CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 19, 2007

Sekali Aku Melangkah..




Aku tidak akan menoleh ke belakang
juga
aku tidak akan melirik ke kiri
mahupun ke kananku
biarlah mataku melihat ke depan
sekalipun pandangannya usang
sekalipun terbatas ruangnya


seorang perindu harus menjaga
erti kesetiaan
dalam kesetiaan ada lingkungannya
biar sempit pada pandangan
biar kecil pada ukuran
asal tidak tergadai usia pengorbanan.


Semalam adalah himpunan dosa
siangnya bertemankan noda
malamnya berkongsi cinta buta
tiada ruang detik untuk mengingati
Tuhannya
insan yang bertenaga
lupa tentang rebah dihujung waktunya
lupa tentang sengatan sakitnya.


Berapa lama aku harus menjadi
seorang penderhaka
kerana hidup sekadar berpoya-poya
dengan cinta
nikmatnya sesuap rasa
sedapnya sekadar di lidah.


Hari ini, aku ingin mengatur langkah
mencari di mana arah Kaabah
sudah tiba masanya
aku menjadi insan setia
menghitung waktu yang semakin
pudar warnanya
biarlah aku pulang dengan semangkuk
pahala
daripada kembali tanpa nama dan
wajah.
Tuhan, bantulah perjalanan ini.

0 comments: