Selagi pandangan matamu berkeliaran
Segala pemandangan akan membebani hati
Kau pandang segala sesuatu di luar kemampuan
Sebahagian lain tiada kesabaran lagi
Segala peristiwa berawal dari pandangan mata
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang meleset dari tali
selagi manusia masih memiliki mata utk memandang
Dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang
Senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali
Wahai orang-orang yang melepaskan anak panah yg sesat
Engkaulah sang pembunuh namun tiada mengena
Wahai orang yang mengambur pandangan untuk mencari ubat
Kau datang dengan membawa kayu bakar yang mebara
Hatinya tidak dibiarkan kerana bekal padangan
Dengan bekalnya itu dia tidak menyedari apa yg terjadi
Tak kulihat siapa pembunuh dan siapa korban pembunuhan
Tanpa senjata yang menyertai kerana maksud hati
Siapa yang didatangi musuh dan pendengki
Aku akan datang dengan mata dan hati
Keduanya berganti2 pandangan dan fikiran
Tidur dan fikiranku dijadikan tawanan
Dengarlah wasiatku wahai semua orang
Usah perhatikan lagi penyedap makanan
Cinta itu berakhir dengan angan-angan
Bermula dari canda dan gurauan
Wahai pandanganku yang berlumur dosa di badan
Dengan airmata kan ku hapus dosa kepedihan
Aku ingin menangis kerana cinta dan lara
Kau kenyang kerana ngantuk yang menyerangnya
Tak mungkin kerlingan tanpa pandangan
Tak mungkin ada diri tanpa badan
0 comments:
Post a Comment