CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 4, 2010

....Episod 218.... - Kembali Merindu -




Hari hari selepas kepulangan aku ke tanahair ni , aku sambut dengan senyuman . Aku masih lagi tersenyum sayu ... tak percaya keberadaanku di sini .... aku masih lagi mengalirkan air mata ... cuba untuk meluahkan rasa syukur yang teramat sangat ... entah kenapa setiap apa yang aku lihat , dengar dan fikirkan hanya akan membuat aku menangis atau tersenyum .


Semua orang tahu aku seorang yang aktif . Baik di mesir mahupun di sini . Tapi sekarang ini aku tak rasa teringin pun untuk keluar dan melayan masyarakat yang dulunya aku anggap seperti keluarga kedua . Aku selesa di dalam gua ini . Gua yang selalu aku mimpikan dulu .... gua yang penuh dengan kasih sayang.... gua yang penuh dengan insan2 mulia yang membesarkan aku ....


Bebelan Mak selalunya akan membuat aku terdiam memberontak . Bebelan itu kini hanya membuat aku tersenyum dan berairmata . Aku tau aku akan rindu semua itu . Aku tak ingin kembali merindui mereka .....


Berat sebenarnya hati ini nak bercuti meninggalkan keluarga yang dah dua tahun aku tinggalkan , tapi kerana khat... aku gagahkan juga langkah ni~.. cuti ke KL esok akan aku pastikan berakhir dengan sebuah senyuman di yayasan restu . Mudah2an Allah beri peluang untuk aku bertemu dengan ust baki dan ust yusof ...


Hidup ni memang penuh dengan pengorbanan kan ... Walaupun pengorbanan yang perlu aku buat terlalu sedikit nak dibandingkan dengan mereka2 yang malang nasibnya ... ia dah cukup membunuh bagi aku . Tak sangka kan .. selama di Mesir ... sebenarnya aku cuba dan cuba untuk membasahi hati yang telah gersang kerana menahan rindu dengan titisan keyakinan bahawa satu hari nanti aku akan beri air yang secukupnya supaya hati ini hidup kembali .... dan kini ... Hati itu sedang aku rawat... dengan khidmat yang dapat aku berikan pada insan2 yang telah mendidik aku .


Setiap kali temankan nenek makan , siapkan makanan atas katil .... suapkan nenek.... Aku rasa aku tak akan pernah habis termenung.... tak termampu rasanya nak balas jasa nenek yang bertahun jaga aku .... setiap lauk yang aku minta pasti akan dimasaknya.... sarapan , makan tengahari dan malam sentiasa terjaga... Biar dia letih sepanjang hari di dapur... yang penting kami semua mampu tersenyum kenyang untuk teruskan perjuangan ..


Setiap kali mendengar aduan mak tentang hal2 kerja ... Aku tak pernah berhenti berdoa , semoga Allah menjaga ibu yang kental semangatnya dengan dunia pendidikan . Pekerjaan yang meletihkan , berdepan dengan kerenah2 rakas setugas dan waris2 murid yang kadangkala keterlaluan , tidak pernah dihiraukan , demi melihat anak2 didiknya mengenal tuhan yang menciptakan .


Melihat Abah yang selalu menolak bila aku ingin menghidangkan makanan kerana kelam kabut nak ke kerja buat aku rasa bersalah . Aku tak layak nak kata aku cuma makan sekali sehari saja di mesir kalau sibuk dengan kelas , kerana abah juga makan sehari sekali sahaja kerana kejarkan masa bekerja .


Ada apa dengan dunia ini Ilahi ? Ada apa dengan cinta... Pengorbanan mereka membuat aku tk mampu nak tahan airmata ni~ ... Aturan Allah tu memang hebat... DIA letakkan aku di bumi Kinanah untuk mengajar erti sebuah pengorbanan sebenarnya ... Pengorbanan yang aku lakuakan adalah semata2 untuk diri aku sendiri... bukan untuk mak dan abah ... tapi pengorbanan yang mereka lakukan ... tak pernah untuk diri mereka sendiri... tapi untuk aku , abg dan adik .... yang baru terbuka mata mensyukuri erti sebuah pengorbanan ...


Aku tak ingin kembali merindui mereka... aku ingin mereka terus ada di depan mata.... aku tak ingin meninggalkan mereka.... juga tak ingin mereka meninggalkan aku~ .... Mak kata ' Abah dah lain sekarang... dah tak garang lagi... yelah dah tua ' . Kata2 mak buat aku terus sayu .. aku tak sangka... kalau sebenarnya mereka dah menghampiri hari senja .... dan aku juga semakin dewasa...


Status : Sedang mensyukuri hari2 yang dilalui ... Semoga sempat mengumpul memori yang secukupnya utk kepulangan kali ini ... buat bekalan semangat di sana nanti ...

1 comments:

Anonymous said...

:') <3