CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 25, 2011

....Episod 254..... - Inspirasi Bisu -



Bismillahirrahmanirrahim…..


Hari ni . 20 dec 2012 , ada khataman al-quran besar2an di gami’ Azhar ,untuk Asy syahid maulana syeikh emad effat , tapi aku tidak diberikan kelapangan waktu oleh rabbul jalal bersama2 mereka di sana . Genap 4 hari syeikh tinggalkan dunia ni untuk bertemu ilahi sebagai seorang syahid . Aku mungkin hanya datang kelas syeikh beberapa kali di masjid nur hayyul ‘asyir , untuk pengajian kitab nahu syarh ma’kudiy , walaupun sedikit tapi syeikh merupakan syeikh yang paling aku ingat . Perasaan yang aku ada waktu menghadiri kelas beliau itu tak mampu nak diucap dengan kata2 . Beliau inspirasi yang tak terluah . Inspirasi bisu . Asy syahid adalah orang pertama yang buat aku rasa aku sangat memahami nahu. Aku tak pernah lupa perasaan tu . Sepertimana aku tak pernah lupa 1st impression aku pada beliau . Senyumnya ketika mendengar seorang ust Indonesia menghafal alfiah ibn malik , lembut suaranya , pandangannya yang tajam . Dars bersama beliau buat aku tersenyum . Rata2 semua masyayikh akan meninggalkan anak2 murid mereka tersenyum selesai pengajian, tetapi syeikh emad berbeza kerana aku mengenalinya sewaktu aku sangat memerlukan semangat untuk terus meneguk ilmu yang ada di bumi ini . Aku mengenalinya di saat aku rasa nahu dan aku tk akan dapat disatukan , di saat aku rasa nahu akan menjadi punca aku meninggalkan kuliah ini satu hari nanti. Tapi setelah itu ,aku tak pernah lagi kalah dalam ujian nahu , Alhamdulillah.

4 hari yang lalu , Asy syahid ditembak di dadanya sewaktu sedang demonstrasi . Asy syahid punya jiwa besar, hubbul watn nya sangat tinggi . Semangat juangnya membawanya berdiri di dataran tahrir fatrah penggulingan presiden hosni Mubarak kelmaren , Kata mereka ,syeikh selalu berada di barisan hadapan . Mula2 aku tak percaya . Syeikh adalah syeikh yang paling lembut yang pernah aku jumpa tapi antara yang muda juga. Mudanya itu membawa dia ke sana . Cintanya pada ilmu terpancar di wajahnya , cintanya pada Negara membuat beliau ditembak di dada .Cintanya pada Allah … membawa kami semua mengalirkan airmata bersama sewaktu menunggu kedatangan jenazahnya untuk disolatkan. Melihat masyayikh lain berdiri di tepi tiang masjid azhar , menyapu mata mereka dari airmata yang tak mahu berhenti mengalir membuat aku terduduk di tepi ruwaq atrak menangis semahu2nya . Yang mampu aku ucapkan waktu itu hanyalah “ Allah…. Allah…. Allah….” Dalam keluhan tangis aku itu ada rintihan sepi … tuhan …apa ini tuhan….apa yang sedang terjadi di depan mata aku ini tuhan ….. tenangkanlah haati kami semua tuhan …. Sseorang dari ayah kami pergi bertemu denganMU , dengan tiket yang kau berikan padanya melalui tangan orang lain , Semoga kau beri hidayah pada tangan yang melepaskan tembakan itu ke arahnya Allaah ….. …. Semalam , ilmunya memberi inspirasi kepada aku ,hari ini,semangat juangnya memberi inspirasi kepada aku, hari esok… akan aku jadikan Asy syahid dan perjuangannya melekat di hati , supaya aku selalu ingat kalau Asy syahid maulana adalah inspirasi .

Terlalu ramai yang meratapi pemergiannya . Kata2 mereka sehingga hari ni membuat mata aku sentiasa basah dengan airmata .

Kata Ust Syed Abdul Kadir Al jofree “Berita pemergianmu sangat mengejutkanku wahai Syaikh kami.. Allah mengabulkan doamu untuk menjadi syahid. Allah menjemputmu dalam keadaan yang sangat mulia. Air mata mengalir, hati merintih, namun yang mampu dikatakan adalah Innalillah wainna ilaihi raji'un.. “ Katanya lagi.. “Kejatuhan Husni Mubarak disambut dgn teriakan gembira seluruh Mesir. Pemergian guru kami Assyahid Assyaikh Emad ditangisi seluruh dunia ilmu. Betapa besar bezanya Allah tunjukkan di dunia lagi. Husni Mubarak "diselamatkan" dari terus menzalimi. Syaikh Emad "diselamatkan" dengan dikurniakan anugerah Assyahid. Syaikh ditembak dari jarak dekat. Beliaulah yang mengeluarkan fatwa haram mengundi parti pendokong Mubarak. Pergilah engkau dgn tangisan kami di dunia, mudah-mudahan penduduk langit menyambutmu dengan kemeriahan. “

Kata Ust Hairulnizam “Saya tak mampu menahan sebak ketika mana ngauman suara manusia di dalam masjid al-Azhar ketika mana jenazah Syeikh Imad Iffat masuk ke perkarangan Masjid al-Azhar kedengaran: "Allahu Akbar Yahya Syahidul Azhar" (Allah Maha Besar. Hidup Syahid al-Azhar). Syeikh Imad Iffat adalah Syahid al-Azhar.. Kami selepas selesai solat jenazah berjalan kaki sejauh 4 km lebih ke permakaman beliau di kawasan Sayyidah Aishah.. Sampai di perkuburan ketika maghrib menjelma.. Saya lihat guru2 saya Syeikh Sayyid Syaltut dan Syeikh Amru al-Wardani membisu kesedihan di hadapan makam Syeikh Imad. Ketika saya mencium tangan Syeikh Sayyid Syaltut, air mata saya mengalir lagi.. Ingin saya nyatakan kepada beliau bahawa saya sangat menyayangi beliau. Ya Allah, panjangkanlah usia guru-guru kami agar kami diberi peluang lagi untuk menagih ilmu agama daripada mereka sebelum mereka dipanggil pulang buat selama-lamanya... Ya.. peluang sebelum mereka dipanggil pulang mesti direbut agar kita tidak akan menyesal selama-lamanya..

Kata Ust Abdul Mannan “ kata Sheikh Ali : "aku dikurniakn Allah dgn 3 org ank perempuan..Imad inilahh anak lelaki ku"...dan akhirnya sheikh sebak.. “

Kata Ust Muhammad Fahmi Mohammad Amin : “Walaupun sempat mengaji Fiqh Syafie seketika sahaja dengan As-syahid Syeikh Imad, hati tetap rasa sangat sedih dengan pemergian ulama' Al-Azhar yang hebat ini. Moga kami dapat mengikuti jejak langkahmu dalam perjuangan wahai Syeikh yang mulia.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. “ ,


" .....Dan menangislah penduduk langit dan bumi ... "

Saturday, December 3, 2011

....Episod 253 ..... - Semoga gerakan itu dari Allah -


Dah hampir sebulan saya tak update blog ni . Macam biasa lah kan . Sebabnya , Kesibukan yang keterlaluan . Harini , saya rasa saya perlu luahkan sesuatu kerana kalau tak mungkin hati saya akan meletup ! saya rasa untuk nangis pun seolah2 saya tiada masa . Saya paksa diri saya untuk tersenyum atau mengerutkan dahi sambil memikirkan baki tenaga yang saya ada untuk hari itu. Kalau battery saya dah ada signal merah , bermakna tenaga yang saya ada cuma untuk membentang tilam dan saratoga dan juga menyusun teddy bear2 yg sy ada.. kalau signal nya kuning , saya masih mampu untuk kemas territory buku2 saya . Tapi kalau masih ok , saya akan cuba buka buku atau cuba tulis khat . Al-muhim , saya tiada masa utk menonton apa2 cerita kecuali 2,3 jam dalam seminggu . Buat masa sekarang, cukup la tu :) .

kemaren , sewaktu saya sedang rehat seketika dari mengajar khat , ada seorang adik tahun 1 tanya , ' kak fatya awk ada apa lepas ni ? ' ' Kita ada tahfiz , sebab tu hari ni kita kelam kabut sikit , sori eh ' ' Kak fatya camna kak fatya bagi2kan time , khat lagi , tahfiz , kuliah , baca buku ' ' Haha... macamana kita bagikan masa tu jangan tanya , yang penting , yang kita tau kita kena gerak jek . Apa yang jadi kita taknak tau . Al-muhim gerak, sebab kita dah tak boleh nak fikir lagi dah ... kita pun mabok ' . Saya sendiri tidak percaya dengan jadual yang saya ada . Belum termasuk waktu sakit dan terpaksa menunda semua kegiatan ke hari lain yang akan mengetatkan lagi jadual saya . Yang saya nak cakap kat sini adalah .... saya letih sebenarnya ... sumpah saya penat . Banyak yang saya fikirkan sebenarnya . Takut teroverlook persiapan untuk imtihan.

Saya risau sangat sebenarnya . Saya tak tau kemampuan saya untuk hadapi imtihan yang akan berlaku tiga kali seminggu tu sekuat mana . Memikirkannya saja sangat menggerunkan saya apatah lagi kalau masa yang sebenar2nya tiba nanti . Ini imtihan terakhir saya insya Allah . Sebenarnya saya rasa plan saya tu ok dah , kecuali apa yang ditukarkan Allah nanti , itu saya redha kerana saya tau itu yang terbaik untuk saya . Daripada saya tidak merancang apa2 , merancang tetapi tidak mampu mengikut rancangan dengan sebaik2nya itu lebih baik kan ? . Sekurang2nya saya mampu untuk merancang , atau berusaha untuk merancang sesuatu walaupun saya tahu sebaik2 perancang adalah DIA. ok saya dah pening . point dah tak tersusun dah . susah kan sebenarnya menulis blog ni . nak meluah rasa pun nak kena sediakan point .

Berbalik kepada topik hari ni , saya tak sempat nak cakap pada adik tu , gerak saya bukan gerak tanpa tujuan , gerak saya ada matlamat yang ingin saya capai . sebab tu sekarang ni saya hanya bertukar2 gear sahaja , dari dua ke tiga dari tiga ke empat , kalau saya letih saya akan rehat dalam kenderaan saya , al-muhim saya tak akan keluar dari kenderaan yang saya bawa tu , selagi tempat yang saya nak tuju belum lagi sampai . Saya tak akan keluar dari kenderaan tu walaupun untuk membeli sebotol air soya bean sejuk yang sangat enak diminum sepanjang masa . dan sepanjang saya drive tu saya akan tertoleh2 untuk melihat air itu diminum oleh orang lain , saya tetap akan gerak dan gerak . Aduyai... saya rasa malam ni saya tak mampu untuk tidak menggunakan kinayah dalam kata2 saya .

Gerakan tangan saya cantik menyusun jadual itu adalah gerakan hati saya . gerakan kaki saya yang tak berhenti ke tempat2 belajar juga adalah gerakan hati saya . Gerakan setiap anggota badan saya untuk perjuangan saya yang semakin hari semakin mendekati masa2 akhir saya di sini juga adalah gerakan hati saya ... yang saya harapkan hanya satu , semoga gerakan hati saya ini adalah gerakan dariNYA . Rabbul 'ula . Kerana yang saya harapkan hanya satu RedhaNYA .

Saya ke kuliah untuk redhaNYA , saya mengajar teman2 yang memerlukan khidmat saya berkongsi ilmu juga untuk redhaNYA , saya masih memperbaiki tulisan memperjuangkan seni untuk kalamNYA juga untuk redhaNYA , saya sedang cuba menjadi seorang tolibul ilm yang bertanggungjawab juga kerana redhaNYA . Mungkin saya masih tak layak untuk menjadi hambanya yang bersyukur , kerana saya sentiasa lupa untuk bersyukur , tapi saya tahu , kalau rahmatNYA luas , pengampunanNYA juga menggunung tinggi , Kasih sayangNYA tak bertepi .... kerana itu , saya tahu DIA melihat apa yang sedang saya buat , DIA tahu saya tak ada apa2 ... DIA tahu saya sedang cuba , cuma mungkin usaha saya masih di paras yang terendah ... tapi saya tahu kalau DIA tahu saya letih , saya dah cuba ... tak apa .. saya akan cuba lagi dan lagi dan lagi untuk jadi lebih baik ... :(

Mudah2an gerakan2 ini semuanya dari DIA . " Rabbana la tuzigh quluubana ba'da izh hadaitana wahab lana min ladunka rahmah , Innaka antal wahhab " :'(

Wednesday, November 9, 2011

....Episod 252..... - Dalam hati ada cinta -


Kalau lah mesir ada tempat ni ... mungkin setiap petang lepas kuliah atau setiap ada masa terluang saya akan sentiasa ada disini ... menghirup udara segar yang ada sambil menikmati kejadian tuhan termasuk diri saya sendiri .

Dah nak hampir sebulan dah tak update blog ni . Nak update tapi kesibukan yang keterlaluan membuatkan saya tak ada masa langsung nak menatap laptop untuk menceritakan hari2 saya di mesir ni selepas kepulangan habib umar al hafidz .

Tadi , saya sempat ke gami' azhar untuk pembacaan musnad imam syafi'ie dengan syeikh Isom. Talaqqi riwayatan . Memang teringat kembali kenangan talaqqi riwayatan dengan syeikh faisal .Tak kiralah riwayatan atau dirayatan , kalau ada peluang saya pasti akan ada di situ . Apa pun aktiviti yang saya ada akan saya berhentikan semata2 untuk talaqqi , walaupun khat . Tapi sekarang ni , keadaan dah berubah . Saya tak punya banyak waktu di Mesir ni . saya perlu fokus dan susun prioriti saya . Dan prioriti saya adalah khat dan tahfiz dan juga talaqqi kitab2 fiqh .

Setiap kali saya perlu korbankan talaqqi untuk khat , hati saya rasa sakit ... tapi itu dulu ... sekarang ni saya dah lali .... dah lali dengan kata2 " Afwan tak dapat pegi ada khat " . Semua benda perlukan pengorbanan apa lagi ilmu . khat juga ilmu . khat juga syiar islam . khat juga satu perjuangan . dan ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar . Pengorbanan waktu dan fokus .

Saya dah tahun akhir dah sekarang ni . Saya tak pernah termimpi pun apa yang akan saya lakukan bila dah tahun akhir nanti . dan Alhamdulillah masanya dah pun sampai . sensitiviti saya terhadap gami' azhar dan talaqqi2 terpaksa saya letak tepi . Tapi saya tak nafikan saya tak boleh hidup tersenyum di mesir ni kalau saya tak ke kelas masyayikh . Kerana merekalah punca senyuman saya di sini . Walau banyak yang terpaksa saya lepaskan .... pengajian muwatto' syeikh yusri saya cuba untuk terus gagah istiqamah , begitu juga dengan pengajian hasyiyah baijuri syeikh ahmad hajin yang kedua2nya dah hampir 3 tahun saya hadiri . Saya hanya mampu doa , doa dan doa kalau saya akan terus tersenyum dengan mereka . Masyayikh2 saya :) .

Lebih kurang 50% masa yang saya ada sekarang tertumpu pada khat . Jangan tanya kenapa , tapi itu adalah sebahagian daripada usaha saya untuk khat saya . Nampak macam banyak , tapi sebenarnya itu masih dikira terlalu sedikit untuk khat , salah satu cabang seni yang memerlukan separuh dari usia kita untuk mahir dan sebati dengannya . masa saya selebihnya saya bahagi2kan untuk kuliah , murajaah , dars , tahfiz dan ajar tuition . Macam banyak kan ? tapi sekarang ni saya tak pernah fikir banyak atau sikit . Yang saya ada dengan saya adalah planner kecil yang dibahagikan kepada 3 bahagian sehari . pagi , petang dan malam . Alhamdulillah sekarang ni hari2 saya dah pun terpenuh ketiga2 bahagian tu . Saya tak akan fikir banyak atau sikit , yang penting saya ikut perancangan yang dah saya susun dan terus bergerak bergerak dan bergerak sehingga Mesir memberi saya kucupannya yang terakhir ... Mungkin waktu itu nanti , saya mampu untuk membalas kucupan itu dengan lambaian puas dan redha dengan kepulangan saya nanti . InsyaAllah .

Waktu pengajian tadi , perkara yang sama terdetik lagi . Saya sebenarnya tak suka pergi kelas talaqqi waktu saya sibuk atau kalau saya tahu saya tak akan mampu menyelesaikan pengajian tu sepenuhnya , kerana perasaan kesal akan selalu bertandang . Dars dan talaqqi itu addictive . sekali pergi akan sentiasa nak lagi . Once u start u cannot stop ! .

Perjuangan memerlukan pengorbanan kan ? dan untuk terus terusan berkorban .... dalam hati ini perlu ada cinta ..... perlu ada cinta.... perlu ada...

Thursday, October 13, 2011

....Episod 251.... - Aku serahkan rindu ini padaNYA -


Esok Habib akan datang... esok habib akan datang... esok habib akan datang....

Sana sini orang excited... sana sini org bercakap tentang habib ..... sana sini orang plan nak jumpa habib .... dan aku masih di tempat yang sama.... posisi yang sama .... harapan yang sama..

Aku rasa lumpuh ... sungguh ! aku rasa lumpuh ... tolaklah aku ke mana pun ..... kalau aku mampu untuk gambarkan perasaan aku waktu ni , aku rasa macam dalam mimpi ... aku seorang yang lumpuh .... melihat dari jauh haibah seseorang yang dah lama mata aku merayu untuk menyapa datang , tapi waktu itu aku lumpuh .... aku tak mampu berdiri apa lagi berlari .... aku tak mampu nak pekik memanggil namanya kerana syakhsiahnya membuat aku terpaku ...

Tapi... hati aku rindu ... aku sangat rindu ... dan yang mampu aku buat hanya nangis dan nangis ..... menyalahkan diri aku kerana kelumpuhan aku .... sedangkan yang melumpuhkan itu Tuhan . Yang mengelukan lidah aku juga Tuhan . Yang mampu untuk memulihkan aku juga Tuhan .

Tuhanku MAHA mendengar... aku yakin kalau kata2 yang tak terungkap itu DIA sampaikan pada habib .... cuma .... apakah rindu aku ini sebenarnya rindu ? aku bukan siapa2 .... Aku hanya manusia biasa... yang selalu kalah dengan nafsu ... yang selalu tenggelam dengan malam ... yang selalu terlalu .... Aku hanya insan biasa yang sedang cuba bercinta untuk mendapat redhaNYA . Tapi... siapa aku untuk merindui habib dan Al-Habib ....

Kecewa dan pilu semalam ketika aku tak diizinkan utk menjejakkan kaki ini di bumi yaman masih belum sembuh ..... dan hari ini hati aku menjerit , badal suara aku yang tersekat kerana sesaknya nafas cuba memujuk tangisan itu untuk duduk diam dalam hati ... Kata hati aku , kalau Tuhanmu mengizinkan pertemuan itu , pasti liqo' itu milik engkau.... tapi kalau tidak... Tuhanmu lebih tau .... ya ! Tuhanku lebih tau .... Pemilik hidayah , Pemilik rindu dan Pemilik cinta lebih tahu ... maha tahu... setiap nafasku akan aku uruskan dengan iman atau kelalaian....

Semoga husnul khatimah jadi milik kita ~ :') ....

Monday, September 12, 2011

....Episod 250.... - semangat yang hampir senja -






"Awk ... kenapa ah skrg kt rasa mcm da malas. perasaan kt skrg tak sama dgn 4 tahun yang lalu . dulu , semua benda buat kt excited , skrg ni cm apa2 jeklah " .. ini perbualan aku dgn beitina , yang akan khirrij tahun ni . Aku tak akan boleh dapat menerimi hakikat yang aku akan tinggalkan mesir tak lama lagi ... tapi dalam masa yang sama aku rasa letih lengit dan bosan . Ini futuur ke . atau aku yang sengaja nak lupakan semua kenangan2 , pengalaman2 , doa2 dan harapan demi harapan yang pernah aku bina dulu sehingga apa pun yang aku buat skrg ni rasa mcm tk bertujuan . Tak bertujuan atau aku yang tak mampu nak semangatkan diri aku semula... entahlaa

Dah 4 tahun aku kat sini . Bila fikir2kan balik , rasanya mcm tkde satu pun daripada 5 perkara penting yang nak aku dapat dan capai by the end of year 4 aku dapat capai .. kalau belum selesai tak apa ... tpi ni aku tak mula langsung . Ada yang menghalang ke... entahlah ... yang penting kadang2 faktor kelakuan rakyat negeri ni buat aku agak menyampah . Aku tak tau kenapa , semenjak dua menjak ni aku sering memakai kacamata hukum utk penduduk negeri ni . Yang aku ingat hanya yang buruk2 saja . Yang aku ingat cuma cerita aku yang dizalimi dan orang2 yang menzalimi . Sedangkan waktu aku mula2 jejakkan kaki kat sini , walaupun hampir tiap2 pagi aku take part dalam pergaduhan kecik dengan orang arab , aku tk pernah sesal dgn diorg. Malah aku rasa aku mampu untuk point out segala kebaikan diorg ... aku mampu untuk pertimbangkan buruk baik diorang dengan akal dan perasaan yang neutral . Senang kata , dulu aku sangat husnuzzon dgn mereka .. tapi skrg...

Banyak baiknya orang2 mesir ni . Aku rasa sebelum futuur aku ni semakin melarat... sebelum aku lupa kebaikan2 yang pernah aku terima dari penduduk bumi ni , sebelum aku semakin ikutkan marah dan geram aku pada mereka ... aku perlu ingat2kan diri aku dengan semua yang pernah terjadi ... Senyum aku dengan mereka .... sedih aku dengan mereka ... tawa aku dengan mereka .... harapan aku dengan mereka ........................................................ dan lupakan marah aku sekali lagi ... bukan untuk seketika, tapi selamanya .. Aku tak tau aku dah bersedia ke tidak ... yang penting , blog ni akan jadi bukti kalau setiap kebaikan mereka tu akan aku coret , akan aku sebut sebaik mungkin, sejujur yang aku mampu ....

Untuk sekarang.. aku nak ucapkan tahniah pada semua azhariy n azhariyyat sg kerana keputusan exam yang sgt cemerlang ... untk yang tak naik tahun , takde rezeki namanya ... yakin dengan sang Pemberi rezeki .... Dia Maha Kaya ... Maha pemurah ... Maha pengasih ... Maha penyayang k :) . " Bila DIA uji maknanya DIA sayang " antum orang2 terpilih utk dapat perhatianNYA .

Wednesday, September 7, 2011

....Episod 249..... - Mereka akan pulang -




Waktu saya rasa harapan saya hampir jatuh , mereka senyum pada saya .
Waktu saya cuba seka airmata saya , mereka menghampiri saya , mereka kata , " kami ada "
Waktu gerakan tangan saya lambat , mereka kata " sabar , terus nyalakan cinta tu "
Waktu saya bingung , mereka mendekat , mereka tak akan biarkan saya termangu seorang diri , tak tau apa nak buat
waktu saya ingin letakkan titik noktah pada perjalanan saya , mereka pujuk saya , tiupkan angin semangat... mereka kata " kami juga pernah melaluinya ... kau pun akan laluinya "
Waktu aku rasa , mereka antara sebab besar aku masih bertahan , akhirnya... mereka akan pulang.. dan yang tinggal hanya aku .... yang ada di sini cuma aku dan cerita aku .....

dan mereka kata.... dah sampai masanya aku pula mula menyeka tangisan orang lain ... memberikan senyuman pada orang lain ... meniupkan semangat pada orang lain ....

Aku kata... aku belum bersedia... mampukah aku....

Ust nasrullah , ust zainuddin , ust irham dan ust alim .... kepulangan mereka pasti akan menjadi kepulangan yang paling berat utk aku hadapi .... :'(

Hari ni saya betul2 tak boleh nak seka airmata saya lagi ... saya tak mampu ... hari ini airmata saya hanya tahu yang ia akan teros mengalir ... dan tangan saya akan kata biarkan ... biarkan dia ..~

Ust nasr kata , tajdid niat , khat is not only about writing , its about understanding our role as an extension of katib or writer of Rasulullah s.a.w . :'( , sy tetap nak nangis jugak !

Wednesday, August 24, 2011

.....Episod 248...... - Memendam rasa -




Lepas sorang , sorang kawan aku yang balik ke singapura . Hati aku semakin terpanggil untuk pulang . Kekuatan aku sekarang tak seperti waktu mula2 aku sampai sini dulu . Pulang sebulan setengah juga bukan masaalah utk aku waktu tu . Tapi sekarang , sebulan setengah bukan waktu yang cukup . Kenapa perlu sebulan setengah ? kerana aku ada kelas2 wajib yang perlu aku hadir selepas hari raya nanti .


Macam2 benda jadi , sampai rasanya nak biarkan saja blog ni terbengkalai begitu saja ... Aku rasa seolah2 wadah untuk aku meluah rasa tiada lagi . Entah kenapa , semakin kerap aku hubungi keluarga , semakin membuat aku lemas dengan perasaan yang bernama rindu .


perbualan sebulan lalu .....


" Mak , kakak nak balik la makk , nak gi geylang , nak belikan mak langsir.. " aku tau , itu bukan alasan terbaik untuk buat mak kasi aku balik , tapi ... itu rancangannya .... tahun ni tak balik , tahun depan baru balik . " kak , mak tak kesah kalau kakak nak balik , tapi kakak fikir sendiri laa , kalau kakak nak stay sane nak blaja mak tak kesahh " .. ayat ni seperti satu perangkap utk aku . Ya , aku nak balik .... aku letih .... persiapan imtihan dan proses mengambil periksa tu terlalu meletihkan .... sehingga aku rasa hanya pertemuan dengan keluarga sahaja mampu utk hilangkan kepenatan ni .... tapi , yang aku pilih .. " takpelah mak , kakak stay , ade kelas khat lepas dua minggu raya nanti . kalau tak dtg , takut kena ulang " .


Sekarang ni soalan aku .... kenapa aku kuat sangat untuk khat ni .?! .. kenapa ... kenapa ...kenapa yee .... Sampai kadang2 aku lupa kenapa aku ambil khat .... kenapa aku blaja khat... kenapa aku perlu tempuh semua ni untuk khat.. kenapa pengorbanan demi pengorbanan perlu aku lakukan untuk khat ... dari tahun pertama aku jejakkan kaki ke sini .... semuanya khat... sampai aku tertanya sendiri ... apa faedah nyaa ? penting ke pengorbanan ni semua ?! ..


Adakala aku rasa bosan.... ada masa aku rasa rimas... ada waktu yang aku nak tinggalkan semuanya ..... tapi letih adalah letih dan cinta adalah cinta.... aku tau letih macamana pun aku ... itu cinta aku ..... aku perlu kuat utk dia.... hmm yeke ??


Yang penting ..... aku cuma ada beberapa saat saja lagi kat mesir ni .... satu pun impian yang ingin dicapai belum terlaksana ... syabas fathiah .... tahniah .... teruskn buang masa... dan aku akan pulang ke tanahair menjadi manusia yg penuh dgn sesalan ... :'(

Sunday, July 31, 2011

....Episod 247..... - Dakapan Ramadhan -


Akan ku terus ketuk pintu TUHANku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
dikala mata2 sedang lesu beradu
akan ku seru namaMU
dipenghujung waktu yang sunyi dan sayu

akan ku terus ketuk pintu TUHANku
sekalipun tanganku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerna ku tahu tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunannya meliputi segala

akan ku terus ketuk pintu TUHANku
tanpa jemu tanpa malu
selagi ku memanggilnya
dia maha tahu
aku hanya seorang hamba
ada dosa... ada pahala
namun dia yang maha mulia
limpahan kemaafan tiada bertepian
kerana dia tuhan ar rahman
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan ku terus ketuk pintu TUHANku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku dikau sisih
dalam kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar terimalah tasbih

Dr.MAZA

Ramadhan datang lagi . Putaran hidup aku di Mesir semakin lama semakin membekas dalam jiwa . Pertama kali aku rasa aku ingin pulang ke tanahair berehat dan memanfaatkan ramadhan bersama keluarga , bukan di sini . Rindu ini rasanya sedikit demi sedikit menambah keluhan yang sudah semakin berat dan lama aku tahan . Tapi sekali lagi , syeikh nur datang . walau tak banyak , tapi sekurang2nya kehadirannya membuat aku rasa kalau aku ada ayah di sini . cuma... harapan untuk rehat ramadhan ini dan berikan tumpuan pada pengajian dan talaqqi sepenuhnya tidak diizinkan olehNYA . ada khidmat yang perlu di selesaikan dengan " keluarga " di sini ... khidmat yang tak akan pernah habis ... Mudah2an ianya tidak lama ..... tak apalah , yang penting RedhaNYA .

Kadang2 aku rasa aku pentingkan diri sendiri ..... tapi...aku betul2 perlukan masa untuk aku sendiri ..... benar2 memerlukannya .... jiwa aku letih... sangat letih ...setalah sekian lama menurut kehendak dunia .... Aku letih :'( .

Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti , lebih manis dari yang sudah2...

Dakaplah aku Ramadhan ... aku perlukan pelukanmu .... ~


Sunday, July 3, 2011

....Episod 246..... - Tenang itu perlu :) -





" Kheir Insya Allah .. tenang2 aje " ... Semenjak dua menjak ni , seorang teman selalu beri kata2 ni pada saya . Kerapnya kata2 itu diberikan pada saya sekerap saya kata " sabaaarlaa " kat kawan2 yang lain . Entah kenapa saya rasa peringatan untuk saya tenang itu perlu . Kerana hakikatnya saya tidak setenang yang saya tunjukkan ... Diam saya bukan diam tenang... diam saya kadang2 berfikir.... diam saya kadang bermenung .... diam saya kadangkala bermakna ada beban dalam hati yang perlu diluah ....

Entah kenapa kalau ada saja yang menghuru harakan hati saya , orang pertama yang saya fikir adalah dia .... pendengar yang baik .... tapi bukan seorang penasihat .... yang sering dia katakan cuma " tenang2 aje " " tenang2 aje " ..... sekerat .. tapi cukup bermakna ... kerana saya sering lupa kalau tenang itu perlu ....

Dah nak masuk 2 bulan pertempuran saya dengan imtihan akhir thn ... Saya letih sekali... sangat letih .... kadang2 saya rasa macam nak letak titik noktah pada perjalanan ilmu ni .... dorongan perasaan yang sangat menyakitkan untuk saya .....

"cukup2lah tu " itu bisikan hati saya tadi .. tapi tiba2 saya dihadiahkan lagi dengan " tenang2 aje " ... Alhamdulillah ... ada saja jalan Allah nak buat saya tersenyum ......

" Tenang2 aje fathiah ... Hidup ini indah ... belajar juga indah ... jangan kusutkan hati dengan samar keinginan dunia " .... kata saya sekarang... :)


Don't say: ‘O Allah, I have worries.’ Say: ‘O worries, I have Allah.’

Friday, June 24, 2011

.....Episod 245..... - Masih mengharap -


Hari terakhir dars bersama syeikh muhammad ibrahim alya'qubi dari syria tadi aku dipertemukan dengan ust mona . Tak sangka kalau ust muna tau aku akan ke Yaman . Ust tanya ,bila kau akan berangkat .. soalan ust buat aku rasa sangat sayu , aku beritahu ust kalau aku tak pasti lagi . Ada masaalah dengan visa . Darul mustafa maish belum berikan jawapan . Aku kata lagi aku akan terus mengharap ... aku tak akan putus asa ... entah macamana kata2 tu boleh keluar dari mulut aku waktu tu , hati aku dah lama bertahan ... seringkali aku dengar tangisan hampanya .... sedangkan aku sebenarnya hampir mampu meyakinkan diri aku kalau cuti kali ini aku akan memanfaatkannya di mesir ....


Jauh dalam hati ni...... aku Yakin kalau saat kita merasa hampir putus asa dengan rahmat Allah .... saat itu DIA akan berikan secebis harapan untuk kita tetap bergantung padaNya ....

sepanjang dars tadi terngiang2 soalan ust... maka terasa seolah2 kalau masjid Al-azhar bakal dibanjiri dengan airmata insan yang sedang mengharap ....

dan aku masih lagi mengharap

Wednesday, June 8, 2011

.... Mahkota ini ......


Lagu yang sangat istimewa ... sangat sangat sangat istimewa.... Jazakallah ya akhil kareem ...


Dan yang mampu buat aku jatuh cinta~ :)

Monday, May 30, 2011

....Episod 244.... - Sentiasa doakan -



Apa yang saya nak cakap semua ada dalam lagu ni ..... " dari jauh ku pohon restu dan doamu " .. Hidup ini memang bukan mudah .... yang akan memudahkannya adalah bahagia dan redha Pemilik Jiwa . :)

Saturday, May 28, 2011

- Episod 243 -.... Pungguk rindukan Bulan ........

Saya..... saya.... saya yakin.... saya yakin.... saya yakin kalau gerakan yakin saya ini dari DIA tapi... bahasa DIA indah , mungkin saya yang tidak mengerti , terhijab dengan jahil dan alpa, maksiat dan dosa .... iya atau tidak itu di tangan DIA . 5 tahun yang lalu , waktu saya niatkan untuk ke sana , doa saya , " ilahi... izinkan aku mengenal dirimu " . DIA lebih tahu , cara apa saya akan mengenali dirinya... dimana ... bila...... sebabnya ? .... musabbabnya ? .... Bukan mudah nak pujuk hati... kadang2 airmata pasrah mengalir juga... putus asa bertandang juga..... tapi... kenapa perlu resah kan.... kalau hidup ini untuk DIA ....


" Saat kita menyebut Allah , ketika mengingat atau tidak... itu bermakna DIA sedang mengingati kita : - Ust rohim ...

....dan redha itu perlu ....

Thursday, May 26, 2011

....Episod 242....- Merindui saat2 bersamanya -


Kata syeikh yusuf satu ketika saat beiau hadir ke majlis pembacaan kitab bersama syeikh rohimuddin , " Kamu menaiki bas untuk pulang ke rumah ketika kamu memasuki bas tersebut , kecantikanbas itu mengagumkanmu . Kamu pun sibuk melihat2 dan menikmati keindahannya , sehingga terlupa kalau kamu ingin pulang ke rumah . Kerana terlalu sibuk melihat2 kecantikan di dalam bas itu , kamu terlepas stesen rumahmu dan sesat jalan " Begitu manusia, ketika ada di dunia, tahu kalau dunia ini hanya perjalanan untuk ke darul akhirah , tetapi kerana sibuk menikmati kecantikan dunia , maka terlupa kalau dia harus pulang ke rumah ( darul akhirah ) sehingga terlepas hadaf itu dari dirinya , dan sesat dalam mengecap nikmat dunia .


Ilahi , jadikan dunia di tangan ku , bukan di hati .

Wednesday, May 18, 2011

....Episod 241......- dia .... ayahku -




Teringat perbualan aku dan abah ketika di dalam kereta , membincangkan dasar2 tasawwuf . Abah kata " kiyai ajar , dalam hidup ni kita ada dua ayah , satu ayah kerana pertalian darah , dan satu lagi adalah ayah kerana pertalian hati dan tarbiyah " . Pesan abah lagi , antara satu toriqah dan satu toriqah , bersaudara , belajar je dengan mana2 toriqah , hormat cara mereka , kalau mereka bukan ayah kita , mereka adalah pakcik2 kt " .


Alhamdulillah , ust rohimuddin dah kembali ke mesir . setiap ahad malam isnin dah mula majlis zikir dan pengajian kitab tafsir jailani . Semoga... semoga... semoga... Allah kabulkan permintaan hati ini ....

Monday, May 16, 2011

....Episod 240...... - Dalam sujud ini -


Imtihan datang lagi ..... Kuliah pun dah selesai .... masa yang ada cuma di rumah , nota dan khat . masa berbaki... ? aku habiskan memikirkan keluarga .. ramai rupanya yang aku rindu . dan sangat2 rindu . sangat sangat sangat rindu . Kehilangan seorang ahli keluarga baru2 ini membuat rindu semakin kuat merayu ... meminta jasad ini berada bersama mereka .


Setiap kali imtihan , setiap kali itu juga , ada yang hadir mengajar aku untuk sentiasa tersenyum , memujuk aku , kalau hidup itu indah sebenarnya .... rindu bahagia kalau aku mampu utk bahagiakan diri ... dan aku punya 1001 sebab untuk terus bahagia ... , dan imtihan kali ini , gambar ini pengganti untuk kata2 dari dia ..... Sekali lagi , terima kasih .... walaupun saat2 itu tiada lagi... senyuman itu masih berbaki lagi hingga kini :)

Saya pasti , Allah akan sampaikan rasa rindu saya pada mereka .... dalam setiap sujud saya ....

Thursday, May 12, 2011

biar ia gelap dengan malam ... atau cuba mengejar sinar pagi ...




Untuk seketika saya merasa kalau tiba2 awan telah berarak dan sinaran pagi cuba untuk memberikan senyumanny pada saya.... tapi entah kenapa sekarang saya rasa seolah2 itu hanya mimpi yang datang sewaktu saya masih lena dengan malam ..... yang ada hanya awan gelap .... yang membuat jiwa saya resah gelisah... kerana setiap detik ... matahari semakin tidak kelihatan ....


Perasaan ini ..... haruskah saya biarkan ia gelap dengan malam .... atau cuba mengejar sinar pagi ... yang senyumannya masih terasa dalam hati....


- Langkah kaki.. di dalam rencanaNYA -

Monday, April 25, 2011

......Episod 239..... - Saat kaki melangkah -


Suasana pagi ahad sangat sunyi . Mahattah benzinah yang sering riuh dengan bunyi hon kenderaan yang berbagai dan suara2 pemandu tremco mencari penumpang untuk memenuhi kerusi2 yang ada tiba2 hilang . Tiada 'abud , tiada duwai'ah , tiada mansyiah , tiada seydah aisyah .... yang ada hanya angin pagi yang membelai lembut kulit aku . Pagi ahad sepatutnya menjadi pagi yang paling sibuk di bandar kaherah , tetapi ahad ini , lebih sepi dari jumaat . Bukan kerana muzaharat , bukan kerana ada kejutan lagi dari syabab mereka .. tapi cuti syammunnasim :) .

Aku keluar seawal 7 pagi . Saat orang2 mesir sedang menikmati rehat mereka . Untuk masyarakat kristian , pasti ramai yang sudah bangun dan tk sabar nak berbelanja meraikan hari yang mereka muliakan . Hari pertama aku keluar memakai cermin mata . Jelas . Seronok . Suka . Suka dengan penglihatan yang semakin tajam dengan bantuan cermin . Dan bersyukur dengan nikmat mata yang selama ini Allah berikan pada aku . Setelah sekian lama aku susah nak mengecam nombor bas dari jauh , Hari ahad ini semuanya jelas, teringat waktu nikmat mata aku masih dipinjamkan sepenuhnya oleh DIA .

Dari jauh bas nombor 14 dah pun kelihatan . Bas yang pernnah aku naiki 3 tahun lalu . Sewaktu kali pertama aku dikenalkan dengan seorang insan yang sangat istimewa , syeikh redha salim Allahyarhamuh . Aku pun dengan segera menahan bas .. " Huda , bas datang dah ni " . Aku mulakan langkah menaiki bas dengan bismillah , sambil cuba mengingat kembali saat2 indah ke talaqqi dulu . Syubro . Tempat yang banyak mengajar aku erti hidup dan kesusahan .

Sepanjang perjalanan ke syubro aku sibuk bercerita dengan huda cerita2 yang sengaja diceritakan untuk mengundang keceriaan . Mulakan hari dengan senyuman , insya Allah akan berakhir dengan senyuman juga . Sambil cuba mengingat jalan ke rumah syeikh yassin . Syeikh yang menggantikan tempat syeikh redha .

