Bismillahil ghafuurur rahiim
Alhamdulillah .. selesai sudah perjuanganku membaca buku ayat-ayat cinta. Sebuah novel 'best seller' dan kian popular sekarang ini . Dan kini , aku sedang dalam perjalanan mengkhatamkan pembacaan untuk kali yang kedua ...Novel ini bukan hanya sebuah novel , sekadar wadah untuk berkhayal ... tetapi ianya merupakan kitab ilmu , pemangkin semangat thalibul 'ilm untuk mencari cinta hakiki lagi abadi ...
LESSON 1 :
" cuacanya buruk. Sangat panas. Bukankah sebaiknya istirehat saja ? Jarak yang akan kau tempuh itu bukan dekat, Fikirkan juga kesihatanmu, Akh " ujar Syeikh Ahmad Taqiyuddin.
"Semestinya memang begitu syeikh. Tapi saya harus komitmen dengan jadual . Jadual adalah janji. Janji pada diri sendiri dan janji pada syeikh Utsman untuk datang."- Fahri
"Masya Allah, semoga Allah menyertai langkahmu." -Syeikh
"Amin" -Fahri
LESSON 2 :
Kata Fahri : ........" Inilah keharmonian hidup sebagai umat manusia yang beradab di muka bumi ini . Sudahlah, kau jangan memikirkan hal yang terlalu jauh . Tugas kita di sini adalah belajar . Kita belajar sebaik-baiknya . Diantaranya adalah belajar bertetangga yang baik. Kerana kita telah diberi, ya nanti kita balas dengan memberi sesuatu pada mereka . ' Wa idza huyyiytum bi tahiyyatin fa hayyu bi ahsana minha ' . ( Dan jika kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan , maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya ) - Surah an-nisa' : 86
Papan Tanda Surau
1 week ago
0 comments:
Post a Comment