CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 22, 2008

.... Episod 97.... - Pandangan insani -

Bismillahil waduudurrahim

Kata orang , apa yang zahir di mata kita itu hanya satu lakonan , kerana pandangan mata akan sentiasa menipu kita . Bukan semua manusia akan menzahirkan apa yang mereka rasa dengan tindakan dan ekspresi wajah mereka . Hakikatnya , kata-kata tersebut memang nyata kebenarannya . Itulah yang terjadi kini . Apa yang aku zahirkan bukanlah apa yang aku rasa...

Selama aku berjauhan dari keluarga , aku banyak belajar erti kehidupan . Sabar , tawakkal dan pengorbanan adalah antara rencah kehidupan yang aku perlukan untuk hidup berdikari dan yang aku dapat praktikkan di sini . Tanpa ibu bapa di sisi . Tanpa ada mereka yang dapat membuat ku tersenyum kembali , mensyukuri hadirku berada di bumi Kinanah ini .

Hatiku kini dalam keadaan yang sangat sangat kritikal . Seperi botol kaca yang diletakkan di freezer ( mcm biasa lah tasybih agak merepek sikit ) , tinggal menunggu retak sahaja...dan selepas itu hancur berkecai . Aku tak pasti apa puncanya . Mungkin kesabaran ku kurang. Atau mungkin kerana dah lama tak berhubung dengan keluarga atau macammana aku pun tak tau .

Hari ini teman2 semuanya telah kembali ke pangkuan keluarga. Hanya tinggal aku yang masih cuba menggagahkan langkahku , cuba memujuk hati yang satu ini untuk kekal berada di sini . Sekali lagi aku perlu bersabar .. demi ilmu . Sepanjang setahun berada di sini SABAR adalah kunci emas kepada ujian yang diberikan padaku ... sabar sabar dan sabar...

Keputusan exam dah pun keluar , tapi aku masih tak sanggup untuk melihat natijah ku .... aku perlukan tanamkan dalam diriku sifat tawakkal tawakkal dan tawakkal .... diikuti dengan sabar sabar dan sabar... kerana bila dua sifat ini hilang dalam diriku ... mungkin aku akan ucapkan selamat tinggal pada bumi kinanah ini... mudah-mudahan keberkatannya akan tetap dapat ku rasai ...

Madad ya rasulallah ... Ilahi , samihiini

Thursday, June 19, 2008

.... Tipu diri sendiri ...... ( Satu perkongsian )

www.saifulislam.com @ ust hasrizal


“Uih, panasnya!”, keluh Amin setibanya di rumah.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Lewat benar Amin tiba di rumah. Maklum sahaja, jalan raya petang-petang Ramadhan ini memang sibuk. Mengharungi lautan kereta memang menjemukan, tambahan pula di bulan puasa ini.

“Baik aku mandi dulu. Bagi segar sikit badan”, monolog Amin.

Sementara menanti waktu berbuka, anak muda ini masuk ke bilik air untuk menyegarkan tubuhnya yang lesu dan kepanasan.

“Arghhh… sedapnya”, Amin begitu menikmati siraman shower mandian beliau.

Tiba-tiba, gulp!

Air dari shower termasuk ke dalam mulut Amin. Air yang sejuk dan enak itu. Sudah berada di dalam mulutnya, di pinggir tekak yang kering, derita dan lesu dek bahang mentari Ramadhan.

TELAN ATAU LUAH

Kalaulah anda menjadi Amin, apakah anda akan menelan air itu?

Air itu bukan di dalam gelas, tetapi entah bagaimana, ia sudah berada di dalam mulut.

“Rezekikah ini?”, tanya Amin kepada dirinya.

“Masakan bukan rezeki, kalau sudah duduk di dalam mulut!”, sambungnya lagi.

Tetapi Amin teringat, bahawa rezeki bukan hanya soal rezeki. Dalam hidup ini, apa yang dicari adalah REZEKI yang HALAL. Rezeki itu keperluan… bahagian untuk diri. Halal itu tujuan… hak Allah sebagai matlamat ibadah kita.

Amin tidak menelan air yang sudah separuh jalan menjadi rezekinya itu kerana air itu tidak halal. Amin berpuasa. Memang tiada siapa yang nampak kalau Amin menelannya sahaja. Tetapi Allah nampak. Jika Amin menipu, dia sebenarnya menipu Allah dan memperbodohkan dirinya sendiri!


“Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah khusus untukKu dan Akulah yang menetapkan ganjarannya semahuKu” [Hadith al-Bukhari ]

Di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak untuk menelan air itu.

DI BILIK PEPERIKSAAN

Bagaimana jika di bilik peperiksaan?

Ditakdirkan, anda duduk di belakang pelajar terbaik. Soalan yang anda terima amat sukar untuk dijawab. Buntu fikiran mencari jawapannya. Tiba-tiba kertas jawapan pelajar terbaik itu terjuntai keluar dan terhidang di depan mata anda.

Apakah anda mahu menjamah ‘rezeki’ itu?

“Err, bukan aku cari, tapi dia datang!”, bijak hati berkata-kata mencari alasan.

Jika di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak menjamah rezeki yang bukan hak diri, mengapa pula di bilik peperiksaan sikapnya berbeza? Mengapa jika ditelan air itu terasa bodoh, tetapi jika ditiru jawapan pelajar terbaik itu, boleh terasa pandai pula?

Bahkan apabila masuk ke alam pekerjaan, mengapa kita hilang sensitiviti terhadap rezeki? Puasa tak sanggup tipu Tuhan, tapi kalau hasil kerja, biasalah!

Inilah penyakit kita. Penyakit ‘kumpulan pemisah’ yang memisahkan antara solat dan puasa dengan peperiksaan dan kerja. Antara bilik darjah dan masjid rumah Allah. Seolah-olah selesai solat subuh semasa melipat sejadah kita berkata, “Ok Allah, jumpa lagi zohor nanti ya!”. Terlipat sejadah, selesai hubungan dengan Allah SWT.

Ia adalah cabang paradigma sekularisma.

Kelakuan seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan sehingga ia semacam sudah tidak relevan untuk disebut. Bahkan yang sanggup bersusah payah kerana enggan meniru itu pula yang dianggap ganjil dan tidak normal.

Meniru sudah jadi kebiasaan sehingga ia melekat sebagai tabiat kepada sesiapa sahaja. Yang beragama, yang biasa-biasa, pelajar bidang agama atau apa sahaja, meniru sudah secara senyapnya diterima.

MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Inilah yang sering saya pesankan setiap kali berprogram bersama pelajar sekolah atau universiti. Meniru di dalam peperiksaan harus dihindarkan.

Saya tidak berhajat untuk menjustifikasikan perbuatan itu dari segi hukum syara’ kerana segalanya jelas. Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia.


“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

Tetapi apa yang saya mahu, adalah untuk mengingatkan para pelajar supaya menyimpan maruah dan harga diri mereka.

Save your dignity!

Orang yang biasa meniru di dalam peperiksaan ini rendah harga dirinya. Dan kerendahan harga dirinya itu bakal memberikan implikasi yang pedih di masa hadapan.

Apabila saya menjadi bapa, saya mahukan laporan dan keputusan peperiksaan anak saya itu telus. Biar keputusan itu bodoh rupanya, supaya kebodohan itu boleh diajar. Tetapi saya tidak sanggup membayangkan anak saya memberikan keputusan peperiksaan yang palsu supaya dia kelihatan pandai, kerana hakikatnya dia memperbodohkan saya.

TIDAK PERNAH MENIRU

Syukur Alhamdulillah… semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki ke bangku sekolah hinggalah ke hari ini, saya TIDAK PERNAH meniru di dalam peperiksaan. Tidak pernah walaupun sekali.

Keputusan peperiksaan saya ada pasang surutnya. Kerana tidak meniru, ada masanya saya mengalami kemunduran. Tetapi kemunduran itu menghasilkan pengajaran dan ia menyumbang kepada pembaikan di masa depan. Fail Forward kata John C. Maxwell.

Hari ini, saya boleh mengajar anak-anak saya dan anak orang lain, tentang peri pentingnya berlaku jujur kepada diri sendiri dan menjauhkan diri dari perbuatan meniru… tanpa ada rasa terkilan atau malu. Saya tidak perlu menyembunyikan dalam diri perasaan khianat kerana bercakap apa yang saya tidak buat.

Sesungguhnya seorang lelaki hanya mampu berdiri dengan harga diri. Biar miskin harta, jangan miskin jiwa.

Meniru dan menipu diri sendiri, adalah salah satu cara untuk menghina diri.

Pilihlah mana yang berkenan di hati.

.... Episod 96 ..... - Look into my eyes -

Tengahari tadi , dengan berat hati saya mengikut langkah ramai pergi ke airport untuk hantar roomate saya balik sg. Saya dah tak tau apa yang saya rasa tadi . Yang penting... beberapa hari yang lepas , saya susah nak tidur... setiap kali saya nak tutup mata , saya tak dapat nak bayangkan , macammana saya akan berdepan dengan waktu2 perpisahan dengan dia . Kenapa balik cepat sangat ye?? hmm , soalan yang sepatutnya ditanya adalah , kenapa saya yang balik lambat sangat ? haiz . Tapi setiap kali saya fikirkan benda tu , mesti saya kalah dengan airmata . Saya tak tau kenapa... tapi the thought yang die akan tinggalkan saya macam buat saya fikir yang seolah-olah saya tak akan jumpa dia lagi , kalau pun kami jumpa , mungkin dah tak sama macam dulu la kan . Haiz, entahlah saya sendiri tak tau kenapa saya sensitif sangat . Saya sendiri tak sangka yang saya akan nangis macam gitu sekali waktu kat airport .

Pujuk lah saya macammana pun , saya tetap tak mampu nak halang airmata ni . Saya rasa macam , banyak sangat benda saya nak cakap kat dia.. tapi masa seperti tak mengizinkan ... :'( sampai saat saya tulis post ni .. saya masih tak boleh nak bendung kesedihan saya ni.. Teringat pesananan terakhir dari dia " .....Aku sayang kau macam adik aku sendiri ... be strong k , balik sini lagi ...." Saya dah takde kata-kata nak luahkan waktu tu.. tangisan saya menjadi bahasa saya ... bahasa hati .. itu sahaja yang mampu saya beri , tanda salam akhir saya untuk dia.. :') .

Kalau lah manusia boleh baca isi hati seseorang tu hanya dengan memandang ke dalam mata orang lain... hmmm....



i have no words...
that can show how i feel ...
just look into my eyes...
and read every tears ...
i'm about to reveal ..

" masih segar di ingatan ku sentiasa kenangan menggamit rasa tempuhi onak dan duri itulah yang diharungi ..... " Thanx for everything farah umainah :')

Monday, June 16, 2008

....Episod 95.... - Kembara Syubra -

Jam : 8.00 pagi
Tempat : depan 'imarah skynet :)
Tujuan : Syubra

Jalan raya thariq nasr sudah pun penuh dengan kenderaan yang kelihatan sibuk memecut untuk sampai ke destinasi masing-masing. Sebuah tremco lalu di hadapan kami , ' ramsis?!' jerit seorang teman . Pemandu tremco itu mengangguk . Kami pun cepat-cepat masuk kerana kami sudah terlewat sedikit untuk ke rumah syeikh . Talaqqi kami bermula pada pukul 8.30 pg. Biasanya , perjalanan ke syubraa dari rabaah menaiki bus lebih kurang setengah jam - 45 minit . ( belum termasuk waktu berjalan kaki dari perhentian bas ke rumah syeikh ) Semuanya memakan masa lebih kurang 1 jam . Kalau menaiki taxi pula ( tidak termasuk traffic jam ) akan memakan masa lebih kurang 10-15 minit :D . Tetapi , semalam dan tadi pagi merupakan satu pengalaman yang agak menarik . Kami bertukar kenderaan . Daripada bas dan taxi kami menaiki tremco dan metro .

' dik , kalau kita naik tremco n metro cepat sikit sampai dalam half an hour gitu ' jelas senior tersebut. Sesampainya kami di ramsis kami pun kelam kabut jalan menuju ke stesen metro Mubarak ( pakcik tremco berhenti agak jauh dari tempat metro .. kesian kitorg..heh ) . Pertama kali menaiki tremco bawah tanah . ' wow . bestnye , macam kat singapore sikit2 .. tapi mcm naik lrt kat msia pulak hehe ..' hatiku berbisik . Tiket sudah pun berada di tangan masing masing. Kami perlu turun di stesen Rad al farg . Hanya beza dua stesen dari Mubarak . Tak sampai 5 minit kami duduk , dah pun sampai . Dengan pantasnya kami keluar dari metro dan terus menuju ke arah exit yang ada . Best la juga naik metro ni.

