Islamic Arts Museum Malaysia . Satu tempat yang meninggalkan sejarah yang tersangat manis buat saya . Di tempat itulah tertanamnya benih cinta saya pada Kaligrafi .. Tahun 2003 bermula perjalanan saya melatih tangan saya untuk sentiasa lembut melakar huruf2 hija'ie pelbagai jenis . Riq'ah , Diwani , Thuluh , Nasakh dan Kufi . Yang sedihnya , ada nama guru yang saya dah tak ingat . Saya sangat sedih . Riq'ah dan thuluth yang mengajarnya Ust Syed ( Nama penuhnya saya tak ingat ) . Diwani , Ust Yusof ( YDP persatuan khat malaysia ) . Nasakah , ust Zainurrahman ( kalau tak salah) . Kufi pulak ust Asrak . Haa ust yang ni saya ingat sangat . Sebab dialah yang beri kata2 semangat untuk saya ke mesir dan ambil kursus khat kat sini :) syukran ust . Dia jugalah tenaga pengajar kelas khat advance . Pening kepala saya cuba nak menulis khat dalam bentuk2 yang ada . Ada seorang lagi ust yang mengajar illumination ,antara kelas yang paling saya suka sebabnya kena bermain dengan warna .
6 tahun dah berlalu . Semenjak tahun 2004 , saya mula berlatih tanpa guru . Hanya buku2 menjadi panduan . Olehkerana kekurangan bahan rujukan untuk bentuk2 khat , saya cuba memanfaatkan apa2 nota dan buku yang saya dapat sewaktu menghadiri kursus intensif dulu . Semakin lama saya mendampingi ilmu khat ni , semakin suka saya nak menulis . Alhamdulillah , syahidah travel memulakan langkah mengasah ketajaman ilmu khat saya dengan menjadikan saya dan beberapa teman yang lain penulis untuk certificate jemaah haji . Beratus nama perlu kami habiskan dalam masa 2 hari . Tangan saya sangat letih . Tapi , saya rasa gembira , puas kerana kursus yang saya hadiri tak sia2 .
Teringat lagi pengalaman pertama ditegur secara langsung oleh ust zainur " ust , jangan lah tengok ! " kelam kabut saya cuba menutup kertas latihan saya . " Saya nak kene tengok , kalau tak macamana saya nak tau apa yang salah . Sekejap jek , kasilah saya tengok . Saya nak tengok mcmana anti pegang batang resam tu ... " . Subjek yang paling susah bagi kami pada waktu itu adalah khat kufi murabba' . Khat kufi segi empat . Terasa macam buat maths pun ada . pening . Dahlah pening ada homework pulak tu . Sampailah hari terkahir kami di IAMM homework masih belum siap lagi . " haa , mana kerja rumah yang ust suruh buat tu " . Tegur ust Asrak bila ternampak kami cuba mengelakkan diri darinya sambil tersengih2 macam kerang busuk " Ust , saya bukan taknak buat ust , tapi bila bukak jek graph book tu ust terus tertidur . Susah betul ust . Asik tertidur jek " . " Ahh , dah agak dah , biasalah tu , ana biasa dengar ni.. "
Saya pulang ke Singapura dengan fikiran yang kosong . Tak tau nak buat apa dengan ilmu ni . Tak tau sejauh mana minat ini akan pergi . Hinggalah tahun berikutnya , ust Asrak dijemput untuk mengajar kami peringkat advance . Waktu itu bibit2 untuk belajar lebih serius dalam bidang ni sudah pun kelihatan . Saya dah mula rasa seronok setiap kali saya dapat habiskan satu karya Khat dalam bentuk canvas atau arcrylic sheet atau styrofoam atau apa2 sahaja yang boleh ditulis . Walaupun saya terpaksa duduk berjam2 , adakalanya memakan 7-8 jam sehari , saya tak terasa rugi menghabiskan masa yang banyak untuk nya . Karya pertama saya yang rasmi diberikan kepada Dr Yaacob Ibrahim , menteri alam sekitar dan sumber air merangkap menteri hal ehwal masyarakat Islam . Karya kedua saya diberikan kepada mufti singapura Sahibussahamah Ust Syed Isa Semait . ( catatan ni untuk ingatan saya sahaja . kalau tak dicatat di sini saya mungkin akan terlupa perjalanan saya ni ) .
Dua tahun kemudian , saya bertemu lagi dengan ust Asrak . " Ah Fathiah , Ust yusof ada plan nak buka Akademi khat restu , rasanya dah rasmi . " " Yeke ust , bestnya , macam nak masuk jek . Boleh tak ? Ust rasa mcmana ? " "Anti ada rancang nak ke Mesir ke ? " " Ada ust . Tapi macam nak masuk RESTU pulak bila ust dah kata macamni " . " Ah , kalau macam tu , teruskan kat Mesir . Ana dulu pun ambil kat mesir . Sampai habis takhassus . Tapi 6 tahun . Kalau anti sanggup , habiskan lah sampai 6 tahun . Setakat ni kalau akhawat ana dengar ada sorang ukhti kelantan ni die dapat habiskan takhassus . Sambung je kat sana fathiah , ust kasi contact nya " .
Akhirnya , di sinilah saya sekarang. Di bumi Kinanah . Bukan semata2 untuk jami'ah Al-Azhar dan ilmu2 masyayikh yang ada di sini . Tapi juga untuk teruskan minat saya pada Kaligrafi Islam . Tahun lepas saya cuba untuk daftar , setapak sebelum imtihan qabul , saya terpaksa pulang ke Singapura . Hanya Allah sahaja yang tau betapa kecewa nya saya waktu itu . Lepas tu saya tak pandang pun buku2 khat sampailah saya nak balik ke mesir semula . " Adik , imtihan qabul kene tangguh lagik . Akak pun tak tau mcamana ni . Tak pernah jadi macam ni . Dik, akak rasa adik balik jeklah sg , dah lama sangat ni adik tunggu . Takde rezeki kot " . Yang termampu saya ucapkan waktu itu hanyalah .. " Yelah kak , fathiah akan confirmkan tiket lepas ni " . Haiz . Waktu itu , aku hanya ingin termenung kosong . Letih . Letih menunggu sesuatu yang tak pasti .
Sekarang , fikiran saya dah kembali tenang . Saya ingin menjadi pejuang kaligrafi ni . Teringat cerita Kaligrafi cinta yang disiarkan di rtm1 sepanjang ramadhan ( macam tau2 jek org tengah tawar hati dgn khat . entah macamana boleh tertengok crite ni ) " Nyawa bangsa adalah tulisan . Hilang tulisan , matilah bangsa " . Semoga tahun ini Allah mudahkan urusan saya untuk mendalami kaligrafi di bumi kinanah ni . Allahumma Aameen .
* Psst... Mubarak kepada Lajnah Kerohanian . Program Tafaqquh fiddeen dengan jemputan syeikh usamah Al-Azhariy sangat2 best. Tetiba markaz dah jadi markazku syurgaku buat seketika. hehehe ... Good Job ppl ! buat lah banyak2 prog tafaqquh ok!
Wednesday, March 11, 2009
....Episod 137.... - Kaligrafi cinta -
يا رسول الله أنت حي في قلوبنا .... مداد يا حبيب الله
Posted by Fathiah at 7:25 AM
Labels: Fannul muqaddasah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam kunjung....utajah fatya...nak order khat satu..leh kan?he....jgn mls2..Allah da kasi kelebihan tu..tp jgn rajin lebih conteng dinding umah lak..he...
~khat ayami~
Post a Comment