CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 29, 2007

.... Tazkiyatun Nafs....

Wednesday, June 27, 2007

.... Bahagian 2 .... - Episod 44 -



Hari kedua : 13 june

Selepas sarapan , kami di minta mengumpulkan beg2 kami ke lobby hotel . Sebelum kami berangkat ke Ma'ahad Tahfiz Negeri Terengganu , kami diberi masa untuk rehat di belakang hotel kami , menikmati air laut yang tenang sekali. Sesekali ternampak juga ' speed boat ' melintas. Teringat lagi saat2 manis bermulanya ukhuwwah kami bersama 'nisa' dan 'fu'ad' , hehehe . Teringat lagi bila nampak bot berlalu , aku pun bertanya padanya ' fuad, what is that boat called ? ' ' ship , its a speed ship ' hehe.. itu belum termasuk hiwar fuad dengan mardhiyah lagik. Tak kering gusi kami dibuatnya dengan kerenah dua kanak2 yang baru mencecah usia 5 tahun itu .

Dalam lebih kurang jam 9 kami pun bersiap untuk berangkat ke ma'ahad.Sesampainya kami di sana, kami disambut oleh seorang akhi yang aku tak pasti samaada dia seorang tenaga pengajar atau bekas pelajar atau siapa. Kemudian kami dibawa ke dewan untuk mendengar sedikit kata2 aluan dari mereka. Mudir di ma'ahad tu.. namanya Ust wan.... ( maaf tak ingat namanya ) Allahu akbar! cara die bebual masya Allah, serupa dengan poknik. Terpegun kami seketika. ( Maklumlah dah rindu gila ni kat rebutia ), atas sebab2 yg tersebut, kami pun panggil beliau Pok Wan.. hehe .

Ma'ahad ni agak berbelit sikit, payah nak cari jalan keluar hihi.. sebabnya mereka sedang menjalankan renovasi kalau tak silap.. ke , tengah bina binaan baru.. Allahu'alam tapi yang cantiknya adalah, di mana2 kami jalan pasti ada papan tanda kecil yang mengisi kata2 semangat dan peringatan untuk para huffaz ! Masya Allah.. khair...khair...

Kami kemudian dijamu dengan sarapan yang khas yang aku tk ingat apa namanya . Nasi dan lauk kari. Sedap memang sedap. Tapi kami masih lagi kenyang dengan sarapan di hotel jadi kami cuma amek lebih kurang jek . agak2 dapat rasa ok lah kan .

Satu lagi perkara istimewa di ma'ad ini adalah. mereka ada 2 uniform. 1 warna ungu ( untuk exco ) satu lagi warna biru ( untuk pelajar ).. Bila dah penat ambil gambar dan bertanya itu dan ini kami pun naik bas dan bersedia untuk ke destinasi seterusnya..

Destinasi kami yang berikut ini sangat2 bermakna dalam hidup kami.. Ma'ahad yang kami kunjungi selepas itu benar2 meninggalkan kesan menusuk kalbu ke dalam diri kami.. Menceritakan pengalaman itu kembali sahaja sudah cukup mendebarkan.. Berdebar2 kami rasanya... Debaran itu telah bermula.. dan sehingga kini masih belum berhenti lagi....
( akan ku sambung di post yang akan datang )

Tuesday, June 19, 2007

....Episod 44.... - Episod paling bermakna dalam hidupku -



بسم الله الرحمن الرحيم
وَََلَقَدْ يَسَّرْنَا القُرآنَ للذِّكْر فَهَلْ من مُدَّكِر
Tarikh : 12 june - 15 june
Tempat : Malaysia
Hari pertama : 12 june

Tempat : MKS - Pahang - Terengganu ......

Jam 7.20 pagi . Aku dan adik ku sampai di masjid kampung siglap . Dari jauh lagi, ku lihat kelibat hida yang sudah sedia menyambut kedatangan kami.. hehe ( macam datok bandar nak ziarah masjid plak ahakz ) . Bas yang akan kami naiki dijangka bergerak jam 7.45 . Selepas hal-hal administrasi selesai, kami pun dengan sebaris senyuman .. melangkah pergi . Tak sabar rasanya waktu itu. Oleh kerana aku, adikku , mardhiyah dan hida tidak pergi orientasi wisata tahfiz ini , kami agak ' blur ' tentang perjalanan kami .


Sepanjang perjalanan kami untuk ke pahang , waktu tidur yang kami peruntukkan amatlah sedikit... hmm , jadi kami pun buatlah perbincangan agung. Banyak yang dapat kami bertiga bincangkan, terutama hal2 skolah dan hal2 pelajaran kami . Tanpa kami sangka , rupanya perbincangan kami telah menganggu waktu tidur orang2 yang ada di depan ( maklumlah kami duduk paling belakang ) . Kesian mereka. Hanya Allah yang tahu betapa bersalahnya kami.


Kami dijangkakan untuk sampai ke Ma'ahad tahfiz Negeri Pahang pada jam 2 petang. Tetapi , ' KITA MERANCANG ALLAH TENTUKAN ' . Traffic jam telah melewatkan kedatangan kami selama 3 jam . Jam 5 ptg, kami disambut dengan penuh mesra oleh huffaz di sana. Seronoknya~~ :) .. berbunga2 perasaan kami . haiz... selepas mendengar taklimat dari pihak mereka dn pihak MKS.. kami dijamu dengan makanan negeri mereka. Tak taulah apa namanya, tapi enak sangat2 .


Kesimpulan yang dapat ku berikan untuk maa'had ini adalah.. aku rasa, maa'had ni betol punya elite. Mereka hanya akan terima individu yang benar2 baik penguasaan bahasa mereka samaada inggeris arab atau melayu. Aktiviti yang mereka tawarkan juga sangat-sangat menarik antaranya adalah menunggang kuda - berenang dan memanah . Kesian seorang kawanku , kerana tertarik sangat dengan aktiviti berkuda , sehingga kemana kami pergi , kuda la yang akan dicarinya . Dan setiap kali ke ma'ahad tahfiz seterusnya , tentang kuda juga yang akan ia tanya.. hehe ... 1 perkara yang menarik perhatian kami juga adalah tempatnya yang sangat cantik. Maahad tahfiz negeri pahang agak modern padaku . Ianya tidaklah sebesar maahad tahfiz lain yang kami kunjungi ataupun darul quran selangor , tempatnya mungkin kecil , tapi luas dan cantik. Yang penting sedap mata memandang.. tenang fikiran kami melihat..

Selepas solat jama' taakhir , kami pun bersiap sedia untuk meninggalkan tempat tersebut untuk langsung menuju ke terengganu ... Malam pertama kami di Malaysia akan bermula dalam masa beberapa jam saja lagi... ( bersambung )

Monday, June 18, 2007

.... Ilahi anta maqshudiy wa redhaka mathlubiy....


Sunday, June 10, 2007

....Episod 42.... - Salam perjuangan -


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Semalam, pagi2 lagi aku sudah bersiap untuk keluar. Adikku Nadiah haron akan ke Pahang untuk menyambung pelajarannya di peringkat diploma di KIPSAS . Bas yang beliau naiki akan bertolak pada jam 9 pagi. Pada mulanya, aku sangka aku tak sempat untuk bertemu dengannya. Kanchiong lah jugak kan.. sebabnya? aku terbangun lambat hehe.. Sebelum ke sana , aku membuat temu janji dahulu dengan adikku yang satu lagi , Ramiza . Haiz, tak ku sangka, dia pun lambat juga .

Tepat jam 8:15, aku dan miza pun mulakan perjalanan kami ke Lavender menaiki MRT. Risau aku tidak sempat nak berjumpa dengan Nadiah., aku pun menghantar sms kepadanya "Adik,maaf sangat2, kalau sempat kita jumpa,sempatlah.. kalau tak, hmm.. ".. selang seminit , Nadiah menjawab sms ku " Takpe kak.. apa2 pun doakan adik k? Take care akak,selamat berjuang,doa' adik.. moga bumi anbiya'menyambut akak menimba ilmu di sana! Fii hifzillah wa ma'a nasrih ! " .. Haru benar hatiku pada waktu itu.. Air mata berkumpul di kelopak mataku .. Alhamdulillah, dapat ku tahan. Malu la kan kalau nangis kat MRT. heh.

Sesampainya kami di lavender, kelam kabut aku dan ramiza mencari taxi stand. Bila dah dapat naik taxi tu, hai.. syukur sangat2. Jam waktu tu 8:47. Pusing punya pusing, tetiba ternampak sekumpulan budak2 perempuan kat tempat bus2 tu . 'ahh dah sampai ' kataku pada ramiza. dah pukul 8:55 ! ya Allah, mudah2an dapat jumpa. Dengan pantas aku menelefon Nadiah " Adik! akak ngan Miza dah nak sampai nih! jangan naik dulu tau . Tunggu kita tau adik! jangan naik dulu! " " ok2 kak. akak cepat sikit , dah sampai bilang adik k!" . Memang agak drama sikit keadaan kami di dalam taxi pada waktu itu. Berbagai sumpah seranah yang sopan telah diucapkan, hehe...

Sejurus selepas Taxi sampai di tempat yang kami ingini, aku dan miza cepat2 berlari mencari Nadiah. Aku meluru ke arahnya dan memeluknya seerat mungkin. Bila pelukan telah terurai , Nadiah pun kelam kabut naik bus. Haiz, kesian plak adik aku ni.Kena marah dengan pakcik Bus sebab naik bus lambat. Bila bas dah nak jalan.. Nadiah pun kol aku" kak , terima kasih ye sebab datang.." " Adik!! jaga diri ye.. adik, kita dapat lambai adik ke tak ni?? ""dapat2 , nanti bus ni pusing kak.." suara Nadiah bergetar, jelas menunjukkan betapa sebaknya die dgn perpisahan ni . " Adik ! takmo letak dulu!.. kita bual sampai bas ni dah keluar dari tempat ni ye""kak..! tak kuatlah kak..!""tkpe2, adik takmo letak..!" Ketika tangan sempat melambai, lambaian perpisahan.. air mataku mengalir.. menangisi pemergiannya..

Tangisanku bukan kerana diri tak mengizinkan dirinya pergi.. Tapi tangisanku diiringi doa dan harapan, mudah2an satu hari nanti.. akan ku lihat dia berada di puncak kejayaan , saat itu nanti .. akan ku bisikkan pada diriku dengan bangga, inilah dia.. Mujahidah solehah! AAmiinn..
Ya ukhti mahbubah , liqaa'una na'iimun, wa firaaqunaa jahiimun...

( Di sebelah petangnya pula, aku mendapat berita gembira bahawasanya, kedua-dua teman baikku dapat masuk Universiti Madinah !!) Mabruk lakuma ya akhil habiib . Allah ma'akum . Salam perjuangan semua .... :)

" Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku.."

Friday, June 8, 2007

....Episod 41.... - DeMi MaSa -

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, sepatutnya aku ke rumah ustazah Wahidah untuk talaqqi sanad.Tapi, tadi ust msg , kata tak dpat nak talaqqi hari ni sebab ust ada hal. Takpe lah zah , seminggu sekali talaqqi pun dah cukup insya Allah . Hai.. bila agaknya nak khatam ye.. lambat sungguh rasanya bacaanku .. susah nak cepatkan bacaan sebab dah terbiasa sangat baca berlagu . Hmm, takpe2 .. seperti kata ustazah Wahidah , biar lambat asalkan bacaan tu teratur dan sempurna . :) , betul sangat tu zah . Syukran atas teguran dan peringatan tu. Cuma, mudah2an sempat lah ye khatam sebelum ke Mesir nanti insya Allah . Yang penting Istiqamah tu mesti ada .

Bercakap tentang Istiqamah , teringat pulak diri ini yang tak lama lagi akan tinggalkan keluarga dan rumah tercinta . Sedangkan di sini , aku masih lagi terkapai - kapai untuk istiqamah dalam menghadiri majlis ta'lim .. apakan lagi kat sana nanti ?. Risau betul aku fikirkan perkara ini . Kalau kat rumah ni selalunya ada ummi nak tegur-tegurkan.. ingat-ingatkan . Kalau kat sekolah pulak ( zaman2 sekolah dulu ) ada kawan - kawan terdekat untuk tegur . seperti .. Sahabat2 tersayang , Mardhiyah , Hida , 'Atiqah dan yang lain-lain . Sejauh ni , yang aku yakin , memang aku istiqamah adalah duduk depan laptop 2,3 jam. Ish.. buruknya perangai kamu tu fathiah.. hmm , ye memang buruk .

Dah sedar kan? hmm, macam tu lah agak2nya . Ok best. so, lepas ni kena lah pandai jaga masa tu ye , make sure diri tu istiqamah dalam setiap perkara yang dilakukan. Lebih- lebih lagi Majlis ta'lim. Kadangkala memang mudah kan kita ucapkan sesuatu kalimah tu. Seperti Istiqamah, Mujahadah .. tapi usaha yang perlu kita perah untuk menjadi seseorang yang cemerlang berkat istiqamah dan mujahadah kita tu sangat - sangat berat . Ya , memang perit .

Nak mencapai bulan dan bintang di atas langit memerlukan usaha , kita tak boleh berjalan apalagi merangkak .. kita perlu berlari berlari dan berlari dan mungkin melompat setinggi yang mungkin . Baru namanya usaha . Kalau hanya berlenggang dengan masa , melihat ia memintas jalan kita .. Nampaknya jangankan kata kejayaan , batang hidungnya pun akan hanya tinggal mimpi.

Padaku, orang yang tak mampu nak istiqamah ni orang yang tak pandai membahagikan masanya.Masa tidak berlumba dengan kita , tetapi kitalah yang perlu berlumba dengan masa . Untuk menjadi orang yang menang dan berjaya , kita perlu menepati masa.

Ok! so , betul ke apa yang aku cakap ni? hmm , rasanya, masing-masing ada pendapat sendiri kan . dan, itulah dia pendapatku yang jahil serba serbi ni. Sungguh aku tak ingin masa mentertawakan aku lantaran kekalahanku dalam mengejarnya . Aku akan cuba! cuba berusaha untuk berubah sikap!..


Usaha..usaha juga , doa jangan lupa. Ad-dua' silahul mu'min . Wassalam.

Demi masa.. sesungguhnya manusia di dalam kerugian..



Thursday, June 7, 2007

....Melankoli....

Bulan gelap
tah bagaimana terangnya
Sinar mentari
tah bagaimana gerhananya
Hati sepi
tah bagaimana raut wajahnya
Hati pedih
tah bagaimana nak mengobatinya

Rentetan hidup ini
360 hari
waktu yang sangat sulit..
sesulit mencari jalan pulang
dalam belukar hutan penuh keriangan
tercepit nadi ini dalam haru
kejutan demi kejutan

Seketika itu..
warna alam ini..
bertukar ganti..
dalam gelap ada cahaya..
dalam terang ada duka
dalam tawa tersirat seribu malapetaka..

Hentikanlah ia sementara!
hentikan segala kejutan yang ada
aku tak bisa tegak berdiri
andai kejutan menyergah lagi

Biarkan aku sunyi bersepi!
biarkan aku hilang dalam warna-warna pelangi
Biar bermandi lumpur..
dalam tangis..melankoli..


dhuha ainnur / 2004

Wednesday, June 6, 2007

.... Episod 40... - Kepulangan yang dinanti -



Bismillahirrahmaanirrahim...


Allahumma Solli wasallim 'ala Sayyidina Muhammad


Hari : Selasa

Tarikh : 5 june 2007


Jam 4 . 26 ptg . 'Hello , kak ica.. hakim dah sampai blum? ' ' blum2 .. flight die baru landing kol 4.15 gitu ' ' ok2 kita dah nak sampai nih '. Dengan segera aku menekan butang merah di hp ku. Aku pun menoleh ke belakang, untuk melihat aku kini berada di station mana . ' hmm lagi 3 jek da sampai tanah merah, berdiri sudah..penat plak duduk lama sgt ' .


Jam 4.30 ptg. ' Hello kak nur , hakim da sampai ??! ' ' blum lagik, dah nak keluar ah ni korang kat mana?? ' ' ahh kita dah nak sampai. Sekarang kat expo k ! ' . ' Satu lagi station !' bisik hatiku . Perjalanan ke changi airport terasa lambat benar . Tak tau lah kenapa. Kami yang dah tak sabar nak berjumpa dengan hakim atau ... memang MRT tu lambat. Haiz . Beberapa minit yang ada tu , macam2 ada dalam otak aku. Bayangan wajah hakim yang entah sama entahkan tidak dengan yang dulu . Wallahu'alam.


Sejurus selepas MRT membuka pintunya untuk membiarkan penumpang keluar , kami pun kelam kabut mencari arah . Apabila kelibat keluarga Hakim semakin mendekat, tiba-tiba langkah jadi lambat pula .. ( cey , konon slow motion ah ) . Bila kami lihat Hakim ada bersama .. whoa! gembira tak terhingga , walaupun wajah kami tak menunjukkan perasaan sebenar , Hanya Allah yang tahu apa yang berligar di benak kami.


' Ya Allah hakim! dah macam kak ica ! sama sey muka ' itulah ayat pertama yang keluar dari mulut aku. Ish..ish.. Sama beno . Macam kembar. Cuma.... kak ica mungkin tinggi sikit jek lagik. tkpe2, next year mesti Hakim paling tinggi antara korang. Yang penting , semalam merupakan hari yang ditunggu - tunggu oleh kami semua lebih2 lagi ayah jumat, bek yah , kak nur , kak ica dan ida ( walaupun hang takde kat sg , takpelah ,mesti excited kan nak jumpa adek hang ) dan semalam juga merupakan hari yang menggembirakan kami semua yang menyaksikan kepulangan seorang Adik yang dinanti ... ( walaupun kepulangnnya hanya untuk 3 bulan... )



Demi masa.. sesungguhnya manusia di dalam kerugian..


Monday, June 4, 2007

....Episod 39.... Rebutia ( 2 ) - Bila ukhuwwah terjalin -

Bismillahil waduudul ghafuur


Tak sangka .. hmm , tak sangka pemergian kami ke rebutia buat kali kedua membuahkan ukhuwwah yang manis sekali . Kalau dulu tali ukhuwwah terjalin antara rakan2 sekolah , tapi kali ini , dengan faci2 nye pula. Walaupun yang masih contact cuma satu dua , tapi bekas2nya tetap terasa. Kenangan bersama tetap terpahat kemas di hati .


Ingin ku tujukan salam ku ini khas buat faci2 yang ku kenali di Rebutia : Abang khai , abang loqman , hafiz , syamil , fikri , adeeb , fauzan , dan khususan pada Syafiq , Inas , Along @ Afra ' dan kak Alang! walaupun ada di antara mereka yang hanya kenal nama saja, tak pernah bertentang empat mata , berbicara walau sepatah kata , hati kita tetap terikat dengan perasaan kekitaan dan ukhuwwah islamiyah yang hebat melanda .


Kalau ada yang membaca, inginku ucapkan jutaan terima kasih kerana bantuan yang diberi sepanjang kami berada di sana. Abang khai : wah! pertama kali dengar abg khai bercakap , terkedu sekejap . Sama mcm poknik seh ! ingatkan anak poknik.. hehe , salah sangka plak . Kagum sesangat tengok abg khai bagi arahan waktu nak masuk hutan untuk solo night tu. Subhanallah.. ta'ajub dibuatnya . Kak Alang : Ya rabbi ! kak alang ni ibarat superwoman di mataku! teringat lagi waktu kak alang selamatkan salah satu participant daripada tergelincir waktu dalam hutan tu. Kelu lidah melihat kejadian tu . kak alang ni bak idola ku bila part2 kekuatan grip kaki kat tanah2 licin tuh..! go kak alang go! hehe. Inas & Afra' : hang adalah faci pertama yang che' kenal .. :) dan yang paling berharga dan disayangi Insya Allah .. akhiran , Shafiq : waktu pertama kali kene jadi partner untuk game tayar tu, fuh .. takut sebenarnya , selalu nampak shafiq senyum tapi .. rasa macam muka tu garang , jadi tak berani nak bebual2 sgt. Al-muhim, banyak yang fatya belajar dari shafiq . sepanjang game tu berjalan . Waktu nak balik , tak berpeluang nak ucap terima kasih.. sebenarnya bukan tkde peluang, saja biarkan peluang tu berlalu .. sebabnya? hehe.. masih takut lagi nak cakap.. sori ye.


'ala kulli haal.. syukran lakum 'ala musaa'adatikum wa irsyadaatikum lana fi rebutia.. uhibbukum jami'an hubban shadiidan.. Ukhuwwah fillah abadan abadaa..

Saturday, June 2, 2007

....Episod 38.... Rebutia (1) - Mimpi Jadi Nyata -

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad


Sehingga detik ini , aku masih tidak dapat percaya apa yang telah berlaku padaku sepanjang empat hari yang lalu . Aku ke rebutia!! eh betul ke??, aku jumpa poknik!! eh betul ke? aku masuk hutan jadi faci!! biar betul??! aku kenal afra'!! yeke??........

Hari pertama aku tiba di rebutia , diwaktu kaki masih kaku , diwaktu fikiran masih bingung , diwaktu hati berkali-kali bertanya , betul ke aku kat sini lagi ?? aku ternampak poknik dari jauh.. Ya Allah , debaran hatiku semakin tidak terkawal . Terasa seperti sesak nafasku . Dan ketika langkah semakin dekat , kekuatan hatiku semakin lemah . Cuba ku tahan gelora perasaanku tapi tetap tak dapat nak ku lawan . Akhirnya , gerimis mengalir dari kelopak mata , makin di tahan makin deras jadinya . Ya Rabbi , rindunya aku tak terkira . Terasa seolah - olah aku kembali ke tempat asalku , di mana aku pernah dilahirkan .. dilahirkan semula sebagai seorang insan yang sedar segala yang ada di sekelilingnya perlu dicintai .. dikasihi .. disayangi ..

Mimpi ke ni ???!! haa su? mimpi ke kita ni? haa raudha? mimpi ke kita ni!!! .. Raudha : Awak cuba cubit sikit pipi kita! Su : eh fakya aku tak percaya lah kita ada kat sini ...
dan aku .. sangkin tidak percayanya , aku menampar- nampar pipiku ( hee , mmg keje bodoh tapi betul2 tak percaya ) . Belum pun sampai 2 jam kami di rebutia , ust sudahpun bersiap sedia untuk pergi ke petaling street bersama adik2 yang lain untuk "shopping" . Aku pun dengan nada separuh merayu meminta izin pada ust andaikata boleh aku,suliza dan raudha berada tetap di rebutia . Kami dah tak ada 'raghbah' nak shoppping. Alhamdulillah , tak disangka ust memberi keizinan dengan senyuman ..( redhalah tu maknanya kan => )

Bila dah dapat izin tu , mula lah feeling2 ngan suasana kat rebutia.. tapi sungguh!! hanya Allah yang tahu perasaan kami waktu tu. Lepas hantar adik-adik semua naik bus untuk pergi shopping , kami pun dengan segera ' wash-up' dan tukar pakaian . Mula - mula tu , kita amiklah video-video perjalanan kami kat rebutia daripada track flying fox sampai lah kat dewan serbaguna yang dekat dengan tent kami . Waktu kat dewan kita lepak lama sikit sambil mengubat kekecewaan yang poknik takde kat campsite. Takpelah, kita rancang Allah tentukan. Kami pun amik video sambil dengar lagu2 'legend' rebutia dulu.

Tanpa kami sangka ... tiba-tiba poknik muncul entah dari mana , " poknik!!!!!!!! " tetiba jek aku terpekik , aku sendiri tak percaya yang aku pekik . Dah macam jumpa idola pulak . Raudhah pulak macam biasa ah, terpekik sekali hehe. Sori lah sis .

Kami bersyukur sangat waktu tu kerana dapat duduk bersembang dan meluahkan segala perasaan dan rindu kami pada poknik. Hamdan lillah. walaupun tak berapa puas ( hee biasalah manusia ni tak pernah nak rasa puas ) tapi kami tetap bersyukur dengan masa yang telah Allah berikan.

Kami bertiga pun solat jama' taqdim maghrib dan isya' berjemaah . Tepat jam 8 , adik2 kami telah pun sampai di rebutia . Selepas makan malam , kami bersama-sama duduk dengan adik2 di dewan serbaguna untuk mendengar modul pertama poknik ..

Bagaikan mimpi jadi nyata , kami tersenyum - senyum sendiri sambil mendengar bicara poknik.sesekali , ada juga haru dan pilu menerpa ... kerana kami tidak pasti, apakah realiti bak mimpi yang sedang berlaku pada kami.. akan berterusan atau sebaliknya .. Hanya satu yang ku fikirkan waktu itu, hidupku hanya untuk hari ini. Aku kini di rebutia..so..live life to the fullest here! .. Hanya satu yang ku rasakan waktu itu , aku rasa tersangat selesa.. seolah-olah aku telah kembali ke rumah sendiri.. ke tempat asalku semula... ='(




"dan aku masih di sini
terus mendaki puncak tertinggi hidupku
dan aku terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali..
sahabat.."

Friday, June 1, 2007

....Episod 37.... - Ukhuwwah rebutia -