CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 27, 2007

.... Bahagian 2 .... - Episod 44 -



Hari kedua : 13 june

Selepas sarapan , kami di minta mengumpulkan beg2 kami ke lobby hotel . Sebelum kami berangkat ke Ma'ahad Tahfiz Negeri Terengganu , kami diberi masa untuk rehat di belakang hotel kami , menikmati air laut yang tenang sekali. Sesekali ternampak juga ' speed boat ' melintas. Teringat lagi saat2 manis bermulanya ukhuwwah kami bersama 'nisa' dan 'fu'ad' , hehehe . Teringat lagi bila nampak bot berlalu , aku pun bertanya padanya ' fuad, what is that boat called ? ' ' ship , its a speed ship ' hehe.. itu belum termasuk hiwar fuad dengan mardhiyah lagik. Tak kering gusi kami dibuatnya dengan kerenah dua kanak2 yang baru mencecah usia 5 tahun itu .

Dalam lebih kurang jam 9 kami pun bersiap untuk berangkat ke ma'ahad.Sesampainya kami di sana, kami disambut oleh seorang akhi yang aku tak pasti samaada dia seorang tenaga pengajar atau bekas pelajar atau siapa. Kemudian kami dibawa ke dewan untuk mendengar sedikit kata2 aluan dari mereka. Mudir di ma'ahad tu.. namanya Ust wan.... ( maaf tak ingat namanya ) Allahu akbar! cara die bebual masya Allah, serupa dengan poknik. Terpegun kami seketika. ( Maklumlah dah rindu gila ni kat rebutia ), atas sebab2 yg tersebut, kami pun panggil beliau Pok Wan.. hehe .

Ma'ahad ni agak berbelit sikit, payah nak cari jalan keluar hihi.. sebabnya mereka sedang menjalankan renovasi kalau tak silap.. ke , tengah bina binaan baru.. Allahu'alam tapi yang cantiknya adalah, di mana2 kami jalan pasti ada papan tanda kecil yang mengisi kata2 semangat dan peringatan untuk para huffaz ! Masya Allah.. khair...khair...

Kami kemudian dijamu dengan sarapan yang khas yang aku tk ingat apa namanya . Nasi dan lauk kari. Sedap memang sedap. Tapi kami masih lagi kenyang dengan sarapan di hotel jadi kami cuma amek lebih kurang jek . agak2 dapat rasa ok lah kan .

Satu lagi perkara istimewa di ma'ad ini adalah. mereka ada 2 uniform. 1 warna ungu ( untuk exco ) satu lagi warna biru ( untuk pelajar ).. Bila dah penat ambil gambar dan bertanya itu dan ini kami pun naik bas dan bersedia untuk ke destinasi seterusnya..

Destinasi kami yang berikut ini sangat2 bermakna dalam hidup kami.. Ma'ahad yang kami kunjungi selepas itu benar2 meninggalkan kesan menusuk kalbu ke dalam diri kami.. Menceritakan pengalaman itu kembali sahaja sudah cukup mendebarkan.. Berdebar2 kami rasanya... Debaran itu telah bermula.. dan sehingga kini masih belum berhenti lagi....
( akan ku sambung di post yang akan datang )

0 comments: