Bismillahirrahmanirrahiim
" Aku hanya menduga , tidak mampu merasa sebenar-benar perasaanmu , pengorbanan yang kau lakukan untuk mendewasakanku , hanya bisa ditanggung hati ibu "
Setiap manusia pasti ada idola dalam hidup mereka . Tak kiralah individu tu ganas seganas hitler , atau lembut selembut mahatma ghandi . Untuk diriku sendiri , idola ku dulu , kini dan selamanya adalah ibuku :) .
Boleh dikatakan kebanyakan keputusan yang aku buat dalam hidup dipengaruhi oleh ibu. Kalau bukan peribadinya , kata-katanya , kalau bukan kata2nya , cerita2 yang selalu beliau kongsi bersama , kisah para sahabt,rasulullah , dan cerita2 tentang keluarga . Ibu lah yang selalu mengingatkan . Ibu lah yang selalu memberi nasihat . Ibu lah yang selalu ada di belakang ketika aku perlukan pertolongan untuk buat keputusan . Pokoknya , samaada aku sedari atau tidak , apa yang aku lakukan kini , adalah untuk ibu .
Setiap kali aku terasa penat dengan keadaan yang aku lalui sekarang ini , aku akan sentiasa teringat ibu . Kalau aku terasa penat setiap pagi ke kuliah , kemudian aku perlu membasuh baju selepas itu masak , dan belajar semula dan kadangkala aku perlu sentiasa ke markaz kerana ada meeting yang tak sudah2 , aku akan teringat ibu . Hanya itulah yang dapat menguatkan langkahku . Kenapa ? kerana ibu juga setiap pagi harus pergi bekerja seawal 8 pagi dan pulang selewat 5-6 petang . bandingkan dengan aku yang mula kuliah jam 9 dan pulat paling lewat 3 ptg , itupun tak tentu , selalunya lebih awal . Pulang dari kerja ibu perlu masak untuk kami semua . Malamnya pula ibu akan membasuh baju . Kemudian mengemas rumah . Dan waktu tidurnya adalah lewat malam , kerana perlu menghabiskan kerja2 yang perlu diselesaikan .
Hebatkan ibu??... aku pasti , begitulah kebiasaan setiap ibu . Tak pernah kenal erti penat lelah . Biarpun beliau perlu berkorban setinggi gunung tapi demi kebahagiaan dan keselesaan anak serta keluarga , akan beliau gagahkan langkahnya.
Kadangkala bila aku hampir rasa putus asa dengan keadaanku di sini , aku akan terfikirkan ibu . Betapa beruntungnya aku dapat menuntut ilmu sejauh ini sedangkan ibu , tak pernah mendapat peluang ini kerana kesempitan hidup keluarga. Biarlah lorong ilmu yang aku lalui sekarang ini menggantikan tempat ibu yang tak kesampaian suatu ketika dahulu .
' Dan raut tuamu , memberkas jiwaku , meredakan rindu , mendamaikan kalbu , tak mungkin kutemu.. iras sentuhanmu .. biarpun ku redah seluruh dunia.. mencari gantimu ..'
Terlalu banyak yang telah ibu lakukan untuk kami dan aku secara peribadi , tak terungkap setiap gerak gerinya yang penuh hikmah .... kata orang , hati ibu ... hanya dia dan Allah sahaja yang mengerti . .....
"betapa sukarnya menyusun bicara meluahkan rasa menuturkan sayang kasih yang terlimpah hanyalah sekedar tingkah , cumalah ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahasia.."
Memang susah , susah nak luahkan . Aku terpaksa sembunyikan kata-kata rindu dan sayang untuk ibu setiap kali aku mendengar suaranya... Sengaja , ya aku sengaja ... kerana aku tak ingin beliau tahu , betapa lemah semangat anaknya ini. Aku tak ingin ibu tahu , aku tidak sekuat yang pernah beliau lihat dahulu . Hanya satu yang aku ingin ibu tahu , tapi aku sendiri tak pasti mengapa sukar sekali ingin aku tuturkan segala2nya pada ibu .... aku ingin ibu tahu ... aku masih bertahan di sini kerana ibu dan abah ...
' Apakah yang hilang, andai dilisankan , bait penghargaan penuh kejujuran , tak mungkin terlihat cinta yang merona , jika hanya renungan mata yang bersuara... bukan atur kata ' :'(
Akhir kalam , bila balik nanti ( entah bila ) ... pelukan dari ibu tentunya akan menjadi penawar kerinduan yang selama ini kutahan ...
' di saat kita berjauhan , rasa ingin ku berlari ... mendakapimu penuh girang.. bak si kecil kehilangan ... '
Thursday, April 17, 2008
.... Episod 81 .... - Demi Ibu -
Posted by Fathiah at 1:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment