Munazarah 2 :
Sementara tunggu solat jumaat selesai,kita pun jalan2 carik tempat nak buat text,beh terjumpa kak jannah, kita bilang ah kat dia semua culture shock yang kita alami. Beh die bilang kita suruh concentrate topik num 3 ' daurul mar'ah fi bina' jiilin saalih afdhal '. Kita pun ikut cakap dia ah. Dia banyak sekali bantu kita .
Waktu kat qa'ah, kita dapat tahu yang kita lawan Indonesia. Ust Supendi pun jumpa kita and suruh kita tukar strategi . Sebab, budak2 Indon, bagus sgt and the only way untuk lemahkan diorang is by Mudakhalah. Since Hannah bagus dalam benda ni,then, ust suro aku tukar ngan hannah. aku pun bersyukur sangat, sebab aku dah penat . Si hannah dah nangis, aku pun tak paham, apsallah budak ni senang sangat nangis. Waktu tu jam 12.45. Aku pun pi jumpa dak alj, nak mintak tolong discuss sama2 . Ba'da dzalik, aku pun amikkan makanan untuk diorang. Kak sri n hannah tak makan langsung. Aku adalah jugak 2,3 suap ,kira boleh diharap lah kan. Kak Huda paling champion, lunch dia complete. Lepas tu tetiba jek dah pukul 2.15 . Discussion dgn alj pun dah nak habis, runners pun dah panggil kita masuk. Waktu undi tu , budak Indon pilih 2nd topic, sekali betuah nye budak kuim pi pilih num 3 . Alhamdulillah, dapat mawdhu' yang kita dah ready . Waktu tu aku da malas nak layan semua orang jadi aku ikut jeklah diorang.
Waktu munazarah tu, memang boleh nampak ah, betapa bagusnya kakak-kakak dari Indon tu eg : kak Wisam, kak makiyah n kak anis . A ku punya muka semakin pucat dan pucat n tahap kecergasan aku dah nak masuk 0 . walaupun aku tak bahas, aku penat sekali. Sepanjang perlawanan tu, kak sri pakai blazer aku so, lepas habis bahas jek,aku, Zahir n kak Sri pi carik blazer kak sri jadi kita tak dapat dengar keputusan tapi diorang kata kita kalah by 7.5 marks. Memang patut pon. Lepastu aku suro hannah ganti aku tapi dia tanak . Terpaksalah aku lawan next round.
Munazarah ketiga : Pukul 5 ptg. semua dah ade kat qa'ah muhadharah balik. Kita kene lawan UIA , sabar aja! pulak tu dapat maudhu' ' at-tabarru' bil 'adhaail jasaadiiyyah dharurah ' beh kita jadi hukumah. Waktu tu aku dah emosi sangat2. Satu point pun kita takde untuk topic ni. yg ade cuma mauqif. tyme tu aku dah betol2 pasrah . Dalam hati aku , lantaklah apa nak jadi yang penting aku nak kena habiskan benda ni. Allah aja yang tahu! betapa penatnya aku.. Dari pagi sampai malam kita tak habis2 bahas .
Bila sampai tyme aku, aku pun bangun dengan segala daya yang ada . Waktu tu suara aku punyalah lembut, kalah wanita melayu terakhir . Sekali bila pat si AF , munazir ketiga UIA , tak habis2 nak mengacau hujjah aku ( rimas seh tgh bebual org mudakhalah) aku pun apa lagik! dahlah penat, tengah emosi pal tu, aku pekik ah, dah macam nak tengking pun ade. Habis semua word2 yg tak patut semua keluar tyme bahas tu, binatanglah, sayurlah dsbg . Waktu bahas dengan UIA ni paling bagus ah sebab waktu nilah kita tau complete tata cara bahas ni sebenarnya .
Lepas dapat keputusan , UIA menang, AF n kakak2 tu jumpa kita. AF tanye aku , kenapa aku duduk cepat sangat, aku pun cakaplah, aku penat, sebenarnya aku tanak bahas pun.. pastu die cakaplah kat kita semua..' antum azkiya' '. hehe... terharu aku dengar. Baik jugak si AF ni, mungkin waktu munazarah jek macam merepek kot. Tapi dengar cerita memang dia kerek sikit. Alah... biaslaah perempuan, bila dah tak suka, dikutuknya habis2 . Orang nak cakap apa pasal si AF ni cakaplah, yang penting aku rasa dia ni baik orangnya :) .
Habis munazarah terakhir ni kita pun jumpa ust Jumaah sambil2 intip2 perkembangan alj. Akhirnya alj pun kalah. senasib nampaknya kita. Lepas tu kita share lah ngan dorang apa yang kita dapat dari UIA . Jam tyme tu dah pukul 8.00 malam. Kita pun cepat2 turun sebab bus dah lama tunggu . Masuk jek dalam bus aku teros tidur . Bila sampai tempat tu ( plbsnb) aku tros masuk bilik n tidur... tak mandi tak hapa semua.. aku teros dilayari mimpi........
baju kolor : Pink
Tuesday, January 30, 2007
.... Sambungan ( 2 )....
Posted by Fathiah at 11:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment