CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 19, 2007

....Episod 44.... - Episod paling bermakna dalam hidupku -



بسم الله الرحمن الرحيم
وَََلَقَدْ يَسَّرْنَا القُرآنَ للذِّكْر فَهَلْ من مُدَّكِر
Tarikh : 12 june - 15 june
Tempat : Malaysia
Hari pertama : 12 june

Tempat : MKS - Pahang - Terengganu ......

Jam 7.20 pagi . Aku dan adik ku sampai di masjid kampung siglap . Dari jauh lagi, ku lihat kelibat hida yang sudah sedia menyambut kedatangan kami.. hehe ( macam datok bandar nak ziarah masjid plak ahakz ) . Bas yang akan kami naiki dijangka bergerak jam 7.45 . Selepas hal-hal administrasi selesai, kami pun dengan sebaris senyuman .. melangkah pergi . Tak sabar rasanya waktu itu. Oleh kerana aku, adikku , mardhiyah dan hida tidak pergi orientasi wisata tahfiz ini , kami agak ' blur ' tentang perjalanan kami .


Sepanjang perjalanan kami untuk ke pahang , waktu tidur yang kami peruntukkan amatlah sedikit... hmm , jadi kami pun buatlah perbincangan agung. Banyak yang dapat kami bertiga bincangkan, terutama hal2 skolah dan hal2 pelajaran kami . Tanpa kami sangka , rupanya perbincangan kami telah menganggu waktu tidur orang2 yang ada di depan ( maklumlah kami duduk paling belakang ) . Kesian mereka. Hanya Allah yang tahu betapa bersalahnya kami.


Kami dijangkakan untuk sampai ke Ma'ahad tahfiz Negeri Pahang pada jam 2 petang. Tetapi , ' KITA MERANCANG ALLAH TENTUKAN ' . Traffic jam telah melewatkan kedatangan kami selama 3 jam . Jam 5 ptg, kami disambut dengan penuh mesra oleh huffaz di sana. Seronoknya~~ :) .. berbunga2 perasaan kami . haiz... selepas mendengar taklimat dari pihak mereka dn pihak MKS.. kami dijamu dengan makanan negeri mereka. Tak taulah apa namanya, tapi enak sangat2 .


Kesimpulan yang dapat ku berikan untuk maa'had ini adalah.. aku rasa, maa'had ni betol punya elite. Mereka hanya akan terima individu yang benar2 baik penguasaan bahasa mereka samaada inggeris arab atau melayu. Aktiviti yang mereka tawarkan juga sangat-sangat menarik antaranya adalah menunggang kuda - berenang dan memanah . Kesian seorang kawanku , kerana tertarik sangat dengan aktiviti berkuda , sehingga kemana kami pergi , kuda la yang akan dicarinya . Dan setiap kali ke ma'ahad tahfiz seterusnya , tentang kuda juga yang akan ia tanya.. hehe ... 1 perkara yang menarik perhatian kami juga adalah tempatnya yang sangat cantik. Maahad tahfiz negeri pahang agak modern padaku . Ianya tidaklah sebesar maahad tahfiz lain yang kami kunjungi ataupun darul quran selangor , tempatnya mungkin kecil , tapi luas dan cantik. Yang penting sedap mata memandang.. tenang fikiran kami melihat..

Selepas solat jama' taakhir , kami pun bersiap sedia untuk meninggalkan tempat tersebut untuk langsung menuju ke terengganu ... Malam pertama kami di Malaysia akan bermula dalam masa beberapa jam saja lagi... ( bersambung )

0 comments: