Di saat kaki ini mula bergerak pantas di bumi Mesir demi mendapatkan mutiara yang bernama ilmu , terlupa betapa cepat masa berlalu ,meninggalkan umur2 yang semakin hari semakin meningkat . Di saat aku dan teman2 sibuk dengan pengajian , kadang2 timbul juga persoalan yang akan membuat kami tersenyum sendiri . Mencari teman hidup . Rata2 kami semua akur ianya perkara yang masih jauh untuk difikirkan sekarang . Kehendak pengajian dan tuntutan2 lain seperti kewangan dsbg boleh menjadi hambatan untuk kami memikirkan cinta , jauh sekali mencarinya .
Kena fikir jugak ke ?
Cerita2 tentang ikhwah dan akhawat dari negeri2 lain mendirikan rumahtangga dalam usia yang tak pernah terfikir oleh kami ( semuda 19 tahun ) dan masih lagi menuntut kadangkala mengusik hati2 kami yang masih lagi 'budak2' . Maksud budak2 kat sini bukan yang jenis suka main kejar2 main baby doll ke suka merengek . Sama sekali tidak . Tetapi kami masih lagi rasa bergantung pada ayah dan ibu . Hidup berkeluarga mungkin terlalu 'dewasa' untuk kami . Apa yang kami lafazkan seperti cuba menidakkan kedewasaan yang sudah pun mengetuk pintu umur kami . Tapi kami terpaksa , kerana merasa masih belum bersedia . " Awak, kita nak pi walimah ni , kawan kita kahwin ! " " Ya Allah dah nak kahwin , mudanya wak! " , itu antara reaksi aku ketika ada rakan dari negeri seberang yang akan membina masjid di sini :) .
Siapa taqdim siapa ?
Antara isu hangat yang sering menjadi bualan kami adalah tentang akhawat yang taqdim ikhwah . Kalau bahasa biasa yang kita dengar dalam masyarakat kita adalah , isu perigi cari timba . Sesuatu yang sering dikatakan kurang sesuai kerana melawan arus budaya kita . Dah namanya pun budaya , bukan agama kan ? Jadi tak semestinya budaya tu semuanya baik dan tak semestinya apa yang berlawanan dengan budaya kita itu tak baik . Perempuan yang mentaqdim lelaki . Dimulakan dengan Isteri Baginda Nabi yang membawa cahaya risalah ke atas muka bumi ini . " Ish , malu lah nak taqdim dia , dia lah patutnya taqdim kita " . " Eh , kalau kita yang taqdim , macam kita tak laku pulak , " . Itu antara reaksi yang tak berapa menyokong . Tak kurang juga reaksi2 yang excited sangat . " yeke ?? bestnye awak . kita pun nak buat laa " heheheh yekee nak buat.. ?? ;) .
" Nanti kalau dah tau siapa nama anak sedara tu bilanglah ye , kalau dah cukup umur nanti boleh ana taqdim hehe " usik saya pada seorang teman yang lupa nama anak saudara nya yang mungkin baru pandai berjalan . Teringat lagi usikan beliau pada saya sewaktu saya beria2 nak tau siapa nama budak comel yang menjadi dp YM nya . " Kenapa ni anti ? nak taqdim ke ? hehe" . Secara peribadi saya rasa nak taqdim ikhwah ni tentunya bukan sesuatu yang mudah kan untuk akhawat . " Korang , kita rasa , kakak2 yang taqdim suami diorang tu mesti dah buat istikharah tau sebab tu diorang berani . Kalau lelaki sendiri boleh tension sebab kene tolak , apa lagi perempuan . " Hmm .........
Perbezaan budaya ?
Boleh tak kalau saya kata , budaya kahwin muda ni tak berlaku dikalangan org sg , sebab tu ianya agak pelik di pendengaran kami ? . Seorang teman syria pernah kata " Awak , anisah kat skola kita kata , kahwin muda ni antara penyelesai masalah ummat yang ada " . Hmm , ada betulnya kata2 anisah tu . Tapi kalau diri masih belum bersedia lagi2 financially ( paham2 eh sg ) ia boleh jadi punca rumahtangga rosak jugak kan ? ... Aniway , apa2 pun , PERSONALLY , saya rasa , siapa taqdim siapa tak penting . Lelaki taqdim perempuan memang biasa , tapi perempuan taqdim lelaki walaupun ia ' luar biasa ' di mata kita , ia bukan aib yang perlu dimalukan . Untuk mereka2 yang senegeri , redha mak ayah sangat2 perlu . Dan rasanya , walaupun kita lagi mewah dari rakan2 dari negeri lain , kos menanggung kita sepanjang pengajian dibiayai oleh mak ayah dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk mereka, jadi , it would be better if kita boleh berkhidmat pada mereka dari segi kewangan dan masa selepas tamat pengajian kita nanti before we decided to settle down . ( Ini satu peringatan untuk diri sendiri ) .
So , in a nutshell ( bak kata sir haidad ) , it is not even easy to find the person who suits the criteria that we / our parents have put upon us . Jangan kata fikir nak taqdim , orangnya pun belum jumpa ..... ( belum jumpa kee cerewet sangat ehh ? ) Jadi , nak taqdim siapa ?? ... hmmm tepuk dada ,tanya iman kita k :)
__________________________________________________
after 5 days of leaving this blog unattended , ive started blogging again . Exam tahriri 16 may , ppl , i need ur prayers . Syeikh mahmoud sa'id mamduh dah mula kelas last thurs . It was unbelieavable . Best sangat2 .
psst ..... i desperately need to buy flowers ... haiz . 5 hari tak blog rasa mcm 50 hari ... nak kene asah semula cara penulisan ni ..
1 comments:
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!
Post a Comment