CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 21, 2007

....Episod 34.... - Keresahan meniti hari -

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد و على ا له و أصحابه

Setiap detik yang berlalu ..
menyedarkan aku...
betapa banyak waktu
telah aku habiskan ..
untuk dunia...
yang sia - sia sahaja..

Dimana kutub maraji' ?
Nahu.. saraf .. balaghah..
'arudh ... hadith .. tauhid..
fiqh.. mantiq..
mana mereka semua ?
aku terlupa rupanya..
terlupa perjuangan ku..
akan bermula tak lama lagi..

Nampaknya.. aku masih leka..
leka dengan tanggungjawab..
lalai dengan jihad..
yang telah tersedia untuk dijamah...
dijamah seseorang yang bergelar mujahidah...
mampukah aku merebut gelaran itu..
menyandang jawatan itu ..???!!

Lagu hijjaz yang berkumandang..
benar-benar menyentak khayalan ...
menggoncang kelalainku ..
apa hadf hidupku..
keresahan ku meniti hari ...'
mesti bermula hari ini..!! ..

Katanya aku akan berjihad...
tapi.. mana perisai ku?
dari mana kan ku peroleh senjata?
akan terkorbankah aku..
kerna kurang persiapan..
atau akan menangkah aku...
dengan izin tuhan.....

"Berjuang menempah susah
menanggung derita menungkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid membela tauhid

dipisah ia berkelana
dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
namun jiwa tetap memburu cinta
membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang resah silih berganti
inilah sunnah
orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
dihiris doa airmata
siangnya bagaikan singa dirimba
memerah keringat mencurah tenaga

Sunnah orang
berjuang ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua jadi pilihan
dunia yang fana atau syurga"

0 comments: