Bismillahirrahmaanirrahiim...
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad
Sehingga detik ini , aku masih tidak dapat percaya apa yang telah berlaku padaku sepanjang empat hari yang lalu . Aku ke rebutia!! eh betul ke??, aku jumpa poknik!! eh betul ke? aku masuk hutan jadi faci!! biar betul??! aku kenal afra'!! yeke??........
Hari pertama aku tiba di rebutia , diwaktu kaki masih kaku , diwaktu fikiran masih bingung , diwaktu hati berkali-kali bertanya , betul ke aku kat sini lagi ?? aku ternampak poknik dari jauh.. Ya Allah , debaran hatiku semakin tidak terkawal . Terasa seperti sesak nafasku . Dan ketika langkah semakin dekat , kekuatan hatiku semakin lemah . Cuba ku tahan gelora perasaanku tapi tetap tak dapat nak ku lawan . Akhirnya , gerimis mengalir dari kelopak mata , makin di tahan makin deras jadinya . Ya Rabbi , rindunya aku tak terkira . Terasa seolah - olah aku kembali ke tempat asalku , di mana aku pernah dilahirkan .. dilahirkan semula sebagai seorang insan yang sedar segala yang ada di sekelilingnya perlu dicintai .. dikasihi .. disayangi ..
Mimpi ke ni ???!! haa su? mimpi ke kita ni? haa raudha? mimpi ke kita ni!!! .. Raudha : Awak cuba cubit sikit pipi kita! Su : eh fakya aku tak percaya lah kita ada kat sini ...
dan aku .. sangkin tidak percayanya , aku menampar- nampar pipiku ( hee , mmg keje bodoh tapi betul2 tak percaya ) . Belum pun sampai 2 jam kami di rebutia , ust sudahpun bersiap sedia untuk pergi ke petaling street bersama adik2 yang lain untuk "shopping" . Aku pun dengan nada separuh merayu meminta izin pada ust andaikata boleh aku,suliza dan raudha berada tetap di rebutia . Kami dah tak ada 'raghbah' nak shoppping. Alhamdulillah , tak disangka ust memberi keizinan dengan senyuman ..( redhalah tu maknanya kan => )
Bila dah dapat izin tu , mula lah feeling2 ngan suasana kat rebutia.. tapi sungguh!! hanya Allah yang tahu perasaan kami waktu tu. Lepas hantar adik-adik semua naik bus untuk pergi shopping , kami pun dengan segera ' wash-up' dan tukar pakaian . Mula - mula tu , kita amiklah video-video perjalanan kami kat rebutia daripada track flying fox sampai lah kat dewan serbaguna yang dekat dengan tent kami . Waktu kat dewan kita lepak lama sikit sambil mengubat kekecewaan yang poknik takde kat campsite. Takpelah, kita rancang Allah tentukan. Kami pun amik video sambil dengar lagu2 'legend' rebutia dulu.
Tanpa kami sangka ... tiba-tiba poknik muncul entah dari mana , " poknik!!!!!!!! " tetiba jek aku terpekik , aku sendiri tak percaya yang aku pekik . Dah macam jumpa idola pulak . Raudhah pulak macam biasa ah, terpekik sekali hehe. Sori lah sis .
Kami bersyukur sangat waktu tu kerana dapat duduk bersembang dan meluahkan segala perasaan dan rindu kami pada poknik. Hamdan lillah. walaupun tak berapa puas ( hee biasalah manusia ni tak pernah nak rasa puas ) tapi kami tetap bersyukur dengan masa yang telah Allah berikan.
Kami bertiga pun solat jama' taqdim maghrib dan isya' berjemaah . Tepat jam 8 , adik2 kami telah pun sampai di rebutia . Selepas makan malam , kami bersama-sama duduk dengan adik2 di dewan serbaguna untuk mendengar modul pertama poknik ..
Bagaikan mimpi jadi nyata , kami tersenyum - senyum sendiri sambil mendengar bicara poknik.sesekali , ada juga haru dan pilu menerpa ... kerana kami tidak pasti, apakah realiti bak mimpi yang sedang berlaku pada kami.. akan berterusan atau sebaliknya .. Hanya satu yang ku fikirkan waktu itu, hidupku hanya untuk hari ini. Aku kini di rebutia..so..live life to the fullest here! .. Hanya satu yang ku rasakan waktu itu , aku rasa tersangat selesa.. seolah-olah aku telah kembali ke rumah sendiri.. ke tempat asalku semula... ='(
"dan aku masih di sini
terus mendaki puncak tertinggi hidupku
dan aku terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali..
sahabat.."
Papan Tanda Surau
6 days ago
0 comments:
Post a Comment