HARI INI.. 18 JULY 2009 ... SYEIKH REDHA SALIM MENINGGALKAN KITA SEMUA UNTUK PERGI BERTEMU ' DIA ' ...
Antara isi surat yang aku titipkan untuk ibu .. " Mak .. kalau ikutkan hati kakak penat dah nak duduk mesir ni ... tapi mungkin sebab berkat doa mak abah , doa masyayikh kuatkan kakak... lagi2 syeikh redha yang tak pernah berhenti doakan "
' Fakya nak tau something tak.. kalau ada orang khatam kan mesti syeikh doakan kau tau ' kata seorang adik sewaktu baru sampai mesir tahun lepas benar2 membuat hati aku terpanah ... Terima kasih syeikh ...
Ikutkan hati memang letih nak ke dars2 lepas ziarah rumah syeikh redha tadi~.. tapi aku pasti.. kalau syeikh tau kami skip dars semata2 kerana terganggu dengan ketiadaan dia.. mesti dia sedih.. jadi aku gagahkan diri juga~
' Kau marah kat aku ke fathiah ' Tanya amirah tadi , seorang teman arab yang selalu temankan pi kelas syeikh ahmad . 'Taklah , aku penat sikit , sebab tadi pi syubra ziarah keluarga syeikh aku yang baru meninggal .. ' ' Yeke ? Takpe sabar jangan sedih .. ' Airmata ini terus mengalir ... aku dah tk mampu nak hiraukan orang ramai kat kiri kanan ... ' Kenapa kau nangis ? takpe.. semua orang akan mati... kau pun akan mati nanti fathiah ' .. ' Tak.. aku sedih sebab syeikh dah mcm ayah aku ... aku takde mak bapak kat sini amirah... syeikh2 ni gantikan diorang... kalau diorang dah tak ada siapa nak doakan aku kat sini .. ' Sekali lagi aku kalah dengan airmata...
Terngiang2 kata2 syeikh... " entu banatii zai umaimah wa asma " ....
Sampai jumpa lagi syeikh ~ :'( , Anta hayyun ya maulana .. Anta hayyun fi quluubina ...
Sunday, July 19, 2009
...Episod 168... Merindukan seorang murabbi ( 8 ) - Aku kehilangan seorang Ayah
Posted by Fathiah at 1:16 AM
Labels: Merindukan seorang murabbi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment