' Awak , kalau nak tau pasal yaman cuba tanya kak halimah , sebab sebelum dia gi mesir dia ada gi yaman for 6 mths gitu ' . Hari berganti hari , bulan berganti bulan ... selepas puas meyakinkan mak dan abah , akhirnya mereka berikan keizinan . Nombor telefon khalah ( makcik yang sepatutnya bawa kami ke yaman ) dah pun dalam genggaman . Berjumpa secara peribadi pun sudah . " Fathiah , anti nak sambung mana sebenarnya ? anti nak tak kalau ana uruskan anti terus sambung kat yaman , kat universiti iman . Ana ada kawan kat sana . Kalau nak ana uruskan " Ust fath menyokong . hmm ...
Lebih kurang sebulan setengah sebelum tarikh yang dah dicadangkan untuk berangkat , mak tanya " kak , betul ke nak pegi ? mak dengan abah dah sediakan duit " Spontan aku menjawab , ' Mak , kakak taknak pegi ' "Kenapa ? " ' Tak tau mak ' . Keinginan yang sekian lama saya pendam , bila akhirnya hampir tercapai , dengan mudahnya saya batalkan . " Kak , khalah telefon , tanya kenapa tak jadi pergi ? khalah kata kat mak , janganlah halang anak nak pegi belajar . Tapi mak tak halang , sekarang kakak yang taknak pegi . Kenapa kak ? ' " Entah " . Saya tak tau macammana nak jawab .
Saya bingung. Saya takut . 8 bulan lagi saya akan ke mesir. Kalau saya ke yaman untuk 5/6 bulan , saya rasa bersalah kerana tak luangkan masa bersama keluarga . Hati saya berbolak balik. Saya benar2 nak ke yaman , tapi terlalu takut untuk tinggalkan keluarga . Tapi saya yakin itu bukan satu2nya sebab . Saya tak tau kenapa. Usaha yang dibuat berbulan2 berakhir dengan satu ayat yang keluar dr bibir saya . ' Taknak pergi '. Cukup untuk batalkan semuanya .
Saya tahu saya tak boleh membiarkan mak berteka teki sendiri , kenapa saya pilih untuk tidak pergi . " Mak , takpe , kan nanti nak pergi mesir , boleh pergi dari sana , lagipun lagi murah . Cuti nanti kakak taknak balik eh mak, boleh eh mak " . Tika dan saat itu , saya sangat yakin . Saya mampu untuk terus pendam rindu saya pada keluarga kalau saya tak balik bertahun2 nanti . Tapi manusia hanya mampu merancang kan ? ... Dan DIA yang tentukan ..
Kehadiran saya di bumi kinanah sayacuba manfaatkan sebaiknya . Talaqqi sana sini . dan tiba2 DIA uji saya dengan penyakit yang tak pernah terfikir boleh berlaku pada saya . Selepas exam fasl awwal saya dapat panggilan dr singapura . Mak suro saya balik . Mak tak percayakan doktor kat sini . Saya faham kenapa mak beranggapan macam tu . Bila mak panggil balik , saya yang jarang rasa tertekan dan putus asa kalah dengan airmata . Saya tau saya akan terlepas peluang lagi untuk ke yaman ... Takpelah ...
Saya lupa dengan kekuatan doa . Masih berbaki 4 tahun lagi kehadiran saya di sini insya Allah . Mudah2an saya sempat jejakkan kaki ke sana sebelum pulang ke tanahair . Call dari mak baru2 ini seperti menyiram air segar ke atas harapan saya yang hampir gersang . Padahal dah lama saya cuba lupakan agenda nak ke yaman ni . " Kak , .. takpe eh , insya Allah sebelum kakak balik sini nanti sempat pergi sana . Nanti mak usahakan k " . Sangat terharu bila mak cakap mcm tu ... Terima kasih mak , Terima kasih abah , Terima kasih Allah :)
Papan Tanda Surau
5 days ago
4 comments:
Salam ziarah. Nice blog content.
Awak tahu tak yang blog awak ni ada nilai? Jika mahu, tambahkan lagi nilai blog content awak, click DI SINI...
Salams, benarkah YAMAN adalah salah satu tempat yang nabi sarankan pergi? Rasanya ada hadith kan? Alhamdulillah kamu! Baraqah sekali!
hm.. rantong, buat duit melalui blog? hurm.. entahla.. lain padang lain belalang.. belalang tempur kastria baju hitam! hahaha
Insya Allah akan sampai.Teruskan pergantungan terhadapNya.Jika kita benar2 jujur untuk kesana...Dia tidak akan pernah menghampakan harapan Kita.Seperti kata masyayikh kami:lau sodaqul murid lawajadus syeikh 'ala bab.Duit kalau adepun belom tentu dapat kesana.Teruskan berdoa dan niat2 yg sidq.Allah Yusahhil.
Post a Comment