CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 10, 2007

....Episod 42.... - Salam perjuangan -


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Semalam, pagi2 lagi aku sudah bersiap untuk keluar. Adikku Nadiah haron akan ke Pahang untuk menyambung pelajarannya di peringkat diploma di KIPSAS . Bas yang beliau naiki akan bertolak pada jam 9 pagi. Pada mulanya, aku sangka aku tak sempat untuk bertemu dengannya. Kanchiong lah jugak kan.. sebabnya? aku terbangun lambat hehe.. Sebelum ke sana , aku membuat temu janji dahulu dengan adikku yang satu lagi , Ramiza . Haiz, tak ku sangka, dia pun lambat juga .

Tepat jam 8:15, aku dan miza pun mulakan perjalanan kami ke Lavender menaiki MRT. Risau aku tidak sempat nak berjumpa dengan Nadiah., aku pun menghantar sms kepadanya "Adik,maaf sangat2, kalau sempat kita jumpa,sempatlah.. kalau tak, hmm.. ".. selang seminit , Nadiah menjawab sms ku " Takpe kak.. apa2 pun doakan adik k? Take care akak,selamat berjuang,doa' adik.. moga bumi anbiya'menyambut akak menimba ilmu di sana! Fii hifzillah wa ma'a nasrih ! " .. Haru benar hatiku pada waktu itu.. Air mata berkumpul di kelopak mataku .. Alhamdulillah, dapat ku tahan. Malu la kan kalau nangis kat MRT. heh.

Sesampainya kami di lavender, kelam kabut aku dan ramiza mencari taxi stand. Bila dah dapat naik taxi tu, hai.. syukur sangat2. Jam waktu tu 8:47. Pusing punya pusing, tetiba ternampak sekumpulan budak2 perempuan kat tempat bus2 tu . 'ahh dah sampai ' kataku pada ramiza. dah pukul 8:55 ! ya Allah, mudah2an dapat jumpa. Dengan pantas aku menelefon Nadiah " Adik! akak ngan Miza dah nak sampai nih! jangan naik dulu tau . Tunggu kita tau adik! jangan naik dulu! " " ok2 kak. akak cepat sikit , dah sampai bilang adik k!" . Memang agak drama sikit keadaan kami di dalam taxi pada waktu itu. Berbagai sumpah seranah yang sopan telah diucapkan, hehe...

Sejurus selepas Taxi sampai di tempat yang kami ingini, aku dan miza cepat2 berlari mencari Nadiah. Aku meluru ke arahnya dan memeluknya seerat mungkin. Bila pelukan telah terurai , Nadiah pun kelam kabut naik bus. Haiz, kesian plak adik aku ni.Kena marah dengan pakcik Bus sebab naik bus lambat. Bila bas dah nak jalan.. Nadiah pun kol aku" kak , terima kasih ye sebab datang.." " Adik!! jaga diri ye.. adik, kita dapat lambai adik ke tak ni?? ""dapat2 , nanti bus ni pusing kak.." suara Nadiah bergetar, jelas menunjukkan betapa sebaknya die dgn perpisahan ni . " Adik ! takmo letak dulu!.. kita bual sampai bas ni dah keluar dari tempat ni ye""kak..! tak kuatlah kak..!""tkpe2, adik takmo letak..!" Ketika tangan sempat melambai, lambaian perpisahan.. air mataku mengalir.. menangisi pemergiannya..

Tangisanku bukan kerana diri tak mengizinkan dirinya pergi.. Tapi tangisanku diiringi doa dan harapan, mudah2an satu hari nanti.. akan ku lihat dia berada di puncak kejayaan , saat itu nanti .. akan ku bisikkan pada diriku dengan bangga, inilah dia.. Mujahidah solehah! AAmiinn..
Ya ukhti mahbubah , liqaa'una na'iimun, wa firaaqunaa jahiimun...

( Di sebelah petangnya pula, aku mendapat berita gembira bahawasanya, kedua-dua teman baikku dapat masuk Universiti Madinah !!) Mabruk lakuma ya akhil habiib . Allah ma'akum . Salam perjuangan semua .... :)

" Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku.."

0 comments: