CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 23, 2007

....Episod ketujuh.....- Musafirnya seorang pejuang -

Cinta kita semua... Cinta yang tercinta

Tarikh 15 september 2006 , merupakan detik yang tak akan dapat dilupakan oleh keluargaku kak long , kak ica, dada, abg, idan, nonoi ,aku.. bek yah,bek cici,mak,bek mah,ayah jumat dan semuanya... dan yang paling utama sekali adalah Hakim...

Jam 3.30 petang : " cikgu , saya nak mintak balik siang niari boleh tk? urgent ah cikgu ada hal,saya nak kene gi airport ni.. lagipun nari bukannya blaja cikgu..!?" desakku pada cikgu Masnia . Hari jumaat itu , pelajar2 mwti sesi pagi terpaksa bersekolah pada petang hari disebabkan peperiksaan PSLE yang berlangsung pada waktu pagi . Sekolah hanya akan tamat pada jam 6.15 . Aku tidak dapat duduk diam.. kehulu kehilir mataku liar mencari kelibat cikgu, mana tau kalau2 permohonanku diterima..

" ok lah oklah.. nanti saya tanyekan idarah , apa2 nanti saya bilang awk " . Jawab cikgu . Sementara menunggu, aku pun menghabiskan masa ku di dalam klass melayan kerenah rakan-rakan yang tak pernah kering idea dengan lawak jenaka tahun baru mereka.. berbagai jenis jenaka boleh didapati.. dari era 60an hinggalah era milennium. Entah kenapa aku teringin pula ke maktabah, nak melepak dengan mardhiyah pulak .. lama juga ada di situ lebih kurang 1 jam .. bila aku ke kelas semula.. beberapa rakan memberitahu aku bahawa tadinya ada pengumuman dari cikgu .. pelajar2 pre-u2 arabic dah boleh balik!! ... terkejut aku rasenye.. mcm nk runtuh jantung ni.." mcmana aku tk dgr sey! asal korang tk bilang aku..! kalau tk aku dah boleh gi rumah makcik aku dulu?! .. "

Jam di dinding menunjukkan tepat jam 5.30 petang . Aku pun bergegas ke mejaku untuk mengambil beg dan terus keluar mendapatkan kawan2ku di maktabah. Setelah selesai bersalaman aku pun lari keluar dari sekolah untuk terus menuju ke Airport.. Fikiranku agak bercelaru ketika itu.. apakah aku dah terlewat.. sempatkah aku menemuinya , sempat kah aku ... ini dan itu.. berbagai persoalan menerjah benakku .. tiba-tiba.. aku rasa sebak.. entahlah kenapa.. tak terbayang rasanya saat-saat berada di airport..melihat setiap orang yang aku kenal menitiskan air mata... sesuatu yang pasti akan terjadi..

Apabila aku tiba di mrt Tanah Merah.. aku terserempak dengan sekumpulan pelajar2 lelaki.. ada yg memakai songkok.." mungkin ni kengkawan hakim tk? " sangka ku.. memang benar sangkaan ku.. terdengar di telinga ini mereka berbual-berbual.. " agak2 hakim dah sampai tk?.." .. hmm sahlah tu..

Langkah pertama aku keluar dari skytrain untuk ke terminal 1 terasa berat sekali.. entah kenapa perasaan sedih yang teramat sangat menerpa, sebelum ni tak rase pape pulak .. Ku sangkakan aku yang terakhir tiba dan semua telah berkumpul.. rupa-rupanya rombongan dari rumah makcik ku belum ada seorang pun yang muncul..ternampak aku dari jauh "mak long" , nk tegur segan pulak.. takpelah aku pun tangkap feel jalan sorang2 di luar terminal ... dah penat berjalan aku pun duduk..( sorang2 ) , tanpa ku sedari.. rupanya aku nangis.. hee , malu plak kat org sebelah walaupun tk kenal.. bila agak2 ternampak rombongan telah sampai aku pun cuba menahan rase.. orang pertama yang aku salam adalah kak long " kakak!.. hakim dah nak pergi
kak no dah hilang satu adek kak..~" sehingga kini, setiap kali teringat kata-kata itu.. terasa seolah-olah pemergiannya baru terjadi semalam. Dalam pelukan kak no apa yang aku dapat ungkapkan kembali adalah.. adikmu adikku jua.. hee.. tapi tyme tu tkde lah ckp mcm tu..

Bila pelukan telah terurai, hakim pun datang kepadaku " ehh kak fakya pun nangis jugak.. apelah kak fakya nangis2 " , aku hanya mampu tersenyum .. " eh mestilah kim " itu sahaja yg mampu ku ungkapkan .... sehingga tiba saat yang ditunggu-tunggu...............

0 comments: