Sentuhan lembut tangan ayat masih lagi terasa . Sembam rasa sayu masih lagi tersisa . Bekas airmata ayat masih terasa basah di jari2 aku . Pertemuan dengan teman arab ayat tadi petang adalah suatu pertemuan yang terlalu tidak aku sangka .
Pulang dari kelas khat di hussein, aku ada mau'id dengan seorang senior di kelas khat utk ke darasah , ust Nasr . Katanya nak ajak beli kertas qusyeh yang kami gunakan untuk tulis khat . Sementara menunggu dia datang , aku membuat keputusan untuk menziarahi gami'e azhar yang dah lama aku tinggalkan ...... semata2 untuk imtihan . Ikutkan hati , rasa nak sujud je kat lantai putih masjid .... terharu ... kerana masih diberi kesempatan oleh al-khaliq untuk menghirup udara barakah masyayikh dan dars yang sedang berlangsung. Selesai solat , dengan pantasnya aku ke mugharabah untuk menghadiri kelas syeikh ahmad . seminit ke dua minit ke ... aku tak kesah . Yang penting dapat dengar n tatap muka syeikh . Baru sahaja aku sandarkan bahu ke tiang mugharabah ... ayat yang rupanya duduk di sebelah , menyapa lembut bahu aku .
" kakak , how r u " , sapanya . Ketika memandang wajahnya , aku tersenyum hiba . dah lama aku tak bertanya khabar dengan ayat . Ayat sekarang dah mcm pelajar msia . Pakaiannya dah bertukar . Masya Allah . aku terus mencari tangannya dan aku genggam seerat mungkin . Aku usap lengan ayat . Usapanku membawa makna dari hati . Usapanku seolah2 berkata ... aku gembira dapat jumpa kau hari ni .... insya Allah semuanya kheir .... Allah akan sentiasa ada dengan kau .... dan engkau akan sentiasa aku rindu . Ayat juga menyambut genggamanku . Aku cium tangannya membawa makna , Semoga kau berjaya ayat , semoga kau dapat apa yang kau inginkan .Ayat menyambutnya dengan sebuah kucupan di tangan ku .... dan lepastu ayat tak henti menangis .... Aku menarik nafas panjang.... tangisan dan genggaman tangannya membuat aku menangis bersama .
Aku pasti ... hati aku juga sangat pasti ..... sentuhan ayat ... sebenarnya adalah kata2 yang tak terluah . Kata hati aku ... ada banyak yang ayat nak cerita . ada beban kat bahu ayat yang ingin diluahkan pada aku . Waktu tu , terasa berdenyut hati aku ni... cuba mentafsirkan airmata ayat . Aku rasa sangat bersalah... kerana tak ada dengan ayat waktu dia perlukan nasihat dan kata2 semangat . Tak sempat nak minta maaf , ada panggilan yang memaksa aku untuk pergi meninggalkan kelas dan ayat yang masih berairmata .
Aku kesat airmata ayat ..... dan berlalu pergi , selepas memberikan ayat pelukan terakhir... " Kakak , i live with msian students now , find me kakak ... meet me again " . Aku hanya mampu mengangguk sambil cuba menahan airmata aku ....
Aku tak pernah menafikan yang aku pernah rasa rimas dengan ayat suatu ketika dahulu setiap kali cerita tentang pasangan hidup dibangkitkan . Tapi aku juga pernah sebut setiap kali aku post tentang ayat... ayat adalah seorang teman yang sangaaaaaaaaaaat baik . Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan dan memberikan dia seorang pasangan hidup yang dia ingin kn .
' I do not want much kakak , i only want a husband that will accept me as i am and who will be kind to me ... and who will treat me like Rasulullah sollallahu alaihi wasallan did to ummahatul mukminin .... and i think msian have that qualities ' - Ayat
Semoga Allah mudahkan perjalanan hidupnya ...
0 comments:
Post a Comment