Dari syubro kami mengambil tremco untuk ke rumah syeikh yassin . syari' tir'ah . aku perlu ingat syari' ini . sepertimana aku ingat syari' gisrul bahr dan tak pernah aku lupakan . Syari' danshawaya .... mustasyfa sahil ... gami ' khazindarah .... nama2 yang menjadi sebutan aku setiap pagi suatu ketika dulu kalau menaiki taxi .

Jalan ke rumah syeikh yassin lebih kurang jauhnya dengan syeikh redha , dan lebih kurang bentuk rumahnya . Cuma bau lorong saja yang berbeza . Bau ikan dan bau kambing . Walaupun bau2 tersebut menjijikkan untuk mereka yang manja dengan wangi2an dan kemewahan .... ra'ihah ahlul quran yang berada di dekat kawasan itu menghapuskan bau busuk yang ada . Ra'ihah yang sama juga yang menyuntik semangat tolibul ilm untuk terus gagah melalui jalan tersebut . Jalan yang dipayungi malaikat dan rahmat Allah .

Walaupun dah pernah talaqqi qiraat hafs dengan almarhum syeikh redha , aku ulang semula dengan syeikh yassin . Bertenaga . Pertama kali setelah kepulangan ini aku rasa bertenaga . Akhirnya ...aku kembali ke tempat yang banyak mengajar aku tentang al quran . Loceng yang kami bunyikan disambut dengan senyuman dan salam dari Mama , isteri syeikh . Alhamdulillah . Aku pun duduk di tempat yag telah disediakan . ya Allah ~ ...lebih kurang dengan tempat syeikh redha .. imbasan2 kenangan mula menerjah fikiran aku . Bila Syeikh masuk , aku hampir kalah dengan airmata . Kerana rindu dan terharu . Rindu dengan Almarhum syeikh redha .... dan terharu kerana masih diberi peluang talaqqi lagi .

" Kalau anti sayang syeikh ... anti kena buat apa yang syeikh suruh " Kata2 ust aidil sering terngiang2 dalam fikiran ni. Teringat waktu aku khatam dengan syeikh redha dulu " entum banaati .. ihfazil quran , iqrail quran kullu waqt walaa tansaha , annal quran syafian lana fi yaumil qiyamah ~ " . Setiap kali ada yang khata m ,benda yang sama yang akan di ulang .... Sambil mendegar bacaan huda , teman yang sudi menunjukkan jalan ke rumah syeikh yassin , aku berbisik sendiri " syeikh , dah lama aku tinggallkan quran , semoga aku akan melaziminya seperti dulu ... syeikh ... aku tak akan lupakan pesan syeikh .... aku akan jaga syeikh , aku akan jaga quran ni syeikh ..... "


Bersambung ....

Friday, April 8, 2011

..... Rehat ..... - Syafaatmu harapanku -

Thursday, April 7, 2011

.....Episod 238..... - Perjuangannya menggegarkan jiwa -

Wednesday, March 23, 2011

... Suci .....


Senyuman nya berjaya mencuri hati saya :) .... semoga besar nanti menjadi permata ayah bonda dan pejuang agama ...~


" ish , kalau lah ana ada kauthar , memang ana taqdimkanlaah amzar nih " @_@!

Saturday, March 19, 2011

..... Al'Araf 35-36 ...... - Indahnya jika kita benar2 mengerti -

Friday, March 18, 2011

..... Episod 237.... - kegilaankah ? -


Untuk kali yang keempat aku turun johor lagi , tapi bukan jauh mana puuun , takat larkin tu jek . lagi dekat dari aku gi tampiness tu . turun pun takat menghabeskan duit mak aku beli buku2 dan makanan feveret aku buat masa kini~ .... maklomlaa takde income kan~ ... tompang2 laa gaji adik aku ngan mak aku , aku buat ala2 gaji aku sendiri~ heee~


Aku start jatuh cinta nan laksa penang ni tahun lepas . Aku senanya tak suke ngan laksa ni , sebab selama ni laksa yang aku tau adalah laksa singapore yg pakai santan tu , aku memang tk feveret sgt3 ... laksa johor pun ok2 jeklaa... pekat~ ... bila aku gi Kl , rumah makcik sedara aku , die pun saji laa laksa penang ni , first time aku makan nak terbeliak biji mata aku ~ punya laa sedap .... memang start dr tu aku gilakan laksa penang ni .... kemanisan kuah tu memang boleh wat aku sengeh sensorang laaah~ ... dan untuk ke tak sampai sploh kali , aku dapat makan laksa penang ni lagik~ heee

Setelah bertahun2 aku tk dpt makan tapai , lepas nenek aku sakit , aku pun bli la kat larkin , saje je nak rasa.... kena pulaaak tapai die sangat lah lembut , full , sedaaap~... maka~ terasa nak pengsan sekejap la aku time makan tuh ..... padahal batok aku masih tahap kritikal dan demam aku baaru jek nak susut.... ~ aku berdegil juga makan benda ni~... ni namanya , usaha tak serupa doa ... doa nak sehat , tp usaha nya len ~ hai laaa~ ...... nak makan apa plak ehk lepas ni~ ? heeeee~

Saturday, March 12, 2011

....Episod 236.... - Bernafas kembali -


Bismillahil waduudul ghafuur


Pejam celik pejam celik , akhirnya sampailah masa aku untuk pulang ke mesir . 2 minggu lagi. Sesak dada menahan airmata di mesir akhirnya diluah di sini . Bermula dengan pelukan mak dan abah , sedikit demi sediikit aku mula bernafas kembali .

MASIH DI SANA

Jasad aku memang di singapura tapi fikiranku masih lagi di sana . 2 minggu yang pertama di Singapura , rutin harianku adalah duduk depan laptop , bbc , al jazeera news . Itu sahaja . Setiap berita baru yang ada hanya akan membuat aku menitiskan airmata . Aku ikuti setiap minit yang berlaku di sana . Sehingga akhirnya bila mereka mendapat apa yang mereka inginkan barulah aku dapat duduk dengan selesa di sini . Lega . 2 minggu itu juga aku sangat sensitif dengan semua benda yang aku lihat dan baca dan setiap perkara yang mampu mengingatkan aku kepada mesir .

PERJALANANKU

2 minggu itu juga agak bermakna . Hari ketiga disini aku terjumpa ust amirullah . 4 tahun aku tak bertemu dengannya . Akhirnya dipertemukan . Masya Allah . Sangat gembira . Terus teringat hafalan qur'an dan kenangan sewaktu tasmi' dengan ust . Ya Allah , rasa menyesal pun adadulu , kerana tak habiskan hafal ikut target yang ust dah letak . " Fathiah , duduk la sini " pelawa ust lepas aku tegur . Lepas habis aku cerita semua tentang mesir , ust pun sambung tanya soalan2 cepumas ~" abeh kalau duduk lama kat sini , fathiah nak buat apa ? " , " entahlah ust ,ana pun tak tau lagi . " "sambung tasmi' nak, ust boleh dengarkan , fathiah tasmi' dengan ust ye ~ " tertelan kejap ayaq liuq waktu ust offer tu . Aku memang rindu dan nak sangat sambung tasmi' , lagi2 dengan ust amir , walaupun asalnya aku tasmi' dengan ramai asatizah , tapi penutup dan guru tetap aku adalah ust Amir. Jadi feeling dia lain , ^___^! . Tapi aku tau kalau aku tak ada disiplin yang kuat . " Itulah ust , ana pun ingat nak murajaah jugak ...hmm nanti ana kol ust ye ust . "

Seminggu selepas tu , aku buat mau'id dengan kawan2 yang lain untuk jumpa ust firdaus yahya dan ustz huda . Bertemu di darulhuffaz .Masya Allah , nikmat! . sekali lagi imbasan2 waktu mula2 hafal kat mks dulu datang . Rindu mardhiyah , rindu hida , rindu atiqah :) .

Perbualan dengan seorang teman yang dah lama khatamkan hafalan , mengundang rasa hiba , " i seriously think ive let him down , my ust " . Ust Amir sangat positif kalau aku boleh selesaikan target yang beliau inginkan , malangnya , aku putus asa selepas selesai surah al-an'am .

Minggu2 seterusnya dihiasi dengan kelas2 yang masya Allah banyak kat singapore ni . Ajiib . Aturan Allah memang hebat . Lepas satu kelas satu kelas ada . Tak semua yang aku pergi . Aku lebih selesa duduk rumah . Lagipun mak dah tak kerja , ada banyak benda boleh cerita :) . Kelas februari indah dengan syeikh usama canon , seorang tenaga pengajar zaytuna institute . dan rohah ust ahmad shamsuddin . Kelas march pula indah dengan dowrah yang dibuat sendiri ke johor untuk bersama syeikh nuruddin marbu albanjari almakki .

Yang paling bermakna adalah dowrah 3 hari bersama syeikh nuruddin . Sangat2 seronok . Akhirnya dapat jumpa ummi lagi . Ikutkan hati , nak aku ceritakan setiap benda yang berlaku 3 hari tu . Tapi ..... update blog adalah kerja yang paling malaaaaas aku nak buat sekarang ni . Al-muhim perjuangan khat dan al quran akan aku teruskan saja di mesir.... masih ada lagi secebis rasa takut untuk pulang ke sana .... tapi perjuangan yang menanti terlalu besar.... sehingga aku perlu yakinkan diri aku kalau takut itu hanya mainan syaitan , kenapa perlu takut.... sedangkan Sohibussafar sentiasa ada untuk melindungi :)

Allahumma Aslih li dinillazi huwa 'ismatu amri , wa aslih li dunyayallati fihaa ma'ashi , wa aslih li akhiratillati fihaa ma'adi ..........

Monday, March 7, 2011

....Episod 235.... - Bila kota cinta berdarah -



1 FEBRUARI

Malam tu rupanya presiden mesir bagi ucapan pertama nya live , ramai yang tersentuh dengan ucapan beliau sehingga ramai yang membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari dataran tahrir tu . Dan atas sebab ucapan tersebut jugaklah , timbul kelompok2 yang menyokong presiden mubarak . Itu penjelasan untuk kekecohan yang terjadi pukul 2 pagi kat depan rumah aku tu . Aku pun selepas dapat kol dari exco dan dah sempat jelaskan kat semua kawan2 aku apa yang terjadi , aku sempat kol mak untuk ceritakan perkara ni . Niat di hati nak tenangkan mak sambil mengharap kalau malam ini menjadi titik noktah pada rusuhan yang ada . Malangnya , malang memang tidak berbau , ada konspirasi disebalik wujudnya kumpulan pro mubarak ni .. hailaaa ~

QIIL WA QAAL

Macam2 khabar aku dengar dari macam2 pihak . Tapi setelah menyelidiki sendiri berdasarkan sumber2 yang lebih thiqah , aku percaya kalau beribu banduan dilepaskan oleh pihak polis untuk menganggu demonstrasi ni , dan juga kumpulan pro mubarak didalangi oleh pihak polis juga . Kerana asalnya kemarahan ni berpunca dari pihak polis . Walaupun ramai yang telah mengundurkan diri dari medan tahrir , masih ramai lagi yang tidak percayakan janji2 presiden mubarak dalam ucapannya malam semalam . Medan tahrir mula kacau apabila kumpulan pro mubarak masuk dan menghalau kumpulan anti mubarak dari situ . Kekerasan digunakan . Macam2 cara ganas mereka lakukan termasuk melanggar orang2 rusuhan dengan van sesuka hati . Maka berdarahlah medan tahrir . Medan yang menjadi tumpuan mereka yang bercinta untuk menikmati keindahan sungai nil , akhirnya medan itu menjadi saksi darah anak buminya tersembur kerana cinta mereka pada tanah yang menjadi tempat kelahiran mereka . beratus jiwa terkorban .... yang akhirnya meninggalkan kami tergamam sendiri . Episod hitam yang kami sangka berakhir hari itu , berlarutan dengan kisah duka lara dan kemarahan yang semakin meluap2 .

2 FEBRUARI

Aku masih lagi belum submit nama untuk pulang pada date terawal yang embassy kasi . Aku masih berdegil , nak cuba bertahan , menyaksikan sendiri detik2 terakhir rejim yang diketuai oleh presiden mubarak . Hari ini , mak kol , mak kata , kalau semua orang balik , kakak kena balik . Aduh .... Aku kalah dengan arahan mak . Syeikh nur pernah pesan , kalau mak bapak dah suruh balik , kita kena balik . Lagi2 aku perempuan . aku sedar kedudukan aku waktu tu . nak jadi hero pun tk bertempat . Aku bukan lelaki. Di mata mereka , negeri itu sudah tidak selamat lagi . Menjadi tanggungjawab aku untuk pulang dan menenangkan hati mereka . Ridallahu ridal walidaain . Ya , aku akan pulang cuma biarlah aku menjadi yang terakhir .

Hari itu kami mula dapat internet . macam2 yang aku baca. Terdetik dalam hati aku waktu tu , " betul ke aku taknak balik hari khamis ni ", sebab hari khamis tu mereka jangka beratus ribu akan turut serta dalam demonstrasi ni . Risau . ya , aku risau dengan apa yang akan terjadi hari jumaat nanti . Jumaat itu penentu keadaan . Samaada semakin pulih atau semakin melarat . Suliza kol , " fakya , mama aku suruh balik , die kata esok nanti makin terok tau , dia takut takde orang boleh jaga kitorg nanti " . Aku sedikit cemas . Kata ahli beit , bawwab dah mula pegang senjata , kata bawwab kalau keadaan esok masih sama , lebih baik kita semua pulang . Aku semakin cemas .

Hari itu aku sibuk mengemas dan mengemas . Kata dada , mungkin ahli beit aku semuanya akan pulang hari khamis ini , cuma tinggal aku dan dada saja yang pulang lewat . Aku perlu pastikan urusan rumah semuanya dah beres waktu ahli beit pulang nanti . Aku letih . Tapi aku tau aku tak boleh berhenti mengemas . Ahli beit yang lain sibuk nak menghabiskan stok makanan yang ada dengan syaqah2 lain . Aku pilih untuk duduk di rumah . Aku pendamkan rasa cemas aku . Airmata dah mula nak menunjukkan kewujudannya tiap kali rasa risau datang bertandang .

Malam tu aku susah nak tidur . Sekejap2 aku akan ke balcony , merakam setiap minit yang berlalu di kawasan rumah aku . Sampailah akhirnya aku dapat yakinkan diri aku kalau mulai dari hari esok aku akan sendirian di rumah ni .Terus aku dapat panggilan dari dada , katanya confirm aku dan dia tak akan pulang esok .... teros dada aku bergerak laju... ya , aku takut , tak tau apa nak expect . Aku cuba tidur .... aku cuba psycho diri aku untuk tidur ~ all is well~ all is well~ all is well.... dari jam 11 ... sampai jam 1 pagi , rupanya aku belum tidur2 lagi .

" Fakya .. fakya .. bangun ~ ni kat twitter diorg kata semua akan balik besok .. maknanya kau pun balik besok " , " ko biar betul farah , tadi dada baru kata aku tak balik esok ... " " betul laaa ni ahmad yg kata balik besok " .... Aku pasrah . tak tau yang mana satu nak percaya . 1.30 pagi dada kol , tukar plan , semua akan pulang esok . Lega sangat . Tapi aku masih tak mampu nak tidur . Aku pun capai hp dan yang ada dalam hp cuma ayat2 ruqyah sahaja . Tak apalah , yang penting ayat al-quran .... Alhamdulillah ~ ... malam aku berakhir dengan lantunan ayat2 ruqyah .

3 FEBRUARI

Aku melangkah pergi dari bangunan skynet , dengan satu doa kalau aku akan kembali lagi , apa pun yang terjadi pada negeri ni . Walau berdarah sekalipun , separuh hati ini dah aku tinggalkan di bumi ini . dan akan terus tertanam di sini . Aku cuba untuk tersenyum ..... tapi aku kalah dengan airmata dan rasa sedih saat kaki ini menjejak lapangan terbang kaherah . Aku mengharapkan doa masyayikh dan doa penduduk ommud dunya , agar diiznkan untuk aku terus menghirup udara pengalaman dan keamanan di sana ... :'(

Bila kota cinta berdarah , hati aku turut berdarah sama .... Terima kasih kerana mengajar aku erti satu perjuangan .... Pakej percutian terhebat diteruskan di tanah air ~

ادخلوا مصر ان شاء الله امنين
saya yakin dengan janji Pemilik hati ..... :')

Monday, February 21, 2011




بكى الرسول صل الله عليه وسلم .. فقالوا: ما يبكيك يا رسول الله ؟ قال: اشتقت لإخواني .. قالوا: أو لسنا إخوانك يا رسول الله ؟قال: لا أنتم أصحابي أما إخواني فقوم يأتون من بعدي يؤمنون بي ولم يروني بكى الرسول شوقا لنا ونحن لا نبكي شوقا له صلى الله عليك وسلم يا حبيبي يا رسول الله


Friday, February 18, 2011

.....Pakej percutian terhebat 3 ......




Hari2 seterusnya sama macam sebelum2 tu . Ada saja kejadian2 kecil yang berlaku kat kawasan2 perumahan . Yang penting , tk sama macam kat tahrir . satu riuh , satu sunyi sepi .


AHAD 30 JAN

Exco mula beri arahan untuk adakan buddy system . Adik2 ada yang keluar sekali lagi lepas waktu curfew untuk beli brg2 makanan . Pagi tu aku ikut buddy aku gi meeting exco untuk bincang tentang evacuation plan diorg untuk imarah aku yang ala2 tk brapa sosial ngan imarah2 lain + takde ikhwah lagi . Plan evakuasi ni personally aku rasa bila dah di brief , aku rasa takut sebenarnya . Feeling perang tiba2 merayap kat dalam diri aku .Meeting sampai hampir sejam sebelum maghrib . Lepas tu tros brief bermula dengan rumah kaukab durriy yang penduduknya dah di combinekan dgn penduduk nabil . Tros naik ke rumah misykah , kemudian kita pun pergi ke rumah adawiyah yang penduduk nya dicombinekan dengan separuh dari penduduk ibn sina , Last sekali syaqqah aku . Rumah Masya Allah yang penduduknya dah di combinekan dengan separuh lagi penduduk ibn sina . Malam tu aku dah penat sangat . Dada suruh semua orang kemas . Dan aku kena pastikan semua orang kemas barang dan semua barang2 yang penting dah ada dalam beg semua orang .

Tiba2 aku rasa macam aku perlu untuk sendiri tapi keadaan tak mengizinkan . Aku pendamkan saja perasaan aku , itu yang terbaik waktu tu . Entah kenapa malam itu aku pilih untuk tidur awal . Sebelum tu rumah aku memang kecoh . Family dada kol , suruh balik , family ahli beit yang lain juga kol suruh balik , semuanya runsing . dan aku keletihan dengan marathon perasaan waktu tu . Tidur lebih baik .

ISNIN 31 JAN

Pagi itu , entah kenapa aku rasa aku perlukan lebih banyak masa tidur . malas nak fikir gaknya . Buddy aku gi meeting . Ahli beit yang lain masing2 cuba untuk buat sesuatu nak mengisi masa selain daripada menjenguk balcony setiap ketika untuk tengok keadaan. Cukup time , orang2 yang akan balik esoknya , dapat confirmation tentang flight mereka. Maka akan b erangkatlah batch pertama untuk pulang ke sg . Waktu tu aku bersyukur sangat2 sebab mak aku tak paksa aku balik. Pertama , sebab mak aku tak tengok live broadcast dari tahrir . Kedua , Mak aku memang positif orgnya kalau untuk husnuzzon dengan Allah , Ketiga , Mak aku percaya kalau aku tau apa perlu dilakukan kalau keadaan mendesak . kiranya nak kata mak aku percaya lah kat aku dan keputusan yang aku buat .
Petang tu sampai la isya ' aku main game kat iphone kengkawan aku . Aku cuba hiburkan diri sendiri . Padahal , aku bukanlah orang yang reti atau suka atau minat nak main game. Sampailah isya ' , seluruh ahli beit aku riuh , macam buat2 seronok pun ada , tapi macam memang seronok , sebab dah berhari dah keadaan tegang

Malam tu macam biasa laa.... seperti malam2 yang sebelumnya ... bunyi das2 tembakan , bunyi kereta tank dah jadi benda biasa... malas aku nak jenguk .

SELASA 1 FEB

Pagi tu kita semua maklum kalau salah seorang adik dalam rumah aku akan pulang . Yang lain masih bertahan nih ~ maklumlaaa semua nak jadi hero , nak saksikan everything .Petang tu aku main game lagi . dan macam biasa buddy aku ada meeting . Malam tu aku cuba untuk tidur . Tapi sekali lagi , ia bukan tidur yang lena . Handphone aku memang sentiasa berdering sebab kawan2 yg tinggal daerah ulu2 sikit selalu kol untuk tanya perkembangan , dan bila aku baru nak tidur lena , kawan aku kejut sebab kat luar tiba2 ada one group of ppl pekik2 " Naam ya ya rayes , bahebbak rayes " . Jadi kepala otak aku runsing kejap . Lepastu bila aku sedar yang otak aku dah tak mampu nak fikir lagi , aku cuba untuk tidur , bila dada pulak kol untuk explain kenapa terjadinya benda tu , sebab mereka2 yang ada tv diorng tau la kan . Aku pun sampaikanlah kat ahli beit semuanya ...

Dan kengkawan aku yang ade tv sebelum tu memang aku mintak tolong diorang mengadap tv jek ,buat syif lagi . Jadi bila dah selesai kerja aku jadi spokesperson warden lam rumah tu , baru nak tidur suliza pulak kol . Last2 aku tidur2 ayam jek . Time aku dapat berita dari dada tu memang anxiety level aku naik tros ... malas plak nak cerita keadaan aku time tu . Dah cukup lah drama yang aku sajikan ni..~

Bersambung ~ ....

Tuesday, February 15, 2011

.... Pakej percutian terhebat 2 ......



SABTU 29 JAN

Pagi itu , Azim , miftah , kak mun dan hafiz akan pulang ke singapura . Bukan kerana demonstrasi tapi kerana flight dah lama mereka book untuk pulang cuti . Aku dah lama janji dengan Azim kalau aku akan hantar dia pegi airport . Siap ada request lagik die nak aku hantar dia . Jam 8 pagi aku dah bersiap untuk keluar dari rumah helwani . Tapi sekali lagi , aku terasa takut nak keluar sorang. Aku masih tak pasti curfew dah selesai ke blom. Akhirnya , jam 9 aku beranikan diri untuk keluar dari rumah helwani . Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa 10 minit . Oleh kerana takde network , aku tak dapat nak call azim atau miftah , maka aku tak tau menahu update mereka . Pagi sabtu lebih sunyi dari pagi jumaat. luar biasa . Pagi sabtu antara pagi yang sangat sibuk selalunya di tariq nasr . Tapi hari itu , ia malah lebih sepi dar semalam . Lebih sejuk dari semalam . dan penuh dengan tanda tanya .

Aku sampai imarah skynet kol 9.30 . Malangnya , miftah dah berangkat. Aku tak tau macamana nak contact Azim . Bila network mula kembali jam 10 , dek kepenatan semalaman aku tak dapat nak tidur dengan lena , aku pun dah tak kuasa nak kol azim ke siapa2 laa . Melepak adalah kerja aku waktu itu sambil update semua cerita yang aku tau . Dada pun update apa yang dia tahu . Waktu tu ahli beit aku semuanya sedang bersiap2 nak keluar untuk beli brg2 rumah @bekalan makanan , bekalan vodafone , nak kuarkn duit segala~.. tgharinya plak dada de mtg exco. Aku sorg jek tk ikot. penat. Jadi aku tunggu jek laa kat rumah sambil rehat2 .

Lebih kurang jam 2.30 petang dada kol aku , " fakya , cepat keluar sekarang pegi keluarkan duit . besok bank tutup tau . tak tau bila bank akan bukak . curfew pukul 4. cepat fakya . sekarang masih selamat " . Aku paling tk boleh nak lupakan pengalaman aku hari sabtu ni . Hari yang buat degupan jantung aku terasa akan berhenti waktu tu jugak . Aku pun cepat2 keluar untuk ke bank . Waktu nak turun lif tu kak aisyah muis kol . Aku pun sembang laa dengan khusyuk nya sampai aku cross road besar depan rumah aku tu . Selesai jek bercakap aku pun toleh kiri untuk ke supermarket syarif nak beli vodafone . Maka terkejutla segala urat saraf aku apabila aku melihat sekumpulan demonstrators cuma beberapa meter jek dari aku sedang bergerak ke arah aku . Nak patah balik rumah dah tak bole .. kereta dah banyak yang jalan . PANIC. sekarang ni bila tengah type pon aku boleh rasa takut tu . Aku pun cuba masuk lorong kedai syarif bila ternampak kedai syarif ramai org . Cepat2 aku kol dada " dada! kao kata selamat , ada org2 tu kat depan rumah dada ! " Bergetar suara aku menahan airmata kerana ketakutan . Bila sampai di Syarif , org2 kedai pun terkejut melihat kumpulan tersebut berarak .Wajah2 mereka memberikan makna yang mereka juga takut .

Imarah skynet dari hari jumaat terpaksa keluar sendiri untuk beli barang2 rumah . Sebabnya kedai syarif taknak hantarkan barang ke imarah kami dan imarah2 yang perlu cross road . Bila dah nampak kejadian tu baru aku faham kenapa . Lepastu aku jumpa farah dan shefa dan pergi vodafone hunting secara berjemaah . Diorang kata aku jalan macam lari . Aku takut k waktu tu . Nasib baik jugak ada musyrif adik tahun 1 imron rushdie ... yang kebetulan keluar takat nak beli susu jek . Bagos budak ni . Orang beli barang2 asasi rumah , die beli susu sekotak .

Bila aku sampai rumah , aku dapati 3 ahli beit aku tak ada . mereka ke sabi' tanpa mengetahui keadaan bahaya yang sepatutnya kita tak patut keluar kerana waktu tu dah 3.30 . ada setengah jam lagi untuk curfew . Macam2 benda berlaku kat sabi' . Jadi arahan untuk mereka tetap kekal di sabi' sampai esok hari pun keluar . Tinggallah ahli beit aku 4 org lagi . 2 adik tahun 1 . Al-kesah aku lah yang paling tua , jadi aku kena la buat2 berani walaupun aku sebenarnya takut.

Hari itu kita menyaksikan kedatangan kereta2 tank yang ntah berapa puluh kat depan rumah ... kita menyaksikan askar2 bersiap sedia untuk ke mana aku pun tak tau .... hari tu kita menyaksikan road lengang jam 4 petang .... hari tu kita menyaksikan syabab2 imarah masing2 keluar dengan kayu dan parang untuk jaga imarah . Hari tu kita dengar mcm2 bunyi.... suara2 protestors memang bergema dari masjid rabaah sampai imarah aku . padahal iamrah aku paling hujung and paling dekat dengan anwar sadat . Tapi none of them jalan kat kawasan kita lagi , sebab waktu tu kawasan rumah aku dah dijaga oleh military .Hari tu kita dengar bunyi das2 tembakan yang sekejap2 bunyi . Dan setiap kali bunyi maka askar2 akan berlari ke arah tembakan tu . Tiba2 kawasan daerah masjid rabaah berasap. Adalah tu yang dibakar .

Lebih kurang lepas isya' @ dalam kol 7 gitu , kami dapat berita bekalan air di alexterputus . Aku pun sebagai ketua rumah waktu tu mencari akal macamana nak simpan bekalan air.. botol air tak banyak kat rumah aku . Macam2 laa aku buat . Dada plak sibuk calling2 dapat update2 dr org. Adik2 pulak istiqamah nampaknya duduk kat balcony dlaam keadaan kesejukan untuk tengok aksi2 seterusnya..Selesai cuci toilet dan stock kan air dalam baldi2 yang wujud dalam rumah tu , kami pun buat keputusan untuk tidur syif . Takut ada apa2 yang terjadi kalau sume tidur susahla kan .

Aku berjaga dari jam 8 sampai 11. Bila keadaan rasanya dah okay . aku ngan sorang adik ni plan nak tidur jek . Tiba2 pukul 1 .30 pagi adik2 kejutkan aku dgn dada. " kak fakya~ bangun kak~ ada bunyi bom ngan tembak2 kat luar kak~ kat luar kecoh~ tgk kak~".....

bersambung~....

Monday, February 14, 2011

....Episod 234..... - Pakej Percutian Terhebat 1 -


It translates : " I don't have any weapons in my hands, nor do I have a horse beneath me. Why are you so scared of me and of the truth"? = la fe eady seif, wala taht meny farras, khayfeen men el ha-eaya leh ya harras"


Semuanya bermula pada hari rabu 25 january 2011 . Bagi orang2 mesir ianya dah lama bermula, berbulan sebelum 25 january , tarikh sebenar demonstrasi bermula . " Fakya , ko tau tak kat tahrir ada demonstration , tadi fiza tak gi AUC tau , sebab tutup . bahaya kat sana " . Malam itu baru aku tahu kalau di satu sudut di kaherah ada tunjuk perasaan sedang berlaku . Baru semalam kami selesai imtihan . Jadual dars dan kelas2 lain baru bermula . Aku sendiri waktu itu baru pulang dari kelas khat . Walaupun perjalanan dari raba'ah ke tahrir lebih kurang satu jam termasuk 'jam' , rasa risau tetap ada dalam hati . Kerana lusanya aku perlu ke kelas khat di hussein . Sendiri . Takut kalau di sana jugak akan ada kelompok yang mula demonstrasi .

KHAMIS 27 jan

Kelas di Hussein bermula jam 6 malam . Hati aku masih risau . Waktu itu aku benar2 mengharapkan kalau teman sekelas yang selalunya menjadi musyrif aku akan mula kelas hari itu . Tapi hampa . Selesai maghrib aku terus keluar dari rumah helwani bersama seorang teman . Untuk pertama kalinya , sebelum berpisah dengannya " Doakan eh , doakan tkde pape... aku takutni ~ takut apa2 jadi " . Hussein seolah2 kawasan perumahan aku yang kedua . Aku tak pernah takut untuk ke sana sendirian , malam atau siang , tapi malam itu aku nekad untuk pergi dan pulang dgn teksi , lebih cepat sampai ke rumah lebih baik . Alhamdulillah . Malam itu semuanya berjalan seperti biasa .

JUMAAT 28 jan

" Huda , mcmbiasa eh kt jumpa awk kol11 kat bwh sebelum gi muqottom" . Dah lama aku tak ke muqattam , kerana sibuk dgn imtihan . " fakya , ko nak gi muqattam dgn siapa ? huda ada meeting tau " ... " hmm... takpelaa nanti confirmkan dengan huda lagi , takpun aku gi sorang laa , cm biasa " .Perjalanan ke muqattam adalah satu perjalanan yang akan menguji stamina dan daya tahan panas dan penat seorang pelajar . Sebab itu , selalunya aku terpaksa pergi sendirian . Yang lain kebanyakannya akan dtg selesai solat jumaat untuk dars . Kebetulan hari itu aku perlu ke rumah bustan , yang berjiran dengan rumah helwani .. rumah kedua aku heee . Ada barang yang perlu dihantar ke sana.

Keluar sahaja dari bangunan skynet ,aku termenung seketika melihat masjid raba'ah . Dari semalam kawan2 dah pun sebarkan berita kalau selesai jumaat nanti demonstrasi akan bermula .. teringat waktu pilihan raya bulan 11 kemaren . Masjid raba'ah waktu itu penuh sekali , mereka yang tak tahu apa2 tercengang melihat kesesakan dan sorakan orang ramai yang masing2 mengempen calon2 parti . " Kalau pilihan raya je dah macam tu , apalagi demonstrasi ni " ..

Sambil berjalan ke arah masjid rabaah untuk ke bustan , macam2 yang berlegar dalam kepala aku . Aku yang memang terkenal fickle minded ni terus adakan dialog rundingan damai dalam fikiran aku ni~ " nak terus pegi muqattam ke nak gi bustan dulu ehk ? " ~" huda tak balas2 mesej dari tadi nih , nak gi jek sendiri dulu naik tremco... ke nak naik taxi terus " .. padahal tak pernah2 aku naik taxi untuk ke muqattam tiap2 hari jumaat, entah macammana entah idea tu boleh timbul . " Tapi macam tak sedap hati nak gi sorg ni . " ~ " Ish ,kental lah fatya... selalu selamba jek , bukan ada pape pun kat sana , insya Allah kat sana selamat ."

Aku selalu ikut kata hati . Kalau aku berjalan dalam keadaan yang tenang , aku akan teruskan perjalanan tu walaupun seorang. Tapi hari itu , degupan jantung aku agak luar biasa . " K, takpe... nak jugak pegi muqattam ... dah terebeh2 dengan kitab ni , mesej dada plaklah " . Waktu itu aku dah hampir sangat dengan syari' duktur zaki hassan .. Pagi jumaat hari tu tiba2 menjadi xtra lengang . SEPI. Tiba2 ada seorang penjual oren sedang bergerak ke arah aku , ada pasangan pakcik dan makcik beli sekotak oren . Aku pun join sekaki beli oren . "Pakcik ni pun tak agak2 dah macam chinese new year plak , takkan diorg sambut eh ? heee " . Aku pun tak tau kenapa hati aku boleh terdetik benda tu dalam keadaan cemas aku ni .

" Kriinnnggg!! krriinngg!!! Kak oda~~ bukak kak oda.. ni kita ni fatya... kita ni~ " Tercungap2 aku masuk rumah helwani . " Ya Allah fakya! , kenapa keluar rumah ?! nak pegi mana ni... buat kitorg terkejut jek . Kan diorg kata jangan keluar rumah ! " " eh yeke kak? tk tau pun...kak odaaa~( dengan nada seih berbaur sayu ala2 nak nangis ) kita nak pegi muqattam tp huda tak reply mesej kt, dada pun tk reply... abeh kt tak sedap hati cmana niii~ nak pegi ke takk ? " " Fakyaa~ jangan keluar fakya~ duduk jek sini . awak, kt takut ada demonstraition pun kat sana . Awak tak tau ke skrg mesej keluar masuk semua dah tak boleh . kena call." "Huh? sampai mcm tu sekali ke kak ? " . Aku pun teros kol dada. Dada kata die memang tak dapat mesej aku . Aku bilang dia aku tk sedap hati . Huda kata kalau sorg jangan pegi . hmm ....

Tanpa berlengah lagi aku pun teros kol mak, walaupun mahal , ni dah kira darurat dah ni ... Akhir kalam aku ngan mak " Mak kat sini ada tunjuk perasaan tau mak , bahaya, kakak tak boleh bual lama2 mak takut ada connection prob , toottt..." terus termati . Aku tak tau apa puncanya ... tapi aku tk sempat nak kasi kata2 manis dan semangat kat mak aku , memang connection betul2 terputus . Maka aku pun terperangkapp di rumah helwani sampai esoknya...

Lepas Asar , jumaat tu , aku ingat nak gi kelas khat yang kat wisma indonesia , tapi lepas solat jumaat tadi kami dah dengar sorakan dan pekikan mereka yang sangat kuat. Bergetar jugak hati aku waktu tu . Kawan2 yang lain apa lagi. Macam2 cerita kita dengar . Imam masjid kena warning dengan penunjuk perasaan laa , ada bunyi das2 tembakan kat luar . Time tu memang aku rasa nak nangis . Apa sebenarnya yang terjadi kat luar tu aku tak tau . Sampailah malam , ahli bustan kata demonstrasi belom habis. Waktu tu jam 8 malam. Tiba2 ada curfew. Internet connection dan network terputus . Demonstrasi besar-besaran dah bermula . Waktu tu aku termenung sekejap ..... aku tak tau macamana nak bagitau ahli beit aku kalau aku kat helwani , rupanya call by land masih boleh jadi imarah skynet kol bustan untuk pastikan aku dalam rumah dan bukan kat luar... memang gempak malam tu..
.

.....Nil dan Mesir itu Jodoh.....




Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya


Sunday, February 13, 2011

....Episod 233..... - Saksi Bisu -


Dia saksi Nabi Allah Musa dihanyutkan oleh ibunya dari cengkaman maut firaun .


Dia juga saksi kezaliman dan kekufuran Raja zalim yang berkurun mencengkam leher rakyat nya

Dia juga saksi Perang 6 Oktober melawan tentera Israel yang cuba merampas Bumi Nabi Musa yang menemani bumi Nabi Sulaiman .

Dia juga saksi haibah seorang askar yang dipilih oleh rakyatnya menjadi pemimpin dengan seribu harapan untuk satu islah~

Dia juga saksi penderitaan rakyat yang dihantui kemiskinan

Dia juga saksi senyuman siyaahiyyun yang kagum dengan kecantikannya

Dia juga saksi pada satu kemarahan yang berakhir dengan satu sorakan ... bila gugurnya pemimpin yang pernah menjadi kebanggaan mereka ...

Dia saksi satu penganiayaan , dia saksi satu doa keamanan , dia saksi tangisan sang ibu yang kehilangan anaknya - mangsa kekejaman si pemimpin , dia saksi ketakutan kami , dia saksi rasa cinta anak buminya ,

Dia saksi pada janji kami ... kalau kami akan kembali ke sana .... meraikan satu
kemenangan , berkongsi senyuman ..

Dia saksi satu pembebasan ..... nyawa.... harta .... maruah .... dan masa depan anak buminya~

Semoga tenang ummu khaled mohd saeed . Nyawa anakmu telah ditebus



Tuesday, February 8, 2011

......Episod 232.... - From Rumi With Love -


" O lover of God , receive every sorrow and agony that comes to visit you with a smiling face so that when they return to the One who sent them to you , they do not complain of you ,


Treat them well so that they testify to God , ' O God , I stayed with such and such of your slaves for a few days and he received me well , he did not complain about me to others , he was not sad; on the contrary , he showed me hospitality , and was patient with me . This slave of yours surely loves you . Protect him . "

- Mesnevi


Learn the secret of happiness from the prophet , and be happy with whatever God gives you
....
If you are patient and content with whatever happens to you and do not complaint , instantly the doors of heaven opens to you
....
If the messenger of sorrows comes to you , receive him as an old friend and hug him . He is not a stranger to you , you surely have acquaintance with him
Do not show a sour face toward the adversity that comes from the Beloved , receive it with joy . Say " Hello and welcome!" show a smiling face and say nice words so that that unique , beautiful being removes its unpleasent cover and shows its beauty
....
Firmly grasp at the end of the cover of that beautiful being that came covered with sorrow . Never release it . Do not think of the dirtiness of the cover . The being under the cover is very beautiful , sweet and faithful .
....
The calamity of sorrow can see me not frightened or worried but only smiling . I do not invite sorrow in the guise of joy .On the contrary , I invite the remedy disguised as sickness
....
Be sure that there can be nothing sweeter or more sacred than sorrow . Its reward is infinite .

- Diwani kabir

Smile okayy ahmadun ~ :D

Monday, February 7, 2011

..... Rehat..... - Dan rahmatmu melangit luas -

..... Om Dunya ....



Semoga selepas demonstrasi ini , Hubungan Antara Muslim dan orang2 Masihi pulih dan aman kembali .

Rabbana Zalamna Anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhmana lanakunanna minal khasirin ~



daiman ya rab ihmiha ... :'(

Allahumma Antas Salaam , wa Minkas Salaam , wa ilaika ya'udus Salaam , Fa hayyina rabbana bis Salaam ...

Thursday, February 3, 2011

.... Episod 231...... - Mesir Menangis -

" The protester was being attacked by the thugs,
the soldier broke into tears when he could not help him,
so the protester went and "kissed his forehead",
which is a sign of respect, love, and appreciation. "