CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

....Episod 150 .... - Jari yang mana ni ? -

( Gambar adalah hiasan semata2 , tak tau lah siapa empunya tangan ni ... pinjam ehk gambar )



Adatku dan Adatmu
" Rufaidah !! ... Rufaidah!! ... " Aku berlari ke arah seorang wanita arab berniqab serba hitam . " Enti rufaidah soh ?? " Dari matanya aku tau dia sedang tersenyum sambil menganggukkan kepala .Walaupun di hadapanku ada berpuluh wanita2 arab lain yang berniqab , aku yakin sekali itu temanku , Rufaidah . " Fathiah! izayyik amlah eih? " " Alhamdulillah ana kuwaisah . Wallahi fein enti ya rufaidah . Ittasaltu biki munzu sanah lifaat wenti la tujib . Leih ?? " Pantas aku bertanya setelah selesai bersalaman . Semenjak dari cuti musim panas tahun lalu aku cuba untuk mencari khabarnya . Tapi panggilanku tak pernah dijawab .

( Rufaidah adalah teman arab pertama aku di mesir ni . Dia akan sentiasa bersama aku dan teman2 . Kerana tahu kami tidak mengerti sepenuhnya apa yang dukturah sampaikan , dia sanggup untuk pulang lewat hanya untuk terangkan subjek yang tidak difahami dengan fusha . Tak ramai teman arab yang sabar dengan kami pelajar2 tahun 1 waktu itu . Yang baru nak berjinak2 dengan bahasa amiah . Perlahan2 dia akan mengulang dan terus mengulang apa2 sahaja yang kami tak faham . Rindu sangat kat Rufaidah . )


Heran . Rufaidah yang dulunya periang , candi dan suka mengusik teman2 , tiba2 berdiri di hadapanku sebagai seorang yang tenang . Bukan lagi seperti remaja 19 tahun yang aku kenali . Entah kenapa mataku mengarah ke jari2 nya . " Eh banyak nah cincin .. maksudnya apa ? entah2 dah tunang tak.. " Aku berkata2 sendiri . " Enti makhtubah ? " " La' , (sambil tersenyum die menghulurkan jarinya ke pada ku ) " " huh? makhtubah ? " " La' ya fathiah ! ana mutazawwigah . " " huh ??" Maaf kata lah , tapi entah kenapa tetiba macam terbongok pulak waktu tu . Aku terus hilang kemampuan untuk membezakan kiri dan kanan . hehe . " awk , tangan kiri maknanya kahwin kee ? " Aku bertanya kepada seorang rakan dari malaysia yang kebetulan berada di sebelahku sedang muzakarah . " A ah lah , kalau kiri kahwin kot tak silap , kalau kanan tunang "

Itu kebiasaan mereka . Arab di sini dan mungkin arab2 lain yang ada kat muka bumi ni . Sesiapa yang kelihatan bercincin di jari manis kanan , mafhumnya , dah tunanglah dia . Kalau cincin di jari manis kiri dah nikahah dia . Kebiasaan ini tak terjadi di negeri aku dan mungkin negeri2 lain yang ada kat muka bumi ni heee . Tapi , disebabkan dah tinggal bertahun kat mesir ni , cmana pun kengkadang terikut jugak~ .

_______________________________________________________

Terkesan

" Fathiah , awak balik ke cuti kemaren ? " Tanya seorang rakan dari kedah sewaktu sibuk menunggu kedatangan dukturah . " Eh balik , kejap je , 6 minggu " " balik tunang ke ? " Sambil tersenyum dia tanya soalan tu . Sekali lagi kebongokan menerpa aku . " Eh takdelah , tak dapatlah nak tunang segala " " apsal tetiba die tanya sal tunang ni ? ada benda tak kene kee ngan aku ni..? " dahiku berkerut sedikit tanda tidak mengerti kenapa soalan itu diajukan . " Tu haaa cincin yang kat jari tu bukan cincin tunang ke ?? " Akhirnya... kerana itu rupanya . Sambil ketawa aku pun tukar position cincin tu .. " Awak, cincin ni kita saja je pakai , mak kita belikan die suruh bawak dtg sini . Kita pakai laa ... " Aku tak boleh nak salahkan dia kerana itu adat yang berlaku di negara ni cuma aku selalu terlupa . Kira salah aku laa sebab tk paham .

_____________________________________________________

Selamat sikit ^_^"

Berjalan dari satu kedai ke satu kedai di bazaar sayyidina hussein kadangkala menyakitkan hati bila ada amu2 yang kuat mengusik . Memakai cincin di jari manis yang kiri sangat membantu di saat2 teringin nak rasa aman bila tengah sibuk nak shopping . Jadi tak moody bila balik shopping nanti :) " La' ana mutazawwigah , mush mumkin wallahi la' " Bentak seorang teman bila ada amu yang tidak mahu memberikan barang yang ingin dibelinya . Saja nak mengusik . Katanya suka kat orang asia la apa la .. ( Amu2 kat sini kengkadang mengarut tahap maksima ) Sambil tersenyum mentel ( ish geli ) amu tu kata " Hiya mutazawwigah wenti la ' , ana 'aarif " Sambil menunjuk ke cincin yang aku pakai . Padahal padahal lalala~~.

Hanya kerana sebentuk cincin ..... Lain padang lain belalang kan~








Monday, April 27, 2009

....Episod 149..... - Have Faith -


' Awak , kalau nak tau pasal yaman cuba tanya kak halimah , sebab sebelum dia gi mesir dia ada gi yaman for 6 mths gitu ' . Hari berganti hari , bulan berganti bulan ... selepas puas meyakinkan mak dan abah , akhirnya mereka berikan keizinan . Nombor telefon khalah ( makcik yang sepatutnya bawa kami ke yaman ) dah pun dalam genggaman . Berjumpa secara peribadi pun sudah . " Fathiah , anti nak sambung mana sebenarnya ? anti nak tak kalau ana uruskan anti terus sambung kat yaman , kat universiti iman . Ana ada kawan kat sana . Kalau nak ana uruskan " Ust fath menyokong . hmm ...

Lebih kurang sebulan setengah sebelum tarikh yang dah dicadangkan untuk berangkat , mak tanya " kak , betul ke nak pegi ? mak dengan abah dah sediakan duit " Spontan aku menjawab , ' Mak , kakak taknak pegi ' "Kenapa ? " ' Tak tau mak ' . Keinginan yang sekian lama saya pendam , bila akhirnya hampir tercapai , dengan mudahnya saya batalkan . " Kak , khalah telefon , tanya kenapa tak jadi pergi ? khalah kata kat mak , janganlah halang anak nak pegi belajar . Tapi mak tak halang , sekarang kakak yang taknak pegi . Kenapa kak ? ' " Entah " . Saya tak tau macammana nak jawab .

Saya bingung. Saya takut . 8 bulan lagi saya akan ke mesir. Kalau saya ke yaman untuk 5/6 bulan , saya rasa bersalah kerana tak luangkan masa bersama keluarga . Hati saya berbolak balik. Saya benar2 nak ke yaman , tapi terlalu takut untuk tinggalkan keluarga . Tapi saya yakin itu bukan satu2nya sebab . Saya tak tau kenapa. Usaha yang dibuat berbulan2 berakhir dengan satu ayat yang keluar dr bibir saya . ' Taknak pergi '. Cukup untuk batalkan semuanya .

Saya tahu saya tak boleh membiarkan mak berteka teki sendiri , kenapa saya pilih untuk tidak pergi . " Mak , takpe , kan nanti nak pergi mesir , boleh pergi dari sana , lagipun lagi murah . Cuti nanti kakak taknak balik eh mak, boleh eh mak " . Tika dan saat itu , saya sangat yakin . Saya mampu untuk terus pendam rindu saya pada keluarga kalau saya tak balik bertahun2 nanti . Tapi manusia hanya mampu merancang kan ? ... Dan DIA yang tentukan ..

Kehadiran saya di bumi kinanah sayacuba manfaatkan sebaiknya . Talaqqi sana sini . dan tiba2 DIA uji saya dengan penyakit yang tak pernah terfikir boleh berlaku pada saya . Selepas exam fasl awwal saya dapat panggilan dr singapura . Mak suro saya balik . Mak tak percayakan doktor kat sini . Saya faham kenapa mak beranggapan macam tu . Bila mak panggil balik , saya yang jarang rasa tertekan dan putus asa kalah dengan airmata . Saya tau saya akan terlepas peluang lagi untuk ke yaman ... Takpelah ...

Saya lupa dengan kekuatan doa . Masih berbaki 4 tahun lagi kehadiran saya di sini insya Allah . Mudah2an saya sempat jejakkan kaki ke sana sebelum pulang ke tanahair . Call dari mak baru2 ini seperti menyiram air segar ke atas harapan saya yang hampir gersang . Padahal dah lama saya cuba lupakan agenda nak ke yaman ni . " Kak , .. takpe eh , insya Allah sebelum kakak balik sini nanti sempat pergi sana . Nanti mak usahakan k " . Sangat terharu bila mak cakap mcm tu ... Terima kasih mak , Terima kasih abah , Terima kasih Allah :)

Thursday, April 23, 2009

....Episod148.... - and he is my inspiration -



Dulu , setiap kali abg pulang ke rumah , perit telinga ni nak tahan noise pollution yang ada kat rumah . ' Abah ~! tengok lah abg ni , kakak nak tidur susah lah , bising sangat ' . Abah pun dah tak kuasa nak marah ke nak tegur . Rutin harian abang memang macam tu . Bilik aku dah macam studio dah . Teringat cerita kelakar yang mak buat untuk stop abg ' tah .. berenti main boleh tak ? ko ni .. nanti ular naik rumah baru tau ' .. haha , seketika itu jugak , aku terus ketawa , abg pulak hanya mampu tersenyum . Tapi dia tetap teruskan bermain . Haiz.. Bertahun2 kami satu keluarga dihidangkan dengan 'alunan' instrument yang masih dalam latihan . Perit . Telinga saya sebenarnya dah tak tahan .


SABAR je


Setiap kali saya perlu endure bunyi2an di rumah , setiap kali itu juga lah saya harap sangat2 hari dimana abg akan bermain alat muzik tanpa ada cacat celanya tiba tak lama lagi . Sampailah saya nak berangkat ke mesir dua tahun yang lalu , abg masih lagi dalam proses training . Tiba2 saya dengar2 cerita dari kawan2 abg yang di mesir.. ' fatya ... dengar fatah sekarang ada group , dia dah bagus sey main ' ' ouh yeke.. tak tau cerita pulak ' . hee , setiap kali call singapore , saya tak pernah tanya pasal abg dan instrument nya .. deep inside , saya sangat excited nak dengar :) .


' ish ko tau tak aku bingiit sangat kalau abg aku dah start main seruling kee main benda2 lain .. dengan terpeleot sana sini ... sakit telinga ' .. ' ko ni fatya tak kasi sokongan moral lah kat abg ko ' .. heh , saya rasa cukup lah sokongan moral yang keluarga kasi bila kami terpaksa bersabar dengan bunyi2an selewat 1,2 pagi .


FAHAM SANGAT


Rasanya semua orang dah faham dengan cara abg . Begitulah dia . Kalau dah suka dengan sesuatu , tak kira apa pun yang terjadi dia akan terus cuba dan cuba sampai dia berjaya . Teringat kata abg dulu ' orang2 yang ambik shortcut ni semua buang masa je , mana ada benda senang nak dapat , nak seribu daya .. ' . Dulu , aku selalu buat kerja separuh jalan . Semangat 50 sen . Macam tu lah aku . Tapi semenjak abang tunjukkan kesungguhan dia dalam setiap perkara yang dia suka dan dia ingin lakukan , aku rasa terdorong untuk buat benda yang sama. Sedikit demi sedikit , aku terkena tempias semangat abg . Abg tak pernah mengadu penat bermain musik . Abg tak banyak bercakap tentang jerih payah dia dan instrument nya . Dalam diam dia tanam semangat dan work it out .


Saya hanya nak abang tau , saya bangga dengan dia . Kalau orang kata semangat saya kental , semangat abang lagi kental . Kalau orang kata , saya penyabar , abang lagi penyabar . Kalau orang kata , saya kuat , abang lagi kuat .


