CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 31, 2009

....Episod 170.... - Jahil -




Bismillahil waduudur rahiim
Allahumma Solli 'ala sayyidinal habiib

Semalam , ada pertemuan antara aku dengan beberapa pelajar yang mengambil kuliah lughah . Ada perkara yang perlu kami bincangkan bersama . Ada sesuatu yang perlu kami fikirkan bersama . Sesuatu yang mungkin hanya kami yang memahami . Aku rasa seronok sekali , kerana sudah hampir setahun lebih kami tidak pernah bertemu untuk sama2 berkongsi rasa , berkongsi cita2 dan duduk semeja meraikan persamaan yang ada pada diri kita .

Semalam juga, kelas syarh ibn 'aqil syeikh muhammad hassan othman sudah pun bermula , setelah setahun berhenti kerana syeikh musafir ke saudi . Sepanjang pengajian ada sesuatu yang membuat aku tak puas duduk berfikir... lemahnya penguasaan nahu yang ada pada aku . Ya , aku tau tak mesti seorang pelajar kuliah lughah tu perlu menguasai seratus peratus ilmu nahu sehingga kecacatan kecil yang ada padanya boleh dikira aib . Ya , aku tau aku bukan sibawaih . Antara ulama ' yang terhebat di zamannya . Tapi .. menginginkan sesuatu itu sempurna dari semua segi , bukankah itu fitrah manusia ? ....Kalau aku dah mulakan sesuatu , biarlah aku habiskan sepenuhnya dengan sempurna ....

Menginginkan kesempurnaan setiap perkara sentiasa membuatkan aku resah . Sentiasa rasa tk cukup . Kalau untuk ilmu , mungkin ia sesuatu yang sehat ... tapi kalau untuk dunia dan isinya ... boleh tak kalau aku kata aku kurang sifat qanaah tu ... haiz ..

Semakin aku belajar, semakin aku rasa kejahilanku tak dapat nak disembunyikan lagi .. semakin aku rasa masa tak akan pernah menunggu diri ini .. semakin aku rasa aku semakin banyak membuang masa suka2 sahaja... macam seronok pulak ehk buang masa ni~ huhu ...

Dan setiap hari... aku bukan semakin pandai dan berilmu .. tapi semakin jahil dan buta ... cahaya yang ada di depan mata , aku gelapkan dengan membutakan mata ini ... Dan semakin hari .... semakin hilang semangat dan cinta ini pada lughah ...~ entah ke mana hilangnya .... aku sendiri tak tau.... aku buntu~.... ada sekelumit penyakit dalam hati ini .... Jahil ... mungkin itu jawapannya...



0 comments: