Episod 39.... Rebutia ( 2 ) - Bila ukhuwwah terjalin -

Bismillahil waduudul ghafuur


Tak sangka .. hmm , tak sangka pemergian kami ke rebutia buat kali kedua membuahkan ukhuwwah yang manis sekali . Kalau dulu tali ukhuwwah terjalin antara rakan2 sekolah , tapi kali ini , dengan faci2 nye pula. Walaupun yang masih contact cuma satu dua , tapi bekas2nya tetap terasa. Kenangan bersama tetap terpahat kemas di hati .


Ingin ku tujukan salam ku ini khas buat faci2 yang ku kenali di Rebutia : Abang khai , abang loqman , hafiz , syamil , fikri , adeeb , fauzan , dan khususan pada Syafiq , Inas , Along @ Afra ' dan kak Alang! walaupun ada di antara mereka yang hanya kenal nama saja, tak pernah bertentang empat mata , berbicara walau sepatah kata , hati kita tetap terikat dengan perasaan kekitaan dan ukhuwwah islamiyah yang hebat melanda .


Kalau ada yang membaca, inginku ucapkan jutaan terima kasih kerana bantuan yang diberi sepanjang kami berada di sana. Abang khai : wah! pertama kali dengar abg khai bercakap , terkedu sekejap . Sama mcm poknik seh ! ingatkan anak poknik.. hehe , salah sangka plak . Kagum sesangat tengok abg khai bagi arahan waktu nak masuk hutan untuk solo night tu. Subhanallah.. ta'ajub dibuatnya . Kak Alang : Ya rabbi ! kak alang ni ibarat superwoman di mataku! teringat lagi waktu kak alang selamatkan salah satu participant daripada tergelincir waktu dalam hutan tu. Kelu lidah melihat kejadian tu . kak alang ni bak idola ku bila part2 kekuatan grip kaki kat tanah2 licin tuh..! go kak alang go! hehe. Inas & Afra' : hang adalah faci pertama yang che' kenal .. :) dan yang paling berharga dan disayangi Insya Allah .. akhiran , Shafiq : waktu pertama kali kene jadi partner untuk game tayar tu, fuh .. takut sebenarnya , selalu nampak shafiq senyum tapi .. rasa macam muka tu garang , jadi tak berani nak bebual2 sgt. Al-muhim, banyak yang fatya belajar dari shafiq . sepanjang game tu berjalan . Waktu nak balik , tak berpeluang nak ucap terima kasih.. sebenarnya bukan tkde peluang, saja biarkan peluang tu berlalu .. sebabnya? hehe.. masih takut lagi nak cakap.. sori ye.


'ala kulli haal.. syukran lakum 'ala musaa'adatikum wa irsyadaatikum lana fi rebutia.. uhibbukum jami'an hubban shadiidan.. Ukhuwwah fillah abadan abadaa..

Saturday, June 2, 2007

....Episod 38.... Rebutia (1) - Mimpi Jadi Nyata -

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad


Sehingga detik ini , aku masih tidak dapat percaya apa yang telah berlaku padaku sepanjang empat hari yang lalu . Aku ke rebutia!! eh betul ke??, aku jumpa poknik!! eh betul ke? aku masuk hutan jadi faci!! biar betul??! aku kenal afra'!! yeke??........

Hari pertama aku tiba di rebutia , diwaktu kaki masih kaku , diwaktu fikiran masih bingung , diwaktu hati berkali-kali bertanya , betul ke aku kat sini lagi ?? aku ternampak poknik dari jauh.. Ya Allah , debaran hatiku semakin tidak terkawal . Terasa seperti sesak nafasku . Dan ketika langkah semakin dekat , kekuatan hatiku semakin lemah . Cuba ku tahan gelora perasaanku tapi tetap tak dapat nak ku lawan . Akhirnya , gerimis mengalir dari kelopak mata , makin di tahan makin deras jadinya . Ya Rabbi , rindunya aku tak terkira . Terasa seolah - olah aku kembali ke tempat asalku , di mana aku pernah dilahirkan .. dilahirkan semula sebagai seorang insan yang sedar segala yang ada di sekelilingnya perlu dicintai .. dikasihi .. disayangi ..

Mimpi ke ni ???!! haa su? mimpi ke kita ni? haa raudha? mimpi ke kita ni!!! .. Raudha : Awak cuba cubit sikit pipi kita! Su : eh fakya aku tak percaya lah kita ada kat sini ...
dan aku .. sangkin tidak percayanya , aku menampar- nampar pipiku ( hee , mmg keje bodoh tapi betul2 tak percaya ) . Belum pun sampai 2 jam kami di rebutia , ust sudahpun bersiap sedia untuk pergi ke petaling street bersama adik2 yang lain untuk "shopping" . Aku pun dengan nada separuh merayu meminta izin pada ust andaikata boleh aku,suliza dan raudha berada tetap di rebutia . Kami dah tak ada 'raghbah' nak shoppping. Alhamdulillah , tak disangka ust memberi keizinan dengan senyuman ..( redhalah tu maknanya kan => )

Bila dah dapat izin tu , mula lah feeling2 ngan suasana kat rebutia.. tapi sungguh!! hanya Allah yang tahu perasaan kami waktu tu. Lepas hantar adik-adik semua naik bus untuk pergi shopping , kami pun dengan segera ' wash-up' dan tukar pakaian . Mula - mula tu , kita amiklah video-video perjalanan kami kat rebutia daripada track flying fox sampai lah kat dewan serbaguna yang dekat dengan tent kami . Waktu kat dewan kita lepak lama sikit sambil mengubat kekecewaan yang poknik takde kat campsite. Takpelah, kita rancang Allah tentukan. Kami pun amik video sambil dengar lagu2 'legend' rebutia dulu.

Tanpa kami sangka ... tiba-tiba poknik muncul entah dari mana , " poknik!!!!!!!! " tetiba jek aku terpekik , aku sendiri tak percaya yang aku pekik . Dah macam jumpa idola pulak . Raudhah pulak macam biasa ah, terpekik sekali hehe. Sori lah sis .

Kami bersyukur sangat waktu tu kerana dapat duduk bersembang dan meluahkan segala perasaan dan rindu kami pada poknik. Hamdan lillah. walaupun tak berapa puas ( hee biasalah manusia ni tak pernah nak rasa puas ) tapi kami tetap bersyukur dengan masa yang telah Allah berikan.

Kami bertiga pun solat jama' taqdim maghrib dan isya' berjemaah . Tepat jam 8 , adik2 kami telah pun sampai di rebutia . Selepas makan malam , kami bersama-sama duduk dengan adik2 di dewan serbaguna untuk mendengar modul pertama poknik ..

Bagaikan mimpi jadi nyata , kami tersenyum - senyum sendiri sambil mendengar bicara poknik.sesekali , ada juga haru dan pilu menerpa ... kerana kami tidak pasti, apakah realiti bak mimpi yang sedang berlaku pada kami.. akan berterusan atau sebaliknya .. Hanya satu yang ku fikirkan waktu itu, hidupku hanya untuk hari ini. Aku kini di rebutia..so..live life to the fullest here! .. Hanya satu yang ku rasakan waktu itu , aku rasa tersangat selesa.. seolah-olah aku telah kembali ke rumah sendiri.. ke tempat asalku semula... ='(




"dan aku masih di sini
terus mendaki puncak tertinggi hidupku
dan aku terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali..
sahabat.."