Exam fasl thani dah makin hampir . Macam2 kerenah orang dah nak exam ni . Yang takut , yang bingung , yang kalut , yang bosan , yang risau dan banyak lah yang yang yang lain . Aku pun tak terkecuali . Masa2 genting ni , semua orang dah mula nafsi2 , tak campur masyarakat umum . Semua dok uzlah kat rumah nak habiskan baca buku . Notes marathon pun tengah ligat berlangsung sana sini . To all , my best wishes are with u .
Sekali lagi , lepas habis exam fasl thani nanti , akan ada lagi saat2 syahdu perpisahan ngan senior tahun 4 . Dah dua tahun dah aku lalui saat2 ditinggalkan oleh senior2 ni. Dah berapa ntah baldi airmata aku curahkan . Sedih sangat bila ada orang tinggalkan . Biar meninggalkan jangan ditinggalkan . heh . Aku ni dah kira famous la jugak kan org dah tau dah , kalau pi airport jek mesti nak nanges . Kengkawan pun dah paham sgt dah . ( nak amek kesempatan ucap terima kasih kat aisyah sbb selalu kena jadi tukang pujuk hehe ) Setiap kali ada senior yang dah ready nak check in , kengkawan pun ready peluk aku . huhu . Aku dah cuba banyak kali untuk tak nangis tp ternangis jugak .
First year sampai sini , bila senior2 balik , aku dah macam orang putus cinta . Dari airport sampai ke rumah . Tak menyempat nak salin pakaian semua aku tros baring , termenung jek kat ceiling yang tak berapa indah nak dilihat tu sambil nangis sampai tertidur kepenatan . Pastu boleh siap sambung lagi esok pagi nya . haiz . Bunga ros merah pertama aku kat mesir ni aku terima malam tu dari kak yan ( dia yang jaga orientation ) adalah bunga ros yang paling aku jaga dan paling tahan lama dari bunga2 lain yang aku pernah beli kat sini .
Tahun lepas pulak , bila kak izzah n kak rai balik , sekali lagi aku diserang simptom2 sedih yg sama . Cuma beza reaction . Lepas hantar diorang balik , drama airmata tu tak stop dari airport sampai lah ke petang . Time tu madinah nasr ni banjir sebab hujan lebat( kira cam ala2 join aku jugak lah , sedih diorg balik ) . Sampai la ke malam, mood hilang entah pi mana . Pastu jiran sebelah pun layan . Aku pun kata aku nak pi mall , nak beli something tapi tak tau lagi apa something nya tu . Bila dah round mall tu berkali2 , jiran pun tanya , nak beli apa ? aku pun terus capai satu teddy bear ni . Dengan mata yang masih sembam dan dengan suara sayu ala2 tak makan 10 hari aku kata laa ' kak , nak beli ni lah , cantik teddy bear ni , diorg dah takde jadi malam tido nak peluk teddy bear ' :') . Pastu kakak tu pun dengan pantasnya dia rampas teddy bear tu dr aku pastu pi bayar kat counter . ' Ni hadiah dari kakak , jangan nangis lagi k ' . huhu . terharu gile .
Tahun ni , akan ada lagi perpisahan dengan senior . Kengkadang aku terpk la jugak . Apsal la aku nak kena kenal ngan orang ni semua . Lepas tu rapat . dan lepastu ... berpisah .. and the cycle will never stop . Teringat dengan kata2 sendiri waktu orientasi 08/09 tahun lepas ' Aturan Allah tu cantik , Allah pisahkan kita dengan keluarga di Singapura , untuk temukan kita dengan keluarga besar yang indah kat sini ' :) .
Untuk mereka yang dah pulang , Antum ahsanun nas , terima kasih kerana jaga kami . Untuk mereka yang akan pulang , Tinggalkanlah kami dengan mutiara2 berharga yang telah dikumpul sepanjang berada di sini . Semoga kami menjadi kuat seperti antum semua . Kepada yang baru datang , the moment antum dapat isal , kami adalah kakak2 dan abg2 antum semua , kita satu keluarga . Kepada yang akan datang nanti ...words of wisdom untuk korang: sabar , sabar dan sabar . ngee~ ...
To all - Ma'at taufiq wannajah bi'aunillah insya Allah :)
0 comments:
Post a Comment