Video kat atas ni benar2 buat saya rasa terharu . Darbuka / Turki yang saya belikan abang , abang gunakan juga . Kalau saya tak sokong dia , mesti saya tak layan permintaannya untuk belikan dia turki buatan mesir kan ? wlwpun cum ni je video yang saya nampak abg main turki ni , video yang lain semua orang lain yang main , saya tetap rasa terharu ok! i bought that thing for him ok huhu.. Merentas orang ramai dan anjing2 di ataba pada malam hari semata2 untuk darbuka abang~ ... All the best abg! :)

Tuesday, April 21, 2009

....Episod 147.... - The call -

( gambar adalah hiasan semata2 , dan ketahuilah aku tak pakai nokia lagi )

Tadi petang , aku dapat panggilan telefon dari sorg kawan arab ni . Mula2 terasa sangat lah malas nak angkat . Sebab selalunya dia akan cerita benda yang sama . Tentang cinta tak kesampaian antara dia dan seorang ust msia ni . Macam2 masaalah la yang jadi . Akhirnya , entah macamana , suatu ketika dahulu , aku dibabitkan secara langsung bila aku jadi penyampai msg antara mereka . 2 msg dah cukup untuk aku berlepas diri dari belitan cerita cinta mereka ( dah boleh buat ayat2 cinta 2nd k :p ) . Nama pun Ayat . Tapi ayat ni masya Allah lah , sebabnya dia selalu ajak aku pi talaqqi kitab nahu .

Bila nak angkat telefon tadi tu , aku teringat panggilan terakhir dia dua bulan lepas . " Fathiah , where are you ? i called you hundreds of times but you never picked up my call . Im very angry with you " . ' Erm .. sorry ayat , i am not feeling well , and i left my phone at my friend's house . Do you have something important to tell ? ' . " Fathiah , i dream of you last week , i dream something bad happens to you , i am worried , are you ok " . Ok , for awhile , aku rasa sangat2 terharu la kan . Dia cari aku macam nak gila hanya untuk soalan tu . Waktu tu pulak , aku tengah takde suara . Sakit tekak . Kira macam nak bilang yang mungkin benda burok tu aku sakit kot . So , aku kata nanti suara dah ok aku kol balik . Sampailah tadi petang dia yang kol aku , " Fathiah , syeikh ibrahim class will end this week . He said he needs to study also . " ' ouh wallahi ? when will he continue ? ' " Insya Allah shahr sab'ah " . ' ouh ok , i will not go back so i will come insya Allah ' . " But i will not . because i have finish my studies . I have to go back . " hmm.. ok , ayat ni pelajar kuliyah lughah tahun akhir kat university Ainusy syams . Mana2 talaqqi kitab nahu ada kat daerah2 sayyidina hussein , mudhayafah ke gami' mesti dia akan inform . Pastu dia sanggup turun raba'ah untuk pergi dengan aku . Kengkadang tu dia sanggup terlewat ke kelas , semata2 kerana nak tunggu aku dan nak pergi bersama. Cute tak ? hehe ...

The first time jumpa dia , aku ingatkan boleh lah ayat ni jadi teman untuk tadrib lughah aku ni . Akhirnya aku yang kena tolong dia tadrib bahasa english dia .. hehe .. takpelah .Sabo jek . give and take la kan kata org tu .

Entah kenapa , didorong rasa mentel yang amat sangat aku pun tanya , ' are you ok with muhammad ?, are you still with him ? ' . " no , im not with him , but i still remember him " . ' So , ba'ada shahr sittah , hatatagawwazi ? ' , " Actually , there is a guy who want me , but i rejected him " ' ur cousin? ' ( sekali lagi soalan ni keluar , maklumlah org arab kan suka kahwin satu keluarga ) . " no , he is not my cousin " To end the conversation this is what i say ' Ayaat , why did u reject him ? how do you know if he is good or not ? Forget muhammad ayaat , be with somebody from your country , insya Allah , u will meet with a good guy ok . ' " ok , i will try , i want to meet u fathiah , i miss u very much . " ' Ok insya Allah wait for my call ok , take care ayaat , all the best for ur exam ' .

Aku bukan tak setuju dengan ayaat yang bercinta dan hampir confirm la dengan ust tu , cuma , nak ' berkawan ' dengan orang yang tak sama negeri dgn kita there will definitely be challenges n dificulties that needs mental n physical preparations . So , kalau kita rasa tak mampu nak lalui semua tu , then stop the relationship la .. coz it will only hurt you . Haiz , i cant believe i actually talk about this thing . I simply hate discussions pasal cinta2 ni . For dearest pre u frens lagi yg kat madinah tu :p , jangan jadikan bahan eh balik nanti nak kacau :P .

Kesimpulannya , it was indeed a heart relieving call lah . Dia macam ... eh , akhirnya takde bebual2 pasal cintan cintun ni . Agak rimas ok . Yang penting , ayaat is a very good friend . Sesiapa pun yang kenal dia they will definitely say the same thing , cuma , kengkawan arab ni kalau dah ambik berat , diorang terlalu sangat sampai kekadang terasa diri tak boleh nak bernafas ^_^" ... Manusia ni , susah kan nak bersyukur ...

Sunday, April 19, 2009

....Episod 146..... - getting weaker -


Satu demi satu pengajian yang aku hadiri terpaksa aku tinggalkan . Kelas ust aidil , syeikh ali , syeikh ahmad , syeikh syaltut , syeikh iwad , syeikh yusof .. kuliah juga sesekali terpaksa aku korbankan . Tapi ini bukan satu pilihan . Aku terpaksa lakukan . Yang termampu aku hadiri kini hanya kelas syeikh mahmud , .. itupun selepas aku cuba gagahkan diri untuk keluar .... kerana aku semakin lemah .. dan aku perlukan semua tenaga yang aku ada untuk imtihan nanti ...

Melihat rakan2 yg lain masih lincah ke pengajian , aku hanya mampu tersenyum .. Takpelah .. sesekali Dia uji , kadangkala terasa lah juga tegurannya . Nikmat yang ada berbelas tahun , nak dibandingkan dengan apa yang jadi sekarang ni , kecik sangat ujian nya :)

Bila teringat surah Al Baqarah ayat 216 , i realised that i have long known that He knows me better than i do .. and he knows whats best for me ... and so .. Tawakkaltu 'alallah :)

O lord i seek your forgiveness for all the whinings and complaints ..

Tuesday, April 14, 2009

.... Episod 145.... - Reminiscing the goodbyes -

Exam fasl thani dah makin hampir . Macam2 kerenah orang dah nak exam ni . Yang takut , yang bingung , yang kalut , yang bosan , yang risau dan banyak lah yang yang yang lain . Aku pun tak terkecuali . Masa2 genting ni , semua orang dah mula nafsi2 , tak campur masyarakat umum . Semua dok uzlah kat rumah nak habiskan baca buku . Notes marathon pun tengah ligat berlangsung sana sini . To all , my best wishes are with u .


Sekali lagi , lepas habis exam fasl thani nanti , akan ada lagi saat2 syahdu perpisahan ngan senior tahun 4 . Dah dua tahun dah aku lalui saat2 ditinggalkan oleh senior2 ni. Dah berapa ntah baldi airmata aku curahkan . Sedih sangat bila ada orang tinggalkan . Biar meninggalkan jangan ditinggalkan . heh . Aku ni dah kira famous la jugak kan org dah tau dah , kalau pi airport jek mesti nak nanges . Kengkawan pun dah paham sgt dah . ( nak amek kesempatan ucap terima kasih kat aisyah sbb selalu kena jadi tukang pujuk hehe ) Setiap kali ada senior yang dah ready nak check in , kengkawan pun ready peluk aku . huhu . Aku dah cuba banyak kali untuk tak nangis tp ternangis jugak .

First year sampai sini , bila senior2 balik , aku dah macam orang putus cinta . Dari airport sampai ke rumah . Tak menyempat nak salin pakaian semua aku tros baring , termenung jek kat ceiling yang tak berapa indah nak dilihat tu sambil nangis sampai tertidur kepenatan . Pastu boleh siap sambung lagi esok pagi nya . haiz . Bunga ros merah pertama aku kat mesir ni aku terima malam tu dari kak yan ( dia yang jaga orientation ) adalah bunga ros yang paling aku jaga dan paling tahan lama dari bunga2 lain yang aku pernah beli kat sini .

Tahun lepas pulak , bila kak izzah n kak rai balik , sekali lagi aku diserang simptom2 sedih yg sama . Cuma beza reaction . Lepas hantar diorang balik , drama airmata tu tak stop dari airport sampai lah ke petang . Time tu madinah nasr ni banjir sebab hujan lebat( kira cam ala2 join aku jugak lah , sedih diorg balik ) . Sampai la ke malam, mood hilang entah pi mana . Pastu jiran sebelah pun layan . Aku pun kata aku nak pi mall , nak beli something tapi tak tau lagi apa something nya tu . Bila dah round mall tu berkali2 , jiran pun tanya , nak beli apa ? aku pun terus capai satu teddy bear ni . Dengan mata yang masih sembam dan dengan suara sayu ala2 tak makan 10 hari aku kata laa ' kak , nak beli ni lah , cantik teddy bear ni , diorg dah takde jadi malam tido nak peluk teddy bear ' :') . Pastu kakak tu pun dengan pantasnya dia rampas teddy bear tu dr aku pastu pi bayar kat counter . ' Ni hadiah dari kakak , jangan nangis lagi k ' . huhu . terharu gile .

Tahun ni , akan ada lagi perpisahan dengan senior . Kengkadang aku terpk la jugak . Apsal la aku nak kena kenal ngan orang ni semua . Lepas tu rapat . dan lepastu ... berpisah .. and the cycle will never stop . Teringat dengan kata2 sendiri waktu orientasi 08/09 tahun lepas ' Aturan Allah tu cantik , Allah pisahkan kita dengan keluarga di Singapura , untuk temukan kita dengan keluarga besar yang indah kat sini ' :) .

Untuk mereka yang dah pulang , Antum ahsanun nas , terima kasih kerana jaga kami . Untuk mereka yang akan pulang , Tinggalkanlah kami dengan mutiara2 berharga yang telah dikumpul sepanjang berada di sini . Semoga kami menjadi kuat seperti antum semua . Kepada yang baru datang , the moment antum dapat isal , kami adalah kakak2 dan abg2 antum semua , kita satu keluarga . Kepada yang akan datang nanti ...words of wisdom untuk korang: sabar , sabar dan sabar . ngee~ ...

To all - Ma'at taufiq wannajah bi'aunillah insya Allah :)

....Episod 144.... - Enlightened -

Bismillahil waduudur rahiim

Chat bersama seorg ust semalam malam membuat aku tak senang duduk sampailah hari ni . Sedikit sebanyak ia menganggu konsentrasi aku yg tgh notes marathon ni . Entah macamana topik yang aku tak berapa favourite tu boleh terkeluar . Pada mulanya aku rasa ' alah , i have my own views and so does he , anyone of us can be the right one kan ' . Tapi makin lama chat , dan makin bersungguh2 aku cuba nak put sense into my ideas and my own views , makin aku rasa mcm it makes no sense . The more aku rasa ust is just giving out the traditional view of the topic, the more aku nampak betulnya apa yang ust cakap . Im thinking ... am i trying to be a realist ? or am i trying to cover the insecurity that i felt by making my points look more relevant than his or .... aku tak dapat nak terima kenyataan apa yg ust cakap tu penting dan aku perlukan . hmm ....

The conversation did not end properly . Aku terdiam . I continued the discussion with a senior . and she pointed to me how immature are my views . hmm... dan sampai sekarang... aku tak boleh nak berhenti berfikir tentang benda ni . I was watching a drama : Rindu bertasbih , and all along i realised that i was trying to find an answer while watching the drama . Semua benda yang aku tengok seemed to tell me that im wrong and i should keep my views in a treasure box , locked it up and throw it away into the seas of thoughts and let it reach me no more .

Thx ust ...

Saturday, April 11, 2009

... I miss them soo much ...


( Kak tuty , farah , kak filah , kak abid n me )

( farah n me )

Dear balqis ians 07/08 .. i just want u girls to know , that i miss everyone soo much :'( Thanks for everything :) . Thanks kak tuty for teaching me to be more feminine .. hehe , thanks kak filah for sharing all ur "similar "experiences with me n ur stories . Thanks kak abid for makin me laugh most of the time and for the story telling of movies ;) . Thanks farah for being the best roomate ever .. and thanks for giving me the title that ive never ever dreamed of or ever wanted it to be actually - baby balqis :D



Thursday, April 9, 2009

.. and im speechless....

Monday, April 6, 2009

....Episod 143..... - Kata abah -

( Mak , abah n featuring shauqy al hafy )

Tengahari tadi , akibat keletihan yang teramat sangat : (semalam balik lewat ada prog kat markaz lepastu tadi pagi pegi airport hantar kak nazirah balik sg lepastu troooos pegi kuliah , cuaca dah masuk 30 dgrs ++ jadi paham2 lah ye ) saya tertidur sejurus selepas saya sampai kat rumah dan menghempaskan badan ke tilam yang sangat empuk ( tetiba bahasa novel keluar ) . Tidur saya ( kengkonon qailulah la kan tp bgn kol 5 ) dibangunkan oleh suara2 ahli beit yang sedang kecoh membuat panggilan jauh ke singapura .