' Ok sekarang ni nak naik taxi boleh nak jalan kaki pun boleh ' . Mana-mana jeklah . Yang penting sampai rumah syeikh . Jam menunjukkan tepat pukul 8.35 pagi . Keluar sahaja dari stesen rad alfarg kami ternampak kuliah handasah ' laaahh.. kat sini rupanya metro nii ' aku membebel seorang diri . Kalau berjalan kaki lebih kurnag 20 minit barulah sampai rumah syeikh . Jadi kami pun mengambil keputusan untuk naik taxi . Dalam lebih kurang 5 minit , kami pun sampai di depan 'imarah syeikh .... Alhamdulillah.. - Jam : 8:45

Kembara syubra kami belum lagi berakhir... waktu kami nak pulang, kami bertukar kenderaan lagi .. kali ini , kami menaiki bus berwarna biru untuk pergi ke Mahattah ahmad helmi ... Bersambung
-

Turun sahaja dari bas , seperti biasa ,melintas di jalan raya tanpa traffic adalah waktu2 yang paling malas nak dilayan . Cabaran . Satu cabaran untuk saya . nasib baik lah ada tangan yang memimpin hehe . Sampai sahaja di mahattah ahmad helmi kami pun bergegas mencari tremco yang boleh membawa kami ke raba'ah . Alhamdulillah ... dalam lebih kurang 15 min , kami pun turun di mabna 'askariy dan berjalan pulang ke rumah... :D

Monday, June 9, 2008

.... Episod 94 ..... - Minat yang sama -

Sejarah dan bahasa merupakan subjek yang paling saya minati sejak di bangku sekolah lagi . Oleh kerana itu , tulisan-tulisan ust hasrizal @ saifulislam.com tentang sejarah kerajaan othmaniyyah sangat - sangat menarik perhatian saya . Entah kenapa saya terpandang satu quote dari beliau dan terus menggunakannya untuk nick saya di msn " Tamadun mati bukan dibunuh tapi mati membunuh diri " . Beliau memberi contoh tamadun kerajaan othmaniyyah . Saya amat bersetuju dengan beliau . Pada saya , kalau kita teliti sejarah islam dari zaman khulafa' rasyidin kemudian umaiyyah , kemudian abasiyah fatimiyah dan othmaniyyah , faktor yang mendasari kejatuhan mereka seolah-olah hampir sama .

" kak .. tamadun yang kau maksudkan ni islam ke ? " " yup .. kenapa ?" jawab saya ringkas . " leh cerita kat aku apa yang kau tau .. ? " Dengan panjang lebarnya saya pun memberitahu sedikit sebanyak apa yang saya tau . Perbualan saya bersama abg tiba-tiba agak serius . Terlalu menjurus kepada informasi dan informasi . Kami tak pernah bincangkan tentang pelajaran sebelum ini . " Kenapa tiba-tiba tanya pasal sejarah ni bang . ko minat ke ? " a ah .. aku minat ah , ingatkan nak amik history untuk minor course kat UIA tapi tak tau nak amek western civilization ke islamic civilization " - Wah , tak sangka kan 18 tahun serumah sebilik dan se se yang sewaktu dengannya bersama abg tapi tak pernah kongsi apa-apa minat dengan subjek tertentu . Excited sangat .

" Kak .. kau baca laa banyak-banyak eh nanti cerita-cerita ah kat aku " haha , kelakar kan abg saya ni . Cerita sejarah dah macam bedtime stories pulak . Tapi saya layankan jek. " ah ok ok.. eh best ah amek sejarah , nanti aku boleh baca-baca buku ko " Saya akhiri perbualan kami .

Tak sangka kan.. apa yang saya tahu tentang minat abg ni membuat kan saya gembira sehinggakan saya selalu tersenyum sendiri . Entahlah kenapa . Excited sangat . Kami ada banyak persamaan tapi persamaan yang tidak khusus . Antaranya ,kami berdua minat dengan seni , tapi saya seni menulis ( calligraphy ) dan dia muzik . Kebolehannya bermain alat-alat muzik memang menyerlah . Dan kini kami berkongsi minat yang sama iaitu sejarah dan ketamadunan :)

May Allah bless your effort abang . Allah ma'aka wa ma'ana jami'an .
Tahniah ye sebab dapat masuk UIA . Now we can share the differences in our thoughts - antara UIA dan Al-Azhar :D

Sunday, June 8, 2008

....Episod 93.... - Pentingnya~ khulasah -

Bismillahil 'aliyyil 'adzim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad


" ok fakya... Qalbul makani apa ta'rif and isi dia , terangkan sikit . ahh , dengan mizaan sarfi , tolong aku recall balik benda2 ni semua " Soalan seorang teman membuat saya terdiam seketika . Diam saya bukan kerana tak faham soalannya tapi diam saya kerana terkejut yang saya tak dapat nak terjemahkan kepada lisan segala informasi ilmu saraf yang telah pun saya baca dua kali . Ya , mungkin dua kali tak cukup untuk maklumat tersebut terpahat dalam otak saya tapi saya tak dapat nak terangkan apa-apa langsung. Seolah - olah saya tak pernah baca dan bincangkan . Saya tak nampak langsung point2 yang telah pun saya hafal .

Saat itu saya hanya mampu menarik nafas panjang. Kenapa? kerana esok paginya imtihan saraf saya . Sampai saja rumah , saya terus ambil kertas dan pensil kemudian saya lakarkan rangka points yang saya sepatutnya ingat . Hanya Allah saja yang tahu apa perasaan saya waktu itu. Saya dah tak sempat nak fikirkan apa-apa . Yang ada dalam fikiran saya hanyalah menghabiskan nota yang sedang saya buat secara ' express ' tadi . Jam 2 pagi , barulah saya mengalah dan cuba melelapkan mata kerana saya hanya ada 3 jam sahaja lagi untuk tidur .

Kenapa saya tak buat nota awal-awal lagi ? Sebab yang pertama : saya telah mengkhatamkan satu buku ( konfiden la sikit kan hehe ) Sebab yang kedua : Saya sempat membincangkan most of the topic yang saya tak faham dan buku saya pun dah penuh saya warnakan dengan macam-macam warna . Sebab yang ketiga : saya sering ditemani khulasah ( yang saya buat sendiri la kan of coz ) jadinya , saya teringin nak cuba cara belajar tanpa khulasah tanpa memikirkan akibat yang perlu saya tanggung jika ianya tidak berjaya .

Pentingnya khulasah dalam diri saya sebagai seorang pelajar seperti pentingnya garam dalam masakan ( eh? macam kelakar eh tasybih ni ) . Masakan tanpa garam akan membuatkan seseorang itu menelan makanan tersebut dengan perasaan tidak puas hati begitu juga dengan saya . Belajar dari buku tanpa nota akan membuatkan saya runsing dan tidak puas hati . Point2 yang ada seolah-olah tidak lengkap. berkecamuk .

Saraf merupakan paper yang paling teruk yang pernah saya buat. Saya benar-benar tawakkal . Saya hilang konsentrasi dan fokus @ dua perkara paling utama yang perlu ada sewaktu menduduki peperiksaan . Kenapa ? kerana pertama , saya kurang tidur ( saya perlukan sekurang-kurangnya 6 jam kalau tidak tahap anxiety saya akan naik = hilang fokus ) kedua , saya tak sempat habiskan khulasah .


Fa in 'azamta fatawakkal 'alallah ... ^_^" - Doakan saya

Friday, June 6, 2008

....Episod 92.... - Kejumudan yang tidak terelak -

Bismillahirrahmanirrahim ...

Bila membaca semula post2 yang telah saya tulis sepanjang keberadaan saya di mesir , saya dapati , kebanyakannya lebih menyentuh soal hati saya , perasaan saya , kebimbangan ,keresahan dan kerisauan saya yang lebih berbentuk peribadi . Lebih banyak menyentuh tentang attitude saya dan respons saya kepada hal ehwal sekeliling yang saya hadapi .

Kebolehan saya untuk tadrib kan critical thinking pada akal saya untuk seni penulisan semakin menipis. Hakikatnya , saya sedar kemampuan saya untuk menulis kalau terus dibiarkan menipis akan terhakis dan ianya adalah suatu kerugian yang paling besar untuk saya. Kerana pada saya , kekuatan saya lebih pada penulisan dan bukan lisan . Ianya tanpa disedari adalah tumpuan saya untuk menyebarkan dakwah pada masa akan datang . Penulisan adalah penyumbang terbesar kepada fasihnya lisan membentangkan dakwaan dan fakta . Tetapi , Penulisan yang baik adalah natijah kepada fakta dan syarah yang berasas . Untuk mendapatkan bahan yang berasas pula adalah melalui bahan pembacaan yang berkualiti dan juga kuantiti bahan itu sendiri . Justru , untuk menghasilkan penulisan yang baik, bahan pembacaan saya perlu ditambah dari hari ke sehari .

' Biar kita menguasai masa , bukan masa yang menguasai kita ' - Sanggupkah kita melihat masa berjalan memintas jalan kita lalu mentertawakan kita dek kelekaan kita dalam menguasainya . Tentu sekali tidak . Lebih-lebih lagi apabila kita bergelar thalibul'ilm. Kita harus dan mesti meletakkan kutub di tempat yang paling layak untuknya , iaitu sentiasa di tangan dan minda kita . Buku dan pelajar adalah dua aset yang tidak boleh dipisahkan kerana kalau ia dipisahkan maka salah satu daripadanya akan jatuh pada maqam jumud . ( dah macam balaghah pulak ada maqam segala hehe )

Berbalik kepada apa yang ingin saya sampaikan - kejumudan yang tak dapat nak dielak -. Kejumudan tersebut sebenarnya saya tujukan untuk diri saya . Saya terus terusan membatu tak cuba untuk mendapatkan info dan input baru semenjak sampai di sini . Ya , memang saya ada menghadiri kelas-kelas masyayikh yang diadakan di jami' tapi saya tak merasa itu cukup untuk membuatkan saya lebih kritikal dalam seni berfikir . Bertalaqqi dengan guru membuat saya lebih cenderung untuk duduk dan hanya menerima berbeza dengan membaca . Membaca pada saya memainkan peranan besar dalam mengasah ketajaman minda seorang pelajar .

Kenapa saya kata kejumudan yang tidak terelak ( maksud di sini yang tak dapat nak dielakkan ) adalah kerana di sini , saya lebih tertumpu kepada menghabiskan buku kuliah ( walaupun sampai saat nak masuk dewan , masih ada yang belum terbaca :D ) . Setiap kali terasa ingin membaca buku luar , konsentrasi saya pasti akan hilang . Fikiran saya hanya pada buku kuliah . Mungkin ada yang akan kata itu hanya alasan semata kerana kata orang nak seribu daya taknak seribu dalih .. Tapi itulah hakikatnya . Memang saya tak nafikan , masa lapang saya banyak yang telah terbuang begitu sahaja . Masa - masa tersebut kalau saya manfaatkan pasti saya mampu bukan sahaja menghabiskan buku kuliah tapi juga mengisi kotak maklumat yang ada dalam diri saya ini . Oleh itu , patutkah saya kata kejumudan saya ini tidak dapat nak dielakkan...? atau lebih tepat kalau saya kata... kejumudan yang boleh dielakkan tapi dot dot dot hehe .

Apa-apa pun... imtihan belum lagi berakhir.. doakan yee

Madaad ya Rasulallah

Thursday, June 5, 2008

........ Jangan pisahkan ..........


"Biar cinta...
terhalang gunung dan samudera
Aku .. tetap
memegang janjiku kepadamu
Biar jurang
yang jauh ada didepanku
Takkan goyah
sumpah ku kepada dirimu


Jangan pisahkan..
aku dan dia...
tuhan tolonglah
ku cinta dia
biarkan kami ..
tetap bersama
di dalam suka dan duka..."





- Dan dia tak pernah merasa derita , kerana derita itu adalah dia -
rindu mak ngan abah :'(



Tuesday, June 3, 2008

....Episod 91.... - Di situ ada ketenangan -

بسم الله الودود الرحيم
اللهم صلى على سيدنا و حبيبينا محمد صلى الله عليه و سلم

Setiap kali saya melangkahkan kaki ke masjid ( selepas berjaya melawan nafsu malas yang menggila ) akan terasa hembusan angin ketenangan yang menyusup masuk ke setiap liang roma tubuh ini . Selama ini , saya mencari dan mencari tempat terbaik untuk saya belajar ... di rumah memang mustahil ... di markaz? saya terlalu letih untuk berulang alik dari raba'ah ke sabi' kehulu kehilir membawa kamus dan beg yang berat ... rumah kawan2? saya masih lagi tak lepas dari hiburan dan segala lagha yang ada... Saya tak pernah terfikir bahawa masjid yang sentiasa kedengaran panggilan kemenangan dari padanya adalah tempat yang paling sesuai ..

Segalanya bermula bila saya dilanda emotional breakdown yang kritikal untuk imtihan nusus , kata-kata seorang kakak yang paling saya sayang merubah semua . " adik , u have to force yourself , adik keluar sekarang dari rumah and go to the mosque! " . Entah kenapa , saya terus keluar dari rumah dan pergi ke masjid . Perjalanan ke sana tak sampai 5 minit pun .

Selalunya , kalau saya tak dapat cover topic2 tertentu , saya akan menggelabah dan susah nak relax ( semenjak berkawan dengan mereka yg tak reti nak relax, inilah jadinya ) . Setiap kali saya panic , saya tak dapat berikan yang terbaik untuk imtihan . Setiap kali saya panic , saya akan dilanda emotional breakdown dan setiap kali saya panic , semangat saya akan hilang dalam sekelip mata .. Mesti kawan2 rapat faham keadaan saya ni .. rileks dan saya memang tak boleh nak dipisahkan... andai kami dipisahkan... huru hara laa hidup saya jadinya..

Akhirnya , selepas berhari-hari duduk belajar di masjid , dari maghrib ke isya' .. Saya rasa menyesal sebab tak sedar benda ni dari dulu lagi ... Kat tempat tu lah saya rasa seolah-olah ada keberkatan dalam setiap topic yang saya cover .. saya berjaya untuk rileks dan fokus . Yang saya kejarkan adalah kefahaman yang mantap , bukan sekadar hafal membuta , mendapat natijah yang baik tapi hasilnya... kosong .

Di situ memang tersirat ketenangan untuk mereka yang benar-benar menginginkannya kan srikandi? :) , thx kak ... Allah berikan kita penyelesaian through org2 macam kakak dan senior lughah tu kan . :)

Srikandi Rasulullah s.a.w sentiasa bersangka baik pada pemiliknya ... b'syukur atas didikannya , uswah habib s.a.w sentiasa mekar dijiwanya , halangan2 menuju jalan Allah ditepisnya , digagahinya semua mehnah, tidak menuruti hawa nafsunya .. itulah dia srikandi sejati ! Srikandi harapan kekasih Ilahi, impian setiap mujahid hakiki ! <<---- Thanx for the words kak ... thx alot .. :') ( mcm terindu singapore plak ..heee )

يا رسول الله خذ بأيدينا

Monday, June 2, 2008

....Episod 90.... - Dehydration ^_^" -

Bismillahirrahmaanirrahim ......

Dehydrated ...
dengan terik matahari ..
kulitku yg dah mula kekeringan ...
dah mula berwarna kemerah-merahan...
dah mula kasar..
dah mula gatal kerana terlalu kering...
dah mula nak minum air sejuk sahaja...
air suam ku biarkan begitu sahaja..
hasasiyah dah mula nak tenggelam dan timbul ..
kulit muka dah mula ada ruam2 panas...

Dehydrated ...
dengan exam yang melanda...
macam tak habis-habis pula rasanya ..
pejam celik dah sampai bulan june rupanya ..
dah nak hampir setahun aku kat mesir..
semangat ku dah kering...
otakku juga sudah mula kering ....
selepas ku perah sepuas yang mungkin ..
untuk 5 paper sebelum ini...
masih ada 3 yang sedang menanti ..
dengan segala kesabaran yang ada..
mudah-mudahan sisa-sisa moisture yang ada pada otak..
akan tetap mendorongku untuk teruskan..
imtihan ini ..