CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 15, 2008

....Episod 80.... - Nilai Sekuntum Bunga -



Semalam malam , Kak izzah dan kak rai datang bersama ke helwani untuk bertemu dengan saya ( ada kerja sikit nak kene buat dgn kak rai ) . Tanpa saya sangka dan saya duga , mereka datang membawa sekuntum bunga ros merah baldu . Terharu lah jugak sebenarnya waktu tu . Rasa gembira sangat2 . TERIMA KASIH YE KAK RAI & KAK IZZAH . Saya suka Bunga lagi2 bunga ros . Berbunga-bunga hati saya bila lihat bunga tu . Saya tak boleh lepas dari senyuman bila berpandangan dengan bunga .


Mesti ramai yang heran kan . Saya tak taulah benda ni pelik ke tak , tapi saya sendiri tak tau kenapa bunga main peranan dalam hidup saya ( mood saya ) . Bila saya tk boleh nak blaja , saya akan beli bunga dan selalu tengok bunga tu . Kalau saya rasa nak marah , saya akan cuba untuk tengok bunga2 yang ada di mana2 . Kalau saya rasa sedih , saya akan cari bunga jugak . kalau saya rasa lemah,tak semangat.. bunga jugak yang ada dalam benak saya.


Sekarang ni pun , bila saya teringat ( tgh pandang bunga yg kak izzah n kak rai beri )tentang bunga , saya tersenyum sendiri . Apa sebenarnya yang ada pada bunga sehinggakan saya anggap sebagai benda penting dalam hidup saya . Saya rasa hidup tanpa bunga macam dunia tanpa warna , bahagia tanpa senyuman , gurauan tanpa hilai tawa . J


Setiap kali saya berjalan di sepanjang jalan raya thariq nasr , saya rasa happy sangat . Maklumlah kedai bunga berderet. Saya rasa macam ada kat taman . saya nak senyum jek. Lebih2 lagi bila balik kuliah , dalam keadaan penat dan stress , bila melihat bunga2 warna kuning dan oren saya rasa fresh sangat . Langkah saya yang seterusnya seolah-olah hampir bertenaga . Yang penting, setiap bentuk bunga dan setiap warna yang ada padanya , menyentuh perasaan saya , perasaan yang berbagai2 .

Bunga adalah antara ciptaan terindah Rabbul Jaliil yang saya nikmati keindahannya untuk merehatkan fikiran , menenangkan jiwa dan untuk menghirup udara baru juga semangat baru untuk teruskan perjuangan di bumi kinanah ini :)

Memang , kata orang , cintakan bunga - bungakan layu .... tapi kelayuan bunga itu tadi tak akan melayukan aku , semangatku , perjuanganku , langkahku dan hidupku . Kerana cintakan bunga kerana keindahannya hanya satu wasilah dan satu peringatan bahawa yang menciptakannya lebih indah dan lebih berhak memiliki cinta ini :)

Wednesday, April 2, 2008

.... Episod 79 .... - Penatnya otak -

بسم الله الرحمن الرحيم
"ربنا لا تحملنا ما لا طاقة لنا به "
Pejam celik pejam celik , dah pun masuk bulan april . Haiz , penat ye , lepas dah sibuk dengan segala macam aktiviti ( ni pun blum habis2 lagi ) exam pulak menanti . Dengar khabar oral awal may, takutnyeee . Oral quran tu mafhum la kan , tapi oral balaghah dengan nahu ??! tak tau macammana nak bayangkan.... tahriri pulak mula pertengahan may ... tarikh tetap masih belum diketahui ... tapi susunan maddah dah pun dapat :S .

Exam Tahriri akan dimulakan dengan 1 - Al-Quran 2- Balaghah 3- Nusus adabiy 4- nahu 5- saraf 6- tafsir 7- 'ilmul aswat 8- fiqh .

Sekarang ni kepalaku rasa sakit sangat... penat sangat... nak habiskan baca satu buku memang satu cabaran ... lebih2 lagi buku balaghah dan juga nahu ( maklumlah buku turath ) . Ilmul Aswat aku belum pegang pun, Tafsir pulak macam dah lama tinggalkan ... fiqh jangan cakap lah , subjek ni memnag liat sikit nak baca.. haiz , susah tol nak faham . Yang penting , by this week , dah nak kene tamamkan nahu and balaghah... Insya Allah :D

hmm ...di saat kengkawan yang lain tengah sibuk book flight , confirmkan flight, survey2 barang untuk dibeli nak dibawa balik ke singapura nanti ... aku cuma mampu layankan saja.. sebab aku tak tau bila nak balik ... ada hal yang perlu diselesaikan dan aku tak pasti bila . Tawakkal ajelah . Paling lambat aku akan sampai Singapura mungkin august.. ish, entahlah.. mungkin awal lagi atau... aku pun tak tau. tsk....tsk...

Banyak betol nak kene fikir.... penatnye otak~

Saturday, March 22, 2008

....Episod 78 .... - Salam Maulidurrasul -

يا رسول الله أنت حي فى قلوبنا


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله و أصحابه أجمعين



Pertemuan bersama ust Hamzah pada malam maulidurrasul seolah-olah menjadi satu muqaddimah menyambut maulid pada keesokan harinya . Malam tu terkejut lah jugak , entah macammana boleh tertimbul persoalan ni. Tapi takpe jek , bagus jugak .. sekurang2 nya dapat dengar pendapat ust tentang benda lain .. selalunya ust cuma ajar subjek lughah jek. Daripada apa yang kita kongsi bersama , baru ana sedar yang pengetahuan ana tentang Rasulullah tu sikit sgt . Thx ye ust , tak sabar nak balik sg n jumpa ust lagi :)


Program Maulid di Markaz esok harinya lagi lah seronok. Pertama kali ana rasa maulid yang sebenar-benarnya... Ceramah dari syeikh suhaib webb tentang shakhshiah Rasulullah , sketsa tentang semangat jihad seorang muallaf demi Allah dan Rasulnya dan macam2 lagi . Teringat pulak zaman-zaman sekolah .. Maulid yang ditemani nasi briyani ... hehe . Rindu plak nasi briyani . Rindu jugak dengan persembahan2 dari kumpulan2 nasyid .. entah dari mana ana pun tak tau , yang penting persembahan tu mesti ada! ...

Yang paling penting ana nak sampaikan kat sini adalah , Sambutan Maulid kat Mesir ni best sangat ... best sangat-sangat ... kata2 dr ust hamzah n program2 di markaz mcm satu tamparan untuk ana... dah lama ana tak tadabbur kembali perjuangan Rasulullah ... rasa kecewa sangat... kecewa dengan diri sendiri .. kenapa bila maulid dtg baru nak terfikir? cahaya Islam yang Rasul tinggalkan 1400 tahun yang lalu seolah-olah malap dalam diri ana .. dan sekarang baru ana nak nyalakan ia semula..

Sepanjang pertemuan dengan ust dan program maulid , ana rasa hiba sangat-sangat .. rasa malu dengan diri sendiri .... ana terpaksa tahan tangisan ana... kenapa ? mesti mereka yang kenal ana akan heran .. macammana ana boleh tak nangis, padahal ana antara yang senang menangis... jawapannya .. kerana .. ana rasa tangisan bukan satu penyeleaian ... tangisan bukan cara menebus ketidak adilan yang dah ana lakukan pada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.. ana lupa nak hidupkan akhlak beliau dalam diri ana ... ana leka dengan kelalaian ana dengan hidup ana ... ana biarkan setiap majlis ilmu berlalu pergi , tanpa teringat untuk hadirkan beliau dalam kalam dan fikiran ana... Madad Ya Rasulallah ..

Ilahi .. sampaikan salamku kepada kekasihmu :')

يا رسول الله خذ بيدي

Friday, March 21, 2008

.... Episod 77 .... - jadi ke tak ni? -

haiz... sekarang ni saya tgh boring sesangat ... kerja saya dari tadi petang hanyalah menanti dan menanti ... semalam punyalah excited bila saya dapat panggilan daripada seseorang yang memang saya tunggu kedatangannya ke bumi mesir ni ! tup tup tup , lusa dah nak balik singapura baru call saya! hmmph .. ok lah saya faham, memang dia datang sini bukan semata2 untuk jumpa saya . tapi ... janjinya petang ni nak jumpa saya . ikutkan jadual , hari ni saya full sgt , tapi saya cancel semuanya sebab nak jumpa dengan dia. dari lepas asar sampai lah dah nak isya' ni sekarang.. saya belum dapat lagi panggilan dari dia... harap2 sebelum dia balik singapura dapatlah saya jumpa dia... rindu sangat2 ... sebab dia ni , watak penting dalam hidup saya sebagai pelajar kuliah lughah :) penat tol saya tunggu ... jadi ke tak ye? harap2 jadilah jumpa hari ni.. - Happy sangat!

Wednesday, March 19, 2008

.... Episod 76 .... - Manisnya cinta itu -

أقسم بالله العظيم أقسم بالله العظيم أقسم بالله العظيم
إني أحبكم فى الله

Bismillahil waduudul ghafuur ...

Kata - kata diatas adalah kata-kata terakhir ust fatris dalam pertemuan singkat bersama beliau dan ust saiful adli semalam . Terharu sangat - sangat bila ust cakap macam tu . ' bila ana balik sini ana teringat kat markaz , kat antum semua , ana rasa macam kita ni semua satu keluarga ' . Haiz, macam nak ternangis jek bila dengar kata2 tu . Yang penting , perjumpaan semalam tu best sangat , ditambah dengan kata-kata ust saiful adli tentang harapan mak ayah dan guru-guru kat singapore... ya Rab! rasa haru sangat . Tak sabar nak balik sg .... nak jumpa family semula... nak jumpa asatizah ... nak jumpa mudir... nak jumpa teman-teman... dan nak jumpa adik2 semua :)

Sunday, March 16, 2008

....Episod 75.... - Kataku kata mereka -

Bismillahil waliyyur rahiim


Kata ku ...
biarkan aku sendiri ...
entah bila marah ini akan padam...
entah bila sedih ini akan hilang..
entah bila geram ini akan kelam ...
entah bila kecewa ini akan terbenam..

Kata mereka..
aku perlu kuat...
aku perlu lawan...
aku perlu hadapi segalanya..
untuk kuatkan kembali..
semangat yang hampir pitam ...

kenapa ini perlu terjadi...
kenapa ini yang aku terima..
kata mereka..
aku masih beruntung..
kataku ...
aku yang paling malang...
ya , aku tau aku perlu berani..
aku perlu kuatkan hati...
walau tak dapat ku tahan tangisan ..
walau terpaksa pucat menahan perasaan..
aku akan cuba usahakan..

kataku lagi...
harapkan pagar pagar makan padi..
ikutkan hati ... memang aku mati..
ikutkan iman di dada..
hanya Allah jadi pembela.. :'(


~Ilahi.. Jangan tinggalkan aku ~

Thursday, March 6, 2008

.... Ya Rasulallah ....