CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 25, 2007

....Episod 29.... - Cinta ini untuk siapa ? -

Bismillahis samii'il 'aliim


Alf syukran pada ukht 'adilah kerana mengingatkan... cinta kita sebenarnya untuk siapa??hmm manusia , sentiasa leka.. alpa .. terlupa ... watak dan peranan yang kita perlu pikul atas bumi Allah ni.. lupa dengan 'Dia' yang tak pernah berhenti mencintai kita ... dan lupa untuk kembalikan cinta kita sewajar yang mungkin pada ' Dia ' ...

‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati
..kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’

Insya Allah... setiap apa yang ana cintai kat dunia .... hanya satu sandaran untuk melabuhkan cinta hakiki dan abadi ... semata-mata untuk Allah... kini dan selamanya....

"Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…"

"kala cinta bertanya pada cinta..imanlah jawabnya.."

0 comments: