CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 24, 2010

....Episod 197.... - Mendongak ke langit -




Angin syita' yang lembut menyapa kedatangan aku seketika kaki ini gagah menjejak lantai sejuk masjid al-azhar . Bersyukurnya aku waktu itu , terasa ingin terus sujud di atas lantai putih yang menjadi antara daya tarikan di situ . " Ya Allah~sabarkan aku " bisik hati ini berkali2 . Kelihatan pintu al-atrak terbuka luas . Sambil berjalan menuju atrak , mataku liar melihat siapa yang duduk di luar atrak dan mugharabah . " Banyaknya syeikh , memang confirm ada syeikh ali jumaah ni " . Sampai sahaja di atrak , tersenyum aku melihat syeik ahmad yang melemparkan senyumannya dahulu kepada aku . "Alhamdulillah... terubat juga hati ni tengok syeikh senyum dan jawab salam " . Di hujung luar mugharabah kelihatan syeikh jamal sedang melayan anak2 muridnya .. dengan senyuman . dari pintu raisiy masjid syeikh asyraf sedang berjalan menuju pintu pejabat masjid . Ya Allah .... wajah wajah mereka mengurangkan 50 peratus kadar tension dalam diri ini .


Suasana , suara , kucing yang sibuk bermain2 sendirian , bunyi tapak kaki orang berjalan di masjid al azhar menenangkan aku . Sekali lagi gami' menjadi tempat aku berteduh . Ketika hujan lebat dalam hati ni . Sejauh mana pun aku pergi dari gami ' , selama mana pun aku lupakan dia ... dia tetap ada di situ , memberi teduhan ilmu dan ketenangan dalam diri sesiapa yang menginginkannya , lebih2 lagi orang2 macam aku ... pelajar yang berada dibawah naungan namanya . Al- Azhar .


Sesaat berdiam diri di situ membuat aku terfikir sendiri , hakaza sha'nullah ilaina . Sejauh mana pun kita lari dari Allah , selama mana pun kita melupakan dia , tapi setiap kali kita panggil namaNYA dia pasti ada. Dia tak akan pernah lupakan kita. Dia sentiasa mendengar apa yang kita ingin sampaikan pada dia . " Tuhan... selangkah ku rapat padamu , seribu langkah kau rapat padaku ... " " Tuhan ... dosaku menggunung tinggi , tapi rahmatmu melangit luas ..." dan setiap kali kita rasa kehilangan , dia pasti akan memimpin kita . Tapi kita tak pernah ingat semua tu .... tak pernah ingat ..... and yet Dia tak pernah tinggalkan kita.... tak pernah ...


Ku jatuhkan pandangan , ku lihat curam dalam penuh dengan onak duri , yang amat mengerikan , ku dongakkan kepala , kulihat langit tinggi .... terbentang luas... tiada bertepi~

_________________________________________________

Akhirnya semalam aku sampai juga ke masjid Azhar untuk minggu ni . Itupun secara tak sengaja . Aku tersalah naik bas untuk ke babusy sya'riah ... style kan . Kebetulan pulak , macam2 jadi dalam perjalanan nak ke sana . Kebingitan aku pada orang2 arab semakin hari semakin meluap luap . Aku tau tak adil untuk aku pukul sama rata semua orang arab dengan kadar kemarahan yang sama . Kerana ramai yang baik , mutadayyin , beradab , tapi oleh kerana adat mereka yang suka cari gaduh tu ada pada kebanyakan org2 arab kat sini .. dan pekik2 tu dah menjadi suara terendah mereka , aku pilih untuk terus kekal dengan stereotaip aku ni .

Yang penting , masjid azhar sentiasa menjadi tempat untuk aku memujuk diri aku untuk terus dan terus sabar , kerana setiap langkah ini aku pasti Allah ada untuk memimpin . Senyuman Masyayikh akan sentiasa menjadi sebab untuk aku tersenyum lagi . Setiap kali aku terasa nak nangis memikirkan kerenah arab ... senyuman syeikh ahmad , gurauan syeikh yusri , jenaka syeikh nur , dah gelak syeikh redha (Allah yarhamuh) sentiasa membuat bibir ini mampu mengukir senyuman :) . THANK YOU ALLAH atas segala nikmat yang telah kau berikan .

0 comments: