CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 30, 2009

.... They make me cry .....





They are my parents here in egypt , they are the one who eases me when i needed spiritual support , they are always there for those who needed them including me ...
they make me cry~

xde gambar syeikh ahmad ~

____________________________________________

I am too busy with my life that i have no time for masyasyikh ... :'( , i am too busy with kuliyah n my calligraphy lessons that i hardly have time to make some notes on my dars... i hardly have time for most of the things that i once enjoy doing it very much...~ Allah.. help me.. i miss them sooo much ..

( Sumber gambar , facebook ust pami amin )






Saturday, November 21, 2009

......Episod 180...... - Nil dan Mesir itu jodoh : Ayat dan cinta -


" Kakak , i need to meet you , i need to talk to you , can we meet ? " ... Panggilan telefon dari ayat buat kali yang ke...hmm ... mungkin 3 atau 4 membuat aku mengeluh lagi . ' Ada apa lagi kawan arab sorang ni , nak layan ..teramatlah malas...tapi kalau taknak tak sampai hati pulak ' Bisik hati aku cuba untuk membuat keputusan segera memberikan ayat jawapan yang dia inginkan . " Ok fine , ill meet you at rabaah " . Masaalah ayat tetap sama ... cinta ..cinta ... dan cinta... susah melayan orang yang mabuk cinta kan ~



Malas melayan cerita cinta bukanlah bermaksud aku sendiri memusuhi cinta . TIDAK sama sekali . Cuma.. terlalu memikirkan cerita cinta tidak akan membuat seseorang lebih bahagia tapi lebih menderita. ( Paham2 eh ni cinta apa ) . Walaupun syair cinta qais dan laila , kuthair dan izzah , jamil dan buthainah menjadi bahan bacaan yang sering aku selami bait2 nya ... ia tak pernah membuat aku bermimpi untuk bertemu dengan mana2 'perfect person' atau anak raja atau sesiapa sahaja yang boleh melengkapkan 'fairytale' yang sering bermain di benak gadis2 sepanjang zaman ni ... Kisah cinta penyair2 tersebut memberikan aku satu kesimpulan bahawa cinta yng hadir sebelum perkahwinan adalah satu bentuk penyeksaan kepada pasangan tersebut .


Laila terpisah dengan majnun .... Kuthair ditinggal izzah .... Jamil membawa diri dan membujang sehingga akhir hayatnya kerana cintanya terhalang .... Ada apa sebenarnya dengan cerita cinta ni~ ... Ayat mati2 inginkan seorang lelaki asia untuk diadikan suami . Katanya orang asia ni lembut , romantic , dan akhlak berkeluarga seperti yang diajar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ... aduh , tanggapan yang membunuh untuk lelaki2 mesir . Aku tak dapat merasa apa yang ayat rasa . Katanya lelaki mesir syadid , tak ada athifah selepas lama berkahwin nanti . Katanya lagi aku ingin orang itu sunni dan tidak mengikut mana2 tariqah sufiyah , tetapi orang2 ini lah yang keras tingkah laku mereka..~ aduyai ... Runsing dibuatnya ...


" Can you stop doing this to yourself . Husnuzzon to Allah is very important . Whatever that he has given you is good for you . Go and do the istikharah ... no use thinking about it all day long and you do not trust fate " . Kesabaran aku melayan kebingungan ayat dalam memilih calon hampir meletup waktu itu . Terlalu banyak yang kami bincangkan yang terlalu mengusik jiwa aku . Katanya lagi , dirinya diuji ... doakan dia . Kata aku pulak , ' cuba redha dengan apa yang ko ada ' Kata Ayat' Aku redha dengan apa yang aku dapat tapi kenapa macam ni ' . Kata Aku lagi ' Ko kena sabar' . Kata Ayat ' Kelemahan aku adalah menahan sabar. Aku tak boleh nak sabar '. Kata aku buat kali yang terakhir sebelum kt terpisah : ' Aku datang sini sbg musafirah , aku dulu hidup dalam kemewahan , tapi mesir ajar aku macam2 .. hidup susah , redha dan sabar . Aku tak ada mak bapak yang boleh tolong aku buat keputusan macam kau , aku perlu buat semuanya sendiri . Tapi aku tau aku perlu sabar dan redha . Kau kene sabar dan redha , negeri ko ajar aku dua benda tu , dan kau juga perlu belajar dari negeri ko ni dua perkara tadi ' FULL STOP .


Selepas berpisah , aku hanya mampu mendoakan dia .... seorang kenalan yang hidupnya selalu tak tenang .... kerana kurang rasa sabar dalam diri ..~ Allahumaj'alna minassaabirina wal mutawakkiliin... Allahumma Aameen .




* Nil dan mesir itu jodoh * - djodohkan oleh sang pencipta bukan menjodohkan diri mereka sendiri . haiz.

Saturday, November 14, 2009

.....Home Sick......


Last , aku suka gambar ni , shauqy n abah dia.... cenonet jek diee huhu


Tenkiu kat roomate @ sepupu@ classmate aku dada de exco sbb memaksa semua orang tuk tangkap gambar sebelum dia balik mesir ..sbb nak kasi kat aku..heeee


Featuring abah n ayah jumat~.... :)


Mak , bek yah , bek cici , bek mah ..... rindu gilee kat aunties corner diorng~...




ni confirm makcik2 n nenek2 suh post mcm ni ... sian gambar ni penat menoleh


1 year old shauqy al hafy ( featuring : rida' , tasbih n songkok abah ..hehe )

Friday, November 13, 2009

.....Episod 179..... - Parut yang pernah menjadi dendam -


Like birds , let us leave behind what we dont need to carry , pains , sorrows , grudges,fears. Always fly light , life is so beautiful ! :)

' Kronologi ' perjalanan hidup saya ( eceh mana nye kronologi je :P ) di bumi kinanah ni banyak sangat yang manis . Manis sesangat . Tapi itu sekarang . Permulaannya sangat pahit . Teraniaya , teruji , fitnah ... banyak lagi . Yang penting , fitnah yang saya terima dari bangsa arab yang duduk atas bumi kinanah ni yang paling melukakan jiwa saya . Semenjak dari hari tu , luka yang masih belum sembuh waktu tu mungkin menjadikan saya org yang paling membenci mesir dan orang2nya . Luka yang beransur pulih masih ada lagi parutnya . Tetapi parut yang ada, tersimpan dendam paling dahsyat pada mereka ....

' Fatya , cmana nak improve bahasa arab mcm awk , amiah ni susah lah ,bila laaa kita dapat bebual mcm awk ' . Saya sendiri rasa ajib dengan cepatnya perkembangan amiah saya yang kadangkala membuat org2 mesir confuse ngan kearaban saya . Ditambah dengan niqab arab yang saya pakai , mmg tak boleh nak beza kan . Jawapan saya pada soalan tersebut mudah je , ' bergaullah dengan diorang , ramah2kan diri , listen n learn ' . Saya cuba untuk tidak mengingati kenapa saya bertungkus lumus dan bermati2an cuba untuk menjadi seperti mereka , dari segi bahasa dan penampilan ... kerana hati saya akan sangat sakit . Fikiran saya akan laju mengingati peristiwa tu , jiwa saya akan cepat meresap infi'al dendam tu semula ....

Saya cuba , cuba dan cuba hirup udara sabar dan maaf sepanjang pengajian saya bersama masyayikh , lebih2 lagi kelas syeikh yusuf dan ust rohim .... biar parut yang dulu pernah menjadi dendam , mampu membuat saya tersenyum dan mengalirkan airmata kerana rasa syukur dapat merasa keindahan mesir dan 'ulama nya sebelum sempat lidah saya memberi hukuman mati kepada keberkatan yang ada di sini .....

Dan parut itu ...walau masih kekal ada .. ia kini mampu membuat saya tersenyum bersyukur dengan perjalanan ni .....

Thursday, November 12, 2009

- If he were among us -

Sunday, November 8, 2009

.....Episod 178..... - Aku + Busy = ? -

Bimillahil waduudul haliim

Semenjak dua menjak ni , bila aku aktif sikit2 dengan aktiviti ziarah beit yang aku selalu buat sendirian berhad , ramai sesangat orang yang tanya ke manakah aku pergi ? dah lama diorang tak nampak muka aku merayau2 macam wakil rakyat bila time election . Jawapan aku simple jek , " besa laa... dah bukak skola kan , korang ingat aku banyak sangat time nak gi pusing2 madinah nasr kee ?! " Tapi aku tau je kalau ramai yang tak puas hati ngan jawapan aku , aku kasi korang tengok gambar lah eh k . wlwpun tk bnyk , tapi mencukupi untuk bantu aku xplain kebuzyan aku nih . ( Sesiapa rajin , boleh kot tolong aku selesaikan masaalah maths kat atas tu , Aku - busy = Wakil rakyat . Busy + Aku = Huru hara . Aku + busy = Senyap , Aku x Busy = .......??~!!)

Susunan gambo dr bawah senanya ..

Last sekali...~ Kalau aku betul2 lah ade free time , memang aku gi umah budak kicik ni yang diberi nama Mustanir Aniq ( nama asal die syeikh usamah al azhari kasi mustanir arfan , tapi mak ayah die tuko ) untuk babysit . Walaupun mak dia dah kata tak payah , kengkadang aku insist jugak nak mai rumah die yang aku panggil syari' kilab kerana banyaknya anjing berkeliaran dan memakan masa hampir 20 minit utk sampai dr uma aku hanya semata2 untuk nengok dan tatap puas2 muka die yang cute dan dukung die sampai tertidur... kelenguhan yang memuaskan :D .
Aku sibuk gak ngan kelas khat aku yang seminggu 4 kali . Aniway ni tulisan khat farsi . Lam banyak2 khat yg aku kene blaja , tangan aku ngan otak aku ni tak pernah nye harmoni bila disuruh tulis khat ni .. Adeih , pulak tu aku blaja khat ni seminggu 3 kali ... ( tima kasih kepada khat farsi kerana mengaktifkan kembali migraine aku )
Selain cbuk ke kuliah yang semestinya wajib aku hadiri walau ribut taufan melanda fikiran aku ni , aku sibuk gak ulang alik masjid Azhar . Penat kuliah and khat aku hilang serta merta lepas kaki aku jejak lantai masjid ni... betol.. aku tk tipu ...



First day kuliah . First maddah fiqh ( Maddah paling aku favourite dr tadika sampai skang ni ) . First time gak aku bukak kitab mu'tamad tuh bab mu'amalat . First time blaja fiqh hanafi . First time jugak aku dapat dukturah yang paling laaa sonok sesangat . Sangat pun tak sonok mcm tu .


Ust2 Indon ngah bertanya kabar berita kat syeikh sambil2 nak mintak autograph kot.... kee mcmana ?



Syeikh Iwad ngah sembang2 mesra ngan syeikh faisal ketika majlis berlangsung . Haha ( takdenye syeikh sempat nak sembang mesra )




Banner majlis sama' kedua . Rasanya xyah terangkan banyak2 lah kan . Jelas sangat dah gambar tuh .


Hari pertama sampai kat masjib bilal ibn rabah kat muqattam untuk talaqqi all out 4 hari berturut2 . Scenery kat blakang tu memang cantik sangat untuk kitorg feeling ayat2 cinta jap , hihi *winks*


Rasanya , kebizian ni akan berlangsung sehingga tk pasti bila ..... jadi harap faham kalau korg tak nampak lagi muka aku kat jendela uma korang . Kalau korang tk faham jugak yang aku ni busy , cuba dtg uma , insya Allah ahli beit aku semua orang xde kat rumah ...

Winter dah datang ..... aku tengah siap sedia ngan tentera panadol flu aku... Doakan~...

Wednesday, November 4, 2009

......Episod 177....... - Bulan dan Bintang tetap masih di langit -


Catatan 5 september

Syari’danshawaya masih lagi sama . Mustasyfa sahil masih lagi penuh dan sesak dengan insan2 yg ingin berubat . Pokok2 juga cantik dihiasi bunga2 . Tak ada suatu apa pun yang berubah . Syari’gisrul bahr masih lagi berbau ,dengan najis kuda dan hanyir bau ikan . Cuma sahaja Amu di matám Madinah yang sering menyajikan tokmiah sukhnah nya itu sudah tidak kelihatan , maklumlah bulan puasa kan . Yang berubah di syari’syubro hanya satu , ketiadaan syeikh redha.


Perjalanan ke syubro sentiasa diiringi perasaan tak sabar dan senyuman di bibir . Perjalanannya juga bak kata orang pejam celik pejam celik dah pun sampai . Kenangan menaiki tremco dan metro sambil memegang quran dan pensil di tangan kerana homework qiraat yang tak habis2 lagi hanya mampu menjadi kenangan . Kerana ianya takkan berulang kembali . Berlainan dengan perjalanan sebulan yang lalu. Perjalanan yang langkahnya seolah2 tak diredhai oleh kaki ini untuk sampai ke sana . Perjalanan yang diiringi airmata dan esakan tangis yang masih lagi berbaki sehingga hari ini .


Setelah hampir sebulan aku tidak menziarahi keluarga syeikh , tadi aku pergi juga . Terima kasih kepada ust ahmad , ust yan n ust eqbal yang sewakan kereta dan tak lupa untuk mengajak aku untuk sama2 menziarahi . Perjalanan tadi pagi terasa saangat lama . Entahlah kenapa .. mungkin kerana dah lama tak ke syubro atau aku sahaja yang perasan lama...“ Awak ... kita takut laa wak nak gi jumpa syeikh ni .. kita tak tau kenapa tapi kita takut sangat “ Kata idah .. cuba untuk mentafsirkan perasaannya . Aku sendiri sebenarnya agak bercelaru . Sedaya upaya aku cuba untuk pujuk diri ini . Aku tak mampu nak menangis lagi sebab kalau aku nangis.. idah apa lagi.. heh .

Kata Mama ( isteri syeikh ) “ Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu , datanglah bila2 masa sahaja . Tapi jangan bawa apa2 buah tangan untuk kami . Sebab antum semua anak2 mama . Syeikh kata semua pelajar singapura dan Malaysia anak2 syeikh , jadi antum anak aku “ . Seketika itu juga aku tak mampu lagi nak membendung airmata ini . Kata mama lagi dengan suara yang tersekat2 kerana menahan tangisnya “ Syeikh meninggal mengejut , kami tak sangka , sebab syeikh Cuma sakit2 biasa , sakit kat tulang belakang katanya “ .


Gambar syeikh masih ada lagi di situ . kitab2 nya juga ada , sijil keluaran al azhar nya juga masih terpampang di dinding , yang tiada hanya sosok tubuhnya , senyumannya , doanya , nasihatnya , suaranya . Yang tergantung hanya rangka2 hanger , jubahnya sudah tiada , kasut barunya juga tiada . Nak atau tidak , aku perlu terima hakikat... syeikh dah tak ada .
Sesungguhnya dia datang dari Allah dan dia dah kembali bertemu denganNYA . Semoga rohnya dirahmati Allah Azza wajalla.


Aku perlu teruskan talaqqi qiraat ni .. walaupun syeikh sudah tiada ... Sampai jumpa lagi syeikh :’)


Entah bila lagi aku akan jejakkan kaki inike syubra....