2nd Day of Munazarah :
3.00 a.m , aku terbangun dari tidur sebab panas sangat , tak selesa. Maklumlah malamnya belum mands.. heh, hran tol aku, sapa pulak yang tutup air-con.Aku tros bangun pi mandi. Ynag lain masih tidur. Aku pun lepas mandi join diorang skali.. pukul 6.00 a.m, aku nampak kak huda n kak sri tengah duduk kat meja blaja . Dorang kejot aku suruh bangun, aku tanak , aku cakap kalau dorang da dapat mawqif baru kejot.. hehe.. confirm dorang PENG punya tyme tuh.. :P , last2 aku bangun kol 6.30 . Walaupun aku bangun lambat.. macam biaselah aku tetap siap first.
Bila semua da siap, kita pun turun makan. Wallahi aku betol2 takde selera nak makan tapi kalau tak makan takde energy pulak.Menu sarapan hari tu.. nasi lemak. Aku n hannah makan x habis.Time tu aku rasa macam nak muntah , tak tau lah knape? .Pukul 7.50, kita semua cepat2 naik bus.. hehe.. this tyme tak sama bus ngan UIA tapi sama bus ngan joned. Tyme ni, semua orang da tawakkal . Kita datang tu lillah, dah tak fikir menang lagik sebab dah takut nak mengharap.
Munazarah keempat :
First match untuk hari ni kita kena lawan UITM. Waktu tu ranking kita boleh tahan low ah , num 13. Alhamdulillah, kita dapat topic best jugak ah ' atta'liim al-jami'iy al-mukhtalath afdhal ' . Waktu tu kecoh sikit, aku jadi wazirud difa' for hukumah beh aku tk sengaja stare si waziruddifa' mu'aradhah, dektu pun kuat stare org ! ceh.. konon strategy lah kan ... hampeh!
First speaker die boleh tahan best ah, second speaker die hancur sikit, tapi nampak macam baik, kesian pulak! Bila kak sri tengah hujjah, adeke patut si 3rd speaker die kata kalau kita cakap blaja campur bagus, then apsal tyme bahas kitorang sume pompan, tak campur... Kak sri katalah, tp kat madrasah kita campur , beh dia boleh mintak dalil summore!.. kak sri dengan segala confident ajak die pi sg! lantak dialah, yang penting kita menang! hehe... lepas match ni, ranking kita naik num 11.
Munazarah kelima :
Kita kena lawan UPM ( uni putra malaysia). topik nya : 'intiqalul 'awashimul qadiimah ila mudunin jadiidah dhraruriy' .Tyme kita nak turun, Hannah bilang aku,dia cakap 'eh ini lah UPM', aku cakaplah kat dia,taklah ini ustad2 dia.. rupa2nya yang aku sangkakan pakcik2 dan ustaz2 pembimbing tu adalah 'debators' . Tak mati tercengan kat situ! sabar aja! time tu aku dah malas nak layan cakap sesapa, even when hannah cakap kat kita,one of the debators kata ,kitorang ni laisal musykilah, aku dah tak ada apa2 perasaan lagik. Bila kita bahas dengan diorang, dahlah kita kecik2 cute2, da macam bapak marah anak. Suara diorang pulak satu2 berderau darah kitorang dgr. Aku paling legend ah.. irtijali tros , hembus jek selagi boleh hembus, 1st time tau.. sal kita tukar strategy.. aku tukar tempat ngan kak sri .Akhirnya kitorang menang.Happy sgt2! sampai nangis2 pelok2. paling best, one of the judges , pensyarah UIA , dia puji2 kita. Baik ah. Lepas menang jek tros lari pi dewan, ranking kita num 9.Lepas tu kita dapat tahu yang kita kene lawan SWING kuim lagik !
Munazarah ke-enam :
Waktu tu, masing2 dah penat. Tinggal satu topic jek lagik. haiz.. topic ' al'aamalul hurr afdhal minal'amal fil hukumah' punyalah boring! Since kita dah tahu kelemahan diorang, semua macam tak gabra sangat lah . Yang paling aku tak suka, aku kene pakai text orang lain. Aku bab kene hafal text ni lemah sikit, aku lebih rela spontan daripada kene pakai text .Tapi tyme tu masing2 dah penat! lantaklah, tgk text pun tgk lah .
Alhamdulillah, kita menang.Kita keluar bilik untuk tunggu keputusan alj. Sebelum keluar pengadil ni dari malaysia cakap kat kitorang sambil senyum, dia kata ' mabruk..,lughatukunna saliimah ' Kita pun paham tak paham hentam syukran jeklah.
Bila dapat tau alj tak menang,kita tros jumpa ust jum'ah. Lepas dah dapat kata2 perangsang darinya, kita jumpa ust mus n ust sufendi.Diorang kata kita dapat masuk suku akhir. Habis jek hari ketiga ni, dalam otak tros kosong . tak fikir pasal besok pun. Walaupun tiga2 perlawanan tu kita menang, kalau diberi peluang untuk teruskan atau balik, aku pilih nak balik.haiz, balik jek.. tros kita lepak ! sampai malam. Aku dah tol2 penat. Bila semua kumpul kat bawah untuk discussion, aku da ngantok giler! aku dah takleh angkat . jam da kol 11 malam. last2 kak sri suro aku n huda pi tido dulu , naik jek katil, aku tros lelap habis! that's e end of day 3.
baju kolor : blue
Wednesday, January 31, 2007
...Sambungan ( 3 )....
Posted by Fathiah at 10:57 PM 2 comments
Tuesday, January 30, 2007
.... Sambungan ( 2 )....
Munazarah 2 :
Sementara tunggu solat jumaat selesai,kita pun jalan2 carik tempat nak buat text,beh terjumpa kak jannah, kita bilang ah kat dia semua culture shock yang kita alami. Beh die bilang kita suruh concentrate topik num 3 ' daurul mar'ah fi bina' jiilin saalih afdhal '. Kita pun ikut cakap dia ah. Dia banyak sekali bantu kita .
Waktu kat qa'ah, kita dapat tahu yang kita lawan Indonesia. Ust Supendi pun jumpa kita and suruh kita tukar strategi . Sebab, budak2 Indon, bagus sgt and the only way untuk lemahkan diorang is by Mudakhalah. Since Hannah bagus dalam benda ni,then, ust suro aku tukar ngan hannah. aku pun bersyukur sangat, sebab aku dah penat . Si hannah dah nangis, aku pun tak paham, apsallah budak ni senang sangat nangis. Waktu tu jam 12.45. Aku pun pi jumpa dak alj, nak mintak tolong discuss sama2 . Ba'da dzalik, aku pun amikkan makanan untuk diorang. Kak sri n hannah tak makan langsung. Aku adalah jugak 2,3 suap ,kira boleh diharap lah kan. Kak Huda paling champion, lunch dia complete. Lepas tu tetiba jek dah pukul 2.15 . Discussion dgn alj pun dah nak habis, runners pun dah panggil kita masuk. Waktu undi tu , budak Indon pilih 2nd topic, sekali betuah nye budak kuim pi pilih num 3 . Alhamdulillah, dapat mawdhu' yang kita dah ready . Waktu tu aku da malas nak layan semua orang jadi aku ikut jeklah diorang.
Waktu munazarah tu, memang boleh nampak ah, betapa bagusnya kakak-kakak dari Indon tu eg : kak Wisam, kak makiyah n kak anis . A ku punya muka semakin pucat dan pucat n tahap kecergasan aku dah nak masuk 0 . walaupun aku tak bahas, aku penat sekali. Sepanjang perlawanan tu, kak sri pakai blazer aku so, lepas habis bahas jek,aku, Zahir n kak Sri pi carik blazer kak sri jadi kita tak dapat dengar keputusan tapi diorang kata kita kalah by 7.5 marks. Memang patut pon. Lepastu aku suro hannah ganti aku tapi dia tanak . Terpaksalah aku lawan next round.
Munazarah ketiga : Pukul 5 ptg. semua dah ade kat qa'ah muhadharah balik. Kita kene lawan UIA , sabar aja! pulak tu dapat maudhu' ' at-tabarru' bil 'adhaail jasaadiiyyah dharurah ' beh kita jadi hukumah. Waktu tu aku dah emosi sangat2. Satu point pun kita takde untuk topic ni. yg ade cuma mauqif. tyme tu aku dah betol2 pasrah . Dalam hati aku , lantaklah apa nak jadi yang penting aku nak kena habiskan benda ni. Allah aja yang tahu! betapa penatnya aku.. Dari pagi sampai malam kita tak habis2 bahas .
Bila sampai tyme aku, aku pun bangun dengan segala daya yang ada . Waktu tu suara aku punyalah lembut, kalah wanita melayu terakhir . Sekali bila pat si AF , munazir ketiga UIA , tak habis2 nak mengacau hujjah aku ( rimas seh tgh bebual org mudakhalah) aku pun apa lagik! dahlah penat, tengah emosi pal tu, aku pekik ah, dah macam nak tengking pun ade. Habis semua word2 yg tak patut semua keluar tyme bahas tu, binatanglah, sayurlah dsbg . Waktu bahas dengan UIA ni paling bagus ah sebab waktu nilah kita tau complete tata cara bahas ni sebenarnya .
Lepas dapat keputusan , UIA menang, AF n kakak2 tu jumpa kita. AF tanye aku , kenapa aku duduk cepat sangat, aku pun cakaplah, aku penat, sebenarnya aku tanak bahas pun.. pastu die cakaplah kat kita semua..' antum azkiya' '. hehe... terharu aku dengar. Baik jugak si AF ni, mungkin waktu munazarah jek macam merepek kot. Tapi dengar cerita memang dia kerek sikit. Alah... biaslaah perempuan, bila dah tak suka, dikutuknya habis2 . Orang nak cakap apa pasal si AF ni cakaplah, yang penting aku rasa dia ni baik orangnya :) .
Habis munazarah terakhir ni kita pun jumpa ust Jumaah sambil2 intip2 perkembangan alj. Akhirnya alj pun kalah. senasib nampaknya kita. Lepas tu kita share lah ngan dorang apa yang kita dapat dari UIA . Jam tyme tu dah pukul 8.00 malam. Kita pun cepat2 turun sebab bus dah lama tunggu . Masuk jek dalam bus aku teros tidur . Bila sampai tempat tu ( plbsnb) aku tros masuk bilik n tidur... tak mandi tak hapa semua.. aku teros dilayari mimpi........
baju kolor : Pink
Posted by Fathiah at 11:20 PM 0 comments
.... Sambungan (1)....
1st Day Of Munazarah!
6.30 am , semua tengah siap-siap nak turun , Si hannah dgn kak sri baru nak solat . Aku pulak macam biasa lah , selalu siap first . hehe.. ikut jadual kita dikehendaki turun jam 7, tapi standard lah semua star karat . Last2 kita turun 7.20 . Ingat dah lambat , rupanya ramai lagi yang belum turun . Semua makan kes nak tanak. Yang paling sempurna makan futhur is kak huda . Yang lain ada jek sisa2 yang tertinggal . Budak2 alj paling best, orang semua dah ready kat dalam bus nak jalan pegi KUIM , dorang baru nak turun makan . Dengar cerita dorg bangun lambat.
'Ala kulli hal , all of us were very2 nervous. 1 thing yang buat kita very different was, org lain sume pakai blazer kat tmpt tu tapi kita bawak blazer ngan casing die skali.. kah kah kah. Waktu kita sampai kat KUIM , orang-orang semua tgk kita semacam, pelik kot pasal tak pakai blazer, entahlah.. tapi lepastu kita pi toilet tukar blazer then kelam kabut masuk qa'ah muhadharah. Bila masuk qa'ah lagik legend, semua tgk kita pasal blazer kita lawa sgt gaknye.. hehe, confirm orang semua terpikir2 dari mana datang bebudak ni .
Sampai saat ni kita masih lagi dalam kategori jahil murakkab.,. Kita masih ingat yang bahas kat sana macam bahas kat Singapore as in dia kasi different tajuk for different perlawanan. Jam 9.15 , hos pun suruh kita undi topik,dia kasi penghargaan kat mwti untuk cabut undi 1st, ust mus pun pilih maudhu' awwal,alhamdulillah,kita dapat topic " al-usrah hiya assababur raisiyyah fii mashakilish shabab ". Memang kita dah ready gile2 pun. Lepastu kita undi stand: diorang undi guna toss coin, kita dapat stand as hukumah . Alhamdulillah.Tapi yang kita heran sangat apsal bila kita bangun orang lain semua bangun . Rupanya semua orang kene bahas topik sama .. haha malu! nasib baik ada zahir , dia yang bilang kita semua benda2 ni. Oleh kerana kita dah prepare,dengan semangatnya kita pergi tempat tu.
Munazarah pertama :
Waktu munazarah tu, Allah saja yang tahu perasaan kita . Alhamdulillah,kita berjaya. Lepastu punyalah lega.pikir dah menang ah, dah boleh masuk suku akhir, rupanya knena bahas semua 6 topik.. JAYYID! macam nak tercabut nyawa kita dibuatnya . Semua dah penat sangat2. Dahlah kene turun naik bukit , berpasir, berbatu bata plak tuh. After first match, aku dah penat giler sangat2. Rasa macam nak demam jek. Tekak kering, bibir pucat.
Bila kita masuk qa'ah balik untuk Undi topik num 2, berlaku munazarah sikit antara hukkam. Hos nak kitanya 2nd match before solat JUmaat tapi mu'zam hukkam nak after solat jumaah. Ada yang complaint sal tempat munazarah dengan qa'ah jauh sgt.. tp mmg betul ah.. daripada qa'ah muhadharah nk pi tmpt munazarah dalam 10 min walk.. haiz..last sekali, dorang dapat kata sepakat, after solat jumaat baru kita start 2nd match......
Posted by Fathiah at 9:47 AM 0 comments
Sunday, January 28, 2007
....Episod 11....- Siapakah di hatiku -
2005 & 2006 pantas berlalu... Namun hatiku tak pernah walau sehari melupakan kisah itu.. kenangan itu.. yang telah banyak merubah hidupku...
Satu persatu safar ku ke Malaysia meninggalkan segunung harapan , selautan kenangan dan semangat yang membara untuk terus dan terus merubah diri ini.. terus menerus bertahan untuk perjuangan yang akan datang yang lebih hebat dan yang lebih menguji kesabaran diri.. Gombak Selangor dan Nilai Negeri sembilan akan selamanya berada di dasar hati..
Ziarah ku ke blog seorang rakan sepejuangan membuatkan hatiku terdetik .. ingin sekali ku ulangi kenangan manisku di Negeri Sembilan.. Ingin sekali ku kongsi segala apa yang terjadi.. segalanya terlalu indah... Indah di mata,hati dan fikiran. Segalanya bermula pada 23 Feb 2006( 24 Muharram 1427 ) ... ( ni konon flashback ah )
BERANGKAT TO NEGERI SEMBILAN :
- Hari pertama sampai , kita sesat , hehe.. baru hari pertama macam2 dah jadi . Mana kak sri and Hannah datang skola lambat,Ust Supendi tertinggal duit. Haiz, pagi tu aku tak tau macammana nak gambarkan perasaan aku .Sedih, takut,nervous,excited... semuanya dah bercamput tapi aku tetap relax walaupun segala macam text bahas belum aku buat . Maklumlah,tyme tu aku pembahas ketiga.. konon tak bergantung kat text ah.. hee,
Waktu dalam kereta, ust asyik sangat bebual bahasa Aarab, waktu tu aku tak rasa pulak kepentingan irtijali 'arabiah . Penat aku dengar diorang bebual sampai tertidor . Ba'dal futhur , kita sambung perjalanan , masuk kajang keluar kajang , masuk kajang keluar puchong, masuk kajang keluar KL , entah brape ringgit duit ust dah habis bayar tol . Akhirnya kita sama-sama cari jalan keluar sambil tanya2 orang sekeliling . ( b4 tht aku n ust halim jek yang jd penunjuk jalan. tu yang sesat hehe) . Waktu tu aku tak terfikir langsung nak bahas, al-muhim kita sampai kat tempat yang dituju . Yang lain pulak tak habis-habis ingatkan aku, waktu munadzarah jangan bebual cepat sangat . Jam 2.15 petang, kami pun sampai di PLBSNB( tempat kita tdo). Waktu tu , aku tak rasa lagi hangat bahas tu, Kumpulan pertama kami jumpa KUIM n UIN , dan sepanjang bahas tu pun kami rapat dengan kumpulan ni.
Sampai aja , kak jannah tegur kita,lepas amik kunci bilik, runner kita sapa, si Zahir, baik orangnya walaupun nampak mcm senang dibuli hehe.. tp die bagus sgt.. die jaga kitorang tol2.. lepas kak Sri exchange num ngan die, kak Saliha ( organizer) panggil kita suruh makan . Satu2 muka macam nak taknak jek jadi kita decide untuk masuk bilik dan letak barang . Berdebar rasa hati ni bila terfikir pasal bilik. Bila kak Sri bukak pintu, haa.. ternganga mulut satu2 . Subhanallah ! besar betul, selesa pulak tuh . Semua orang dapat barang sendiri, 4 katil , 4 meja belajar , 4 almari. Bila kita and barang2 dah settle kat atas , kita pun turun konon nak makan, bila turun, semua setakat minum air jek.. loso!pastu, lepas bebual ngan kakak2 KUIM kita naik bilik lepak .
Jam 8 malam, kita turun sebab ada dinner. Entah brape banyak kali diorang offer kita makan . Waktu datang dia suruh kita lunch, pukul 5 ada tea-break . haiz.. Dengan kehadiran kak Jannah die berjaya rapatkan kita n budak2 Alj by making them sit with us in a table together. Waktu ust Kuim bagi taklimat, pelajar2 mwti&maji , kita dah penat sgt, jadi kita ketawa2 , tak kuasa nak dengar. Haa.. beh bila die dabes taklimat, banyak benar bende yang kita tak faham. Waktu tu dewan taklimat penuh sekali. kita plak duduk paling depan , Malu! . lepas taklimat n undi lawan, masing2 naik bilik , ready nak buat text sendiri, maklumlah dah penat ust Mustafa & Ust supendi train kita dari pukul 6 sampai 7.30. Pukul 1.30 pagi, baru semua dapat tidur dengan nyenyaknya .....
baju kolor: Brown
Posted by Fathiah at 7:44 PM 0 comments
Saturday, January 27, 2007
Puteriku sayang
Posted by Fathiah at 2:56 PM 2 comments
Labels: hijjaz
....Sambungan....
Era pasca modenisme menyaksikan wanita-wanita yang seumpama itu kian lumpuh dan tandus. Wanita biasanya dikaitkan dengan kelemahan yang sering menuntut kebebasan. Mereka lebih mementingkan kecantikan zahir untuk dipertontonkan tanpa menekankan kecantikan diri ( batin ) yang lebih universal dan abadi. Wanita diekspliotasi oleh setiap golongan yang tidak memahami fungsi kewujudannya. Wanita bukan lagi pakar yang mempunyai penawar ampuh yang dapat merawat penyakit ummah yang semakin kronik dan bervariasi.Kebanyakan mereka adalah wanita adunan barat yang sering mengaplikasikan imej Diana, Madonna, Elizabeth Taylor, atau Whitney Houtosn sebagai budaya.Mereka adalah puteri,ratu dan Cinderella abad ke 21 yang menjadi igauan dan impian wanita-wanita yang berpenyakit hati.
Pastinya setiap wanita muslimah merasa terpanggil untuk merubah situasi ini. Emosi dan psikologi muslimah akan tertampar pedih melihat kemelut yang tercetus di abad ini. Ke mana hilangnya Khadijah,Aisyah,Fatimah, Rabiah dan Isabella di dalam diri wanita hari ini ? Apakah kehilangan mereka merupakan penamat kepada perjuangan muslimah atau pencetus kelahiran baru yang lebih gemilang ? Biarlah ilmu dan kesedaran yang menentukan keinginan kita untuk bertindak.
Cukuplah perkhabaran daripada Rasulullah yang mengatakan bahawa kebanyakan wanita adalah penghuni neraka sebagai peringatan yang membataskan segala pergerakan dan kata-kata. Marilah kita sama-sama mengutip sejarah keagungan wanita solehah terdahulu untuk kita warnakan kehidupan serikandi alaf baru. Kita adalah penerus kesinambungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu Asma’, Khadijah, Fatimah, Rabiah dan seumpamanya.
“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH”.- riwayat Muslim –
Posted by Fathiah at 10:51 AM 1 comments
....Episod 10.... - Untukmu Wanita -
“ Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya dan dia sangat marah.Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai,disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu ”.-An Nahl - 58-59.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ”.- At Taubah- 71
Posted by Fathiah at 10:36 AM 0 comments
Friday, January 26, 2007
Satu Perjuangan
Rahmat pemberiannya,
Posted by Fathiah at 8:21 PM 0 comments
....Episod kesembilan.... - Langkah pertama -
Date : 25 jan 2007
Venue : Proficient Language Centre
Time : 4.40 p.m
Posted by Fathiah at 12:45 PM 0 comments
Thursday, January 25, 2007
Maafkan Teman
Posted by Fathiah at 1:10 PM 0 comments
Labels: far-east
....Episod kelapan.... - Rahsiamu Al-Qur'an -
Kekurangan kita ialah banyak membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya . Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya . Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya . Kelemahan kita yang paling tinggi adalah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya .
Dr Tariq al-swaidan , dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam Al-Quran mempunyai persamaan dengan satu benda lain yang juga disebut dalam Al-Quran. Umpamanya perkataan lelaki sebanyak 24 kali, disebut dalam surah-surah tertentu dan sebanyak 24 kali juga perkataan wanita muncul dalam keseluruhan Al-Quran.
Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara-perkara lain juga didapati berjumlah sama . Beliau mengatakan 'Dunia' disebut sebanyak 115 kali dan 'Akhirat' juga 115 kali. Perkataan 'Malaikat' 88 kali manakala 'Syaitan juga 88 kali. 'Hidup' 145 kali manakala 'Mati' 145 kali. 'Zakat' 32 kali , 'Barakah' juga 32 , 'Berfikir' 49, 'Nur' juga 49 dan 'Penderitaan ' 114, 'Kesabaran' juga 44 kali .
Apakah ini kebetulan ?
Dan lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia, tanpa mengira pegangan agama mereka.
Sememangnya , otak beku akan tetap menolak, tapi akal yang sihat akan mengatakan, tidak mungkin ia satu kebetulan bahkan satu perancangan jitu yang menjadikan alam ini sebegini rupa, sebegitu tepat dan sebegitu hebat.
Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Allah yang maha berkuasa menetapkan semuanya itu. Tidak mungkin Rasulullah S.A.W melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah semata-mata . Dia menurunkannya kepada manusia-manusia pilihannya?
Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa adalah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya .
Posted by Fathiah at 10:01 AM 0 comments
Wednesday, January 24, 2007
............Indahnya Perjuangan............
Posted by Fathiah at 1:21 PM 0 comments
Tuesday, January 23, 2007
..........Sambungan........
Keadaan pada waktu itu agak "hectic" .. kerana kelihatan semua orang agak kelam kabut.. kelam kabut nak amik gambar, kelam kabut nak solat, kelam kabut nak salam hakim .. haiz , hari tu, tak dapat dinafikan .. dah macam star si hakim ni ... lepas Solat maghrib , dalam lebih kurang pukul 8 hakim dikehendaki untuk check in kat tempat tu.. ( tak tau nama die ape,maklumlah tk pernah naik kapalterbang) hee .
Aku pun start nangis bila almost semua sedara2 ku nangis.. yang paling aku takleh tahan bila tgk kak nor n dada peluk n cium Hakim... teringat plak kata-kata dada b4 that " eh korang jgn merepek lah nak nangis2" hehe.. lain di mulut lain di hati.. hari tu.. sebelum hakim masuk tempat tu.. dada ku lihat seperti watak buttercup dalam powerpuff girl :D , tetapi lepas hakim masuk segalanya berubah ... tangisan kak ica bak mengundang histeria padaku.. tangisannya juga membuat kan aku tk boleh berhenti menangis.. melihatkan keadaan kak ica yg mcm tu.. keluarga yang lain pun cuba memujuk... antara kata2 yang diberikan " takpe.. jangan nangis lah, adik nak pegi belajar tu.. doakan die... jgn mcm ni.. nanti adik tgk,die nangis .." ..
Akhirnya... Hakim pun pergi meninggalkan kita semua.. ke Kuwait arah tujunya .. bila akan kembali? hmm... mungkin tak lama lagi.. bila cuti la kan of course... 'ala kulli hal... dalam keluargaku, mungkin dia yang pertama bermusafir sendirian,tanpa keluarga di sisi, dengan memegang bendera thalibul'ilm di negeri yang terlalu asing .. asing pada dirinya ... dalam umur yang masih terlalu muda.. semangatnya wajar dicontohi ... AKAN TETAPI ... dia bukanlah yang terakhir... akan ada selepasnya diantara kami yang akan menebarkan sayap ke negeri yang asing juga.. Ya rab peliharalah dia.. Allahumma Ameen..
Posted by Fathiah at 4:03 PM 0 comments
....Episod ketujuh.....- Musafirnya seorang pejuang -
Posted by Fathiah at 2:38 PM 0 comments
Monday, January 22, 2007
....Episod Keenam.... - Akhlakmu Ya Rasulallah -
Akhlak ketika Makan :
Posted by Fathiah at 8:59 AM 0 comments
Labels: dari akhbar " jaridah "
Friday, January 19, 2007
Sekali Aku Melangkah..
Aku tidak akan menoleh ke belakang
juga
aku tidak akan melirik ke kiri
biarlah mataku melihat ke depan
sekalipun pandangannya usang
sekalipun terbatas ruangnya
seorang perindu harus menjaga
dalam kesetiaan ada lingkungannya
biar sempit pada pandangan
biar kecil pada ukuran
asal tidak tergadai usia pengorbanan.
Semalam adalah himpunan dosa
siangnya bertemankan noda
malamnya berkongsi cinta buta
tiada ruang detik untuk mengingati
Tuhannya
insan yang bertenaga
lupa tentang rebah dihujung waktunya
lupa tentang sengatan sakitnya.
Berapa lama aku harus menjadi
seorang penderhaka
kerana hidup sekadar berpoya-poya
dengan cinta
nikmatnya sesuap rasa
sedapnya sekadar di lidah.
Hari ini, aku ingin mengatur langkah
mencari di mana arah Kaabah
sudah tiba masanya
aku menjadi insan setia
menghitung waktu yang semakin
biarlah aku pulang dengan semangkuk
pahala
daripada kembali tanpa nama dan
wajah.
Tuhan, bantulah perjalanan ini.
Posted by Fathiah at 10:23 PM 0 comments
Labels: MIBARZO - sajak Hijrah
....Episod Kelima.... - Ahlan bika Ya syahrul kareem -
Ahlan Bika ya Muharram ...
Di samping itu, masyarakat Islam juga mengikat perjanjian damai untuk hidup harmoni
dengan kaum Yahudi yang berada di Madinah ketika itu. Ini sekaligus menggambarkan
MAKNA HIJRAH DALAM KEHIDUPAN
Bayangkan kita terpaksa berjalan kaki dari Singapura ke Kuala Lumpur. Perjalanannya
· Pengorbanan dan keimanan.
Ia juga memaparkan kesanggupan untuk berkorban demi cinta kepada Allah. Nabi sanggup
· Undur tidak bererti kalah.
Setelah menerima tekanan hebat di Makkah, Nabi terpaksa berundur ke Madinah.
HIJRAH DAN KITA
Ternyata kehidupan umat Islam di zaman Nabi terus bertambah baik, terutama selepas
Hanya jika kita benar-benar berusaha meningkatkan pencapaian, menjadikan hari ini
Bagaimana dengan kita? Adakah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa ini?
Posted by Fathiah at 8:19 PM 0 comments
Thursday, January 18, 2007
Mampukah aku ??
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Mengalir air mataku
Ketika aku marah
Tabah jiwaku
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Posted by Fathiah at 10:24 PM 0 comments
Al-Amin
Posted by Fathiah at 10:57 AM 0 comments
Monday, January 15, 2007
...........Sambungan..............
Sehinggalah aku melangkahkan kaki ke pra-u MWTI .. aku dikenalkan dengan subjek2 bahasa arab yang baru seperti balaghah,'arudh,adab nusus,tarikh adab dan sebagainya.. ghairah dan tak sabar rasanya ingin mengetahui apa sebenarnya pelajaran2 tersebut...
Malangnya... konsentrasi di dalam kelas jarang sekali wujud.. walaupun begitu aku tetap bersemangat ingin tahu.. dan kemudian meminta pertolongan ust hamzah dgn meneruskan tuition ku di sana.. setiap kali penerangan beliau dapat aku fahami secukupnya,terselit rasa suka dan bangga.Sedikit demi sedikit aku mula jatuh cinta dengan apa yang aku kenali sebagai bahasa ahlul jannah itu.. terlalu dalam rasanya cinta ini .. terlalu indah rasanya nilai balaghiah yang terselindung kemas di sebaliknya...
Kebetulan.. ust hamzah merupakan graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang bahasa arab.. sekaligus menyemarakkan lagi keinginan ku untuk mengikuti jejak langkahnya.. setiap apa yang beliau lakukan seolah-olah menjadi inspirasi .. inspirasi untuk menebarkan rasa cinta ku ini pada semua insan yang aku kenali.. untuk sama-sama meneroka keindahan bahasa yang telah Allah cipta untuk kita .
Entahlah.. aku sendiri tak tahu.. kenapa tiba-tiba hatiku terpaut kuat pada bahasa ini.. mungkin kerana terpesona dengan gaya bahasa bait-bait syi'ir yang aku baca.. walaupun ada yang tak dapat aku fahami.. kecantikannya tetap kurasakan.. mungkin juga kerana cerita-cerita dan kata-kata indah yg bermukim di perut isi syi'ir itu.. betapa indahnya karya-karya sastera itu semua, indah lagi kitabullah Al-quranul kariim.. itu sesuatu yang pasti... sehingga saat ini aku masih tidak tau kenapa cinta ini dtg mendadak sekali ... yang aku tahu... cintaku telah bermula dan masih bergelora.. "semoga ia tak akan pernah hilang dan luput dari hati ini" ... Allahuma Aameen
Posted by Fathiah at 10:28 AM 0 comments
Saturday, January 13, 2007
....Episod Keempat..... - Bila hati terpaut pada Bahasa Cinta-
Bermulanya gelora cintaku pada..
Posted by Fathiah at 9:10 AM 0 comments
Friday, January 12, 2007
Rintihan Cinta-Mu Cinta-Ku
Posted by Fathiah at 9:17 AM 0 comments
Labels: dari sebuah buku motivasi
Thursday, January 11, 2007
.....Episod Ketiga.... - Cinta kita untuk siapa -
Posted by Fathiah at 2:43 PM 0 comments
....Episod Kedua.... - Cinta Adam & Hawa -
ADA APA DENGAN CINTA ??
Cinta adalah isu lama , selama kewujudan Nabi Adam a.s. Melihat sepasang burung yang bercinta , tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda . Allah S.W.T menciptakan Siti Haw a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut.
Malangnya cinta kepada makanan ( buah khuldi ) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia .
Dan cinta juga yang menaikkan semangat Nabi Adam a.s untuk menyeberangi Titian Adam ( Adam's bridge ) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India . Lantas Baginda mengharungi hutan belantara , melangkahi banjaran gunung ganang, menapak padang pasir dan merentas benua .
Kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di Padang Arafah . Sedangkan Siti Hawa cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah ( di mana Siti Hawa di turunkan dari syurga ) ke Padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia . Di situ jugalah Rasulullah menyampaikan khutbatul wida' ( khutbah terakhir) sebelum wafat.
Cinta bertemu di Padang Arafah . Kecintaan kepada Allah berhimpun di Padang Arafah . Dan Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada ummatnya juga di Padang Arafah.
Mungkin kita masih ragu dengan kekuatan cinta... ADA APA DENGAN CINTA? Ada diantara kita yang mungkin terlupa nafas pertama kita wujud kerana cinta... cinta Tuhan kepada Hamba dan cinta dua insan dari Adam dan Hawa ...
Betapa agung dan sucinya cinta yang diberikan kepada kita... tapi ramai yang alpa, keindahan cinta suci yang kekal Abadi tak pernah berbekas di ingatan dan hati.. sebaliknya, cinta dunia yang kita kejar.. cinta murahan yang tak akan pernah membahagiakan... cinta yang tak berperaturan, cinta yang dicabuli oleh umat akhir zaman dengan perlakuan murahan .. cinta akhir zaman yang bercampur baur dengan nafsu kehaiwanan dan syaitan sebagai panduan ..! layakkah cinta suci dipermainkan sebegini..? Masih adakah lagi yang dinamakan cinta suci di akhir zaman ini...??
Ya , cinta suci tetap ujud. Selagi bulan dan matahari bersinar cahaya , selagi matahari belum terbit di ufuk barat , pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di median dunia Syahadah..
Orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci . Tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akan dipersoal Allah S.W.T di akhirat kelak.
Posted by Fathiah at 2:00 PM 0 comments
Tuesday, January 9, 2007
Atas nama cinta
Posted by Fathiah at 2:06 PM 0 comments
....Episod Pertama.... - Luahan rasa cinta -
Alhamdulillah..
setelah sekian lama terasa nak buat blog.. akhirnya tercapai jugak ..
blog ini tercipta kerana cintaku pada kenangan dan teman-teman ..
yang tak lama lagi masing2 akan berpisah membawa haluan sendiri..
demi mengejar sebuah impian..
tujuan aku mencipta blog ni khas sebagai wadah untuk keep in touch dengan kawan2
dan juga untuk kongsi cerita2 cinta kita
untuk dijadikan pedoman dan renungan bersama...
kenangan-kenangan indah antara kita akan tetap segar dan sentiasa diingati...
hanya satu harapanku untuk semua teman-teman ...
kerana cinta kita bertemu..
kerana cinta juga kita akan berpisah..
moga dengan cinta yang ada ..
kita akan bertemu kembali di singgasana Jannah... Aameen...
- Manusia akan bercinta lagi di syurga.. tempat pertama yang melahirkan cinta
Posted by Fathiah at 12:48 PM 0 comments