Entah kenapa , mimpi petang tadi tiba2 membuat diri ini terpaku . Aku pun terus kalut mencari hp dan menghantar sms kepada mak " mak , tadi kakak tidur , abeh kakak mimpi abah datang sini amek kakak balik sg . Agaknya sebab dah lama tak cakap dengan abah tak . Mak kirim salam abah eh " . Selesai saja menekan butang send , kelompak mata ini sudah sarat digenangi airmata .

Lagu sentuhanmu unic benar2 menyentuh . Teringat lagi kata2 abah ketika aku tidak diterima ke madrasah aljunied untuk peringkat pre-u , diwaktu orng2 lain menyokong cadangan mak yang ingin aku mengambil A level dan imtihan al azhar sekaligus ,
kata abah " kakak betol nak masuk ? abah boleh tanyakan ust kat sana kawan abah , nanti abah tanya boleh tak amek exam lagi " , time tu tak sempat nak cakap , thx abah .

Dan ketika adik pulang ke rumah membawa satu soalan cepumas dari lecturer nye " kakak , lecturer aku tanya , kakak awak kan belajar kat mesir , nanti balik singapore nak keje apa ? keje apa yang dia boleh buat kat sini " ( ok , soalan ni memang kental lah kan , reaction time tu cuma boleh senyum sengeh dan ketawa jek ) . Mak jawabkan " Abah kata , sekarang ni tak payah pikir pasal kerja , itu bukan urusan kita , sekarang ni belajar je , abah kata , orang yang tak amek psle pun boleh dapat keja, rezeki kat tangan Allah " Sekali lagi , thx abah .

" Abah , kaki kakak terseliuh , urutkan bah " " Abah bahu kakak sakit kenapa ni ? abah tengokkan . " " Abah , tangan kakak cramp , esok ada exam ni kene tulis essay banyak , abah picitkan bah " Itu antara ayat2 biasa aku kat abah . Walaupun penat baru pulang dari kerja , abah akan ringankan tangan untuk melegakan sakit yang ada .

Walaupun abah jarang ada di depan mata waktu di sg dulu , bila berada di sini , ketiadaan abah sangat2 terasa . Dah tak ada orang yang akan pertahankan diriku dan kehendakku .
( Malam tu , jam 8 malam mesir dan 2 pagi sg , mak telefon , mak bagi kat abah , bila dengar suara abah .. tros ternangis . Dan untuk pertama kalinya sepanjang aku berada di mesir , aku menangis mendengar suara mereka . )


Terpana aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

( Post ni ada kat sini lepas cukup 3 post tentang ibu yang aku tulis .. hee . Macammana pun dah dahulukan ibu ok ! ) - Ayah~ dengarkanlah~ aku ingin berjumpa ... walau hanya dalam mimpi...

Friday, April 3, 2009

....Episod 142.... - Taqdimkan siapa?



Di saat kaki ini mula bergerak pantas di bumi Mesir demi mendapatkan mutiara yang bernama ilmu , terlupa betapa cepat masa berlalu ,meninggalkan umur2 yang semakin hari semakin meningkat . Di saat aku dan teman2 sibuk dengan pengajian , kadang2 timbul juga persoalan yang akan membuat kami tersenyum sendiri . Mencari teman hidup . Rata2 kami semua akur ianya perkara yang masih jauh untuk difikirkan sekarang . Kehendak pengajian dan tuntutan2 lain seperti kewangan dsbg boleh menjadi hambatan untuk kami memikirkan cinta , jauh sekali mencarinya .


Kena fikir jugak ke ?


Cerita2 tentang ikhwah dan akhawat dari negeri2 lain mendirikan rumahtangga dalam usia yang tak pernah terfikir oleh kami ( semuda 19 tahun ) dan masih lagi menuntut kadangkala mengusik hati2 kami yang masih lagi 'budak2' . Maksud budak2 kat sini bukan yang jenis suka main kejar2 main baby doll ke suka merengek . Sama sekali tidak . Tetapi kami masih lagi rasa bergantung pada ayah dan ibu . Hidup berkeluarga mungkin terlalu 'dewasa' untuk kami . Apa yang kami lafazkan seperti cuba menidakkan kedewasaan yang sudah pun mengetuk pintu umur kami . Tapi kami terpaksa , kerana merasa masih belum bersedia . " Awak, kita nak pi walimah ni , kawan kita kahwin ! " " Ya Allah dah nak kahwin , mudanya wak! " , itu antara reaksi aku ketika ada rakan dari negeri seberang yang akan membina masjid di sini :) .


Siapa taqdim siapa ?


Antara isu hangat yang sering menjadi bualan kami adalah tentang akhawat yang taqdim ikhwah . Kalau bahasa biasa yang kita dengar dalam masyarakat kita adalah , isu perigi cari timba . Sesuatu yang sering dikatakan kurang sesuai kerana melawan arus budaya kita . Dah namanya pun budaya , bukan agama kan ? Jadi tak semestinya budaya tu semuanya baik dan tak semestinya apa yang berlawanan dengan budaya kita itu tak baik . Perempuan yang mentaqdim lelaki . Dimulakan dengan Isteri Baginda Nabi yang membawa cahaya risalah ke atas muka bumi ini . " Ish , malu lah nak taqdim dia , dia lah patutnya taqdim kita " . " Eh , kalau kita yang taqdim , macam kita tak laku pulak , " . Itu antara reaksi yang tak berapa menyokong . Tak kurang juga reaksi2 yang excited sangat . " yeke ?? bestnye awak . kita pun nak buat laa " heheheh yekee nak buat.. ?? ;) .


" Nanti kalau dah tau siapa nama anak sedara tu bilanglah ye , kalau dah cukup umur nanti boleh ana taqdim hehe " usik saya pada seorang teman yang lupa nama anak saudara nya yang mungkin baru pandai berjalan . Teringat lagi usikan beliau pada saya sewaktu saya beria2 nak tau siapa nama budak comel yang menjadi dp YM nya . " Kenapa ni anti ? nak taqdim ke ? hehe" . Secara peribadi saya rasa nak taqdim ikhwah ni tentunya bukan sesuatu yang mudah kan untuk akhawat . " Korang , kita rasa , kakak2 yang taqdim suami diorang tu mesti dah buat istikharah tau sebab tu diorang berani . Kalau lelaki sendiri boleh tension sebab kene tolak , apa lagi perempuan . " Hmm .........


Perbezaan budaya ?


Boleh tak kalau saya kata , budaya kahwin muda ni tak berlaku dikalangan org sg , sebab tu ianya agak pelik di pendengaran kami ? . Seorang teman syria pernah kata " Awak , anisah kat skola kita kata , kahwin muda ni antara penyelesai masalah ummat yang ada " . Hmm , ada betulnya kata2 anisah tu . Tapi kalau diri masih belum bersedia lagi2 financially ( paham2 eh sg ) ia boleh jadi punca rumahtangga rosak jugak kan ? ... Aniway , apa2 pun , PERSONALLY , saya rasa , siapa taqdim siapa tak penting . Lelaki taqdim perempuan memang biasa , tapi perempuan taqdim lelaki walaupun ia ' luar biasa ' di mata kita , ia bukan aib yang perlu dimalukan . Untuk mereka2 yang senegeri , redha mak ayah sangat2 perlu . Dan rasanya , walaupun kita lagi mewah dari rakan2 dari negeri lain , kos menanggung kita sepanjang pengajian dibiayai oleh mak ayah dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk mereka, jadi , it would be better if kita boleh berkhidmat pada mereka dari segi kewangan dan masa selepas tamat pengajian kita nanti before we decided to settle down . ( Ini satu peringatan untuk diri sendiri ) .


So , in a nutshell ( bak kata sir haidad ) , it is not even easy to find the person who suits the criteria that we / our parents have put upon us . Jangan kata fikir nak taqdim , orangnya pun belum jumpa ..... ( belum jumpa kee cerewet sangat ehh ? ) Jadi , nak taqdim siapa ?? ... hmmm tepuk dada ,tanya iman kita k :)


__________________________________________________

after 5 days of leaving this blog unattended , ive started blogging again . Exam tahriri 16 may , ppl , i need ur prayers . Syeikh mahmoud sa'id mamduh dah mula kelas last thurs . It was unbelieavable . Best sangat2 .

psst ..... i desperately need to buy flowers ... haiz . 5 hari tak blog rasa mcm 50 hari ... nak kene asah semula cara penulisan ni ..