CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

....Episod 150 .... - Jari yang mana ni ? -

( Gambar adalah hiasan semata2 , tak tau lah siapa empunya tangan ni ... pinjam ehk gambar )



Adatku dan Adatmu
" Rufaidah !! ... Rufaidah!! ... " Aku berlari ke arah seorang wanita arab berniqab serba hitam . " Enti rufaidah soh ?? " Dari matanya aku tau dia sedang tersenyum sambil menganggukkan kepala .Walaupun di hadapanku ada berpuluh wanita2 arab lain yang berniqab , aku yakin sekali itu temanku , Rufaidah . " Fathiah! izayyik amlah eih? " " Alhamdulillah ana kuwaisah . Wallahi fein enti ya rufaidah . Ittasaltu biki munzu sanah lifaat wenti la tujib . Leih ?? " Pantas aku bertanya setelah selesai bersalaman . Semenjak dari cuti musim panas tahun lalu aku cuba untuk mencari khabarnya . Tapi panggilanku tak pernah dijawab .

( Rufaidah adalah teman arab pertama aku di mesir ni . Dia akan sentiasa bersama aku dan teman2 . Kerana tahu kami tidak mengerti sepenuhnya apa yang dukturah sampaikan , dia sanggup untuk pulang lewat hanya untuk terangkan subjek yang tidak difahami dengan fusha . Tak ramai teman arab yang sabar dengan kami pelajar2 tahun 1 waktu itu . Yang baru nak berjinak2 dengan bahasa amiah . Perlahan2 dia akan mengulang dan terus mengulang apa2 sahaja yang kami tak faham . Rindu sangat kat Rufaidah . )


Heran . Rufaidah yang dulunya periang , candi dan suka mengusik teman2 , tiba2 berdiri di hadapanku sebagai seorang yang tenang . Bukan lagi seperti remaja 19 tahun yang aku kenali . Entah kenapa mataku mengarah ke jari2 nya . " Eh banyak nah cincin .. maksudnya apa ? entah2 dah tunang tak.. " Aku berkata2 sendiri . " Enti makhtubah ? " " La' , (sambil tersenyum die menghulurkan jarinya ke pada ku ) " " huh? makhtubah ? " " La' ya fathiah ! ana mutazawwigah . " " huh ??" Maaf kata lah , tapi entah kenapa tetiba macam terbongok pulak waktu tu . Aku terus hilang kemampuan untuk membezakan kiri dan kanan . hehe . " awk , tangan kiri maknanya kahwin kee ? " Aku bertanya kepada seorang rakan dari malaysia yang kebetulan berada di sebelahku sedang muzakarah . " A ah lah , kalau kiri kahwin kot tak silap , kalau kanan tunang "

Itu kebiasaan mereka . Arab di sini dan mungkin arab2 lain yang ada kat muka bumi ni . Sesiapa yang kelihatan bercincin di jari manis kanan , mafhumnya , dah tunanglah dia . Kalau cincin di jari manis kiri dah nikahah dia . Kebiasaan ini tak terjadi di negeri aku dan mungkin negeri2 lain yang ada kat muka bumi ni heee . Tapi , disebabkan dah tinggal bertahun kat mesir ni , cmana pun kengkadang terikut jugak~ .

_______________________________________________________

Terkesan

" Fathiah , awak balik ke cuti kemaren ? " Tanya seorang rakan dari kedah sewaktu sibuk menunggu kedatangan dukturah . " Eh balik , kejap je , 6 minggu " " balik tunang ke ? " Sambil tersenyum dia tanya soalan tu . Sekali lagi kebongokan menerpa aku . " Eh takdelah , tak dapatlah nak tunang segala " " apsal tetiba die tanya sal tunang ni ? ada benda tak kene kee ngan aku ni..? " dahiku berkerut sedikit tanda tidak mengerti kenapa soalan itu diajukan . " Tu haaa cincin yang kat jari tu bukan cincin tunang ke ?? " Akhirnya... kerana itu rupanya . Sambil ketawa aku pun tukar position cincin tu .. " Awak, cincin ni kita saja je pakai , mak kita belikan die suruh bawak dtg sini . Kita pakai laa ... " Aku tak boleh nak salahkan dia kerana itu adat yang berlaku di negara ni cuma aku selalu terlupa . Kira salah aku laa sebab tk paham .

_____________________________________________________

Selamat sikit ^_^"

Berjalan dari satu kedai ke satu kedai di bazaar sayyidina hussein kadangkala menyakitkan hati bila ada amu2 yang kuat mengusik . Memakai cincin di jari manis yang kiri sangat membantu di saat2 teringin nak rasa aman bila tengah sibuk nak shopping . Jadi tak moody bila balik shopping nanti :) " La' ana mutazawwigah , mush mumkin wallahi la' " Bentak seorang teman bila ada amu yang tidak mahu memberikan barang yang ingin dibelinya . Saja nak mengusik . Katanya suka kat orang asia la apa la .. ( Amu2 kat sini kengkadang mengarut tahap maksima ) Sambil tersenyum mentel ( ish geli ) amu tu kata " Hiya mutazawwigah wenti la ' , ana 'aarif " Sambil menunjuk ke cincin yang aku pakai . Padahal padahal lalala~~.

Hanya kerana sebentuk cincin ..... Lain padang lain belalang kan~








1 comments:

srikandi nailofar said...

jari mana ye fatya.. kita pun masih pening sekarang.. takpe..yang penting, bila dah tunang...tanda org lain tak dibenarkan 'masuk taman' lagi...;)
kalau dah kawen..setiap kali tgk cincin, hrp2nya teringat juga tanggungjawab yg perlu digalas bersama2 kewujudun cincin yg tersarung manis di jari.. ;)