Sehinggalah aku melangkahkan kaki ke pra-u MWTI .. aku dikenalkan dengan subjek2 bahasa arab yang baru seperti balaghah,'arudh,adab nusus,tarikh adab dan sebagainya.. ghairah dan tak sabar rasanya ingin mengetahui apa sebenarnya pelajaran2 tersebut...
Malangnya... konsentrasi di dalam kelas jarang sekali wujud.. walaupun begitu aku tetap bersemangat ingin tahu.. dan kemudian meminta pertolongan ust hamzah dgn meneruskan tuition ku di sana.. setiap kali penerangan beliau dapat aku fahami secukupnya,terselit rasa suka dan bangga.Sedikit demi sedikit aku mula jatuh cinta dengan apa yang aku kenali sebagai bahasa ahlul jannah itu.. terlalu dalam rasanya cinta ini .. terlalu indah rasanya nilai balaghiah yang terselindung kemas di sebaliknya...
Kebetulan.. ust hamzah merupakan graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang bahasa arab.. sekaligus menyemarakkan lagi keinginan ku untuk mengikuti jejak langkahnya.. setiap apa yang beliau lakukan seolah-olah menjadi inspirasi .. inspirasi untuk menebarkan rasa cinta ku ini pada semua insan yang aku kenali.. untuk sama-sama meneroka keindahan bahasa yang telah Allah cipta untuk kita .
Entahlah.. aku sendiri tak tahu.. kenapa tiba-tiba hatiku terpaut kuat pada bahasa ini.. mungkin kerana terpesona dengan gaya bahasa bait-bait syi'ir yang aku baca.. walaupun ada yang tak dapat aku fahami.. kecantikannya tetap kurasakan.. mungkin juga kerana cerita-cerita dan kata-kata indah yg bermukim di perut isi syi'ir itu.. betapa indahnya karya-karya sastera itu semua, indah lagi kitabullah Al-quranul kariim.. itu sesuatu yang pasti... sehingga saat ini aku masih tidak tau kenapa cinta ini dtg mendadak sekali ... yang aku tahu... cintaku telah bermula dan masih bergelora.. "semoga ia tak akan pernah hilang dan luput dari hati ini" ... Allahuma Aameen
Monday, January 15, 2007
...........Sambungan..............
Posted by Fathiah at 10:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment