Bermulanya gelora cintaku pada..
Segalanya bermula sewaktu aku berada di menengah 4 tahun 2004. Pada tahun itu aku harus menduduki peperiksaan besar yang pertama bagiku iaitu STE ( sijil thanawi empat ) dan O level.. entahlah kenapa,tergerak pulak hati ni nak dapatkan tuition untuk pelajaran arabic...memandangkan bahasa arab aku agak lemah ketika itu..
Apabila.. shahibah ku rafidah memberitahu aku bahawa abg saudaranya ada membuka sebuah tuition centre ..
aku segera menunjukkan minatku untuk tuition di sana...
Aku kemudian dikenalkan dengan dua orang ustaz iaitu ustaz hamzah noordin.. dan ust hassan ( maghribi ) , ust hamzah mengambil klass untuk STE dan ust hassan untuk O level.. terlalu banyak yang aku belajar dari mereka terutama sekali ust hassan.. bukan sahaja i'rab dan kalimah2 arab yg baru yg aku perolehi tapi juga tambahan ilmu - ilmu di luar muqarrar pelajaran.. itu yang paling berharga..
Semakin lama aku belajar di situ.. semakin seronok aku mendengar kalimah-kalimah arab yang keluar dari bibir ust hassan.. bak air mengalir laju turun dari air terjun.. ungkapan kata-katanya yang lembut membuat aku rasa
hmm... bahasa arab ni bukan sahaja indah lafaznya.. malah lidah yang menuturkannya turut menjadi indah...
Bermula dari hari itu.. minat ku menggunung untuk mendalami lagi bahasa arab.. hanya dengan satu tujuan.. untuk benar-benar arif tentang bahasa yang terindah seluruh alam itu.. tak pernah terfikir di benakku tentang job market dan sebagainya jika aku mengambil bidang bahasa arab di Universiti nanti.. aku tak pernah peduli tentang itu.. cuma.. satu saja impian yang ku tanam ketika dan saat itu.. aku ingin pelajari apa yang ada disebalik bahasa itu ... bahasa yang dapat melemahkan sehebat-hebat sasterawan arab yang terkenal dengan ketinggian bahasa mereka...
Hairan aku.. selama ini aku tau bahasa arab bahasa al-quran.. bahasa ahli syurga.. bahasa terbaik.. bahasa yang dapat melemahkan kaum jahiliy di zaman Rasulullah yang sangat hebat dalam sastera..tapi aku tak pernah tau keistimewaan yang terselindung di sebaliknya dan aku tak pernah faham keindahan yang ada padanya.. hmm ada apa dengan bahasa arab ini?? soalan ini sering bertandang.. sehinggalah...............
0 comments:
Post a Comment