8 july adalah antara hari yang paling bermakna untuk kami sekeluarga . Kerana hari itu adalah hari lahir seorang insan yang saya panggil ibu .. Aminah Bte Mawi.. … Seorang insan yang telah "menginsankan" ketiga2 anaknya insya Allah … 8 july 2008, tarikh keramat dalam hidup saya . Hari saya menerima berita kegagalan saya . Entah macamana saya terlupa hari itu hari lahir mak … dengan selambanya saya call mak … " Mak.. kakak tak lulus .. " Setahun saya tahan airmata saya … pada tarikh itu , airmata saya mengallir seperti air terjun yang entah di mana penamatnya …
Setahun dah pun berlalu .. hari ini .. pada tarikh yang sama … 8 july 2009 , saya menerima berita bahawa saya lulus . orang pertama yang saya kongsi tentu sekali mak … Cuma sekarang ni cukup sms sebagai pengantara… saya dah tak mampu nak menangis… airmata ni dah kering selepas setahun saya biarkan ia mengalir puas mencari hikmah disebalik apa yang terjadi … kata syeikh yusri … " A sa'adah hiya sa'adatur redha wal yaqiin " … jadi saya cuba.. cuba dan cuba untuk redha dan yaqin dengan apa yang terjadi dan akan terjad
Kepada semua yang mendoakan.. Alfu syukran.. kepada adik2 masya Allah yang menemani saya dalam perjuangan setahun ni… Adik halimah n dada… Syukran kerana berkongsi semangat.. dan mabruk atas kejayaan antuma jugak~ ..
Teruskan mendoakan ye semua … Biar doa menjadi penghubung hati2 kita.. Di mana pun kita berada ..~
" Kalau engkau rindu .. sujudlah padanya … kerana rindumu akan sampai padaku…"
" Dunia itu sendiri adalah hikmah … apa yang terjadi dan yang akan terjadi terlindung hikmah … hanya orang yang 'melihat' yang akan melihat hikmah " – Ust rohim
Kepada adik2 yang diuji dengan kegagalan … gagal sekali tak bererti gagal selamanya … kejayaan yang sebenar adalah bila kita mampu untuk bangkit dari kegagalan … " awk.. pujuklaa die balik sini .. sikit jek lagi … berapa maddah jek tu … " " Insya Allah dia kata dia nak balik sini … dia kata , kak fatya pun tahun lepas mcm tu jugak , kak fatya boleh , jadi dia pun sama .. insya Allah " :D … Saya tak kesah kalau adik2 nak jadikan saya kayu pengukur untuk kembalikan semula semangat adik2 yang mungkin hancur seketika bila mendapat berita kegagalan mereka… YANG PENTING… balik sini semula… teruskan perjuangan k …
Kalau dah mulakan make sure habiskan… kalau rasa tak boleh nak habiskan perjuangan ni.. jangan mulakan langsung – Ust Ilyas
entry ni dah ditulis 10 hari yg lalu... tp baru nak post huhu~
Saturday, July 18, 2009
....Episod 167.... - Mak… I know ur prayers are with me :’)
Posted by Fathiah at 12:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment