CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 4, 2009

......Episod 177....... - Bulan dan Bintang tetap masih di langit -


Catatan 5 september

Syari’danshawaya masih lagi sama . Mustasyfa sahil masih lagi penuh dan sesak dengan insan2 yg ingin berubat . Pokok2 juga cantik dihiasi bunga2 . Tak ada suatu apa pun yang berubah . Syari’gisrul bahr masih lagi berbau ,dengan najis kuda dan hanyir bau ikan . Cuma sahaja Amu di matám Madinah yang sering menyajikan tokmiah sukhnah nya itu sudah tidak kelihatan , maklumlah bulan puasa kan . Yang berubah di syari’syubro hanya satu , ketiadaan syeikh redha.


Perjalanan ke syubro sentiasa diiringi perasaan tak sabar dan senyuman di bibir . Perjalanannya juga bak kata orang pejam celik pejam celik dah pun sampai . Kenangan menaiki tremco dan metro sambil memegang quran dan pensil di tangan kerana homework qiraat yang tak habis2 lagi hanya mampu menjadi kenangan . Kerana ianya takkan berulang kembali . Berlainan dengan perjalanan sebulan yang lalu. Perjalanan yang langkahnya seolah2 tak diredhai oleh kaki ini untuk sampai ke sana . Perjalanan yang diiringi airmata dan esakan tangis yang masih lagi berbaki sehingga hari ini .


Setelah hampir sebulan aku tidak menziarahi keluarga syeikh , tadi aku pergi juga . Terima kasih kepada ust ahmad , ust yan n ust eqbal yang sewakan kereta dan tak lupa untuk mengajak aku untuk sama2 menziarahi . Perjalanan tadi pagi terasa saangat lama . Entahlah kenapa .. mungkin kerana dah lama tak ke syubro atau aku sahaja yang perasan lama...“ Awak ... kita takut laa wak nak gi jumpa syeikh ni .. kita tak tau kenapa tapi kita takut sangat “ Kata idah .. cuba untuk mentafsirkan perasaannya . Aku sendiri sebenarnya agak bercelaru . Sedaya upaya aku cuba untuk pujuk diri ini . Aku tak mampu nak menangis lagi sebab kalau aku nangis.. idah apa lagi.. heh .

Kata Mama ( isteri syeikh ) “ Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu , datanglah bila2 masa sahaja . Tapi jangan bawa apa2 buah tangan untuk kami . Sebab antum semua anak2 mama . Syeikh kata semua pelajar singapura dan Malaysia anak2 syeikh , jadi antum anak aku “ . Seketika itu juga aku tak mampu lagi nak membendung airmata ini . Kata mama lagi dengan suara yang tersekat2 kerana menahan tangisnya “ Syeikh meninggal mengejut , kami tak sangka , sebab syeikh Cuma sakit2 biasa , sakit kat tulang belakang katanya “ .


Gambar syeikh masih ada lagi di situ . kitab2 nya juga ada , sijil keluaran al azhar nya juga masih terpampang di dinding , yang tiada hanya sosok tubuhnya , senyumannya , doanya , nasihatnya , suaranya . Yang tergantung hanya rangka2 hanger , jubahnya sudah tiada , kasut barunya juga tiada . Nak atau tidak , aku perlu terima hakikat... syeikh dah tak ada .
Sesungguhnya dia datang dari Allah dan dia dah kembali bertemu denganNYA . Semoga rohnya dirahmati Allah Azza wajalla.


Aku perlu teruskan talaqqi qiraat ni .. walaupun syeikh sudah tiada ... Sampai jumpa lagi syeikh :’)


Entah bila lagi aku akan jejakkan kaki inike syubra....

0 comments: