CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 12, 2010

....Episod 192.... - Kacaukah jiwa ini ? =) -



Setelah genap sebulan aku menghilangkan diri dari kelas muwatta' syeikh yusri atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan , akhirnya tadi sampai jugak aku kat muqattam tu . Kelas hari ni rasanya seronok sangat . Setelah sekian lama tak ke kelas2 kerana sibuk exam dan melayan tamu, alhamdulillah .. tadi dah dapat lepaskan rindu nak baca doa istighathah ramai2 , dapat jumpa baby cumey affaf daaaaan~....

Arrival of the cute little Affaf ~ heee

Setiap kali affaf datang jek kelas syeikh yusri , aku confirm akan distracted daripada pengajian . Aku tak tau kenapa tapi budak kecik ni terlalu cute untuk di buat bodohkan ~ . Maka seperti biasa , selesai je syeikh baca doa , aku pun tercari2 di manakah afaf dan ibunya .. rindu sesangat kat dia....

Oleh kerana dah lama tak datang , tak sangka , ramai betul akhawat yang hadir . Ingatkan lepas subuh jek ramai . hmmm....aku cuma mampu senyum2 simpul jek heee . Masya Allah akhawat msia ni . Semuanya mujahidah belaka . Siap sewa tremco ;) . Sehingga kini aku tak sampai lagi muqattam tu lepas subuh kerana masih merasa letih dengan perjalanan ke alex kemaren . Insya Allah lepas ni lah ... insya Allah ^_^'~...


Memandangkan akhawat yang rasanya baru2 nak hadir syeikh yusri ni ramai jumlahnya , aku pun mengengsot kebelakang untuk memberi ruang pada mereka nak duduk depan syeikh , jadi nampak ler syeikh kan , baru khusyuk sket ngaji ... Aku pun amek la corner2 yang best la jugak . Antara faktor mengapa corner tu best adalah kerana boleh bukak niqab heeee~... Al-kesah ...Waktu tengah khusyuk dengar penerangan syeikh tentang pendermaan organ , ten tedenng~ Affaf dan ibunya pun masuuk... mula lah aku tertoleh2 , padahal duduk sebelah je pun... Antara motif aku duduk situ pun sebab kot laaa affaf tu mai , confirm dapat dukung die dulu ...


Habis jek muwatta' terus aku menerkan budak kicik tu untuk dicium2... Habis jek hikam atha'iyyah aku pun teruskan terkaman aku sekali lagi ... tapi kali ni aku dukung dia sampai rasa macam nak kidnap pun ada....


'Arus ke 'Arusah ??? .... suka hati la nak pilih yg mana ~

Selesai solat jumaat syeikh ada announce , katanya nak nikahkan dua pasangan malaysia lepas kelas nanti... Nak kata excited tu tak la jugak.... sebab bukan aku yang nak nikah pun~... xp , tapi habis kelas jek aku tanya la ummu affaf " Akak nak stay tak ? kalau akak stay fatya stay sebab tak puas ni dukung budak nii!" .. " Kamu nak tengok ke? " " Macam nak kak sebab tak pernah lagi nampak orang nikah kat sini .. " " Akak pun macam nak jugak , kita stay la ~ "
Hee... Di dalam ramai2 org tu , akhawat yang lain nampak tenang la kan duduk kat tempat masing2 kecuali aku dan ummu affaf ni ... " Eh , akak sorg jek berdiri ni hehe tapi takpala akak dah madame dah , mana pengantin perempuan , awat takdak ah ? eh mana ni fatya " " Ish akak ni , mana la fatya tau kat mana pengantin perempuan tu " Aku pun alat2 dukung affaf tu berdirilah jugak , keypo2 nak nengok pengantin " Laa , kamu pun berdiri terus ..." " takpa aih ... kengkunun affaf ni cover la..... " " Nak cover apa ? sume org kenai la kat affaf " .. haha... kental k kitorg dua... aduyai~ ...

Jiwa Kacau ... first time aku dengar walaupun aku tau term ni wujud lama dah... kot~..eh? hehe...

'Eh kak , ust tu jadi syahid laa... ' " Ust mana ? " ' Alaa~ ust tu laa ' ... " Uih ust tu , jiwa kacau tu ~ hehe " ' Ish pasai pa jiwa kacau plak ? ' " Yalaa, sebab pa dia tak kahwin lagi "

" Lahh kak pengantin kedua pun ust tu jadi syahid gak " .. " ahhh lagi kacau la tu " .. haha ...Aku pun tak boleh nak stop gelak kerana term tu pada aku kelakar ... " Laa.. macamana la tak makin kacau ni kak.... blum kahwin tapi asek jadi syahid org je~ " huhu ...


In a nutshell~.. ( BERSAMBUNG ) ....

0 comments: