CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 8, 2009

.....Episod 178..... - Aku + Busy = ? -

Bimillahil waduudul haliim

Semenjak dua menjak ni , bila aku aktif sikit2 dengan aktiviti ziarah beit yang aku selalu buat sendirian berhad , ramai sesangat orang yang tanya ke manakah aku pergi ? dah lama diorang tak nampak muka aku merayau2 macam wakil rakyat bila time election . Jawapan aku simple jek , " besa laa... dah bukak skola kan , korang ingat aku banyak sangat time nak gi pusing2 madinah nasr kee ?! " Tapi aku tau je kalau ramai yang tak puas hati ngan jawapan aku , aku kasi korang tengok gambar lah eh k . wlwpun tk bnyk , tapi mencukupi untuk bantu aku xplain kebuzyan aku nih . ( Sesiapa rajin , boleh kot tolong aku selesaikan masaalah maths kat atas tu , Aku - busy = Wakil rakyat . Busy + Aku = Huru hara . Aku + busy = Senyap , Aku x Busy = .......??~!!)

Susunan gambo dr bawah senanya ..

Last sekali...~ Kalau aku betul2 lah ade free time , memang aku gi umah budak kicik ni yang diberi nama Mustanir Aniq ( nama asal die syeikh usamah al azhari kasi mustanir arfan , tapi mak ayah die tuko ) untuk babysit . Walaupun mak dia dah kata tak payah , kengkadang aku insist jugak nak mai rumah die yang aku panggil syari' kilab kerana banyaknya anjing berkeliaran dan memakan masa hampir 20 minit utk sampai dr uma aku hanya semata2 untuk nengok dan tatap puas2 muka die yang cute dan dukung die sampai tertidur... kelenguhan yang memuaskan :D .
Aku sibuk gak ngan kelas khat aku yang seminggu 4 kali . Aniway ni tulisan khat farsi . Lam banyak2 khat yg aku kene blaja , tangan aku ngan otak aku ni tak pernah nye harmoni bila disuruh tulis khat ni .. Adeih , pulak tu aku blaja khat ni seminggu 3 kali ... ( tima kasih kepada khat farsi kerana mengaktifkan kembali migraine aku )
Selain cbuk ke kuliah yang semestinya wajib aku hadiri walau ribut taufan melanda fikiran aku ni , aku sibuk gak ulang alik masjid Azhar . Penat kuliah and khat aku hilang serta merta lepas kaki aku jejak lantai masjid ni... betol.. aku tk tipu ...



First day kuliah . First maddah fiqh ( Maddah paling aku favourite dr tadika sampai skang ni ) . First time gak aku bukak kitab mu'tamad tuh bab mu'amalat . First time blaja fiqh hanafi . First time jugak aku dapat dukturah yang paling laaa sonok sesangat . Sangat pun tak sonok mcm tu .


Ust2 Indon ngah bertanya kabar berita kat syeikh sambil2 nak mintak autograph kot.... kee mcmana ?



Syeikh Iwad ngah sembang2 mesra ngan syeikh faisal ketika majlis berlangsung . Haha ( takdenye syeikh sempat nak sembang mesra )




Banner majlis sama' kedua . Rasanya xyah terangkan banyak2 lah kan . Jelas sangat dah gambar tuh .


Hari pertama sampai kat masjib bilal ibn rabah kat muqattam untuk talaqqi all out 4 hari berturut2 . Scenery kat blakang tu memang cantik sangat untuk kitorg feeling ayat2 cinta jap , hihi *winks*


Rasanya , kebizian ni akan berlangsung sehingga tk pasti bila ..... jadi harap faham kalau korg tak nampak lagi muka aku kat jendela uma korang . Kalau korang tk faham jugak yang aku ni busy , cuba dtg uma , insya Allah ahli beit aku semua orang xde kat rumah ...

Winter dah datang ..... aku tengah siap sedia ngan tentera panadol flu aku... Doakan~...

0 comments: