CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 13, 2010

.....Episod 201..... - Mengejar kemenangan semalam -



" kifayah dukturah ~kifayah~" .." Wallahi ana mish adrah
" Terdengar keluhan teman2 arab . Macam2 kerenah dan perangai kawan2 kuliah setiap kali muhadharah tarikh alam islamiy berlangsung . Bosan katanya . Susah nak faham . Terlalu banyak informasi . Terlalu . Ya , saya setuju . memang informasi yang diberikan terlalu banyak . " sibul kitab ya banaat !! , wa rakkizii ma'aya , almuhadharah ashmal minal kitab " Ayat yang kami sudah terlalu faham . Memang muhadharah lebih ashmal dari buku lg 2 dengan kelajuan muhadharah dukturah yang memang tak bagi chance langsung kat kitorg nak mengelamun dan beliau cuba sedaya upaya untuk bagi sebanyak informasi yang boleh .... hmm paham la sangat .

Kejatuhan daulah umawiyah~kelemahan pentadbiran~hak asasi ajanib yang tak terpenuhi ~terbangunnya daulah abbasiyah~ rampasan kuasa daulah fatimiyah~pencerobohan mongol ~saljuk~ perjuangan panglima 'abdul rahman an nasir .... Terpegun . Sepanjang penerangan dukturah , fikiran saya sibuk membayangkan keadaan waktu itu . Bermula daripada mauqif sayyidina ali dalam perundingan tahkim . Wajah2 Para Sahabat yang tidak setuju dengan perundingn tahkim , wajah muawiyah ketika cuba mengalihkan kuasa kekhilafahan kepadanya ... Allah ~ ribut.. kusut sekejap fikiran ni .. saya tak dapat nak membayangkan apa yang sebenarnya ada dalam benak fikiran para sahabt yang telah mencipta sejarah kekhilafahan setelah khulafa' rasyidin ...

Bayangan tentera islam dan bunyi tapak kaki tentera berkuda yang hampir kedengaran di telinga ni ketika dukturah menceritakan semula penaklukan andalus dan kota2 bizantin yang lain terpadam seketika bila dukturah bagi hentakan maut kat atas meja . Aduyai ~ " Fi eih ya banat?! lau entu aizin bitnami fadhali barrah , ana mish aizah aiyyi haddi elli mabterakkizish ma'ana " . Letih saya dengar dukturah membebel kat kengkawan arab yang seronooook jek tidur . Saya faham . Maddah yang membosankan bagi mereka yang tak begitu feel ngan maddah ni ...

(sambungan bebelan@nasihat dukturah setelah dialih bahasa, heee ) " Tarikh ni maddah yang sangat cantik . Kau belajar Apa yang pernah terjadi suatu ketika dahulu . Islam jatuh bukan tanpa sebab . Islam jatuh kerana kesilapan mereka sendiri . Dari mana kau nak tau apa kesilapan mereka ? daripada tarikh . Tarikh ni maddah yang sangat penting . Kalau kau nak tidur kau boleh balik . Aku taknak anak murid yang tak semangat nak belajar ada dalam muhadharah ni "

Nasihat dukturah yang last ni sebelum dia resume balik lecture membuat saya terfikir kejap . Islam jatuh kerana kesilapan sendiri . Islam jatuh kerana kelemahan iman masyarakat waktu itu . Islam jatuh kerana ramai yang leka dengan kemenangan demi kemenangan yang berpihak kepada islam . Kata dukturah lagi " Pada zaman fatimiyyah , berlaku pertelingkahan antara duwal islamiyah , antara arab , barbar dan banyak lagi dawlah lain . Dawlah oroba ketika itu adalah dawlah yang miskin , mereka memang tidak mempunyai apa2 untuk memerangi islam dan mengambil alih kekuasaan , tapi merekalah yang paling dapat manfaat daripada pergolakan dawlah dalam islam waktu tu . Mereka sentiasa memerhatikan rentak yang dibuat orang Islam . Orang Islam ketika itu hanya tahu menakluk negeri2 baru , tetapi terlepas pandang faktor paling penting iaitu menjaga negeri yang telah diktakluk dan memastikan pentadbirannya sempurna . " ....

Kemenangan yang dibina bukan untuk dikekalkan tetapi hanya untuk diruntuhkan kembali ....... Adakah kita akan mengulangi kesilapan yang pernah dibuat mereka ..... ??????

Wa kafa billahi shahida

0 comments: