CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 12, 2007

....Episod 14....- Teruskan perjuangan -


Seorang teman pernah berkata " yang pertama tak bermakna yang paling baik dan bijak , yang terakhir tak bermakna yang paling lemah dan jahil "


Akan tetapi , ianya telah menjadi satu lumrah dan kebiasaan ujian di mana pun ia berlaku.. ada yang akan berjaya harungi dan ada yang gagal.. tapi apakah kejayaan yang satu ini mencerminkan kejayaan kita dalam hidup dan menjadi satu tanda bahawa kita akan terus berjaya ?!


Seorang 'alim pernah berkata " kejayaan hanya akan datang selepas kita mengalami kegagalan, selagi kita belum pernah gagal,selagi itu kita tak akan rasa erti kejayaan "
Manis rasanya kata-kata yang diberikan ini. Inilah hasil buah fikir seorang 'alim, ranum buahnya harum baunya .

Kadangkala kita lupa, bahkan sering terlupa tujuan utama kita menuntut ilmu. Apakah nombor 1,2 atau tiga yang ingin kita raih? atau mumtaz,mumtaz syaraf, jayid jiddan yang ingin kita kecapi? atau mungkin pujian melambung tinggi dari teman-teman dan setiap insan di sekeliling kita, hebat melaungkan dengan bangga betapa bijaknya kita, betapa kagumnya mereka dengan kita? betapa indahnya hidup ini jika kejayaan yang sama milik mereka... untuk menunjukkan apa?! siapa lebih berkuasa? siapa lebih tinggi darjatnya? .... apakah 4,5 helai kertas soalan wajar menjadi ukur tara bagi ilmu yang kita ada???!

Manusia memang sering terlupa.. begitu juga aku... lupa akan perkara asas dalam menuntut ilmu.. niat kita.. sehelai kertas yang tertulis natijah kepada beberapa soalan yang diberikan kepada kita tak mampu menilai ilmu yang kita ada.. tapi hakikatnya, kertas itulah yang kita banggakan.. kertas itulah yang kita usung ke sana ke mari untuk mendapatkan sebuah pekerjaan, demi meneruskan kehidupan kita.. jelas sekali.. bukan ini yang Islam ajarkan.. Ilmu tak pernah ada batas, kecerdikan tak pernah dinilai dengan sehelai kertas dengan benda yang tidak bernyawa.. tapi kebijaksanaan seseorang dinilai dengan keikhlasan , kejujuran , kesabaran dan amalan.

Pun begitu, apa yang terjadi kini tak dapat nak di tolak, tak dapat nak di lawan.. arus kemodenan, meletakkan undang2 mewajibkan sehelai kertas itu diperolehi untuk menjamin kebahagiaan yang semata-mata untuk dunia.. Ya! memang untuk dunia , dan hanya dunia.. apakah kita diberi pilihan ? untuk memilih cara yang kita inginkan? tentu sekali tidak.. arus kemajuan yang ada kini tak dapat nak dilawan... jika dilawan kita kan tenggelam . Mampukah kita untuk lari meninggalkannya? tentu sekali tidak.. jika kita lari.. dia tak akan pernah berhenti mengejar kita.. dia terlalu cepat dan akhirnya,kita akan tetap tenggelam juga?! YA ! aku tahu.. ianya tak adil.. tapi kita tak ada pilihan..jalan terbaik?... jalan bersama... seiringan dengan arus kemajuan.. kemajuan untuk apa? hanya untuk dunia...

Tarikh 10 februari 2007 akan menjadi satu kenangan yang sangat indah diantara aku dan rakan2 yang lain... kenapa ya?? hmm... selain berkumpul bersama2, hari itu juga merupakan hari di mana kami meraikan kertas-kertas yang akan kami bawa selepas ini ke mana-mana, untuk menunjukkan kepada mereka di luar sana ' lihatlah! inilah ilmu-ilmu yang kami ada, inilah dia yang telah kami perolehi.. selepas 12 tahun bersengkang mata ,berkorban masa.. melihat jasad kami dibasahi keringat kerana keletihan , melihat setiap langkah kami meninggalkan rumah hanya untuk mengejar satu perkara : ilmu ! , inilah dia kertas-kertas yang kami perlukan, yang kami kejarkan?? ' .

Hakikatnya, aku rasa malu dengan diri sendiri.. malu dengan kesedaran diri sendiri, bila aku rasa segala apa yang aku pelajari.. selesai di meja peperiksaan.. luput dari ingatan di saat pena ku letakkan kemas di tepi kertas ujian yang telah lama sedia berisi ... berisikan apa yang aku sangkakan ilmu ... ilmu yang aku pelajari hanya untuk satu ujian dan satu keputusan yang membanggakan???! .. Natijahnya : apakah aku akan bersedih jika aku gagal.. persoalan yang lebih wajar adalah 'patutkah' aku bersedih jika aku gagal? , dan jika aku lulus dengan keputusan yang cemerlang , patutkah aku merasa gembira, bangga , suka dan kemudian meraikannya .. ya! aku patut gembira ,bangga dan suka kerana telah selesai melakukan satu proses yang aku perlu jalani setiap tahun dengan cemerlang, proses yang akan menentukan masa depanku!?... ya! aku patut rasa gembira dan bangga dengan segala pengorbanan masa dan tenaga yang telah aku curahkan, ya! aku patut rasa gembira dan bangga kerana aku punya azam untuk cemerlang.. tapi aku terkilan, kenapa untuk cemerlang.. jalannya harus begini?kenapa ianya hanya untuk dunia!setipa kali terfikirkan perkara yang satu ini , aku rasa seolah-olah segala apa yang aku lakukan selama ini sia-sia.. kerna segalanya ku lakukan dengan niat yang jelas terpesong.. atau masih dalam kekliruan yang nyata?entahlah, yang jelas.. aku terkilan...kecewa... bosan dan rasa terhina .

Hebat bukan?! harga sehelai kertas itu.. ( bersambung.................) :)

0 comments: